You are on page 1of 4

SMK KANGKAR PULAI

LAPORAN TAHUNAN
UNIT APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
2022

DISEDIAKAN OLEH
NOR ALIAA BINTI NORDIN
LAPORAN UNIT APDM 2022

1 . PENDAHULUAN:

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan satu aplikasi secara online untuk menyimpan segala
maklumat berkenaan murid. Segala maklumat di dalam APDM akan digunakan ketika mengisi pelbagai
data seperti biasiswa, SAPS, SSDM, pengurusan SPM dan pelbagai lagi. Tanggungjawab untuk
mengemaskini maklumat murid adalah tanggungjawab guru kelas. Guru kelas perlu mengemaskini murid
dari semasa ke semasa. Maklumat peribadi murid dan penjaga murid perlu dikemaskini. Maklumat juga
telah diambil daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Guru kelas hanya masukkan nombor kad
pengenalan sahaja. Bantuan yang disalurkan kepada murid juga diambil maklumat daripada APDM. Oleh
yang demikian, guru kelas perlu memastikan maklumat pendapatan penjaga adalah betul supaya tiada
murid yang akan tercicir daripada menerima bantuan.

2 . OBJEKTIF:

Unit APDM diwujudkan bagi mencapai beberapa sasaran:

2.1 Data APDM sentiasa berada dalam keadaan kemaskini mengikut maklumat terkini dan
lengkap.
2.2 Data kehadiran di APDM diisi dan dikemaskini oleh guru kelas setiap hari persekolahan
sebelum jam 9pagi
2.3 Menyedari kepentingan sistem ini sebagai sumber rujukan utama kakitangan di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

3. JAWATANKUASA SISTEM MAKLUMAT MURID DAN APDM 2022:

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Bakri bin Mat Diah (Pengetua)


Tim/ Pengerusi : En. Azhar Bin Mohamed / En Hamdan bin Hussin (PK HEM)
N. Pengerusi I : Pn Norisah (Pk Pentadbiran)
N. Pengerusi II : Pn Hjh Hamisah binti Eaksan (Pk Koko)
N. Pengerusi III : Pn Mahyon Mahat ( Pk Petang)
Setiausaha : Pn Nor Aliaa Binti Nordin
Pen Setiausaha APDM I : Pn. Nur Fatin Aziani Jaafar
Pen Setiausaha APDM II : Pn Mardsuziana Binti Sulaiman
Pen Setiausaha APDM III : Pn Zaharah Binti Yusof
Fail Peribadi dan Rekod Murid : En Fakaruddin Bin Jusoh (K)
Fail Peribadi dan Rekod Murid : Pn Hasnida Ali

AJK APDM : Pn Anny Hii Siew Ling ( Peralihan )


: Pn Norhayati Esa ( Tingkatan 1)
: En Wan Effendi Bin Wan Ahmad ( Tingkatan 2)
: Pn Norazlin Abd Rahim ( Tingkatan 3)
: Pn Fauziah Binti Omar ( Tingkatan 4)
: Pn Fatihanum Khamis ( Tingkatan 5)
4. BUTIRAN AKTIVITI

Sepanjang tahun 2021, Unit APDM dibantu oleh guru-guru tingkatan telah dapat menjalankan
tanggungjawab yang di amanahkan dengan baik dan lancar dari awal tahun sehingga ke akhir tahun
mengikut arahan yang diberikan.

Aktiviti Unit APDM Tahun 2021:

BIL AKTIVITI
1 Mendaftarkan kelas dan guru tingkatan di dalam sistem apdm
2 Guru tingkatan Mengemaskini maklumat terkini murid kelas masing-masing
3 Guru tingkatan mengisi kehadiran murid setiap hari (e-kehadiran)
4 Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan ( biasiswa / BR100 / murid asnaf )
5 Membantu unit SPBT / Pusat sumber / unit PBD mengemaskini data murid
6 Memastikan semua murid didaftarkan dalam apdm untuk urusan peperiksaan (SAPS / SPM /
PT3)
7 Mengenalpasti murid cicir (bersama unit kaunseling)
8 Memadam nama murid pindah / dibuang sekolah / sebab lain-lain
9 Membantu unit kokurikulum ( SEGAK / PAJSK )
10 Mengisi maklumat subjek / guru yang mengajar setiap kelas
11 Membantu Unit Kesihatan dalam pengurusan Vaksin murid

5. MASALAH / ISU YANG DIHADAPI TAHUN 2022


5.1 Kemudahan internet wifi yang sangat minima di kawasan sekolah.
5.2 Pelajar dan ibubapa kurang memberi kerjasama kepada guru tingkatan. Maklumat pada borang
tidak diisi dengan lengkap dan tidak disertakan Salinan seperti yang diminta guru. Terdapat pelajar
tidak menghantar borang menyebabkan guru tidak dapat mengemaskini data terkini.
5.3 Berlaku banyak pertukaran pelajar seperti dibuang dan rayuan masuk semula dalam masa setahun
menyebabkan wujud ralat murid cicir yang banyak.
5.4 Guru mengalami kesukaran menukar maklumat status penjaga kedua kepada penjaga pertama.
Ibu atau bapa yang meninggal dibiarkan kosong hingga menimbulkan ralat
5.5 Guru tidak mengisi bahagian bantuan yang diterima pelajar seperti SPBT, Biasiswa.
5.6 Guru tidak mengisi atau lewat mengisi kehadiran pelajar.
6. RANCANGAN PENAMBAHBAIKAN 2023

6.1 Meningkatkan kerjasama antara semua guru tingkatan dan pengurusan APDM.
6.2 Mengadakan taklimat atau peringatan berkaitan APDM setiap kali diadakan mesyuarat guru.
6.3 Makluman dan panduan berkaitan APDM juga akan diberitahu kepada guru tingkatan melalui aplikasi
seperti whatsap sekolah dan notis yang ditampal di papan kenyataan.
6.4 Membuat semakan APDM setiap bulan bagi setiap kelas dari masa ke semasa.
6.5 Memastikan pelajar baru berpindah masuk didaftarkan dalam sistem APDM pada hari yang sama
murid mendaftar masuk di sekolah. Juga pelajar yang dibuang mesti dipadamkan dalam APDM oleh
s/u APDM pada hari yang sama.
6.6 Memastikan guru tingkatan segera bertindak dan konsisten mengemaskini maklumat terkini pelajar.
6.7 Memastikan guru tingkatan mengisi kehadiran pelajar mengikut masa dan hari yang betul.

7. PENUTUP:

Keseluruhannya, Unit APDM telah berjaya memastikan setiap urusan berkaitan apdm diselesaikan
dengan baik dan mengikut arahan yang ditetapkan. Penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke
semasa untuk meningkatkan kualiti pengurusan APDM di sekolah. Perubahan akan dijalankan
berdasarkan keperluan semasa.

Disediakan Oleh:

…………………………………….
(NOR ALIAA BINTI NORDIN)
Setiausaha Unit APDM
SMK Kangkar Pulai

You might also like