You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI PERTAMA TAHUN 2020

Tarikh : 30.01.2020 (Khamis)


Masa : 2.30pm - 3.30pm
Tempat : Bilik Darjah Tahun 3
Kehadiran : 1. En. Tan Teck Boon (Gb)
2. En. Ngui Chang Huah (Gpk 1)
3. Cik Yong Lan Sin
4. En. Mok Yan Bin

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi Majlis


1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang dapat hadir
ke mesyuarat.
Tindakan: Makluman

2. Ucapan Guru Besar


2.1 Guru Besar berharap semua guru TMK dapat mengambil bahagian secara
aktif dalam perbincangan.
Tindakan: Makluman

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit


3.1 Dicadang oleh: En. Mok Yan Bin
3.2 Disokong oleh: Cik Yong Lan Sin
Tindakan: Makluman

4. Perkara Berbangkit
4.1 Tiada.
Tindakan: Makluman
5. Penerangan Mata Pelajaran TMK
5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
5.1.1 Guru hendaklah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
(RPT) untuk disahkan oleh Guru Besar.
5.1.2 RPT mestilah disediakan mengikut takwin sekolah sesi 2020.
5.2 Mata Pelajaran
5.2.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa mata pelajaran TMK untuk murid
tahun 4 telah digabungkan dalam mata pelajaran RBT iaitu diletakkan
pada bab terakhir RBT maka mata pelajaran TMK telah dibatalkan.
5.3 Modul TMK
5.2.2 Ketua panitia menerangkan DSKP TMK tahun 5 mempunyai 6 tajuk
dalam 2 modul yang berbeza.
Modul 1 : Modul Dunia Komputer
Modul 2 : Modul Elemen Multimedia
Manakala Tahun 6 pula mempunyai 1 modul sahaja.
Tindakan: Semua Guru TMK

6.0 Perbincangan Profesional


6.1 Perbincangan startegi PdPc
6.1.1 Guru cuba mengintegrasikan bahan ICT dalam PdPc dengan sekerap
yang mungkin.
6.1.2 Guru-guru TMK digalakkan banyak menjalankan aktiviti amali supaya
penguasaan kemahiran dan pengetahuan TMK dalam kalangan murid
dapat dipertingkatkan.
6.1.3 Pdp TMK Tahun 4 dibatalkan dan digabungkan dalam mata pelajaran
RBT.
6.1.4 PdP TMK Tahun 5 dan Tahun 6 diajar secara berselang seli dengan
RBT kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada murid yang
bertukar sekolah.
6.2 Ujian
6.2.1 Ujian untuk mata palajaran TMK pada tahun ini telah dibatalkan.
6.3 Pengurusan Stok dan Bekalan
6.3.1 Semua guru TMK sila menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan
supaya dapat menggunakan budget subjek ini dengan baik
6.4 Peruntukan
6.7.1 Peruntukan TMK pada tahun ini ialah RM 192.00

Tindakan: Semua Guru TMK

7.0 Hal-hal Lain


6.1 Guru-guru digalakkan kerap menggunakan BBM yang telah disediakan
semasa PdP.
6.2 Keharmonian dan komunikasi antara guru amat penting untuk mewujudkan
suasana kerja yang positif.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh:

____________________
(En Mok Yan Bin )
Setiausaha
Panitia TMK
SJKC KIOW NAM

You might also like