You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

KLUSTER PERPUSTAKAAN MEDIA DAN KLUSTER PAK-21


BIL. 1/2018

Tarikh : 24 April 2018


Hari : Rabu
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Manong
Pengerusi : En. Khalid
Kehadiran (Bilangan) :

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi (PTP 1 PKG Manong)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua GPM yang hadir
dan mengalukan kehadiran Pn. Junaidah bt. Zainal Abidin (Guru Besar SK.
Rambai Tujuh) sebagai Ketua Kluster PSS Zon Manong.
1.2 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.

Agenda 2: Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 En. Mohd Khalid b. _________________ membentangkan minit mesyuarat


yang lalu (Bil.2/ 2017) dan aktiviti- aktiviti yang melibatkan GPM/PSS.
2.2 Cik Mariana bt. Nayan (SK.Senggang) mencadangkan minit mesyuarat
disahkan.
2.3 Pn. Maslina bt. ______________ (SK. Ulu Kenas) menyokong minit mesyuarat
yang lalu disahkan.

Agenda 3: Maklum balas/ Perkara berbangkit

3.1 Lampiran

Agenda 4: Membentangkan Perancangan Aktiviti GPM bagi tahun 2018 (Kluster


Pusat Sumber Sekolah)

4.1 Perjawatan GPM

4.1.1 Memaklumkan sekolah yang mempunyai GPM baharu,mohon untuk


membuat permohonan bagi melayakkan GPM mendapat surat lantikan.
Sekolah mestilah Gred A atau B sahaja. Bagi SKM perjawatan GPM tidak
layak memohon, hanya lantikan sekolah sahaja.

4.1.2 Guru GPSS adalah dibawah lantikan sekolah.

4.1.3 Sekolah yang mempunyai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat


hanya melibatkan sekolah yang mempunyai Pusat Akses sahaja. Zon Manong
hanya melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK. Sultan Abdul Azizi, SK Lempo,
SK. Senggang dan SMK. Tajul Ariffin.

4.1.4 Minta GPM untuk mengisi maklumat yang diperlukan melalui pautan
yang diberikan secepat mungkin.

4.2 NILAM

4.2.1 Terdapat penambahbaikan dalam pengisian Data NILAM, pengisian


Data NILAM menggunakan Sistem I-Q NILAM. (Sistem masih lagi
dikemaskini diperingkat KPM, jadi mohon GPM mengisi data NILAM secara
Excel. Tapak pengisian akan dihantar ke dalam e-mail sekolah masing-
masing.

4.2.2 Pertandingan NILAM peringkat zon dan daerah bagi tahun 2018 masih
belum dijadualkan lagi, akan dimaklumkan kelak.

4.3 Penilaian PSS

4.3.1 Pengerusi memaklumkan sekolah yang tercalon mewakili Zon Manong


dalam Anugerah PSS Cemerlang ialah SK. Rambai Tujuh (SKM), SK.
Senggang (SK), dan SMBK Maahad Al- Mizan.(SMK).

4.3.2 Tarikh pertandingan adalah seperti berikut:

4.3.2.1 Peringkat PKG 12 Mac – 30 April 2018


4.3.2.2 Peringkat Daerah 2 Mei- 29 Jun 2018
4.3.2.3 Peringkat Negeri 1 Ogos- 14 September 2018

4.4 Khidmat Bantu Cemerlang dan Khidmat Bantu PSS

4.4.1 Pihak PKG telah menjalankan pantauan awal tahun di semua sekolah
Zon Manong bagi memberi bantuan dari segi menigkatkan prestasi PSS
dan ICT.

4.4.2 Memaklumkan sekolah yang terlibat dalam khimat bantu bagi tahun
2018 ialah SK Ulu Piol dan SK.Kuala Kenas.Tarikh program masih
belum diputuskan lagi.

Agenda 5 : Kluster Teknologi Pendidikan PAK -21

5.1 Bahan Digital Pendidikan

5.1.1 Memaklumkan bahawa Jemaah Nazir akan membuat pantauan


berkaitan dengan bahan MBMMBI, jadi sekolah perlu mengemaskini fail dan
bahan sumber digital. Mohon semua sekolah mengisi borang yang
dilampirkan bagi memudahkan PKG membantu sekolah menggantikan CD
yang hilang.

5.1.2 Bahan BBM yang dibeli dari PCG mestilah direkodkan oleh Pusat
Sumber dan mohon kenalpasti di mana bahan tersebut disimpan.

5.2 EduWeb TV

5.2.1 Bagi sekolah yang mempunyai capaian internet yang baik, pihak
sekolah digalakkan untuk menggunakan EduWeb TV, agar dapat menjadikan
pengajaran guru lebih menarik kerana terdapat banyak bahan BBM untuk
PdPC di dalamnya.

5.3 Kampus ASTRO

5.3.1 Sekolah yang mempunyai masalah berkaitan Astro perlu menghubungi


pihak Astro secara terus kerana ia tidak melibatkan PKG. Aduan bolehlah
dihantar ke alamat e- mail wecare@astro.com.my

5.3.2 Televisyen yang rosak (Kampus Astro) tiada pembaikan, pembaikan


hanya melibatkan dekoder Astro sahaja.

Agenda 6: Kluster Proffesional Learning Community (PLC)

6.1 Antara program PKG:

6.1.1 Pemilihan Tokoh NILAM peringkat PKG

6.1.1.1 Pemilihan melibatkan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa


Inggeris. Pertandingan adalah secara individu melibatkan kemahiran
membaca, kebestarian dan penghayatan asprisiasi.

6.1.1.2 Tarikh pertandingan masih belum ditetapkan. Mohon GPM


memilih calon diperingkat sekolah dan menghantar maklumat calon
pada 18 April 2018.

6.1.2 KM1M

6.1.2.1 Tahniah kepada semua sekolah yang telah berjaya


melaksanakan program KM1M.Mohon sekolah menghantar laporan ke
PKG sebelum 30 April 2018.Laporan hendaklah ditandatangani oleh
Guru Besar.
6.1.3 Pusat Akses Sekolah

6.1.3.1 Sekolah yang terlibat, mohon untuk mengemaskini laporan.


Minta juruteknik masing- masing untuk mengemaskini data tersebut.

6.1.3.2 Maklumat berkaitan status pencapaian KPI VLE akan


dimuatnaik ke email sekolah masing- masing setiap bulan.

6.1.3.3 Pelaporan SSQS 2017- Memaklumkan kebanyakkan sekolah


mendapat taraf 3 dan 4 bintang. Penarafan ini lebih kepada kemahiran
dan penggunaan komputer di sekolah oleh pentadbir dan guru.

Agenda 7: Hal- hal lain

7.1 En. Azhar memaklumkan GPM boleh memuat turun bahan berkaitan PSS di
pautan https://goo.gl/5cfxTS. Bahan dari BTPN Perak.

7.2 Memaklumkan kepada SK. Kuala Kenas berkenaan LADAP Frog VLE, pihak
PKG terpaksa menunda tarikh yang dijadualkan kerana terdapat masalah
internet di Pusat Akses, Manong. Tarikh baru akan dimaklumkan kelak.

7.3 Seterusnya, bagi sekolah yang menghadapi masalah berkaitan pengisian data
NILAM, sekolah boleh membuat permohonan di PPD untuk mohon pegawai
PKG mengadakan LADAP di sekolah masing- masing.

7.4 Cik Mariana dari SK Senggang – Mohon untuk memindahkan TV Kampus


Astro dari perpustakaan ke Pusat Akses. Mohon penjelasan sama ada boleh
dipindahkan atau tidak.

7.5 Pn. Intan dari SK. Rambai Tujuh- Minta maaf bagi pihak sekolah berkenaan
Khidmat Bantu PSS yang tidak dapat dijalankan disebabkan sekolah
mengadakan sukan tahunan. Mohon agar pihak PKG memberi peluang
kedua untuk Khidmat Bantu tersebut.

7.4 Mohon pencerahan berkaitan NILAM Ibu bapa dan NILAM guru, bagaimana
pelaksanaannya.

Agenda 8: Ucapan Penangguhan

8.1 Terima kasih kepada semua GPM yang hadir ke mesyuarat GPM Bil 1/ 2018.
Semoga mesyuarat ini dapat membantu sekolah dalam menyelesaikan
masalah berkaitan Pusat Sumber.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.


MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PERPUSTAKAAN MEDIA DAN


KLUSTER PAK-21 BIL. 1/2018
TARIKH MESYUARAT : 25 APRIL 2018

Bil. Rujukan Perkara Tindakan


Minit

1. 4.2 Pertandingan NILAM peringkat zon dan daerah PKG


Perkara bagi tahun 2018 masih belum dijadualkan lagi,
4.2.2 akan dimaklumkan kelak.

2. 4.4 Memaklumkan sekolah yang terlibat dalam PKG


Perkara khimat bantu bagi tahun 2018 ialah SK Ulu Piol
4.5.2 dan SK.Kuala Kenas.Tarikh program masih
belum diputuskan lagi.

3. 6.1 Tarikh pertandingan masih belum ditetapkan. PKG


Perkara Mohon GPM memilih calon diperingkat sekolah
6.1.1.2 dan menghantar maklumat calon pada 18 April
2018.

4. 7.2 Memaklumkan kepada SK. Kuala Kenas PKG


berkenaan LADAP Frog VLE, pihak PKG
terpaksa menunda tarikh yang dijadualkan
kerana terdapat masalah internet di Pusat Akses,
Manong. Tarikh baru akan dimaklumkan kelak.

5. 7.4 Cik Mariana dari SK Senggang Boleh dipindahkan


Mohon untuk memindahkan TV Kampus Astro jika tiada masalah.
dari perpustakaan ke Pusat Akses. Mohon
penjelasan sama ada boleh dipindahkan atau
tidak.

6. 7.5 Pn. Intan dari SK. Rambai Tujuh- Minta maaf PKG
bagi pihak sekolah berkenaan Khidmat Bantu PSS
yang tidak dapat dijalankan disebabkan sekolah
mengadakan sukan tahunan. Mohon agar pihak
PKG memberi peluang kedua untuk Khidmat
Bantu tersebut.
7. 7.6 Mohon pencerahan berkaitan NILAM Ibu bapa Bergantung kepada
dan NILAM guru, bagaimana pelaksanaannya. sekolah untuk
membuat penilaian.
Pengesahan boleh
dibuat oleh Guru
Besar.

You might also like