You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)


KALI-2 / 2018

Tarikh : 15 Mac 2018


Tempat : Bilik Laksamana, Sk Dato Laksamana Raja Mahkota
Masa : 2.00petang

Kehadiran : 1. En Nor Azman b Nordin ( Guru Besar )


2. En Abdul Rahim B Mat Wazir ( PK Pentadbiran)
3. En Suhaimi b Jamaudin ( PK Hal Ehwal Murid )
4. Pn Sa’adaton bt Abdul Latif ( Pembantu Tadbir)
5. Pn Annetta Zaity bt Zainal ( Guru Data )
6. En Khairul Amri b. Ramli ( Juruteknik Sekolah)
7. Semua guru kelas

Tidak Hadir Bersebab Tiada

Agenda : 1.0 Kata Aluan Pengerusi


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat kali-1 / 2018
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Perbincangan Isu Semasa
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penutup

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat
JPMS kali kedua kali ini..
1.3 Pengerusi mengharapkan agar data dan maklumat yang diperolehi tepat dan betul. Beliau
juga memaklumkan tujuan mesyuarat ini adalah untuk pengemaskinian data SMPP-Emis
Online.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat kali-1 / 2018

2.1 Bentang : Pn Annetta Zaity bt Zainal


Disahkan : En Suhaimi b Jamaudin
Disokong : Pn Sa’adaton bt Abdul Latif
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 m/s 4 para 4.2 dirujuk. Guru kelas perlu peka untuk mengemaskini maklumat bagi kes
pindah masuk dan keluar murid dalam Modul Pengurusan Murid.
3.2 Makluman
4.0 Perbincangan Isu Semasa
4.1 Tujuan mesyuarat JPMS ini diadakan adalah untuk :
a. Semakan ralat Data Emis Online.
b. Mengumpul data yang tepat dan betul daripada PGB Pentadbiran, PGB
HEM serta Pembantu Tadbir.
c. Pemurnian data dan maklumat sekolah dari segi statistik staf, maklumat
enrolmen murid dan kelas.
Tindakan: Guru Data & Pentadbir
5.0 Hal-hal lain

5.1 Pengerusi meminta guru-guru kelas memastikan bilangan murid setiap kelas di dalam
aplikasi Pengkalan Data Murid adalah sama dengan bilangan enrolmen di emis online.

Tindakan: Semua Guru Kelas

5.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua, semua guru boleh menyemak sendiri maklumat
masing-masing di emis online dengan menggunakan nombor kad pengenalan sendiri.
Beliau meminta guru-guru maklumkan kepadanya sekiranya terdapat data yang salah agar
beliau dapat membuat pembetulan dengan segera.
Tindakan : Semua Guru

5.3 Aset baru beli sama ada dari PIBG atau sumbangan akan diambil catatan oleh Juruteknik
Sekolah dan dimasukkan dalam Emisonline oleh Guru Data.
Tindakan : Juruteknik & Guru Data

6.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan jam 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

Pn Annetta Zaity Bt Zainal


Setiausaha JPMS

You might also like