You are on page 1of 3

SJK (T) LADANG REGENT

73200 GEMENCHEH,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kod Sekolah: NBD 5031 Tel : 06-4316643

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI- 1 / 2018

Tarikh : 08.05.2018
Masa : 2.00ptg – 4.00ptg
Tempat : Perpustakaan
Agenda Mesyuarat :1. Perutusan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Perkara-perkara berbangkit

4. Hal-hal lain

5. Ucapan penangguhan

1.0 Perutusan Pengerusi (GPK Kurikulum Pn.K. Mary Janaki)


1.1 GPK Kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang menghadirkan diri dalam mesyuarat Panitia TMK buat kali
pertama bagi sesi 2018.
1.2 Semua guru dinasihatkan agar terus memberikan komitmen yang
terbaik untuk panitia dan bekerjasama dalam mengatasi segala
masalah dan berusaha untuk menjadikan murid bijak dalam teknologi
maklumat komunikasi.
1.3 RPH mesti diselaraskan dan rancangan tahunan dan DSKP perlu
dikemaskini yang terkini.
1.4 Beliau juga mengingatkan bahawa guru yang mengajar subjek elektif ini perlu
mengajar matapelajaran ini selaras dengan jadual yang ditetapkan.
1.5 PBD juga diteruskan seperti biasa iaitu laporan diberikan kepada murid dua
kali setahun.
1.6 Latihan juga perlu diberikan kepada murid selaras dengan tajuk yang diajar.

1
1.7 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK Panitia TMK di atas
pelantikan.
1.8 Panitia merupakan badan yang kuat untuk jalankan aktiviti berkaitan PdPC
dan perlu lebih teliti dalam merancang aktiviti panitia 2018 agar lebih mantap
bagi mempertingkatkan prestasi mata pelajaran.
1.9 Beliau juga sekali lagi mengingatkan bahawa KP perlu menyediakan tugasan
(TASK) yang perlu disiapkan oleh murid pada hujung tahun.

Tindakan: Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat Panitia TMK kali pertama tahun 2018 disahkan tanpa
pindaan.
2.2 Dicadang : Cik B.Kavitha
Disokong : Pn.K.Jothi Malar

Tindakan: Makluman

3.0 Perkara-Perkara Berbangkit


1.7 Jadual TMK iaitu peggunaan bilik ICT perlu diikuti oleh semua seperti
yang dijadualkan.Sekiranya guru tidak dapat menghadiri kelas atau
terdapat hal yang tidak dapat dielakkan, maka guru harus ganti jadual
dengan jadual MMI.
5.1 Cik M.Shalini mengatakan bahawa adakalanya tidak dapat menggatikan
kelas kerana ada perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan.

4.0 Hal-Hal Lain Berkaitan


4.1 GPK Kurikulum mencadangkan bahawa murid perlu diajar atau diberi
pendedahan tentang cara untuk menaip huruf tamil.
4.2 Beliau juga mencadangkan untuk menggunakan Buku Catatan yang
telah disediakan dalam bilik komputer.

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

2
5.0 Ucapan Penangguhan

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
hadir ke mesyuarat kali pertama ini dan berharap agar dapat
melaksanakan tugas dengan ikhlas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh :
Cik.Kavitha A/P Bahu Reddy
Urusetia Panitia TMK

You might also like