You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/03

SJK (T) LADANG PASAK, KOTA TINGGI, JOHOR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BIL. 3/2021

Tarikh/Hari : 12.07.2021 (Isnin)

Masa : 12.00 pagi

Tempat : Google Meet ( Kediaman masing masing )

Pengerusi : Pn. Pushpalata a/p A. Veeramalai

Kehadiran : 7 / 7 orang guru.

Turut Hadir : -

1.0 UCAPAN PENGERUSI (PK HEM)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran taklimat kali ini walaupun
dijalankan di atas talian.

1.2 Walaupun masih lagi dalam pandemik, PDPR harus dijalankan dengan
sebaiknya. Guru Besar dan Penolong Kanan yang lain akan sentiasa memantau
PDPR sama ada melalui group what’s app kelas atau pun melalui google meet yang
dijalankan oleh guru-guru.

1.3 Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kepada En.Nadarajan kasih atas
bacaan irai vazthu yang telah berlangsung melalui goog ini.
.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Dicadang oleh : Cik.Nanthinee A/P Subramaniam


Disokong oleh : Pn. Yuganthini A/P Kanthasamy

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 HEM mengucapkan terima kasih kepada Unit B&K, iaitu Cik.S.Nanthinee kerana
mengambil tindakan yang efektif bagi menangani murid yang tercicir untuk mengikuti
PDPR dan juga yang terkesan ekoran pandemik ini.

3.2 Manakala berkaitan bantuan murid pula:

3.2.1 RMT : murid yang menerima RMT pula seramai 8 orang murid, yang sebelum
ini 12 orang berdasarkan kelayakan semasa.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/03

3.2.2 KWAPM : 19 daripada 2 orang murid layak untuk menerima bantuan. Seorang
telah ditolak permohonannya atas justifikasi tidak memberi kerjasama, iaitu tidak
menghantar borang. Ia juga hasil keputusan bersama semasa mesyuarat AJK
Bantuan di bawah HEM.

3.2.3 Bantuan Pakaian Seragam Murid : Melibatkan murid tahap 2 sahaja.


Pemilihannya berdasarkan kepada penerima e-Kasih. Berdasarkan data di sistem,
pada 25 Mac 2021 penerimanya seramai 10 orang.

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Pelaporan Kes Covid-19 di Peringkat Sekolah

4.1.1 Pandemik Covid-19 yang melanda negara turut memberi kesan kepada
murid sekolah SJKTLDP. Sehingga semalam (9 Julai 2021), seramai 2 orang
murid telah positif Covid dan laporan telah telah dihantar kepada PPD dan
JPNS. Murid-murid tersebut ialah :

1) Kishore A/L Inthiran : Punca jangkitan daripada emak saudara


2) Hovinesh A/L Sureskumar : Punca jangkitan daripada ibu bapa

4.1.2 Bahkan daripada guru juga tidak terkecuali, iaitu Cikgu Muqri yang
mendapat jangkitan daripada teman serumah.

4.1.3 HEM sentiasa cakna akan kes yang makin meningkat saban hari dan
memaklumkan ke dalam group what’s app kelas agar segera melaporkan
sekiranya ada kes murid yang dijangkiti Covid-19. Laporan melalui guru akan
kelas akan dipanjangkan kepada PK HEM, seterusnya kepada Guru Besar dan
PPD. Daripada PPD akan dihantar kepada JPNS dan seterusnya
kepada KPM.

Tindakan : Guru Kelas

4.2 Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM)

4.2.1 Ibu bapa dan penjaga harus mengemaskini maklumat anak jagaan masing-
masing di SPATKPM dengan menggunakan kata laluan masing-masing.
Sekiranya ibu bapa terlupa kata laluan, guru kelas dikehendaki berhubung
dengan guru data bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul berkaitan
SPATKPM. Sekiranya berlaku perubahan maklumat dalam SPATKPM, maka
guru kelas pula perlu mengemaskini APDM murid terbabit.

Tindakan : Guru Kelas

4.3 e-Daftar Rendah


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/03
4.3.1 Setakat ini, seramai 1 murid telah mendaftar untuk kemasukan Tahun 1
Sesi 2022 ke SJKTLDP. Jumlah ini telah meningkat berbanding seramai 17
sebelumnya. PK HEM telah memperakukan jumlah tersebut dan yang tinggal
hanya 1 orang sahaja lagi yang belum menghantar borang. Ibu bapa murid
tersebut telah dihubungi oleh PK HEM sendiri
Tindakan : PK HEM

4.4 e-Daftar Menengah

4.4.1 Takwim pengurusan e-Menengah telah keluar. Ia juga telah dimaklumkan


kepada guru- guru tahun 6 melalui group what’s app Tahun 6. Guru kelas perlu
mengemaskini profil murid- murid mulai 1 hingga 31 Julai 2021.

4.4.2 Pada tahun lepas, group what’s app khas e-Menengah telah diwujudkan
oleh PK HEM. Pada tahun ini, maklumat ini dikongsi ke dalam group tahun 6
sahaja. Arahan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Tindakan : Guru Kelas Tahun 6

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Penghantaran e-RPH adalah sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh


Guru Besar, iaitu pada setiap hari Jumaat atau selewat-lewatnya pada hari Isnin.
Sebarang masalah perlu berhubung dengan pihak pentadbir.

5.2 Terdapat aduan daripada ibu bapa yang mengatakan guru tidak menjalankan
PDPR. Hal ini dipandang serius oleh pihak sekolah dan siasatan telah dilakukan
serta diambil tindakan yang sewajarnya.

5.3 Selain itu, seeloknya guru menggunakan link Google Meet yang sama setiap
subjek bagi PDPR online untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga,
terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja. Ini kerana mereka tidak dapat
membantu PDPR anak mereka sekiranya link tersebutberubah-ubah.

5.4 PK HEM turut memaklumkan bagi murid yang mengikuti PDPR, nama
mereka boleh diisi di dalam SSDM untuk menambah amalan baik murid.

6.0 PENUTUP

6.1 Semoga guru-guru semakin bersemangat untuk mengajar walau apa pun
cabaran yang datang dan sentiasa membuat persediaan mental dan fizikal.
Taklimat ditangguhkan pada jam 1:30 tengah hari.

Urus Setia
Setiausaha Hal Ehwal Murid
Tarikh : 14 Julai 2021
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/03
to Vie

You might also like