You are on page 1of 4

Perjumpaan SISC+ Bidang Sains dan Matematik (BSNMT) bersama 6 GKMP Sains dan Matematik Daerah Batu

Pahat di apps GOOGLE MEET

Tarikh : 04.05.2020 ( Isnin )


Masa : 2.30 ptg - 4.00 ptg

Pengerusi : Cikgu Samadi bin Hashim


Host : Cikgu Lee Bee Bee
Pencatat : Cikgu Suria binti Kasmin

Kehadiran: 3/6 orang GKPM SM Daerah Batu Pahat:


Hadir :
1. SMA JUWAHIR AL-ULUM – Cikgu Siti Mardhiyah
2. SMK TUN SARDON – Cikgu Yap Cheau Ling
3. SMK BANANG JAYA- Cikgu Mohd Hafizan bin Paimin
Tidak Hadir :
1. SMK SERI MEDAN – Cikgu Norhidayah Talib – Masalah Internet
2. SMK TUN AMINAH – Cikgu Julia Khamsin – Masalah Teknikal
3. SMK DATIN ONN JAAFAR – Telah Bersara

Bil Agenda/ Perkara Catatan

1. Pengerusi mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada rakan guru GKMP dan Makluman
rakan-rakan SISC+ yang hadir. Perjumpaan diteruskan walaupun hanya 3 daripada 6 buah dan tindakan
sekolah sahaja yang dapat hadir kerana mereka juga akan dihubungi untuk menyertai GKMP SNMT
perjumpaan ini. Perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas bagaimana guru
mengesan dan mengumpul evidens atau data berkaitan dengan perlaksanaan pdpc
sepanjang PKP untuk murid-murid SPM iaitu:
1. Data penggunaan PELANTAR DIGITAL
2. Data penggunaan BAHAN paling minimum
3. Data murid langsung tidak terlibat dalam PdP maya yang diusahakan oleh guru mengikut
darjah/tingkatan.
PPD sedia maklum bahawa guru-guru telah mengumpul data-data tersebut. Perbincangan
ini adalah antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat di JPN sepanjang
tempoh perlanjutan PKP.
Pengerusi meminta sekolah membentangkan laporan.

Data penggunaan bahan paling minimum juga dikumpulkan melalui google form. Bahan
2. paling minimum yang digunakan untuk pdpc guru sains ialah quizi selain daripada youtube.
Bahan-bahan daripada youtube digunakan oleh guru matematik dan matematik tambahan
seperti cikgu tube. Tugasan diberikan melalui dokumen file iaitu pdp word atau picture
samada murid perlu print atau bergantung pada arahan guru. Jadual pdpc disediakan oleh
PK Pentadbiran iaitu maksimum 4 mata pelajaran sehari adalah sebagai panduan mengikut
kesesuaian guru dan murid.
Bagi data murid yang langsung tidak terlibat dengan pdpc, data dikumpulkan secara
keseluruhan melalui google form oleh seorang guru. Data untuk di bawah bidang belum
diperolehi dan akan dikumpulkan mengikut bidang masing-masing. Guru mata pelajaran
telah mengenalpasti muridnya yang tidak terlibat langsung dengan pdpc. Contohnya,
dapatan daripada guru matematik, terdapat seorang murid yang mempunyai capaian dan
kemudahan internet yang baik tetapi tidak mahu mengikuti pdpc walaupun tindakan telah
diambil oleh guru tersebut dengan menghubungi ibubapanya. Ini dapat dikesan kerana
ibubapa murid tersebut adalah salah seorang staf di SMK Banang jaya,

Ulasan SISC+:

Cikgu Samadi: SMK Banang Jaya hendaklah menyatakan bilangan data murid yang langsung
tidak terlibat dengan pdpc maya di bawah bidang SNMT. Data ini adalah perlu untuk
melihat samada murid tersebut hanya tidak terlibat langsung pada mata pelajaran SNMT
atau sebaliknya. Cadangan penjadualan waktu pdpc pada bulan puasa boleh dilihat dan
dibincangkan semula bersama pihak pentadbir mengikut kesesuaian sekolah supaya dapat
meminimumkan pdpc murid daripada semaksimumnya 4 mata pelajaran sehari.

Cikgu Lee Bee Bee: Penggunaan google classroom adalah digalakkan dan dijadikan sebagai
suatu budaya yang sememangnya disarankan oleh KPM. Kebanyakkan guru telah
mempunyai kemahiran asas berkenaan pdpc google classroom. Ini memudahkan guru
untuk menyimpan tugasan secara sistematik dan boleh digunakan untuk tahun berikutnya. Makluman
Pada permulaannya ini agak sukar dan guru boleh memulakannya dengan kelas hadapan. dan tindakan
Guru boleh menggabungkan penggunaan pelantar digital semasa pdpc. Contohnya, google GKMP SNMT
classroom dan telegram/ whatsapp atau google meet dan telegram/ whatsapp. Dalam SMK Banang
keadaan ini, guru dapat bersemuka dengan murid sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jaya

2.2 SMK Tun Sardon – Cikgu Yap Cheau Ling

Sekolah dapatkan data melalui rph guru. Data penggunaan pelantar digital seperti
telegram, whatsapp dan google form boleh dilihat pada rph guru. Kebanyakan guru dan
murid menggunakan whatsapp dan telegram kerana pencapaian internet di kawasan
kampung sangat terhad. Ada di antara murid membuat aduan berkenaan data yang tidak
mencukupi dan capaian internet lemah untuk pdpc mereka.
Bahan minimum yang digunakan ialah youtube, google form, whatsapp, quizi, google test,
modul dan lembaran kerja.
Murid yang langsung tidak terlibat dengan pdpc maya ini telah dihubungi melalui
whatsapp. Guru telah memberitahu kepada murid tentang kerja rumah yang perlu
disiapkan.

Ulasan SISC+:

Cikgu Samadi: Sekolah diminta mendapatkan data murid yang langsung tidak terlibat Makluman
dengan pdpc kerana ada kemungkinan ia berlaku pada murid yang sama pada semua pdpc dan tindakan
atau pada mata pelajaran SNMT sahaja. Murid inilah yang perlu dilihat kerana ia telah GKMP SNMT
tertinggal banyak pdpc. SMK Tun
Sardon
Cikgu Suria: Sekolah juga diminta mendapatkan jumlah bilangan murid yang hadir, tidak
hadir dan tidak terlibat langsung pdpc serta nyatakan sebabnya. Selain daripada itu
bilangan murid yang menghantar tugasan dan sebaliknya juga perlu ada dan nyatakan
sebabnya.

Cikgu Lee Bee Bee: Sekiranya masalah capaian internet tidak stabil, murid yang tidak
terlibat langsung dengan pdpc masih boleh mengikuti pdpc guru sekiranya guru
menggunakan pelantar telegram kerana ia boleh dilihat pada bila-bila masa kecuali
pelantar google meet atau zoom. Berkenaan dengan murid yang tidak terlibat dengan pdpc
tersebut, murid yang berpotensi lulus perlu diberi perhatian.

2.3 SMA Jawahir Al-Ulum – Cikgu Siti Mardhiyah

Kebanyakan Pdpc di SMA Jawahir Al-Ulum menggunakan pelantar digital telegram dan
whatsapp dimana penggunaan google classroom hanya 5% sahaja.
Penggunaan bahan paling minimum oleh guru-guru SNMT menggunakan google form, kuiz
dan youtube dan rakaman suara. Murid membuat pembentangan menggunakan youtube.
Sekolah telah mengenalpasti murid-murid yang tidak dapat mengikuti pdpc. Data ada
direkodkan dalam rph guru.
Terdapat aduan daripada ibubapa murid yang mengalami masalah capai internet dan
perkongsian gadjet. Bagi murid menengah rendah, kehadiran mengikuti pdpc dan
menghantar tugasan tidak sampai separuh. Manakala murid menengah atas tiada
mengalami masalah pdpc seperti menengah rendah yang tidak mempunyai telefon bimbit.
Data murid tidak terlibat atau tidak terlibat langsung pdpc masih belum lengkap.

Ulasan SISC+:

Cikgu Lee Bee Bee: Guru boleh mendapatkan atau membuat perkongsian pdpc guru yang Makluman
mempunyai kehadiran murid yang ramai. Dari perkongsian tersebut, kita dapat dan tinadakan
mengenalpasti kekuatan guru tersebut dan kelemahan kita. Apa kaedah yang digunakan GKMP SNMT
sehingga menjadi tarikan kepada murid untuk mengikuti pdpc guru tersebut. SMA Jawahir
Tujuan data yang disediakan adalah untuk guru mengenalpasti dan menyelesaikan masalah Al-Ulum
bukan semata-mata untuk dihantar kepada PPD.

Cikgu Suria : Sekolah diminta menyediakan data lebih terperinci berkenaan kehadiran
penglibatan murid iaitu bilangan hadir/ tidak hadir/ tidak terlibat langsung, sebab-sebab
dan tindakan guru untuk penambahbaikan

3. Hal-hal lain
Tiada

Terima kasih kepada semua guru yang hadir. Guru diminta membuat laporan maklumbalas Makluman
dan hantar kepada PPD. Teruskan pdpc guru sekurang-kurangnya paling minimum dan tindakan
sepanjang tempoh PKP GKMP SNMT
yang hadir
Perjumpaan Maya ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh.

Cikgu Suria binti Kasmin


SISC+ Sains dan Matematik
PPD Daerah Batu Pahat

You might also like