You are on page 1of 5

SMK DATO' HAJI TALIB KARIM

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

LAPORAN BENGKEL DIALOG PRESTASI AKADEMIK (BERSAMA PPD)

TARIKH : 23 Ogos 2019 (Selasa)

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SMKDHTK

AGENDA:
1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi majlis. (Encik Azahar)

1.1 Bacaan doa

2.0 Ucapan Pengetua


2.1 Pengetua mengalukan kehadiran semua pegawai PPD dan ketua panitia yang sudi datang untuk
membantu sekolah untuk meningkatkan keputusan SPM 2019.
3.0 Pembentangan oleh pengetua
3.1 Pengetua menyatakan GPS tahun lepas dapat ditingkatkan dengan usaha semua guru dan
perangkaan program baru. Bagi tahu ini, sekolah bertujukan untuk meningkatkan kualiti dalam
pencapaian SPM.
3.2 Keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan lima 2019 tidak memerangsangkan. Oleh
itu, kita perlu mencari puncanya dan memperbaikinya. Peperiksaan tersebut diadakan pada bulan
puasa. Oleh itu, kebanyakan pelajar memberi alasan bahawa mereka berasa letih dan tidur. Tetapi
kita perlu kaji juga factor lain yang menyebabkan penurunan ini.
3.3 Beliau menyatakan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan penurunan ini.
a) Pelajar kurang mampu untuk menjawab soalan-soalan tingkatan 4.
b) Pelajar tidak menjawab soalan mengikut teknik menjawab yang betul.
3.4 Pengetua mengharapkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan percubaan 2019 yang akan
datang berdasarkan program-program yang telah dirancang.
3.5 Pengetua menunjukkan data sasaran GPS tahun semasa 2019 iaitu 5.56, GPS tahun 2020 5.28 dan
peratus lulus tahun 2020 adalah 100%.
3.6 Pengetua memaklumkan bahawa walaupun pencapaian GPMP mata pelajaran pertengahan tahun
tidak mencapai sasaran, tetapi ia menunjukkan peningkatan sedikit dalam pencapaianya.
3.7 Subjek-subjek sains menunjukkan keputusan yang baik kerana kelas-kelas sains telah disusun
semula, bagi pada pelajar yang berkelayakan sahaja.
3.8 Pengetua memberitahu bahawa usaha pelajar juga perlu ada untuk meningkatkan keputusan
peperiksaan percubaan yang akan diadakan nanti walaupun guru-guru telah banyak berusaha
kerana skop topik peperiksaan percubaan adalah lebih besar.
3.9 Pengetua memaklumkan bahawa beliau telah menyusun takwim pengurusan SPM sehingga
peperiksaan SPM sebenar untuk guru-guru lebih bersedia menghadapi peperiksaan.
3.10 Pengetua mengingatkan guru-guru bahawa masa mereka berjumpa dengan pelajar adalah sangat
singkat. Oleh itu, mereka perlu pastikan pdPc yang lebih berkualiti diadakan semasa dalam kelas.
3.11 Pengetua menyatakan bahawa Program 3x8 susah untuk dicapai kerana pelajar mengulangkaji di
rumah sangat kurang. Kaunselor telah membuat soal selidik, kebanyakan pelajar tidak belajar
di rumah, malah lebih banyak main dalam telefon bimbit.

4.0 Ucapan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah.(Tuan Hj. Abdul Malek)
4.1 Beliau meminta sekolah untuk fokus 2 perkara utama dalam dialog ini.
a) Keupayaan pelajar utama dalam subjek sains dan matematik PT3.

-minat pelajar dalam subjek sains dan matematik sangat berkurang.


-negara akan kekurangan modal insan dalam bidang sains dan teknologi-IR4 (Industrial
Revolutionary 4)
-anak-anak perlu ada kemahiran untuk operate robot dan machine [pada masa hadapan.
-guru-guru perlu upgrade diri masing-masing untuk memupuk minat mereka dalam subjek sains
dan matematik.
-Bagi PT3, fokus lebih perlu diberikan kepada subjek sains dan matematik.

b) Keupayaan pelajar SPM untuk mendapat sijil SPM dan gred purata sekolah bawah 6.00
5.0 Dialog bersama guru-guru

5.1 Ketua Pegawai PPD meminta guru-guru untuk memberi fokus lebih kepada subjek sains dan matematik

dalam PT3.

5.2 Cikgu Hashim menyatakan sebab peratus lulus rendah subjek matematik dalam peperiksaan pertengahan

PT3 iaitu 22.22%. Beliau memaklumkan bahawa pelajar tidak mengulangkaji topik-topik tingkatan 1 dan

2. Mereka belum menguasai topik-topik tersebut. Panitia matematik juga menghadapi masalah kewangan

untuk membeli buku rujukan. Buku rujukan perlu untuk mendedahkan format dan bentuk soalan

terutamanya untuk pelajar kelas belakang.

5.3 Ketua Pegawai PPD meminta guru-guru untuk mengumpul duit sikit-sikit untuk photostat topik-topik

yang perlu difokuskan. Guru-guru juga boleh menggunakan duit panitia untuk photostat dan beli printer

untuk print bahan untuk pelajar.

5.4 Ketua Pegawai PPD juga meminta guru-guru untuk memastikan pelajar-pelajar mencapai keputusan

yang lebih cemerlang dalam peperiksaan terutamanya dalam subjek matematik. Guru-guru perlu

mengenalpasti masalah sebenar yang menyebabkan %lulus matematik sangat kurang.

5.5 Puan Norazura menyatakan sebab peratus subjek sains rendah dalam peperiksaan pertengahan tahun PT3,

iaitu 51.27%. Beliau memberitahu bahawa kehadiran pelajar yang bermasalah dan penguasaan topik-

topik tingkatan 1dan tingkatan 2 yang tidak baik menyebabkan peratus pencapaian subjek sains yang

rendah.

5.6 Ketua Pegawai PPD meminta ketua bidang untuk menggunakan duit PCG untuk membeli bahan rujukan.

5.7 Puan Norazura memaklumkan bahawa target lulus subjek sains PT3 2019 adalah lebih daripada 70%.

5.8 Ketua Pegawai PPD meminta guru-guru memastikan pelajar-pelajar yang betul-betul mahir dalam subjek

sains dan matematik masuk dalam aliran sains.

5.9 Cikgu Jaafar memaklumkan bahawa 30 pelajar gagal dalam subjek Bahasa Melayu bagi peperiksaan

pertengahan tahun SPM. Ini adalah kerana, masalah pelajar yang tidak menjawab soalan. Beliau

memberitahu tentang program Sinar Harapan untuk pelajar yang mendapat markah yang sangat rendah

dalam subjek Bahasa Melayu. Program ini membantu mereka untuk menjawab soalan untuk lulus.
5.10 Puan Siti Jamiah memberitahu bahawa pelajar tidak ingat fakta sejarah, tidak menjawab soalan bahagian

A dalam kertas 2. 63 pelajar telah gagal dalam subjek sejarah bagi peperiksaan pertengahan tahun 2019.

Buku teks sejarah tidak mencukupi unutk pelajar. Beliau memberitahu bahawa kelas tambahan sejarah

berterusan sedang dibuat untuk pelajar.

5.11 Cikgu Waginah memberi respons tentang buku teks sejarah yang tidak mencukupi. Beliau memberitahu

bahawa banyak pelajar tidak memulangkan buku teks tahu-tahun lepas. Ada juga pelajar yang tidak

membawa buku teks ke sekolah. Oleh itu, buku teks tidak mencukupi untuk pelajar.

5.12 Ketua Pegawai PPD meminta guru-guru untuk memikirkan cara yang betul untuk selesaikan masalah buku

teks ini. Pihak sekolah boleh menyediakan satu tempat yang lebih selamat untuk menyimpan buku teks

pelajar.

5.13 Puan Siti Jamiah menyatakan bahawa guru-guru sejarah akan memberi lebih fokus kepada soalan

bertopikal untuk pelajar ingat fakta, menggunakan nota berwarna, lebih fokus untuk menjawab esei

dalam kelas semasa pdPC.

5.14 Cikgu Adillah memberikan respons tentang subjek matematik tambahan. Beliau menyatakan bahawa

pelajar jurang menjawab soalan rutin peperiksaan kerana guru-guru perlu menghabiskan silabus

matematik tambahan. Selepas menghabiskan silabus, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan soalan

rutin peperiksaan untuk membiasakan pelajar mudah menjawab soalan nanti.

5.15 Cikgu Rushayati memberikan respons bagi subjek kimia. Pelajar tidak menjawab habis soalan bahagian B

dan C dalam kertas 2. Pelajar menjawab kertas 1 dengan baik. Oleh kerana cikgu yang mengajar kimia

adalah seorang, perlu fokus dahulu untuk habiskan silabus. Tetapi, silabus sudah selesai. Fokus lebih akan

diberikan kepada konsep menjawab soalan peperiksaan selepas ini.

5.16 Cikgu Rosdalila menyatakan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan yang kurang dalam subjek sains

sukan dan mereka kurang minat dalam bidang sukan.

5.17 Cikgu Suhaili menyatakan bahawa pelajar tidak menjawab habis soalan dalam subjek kesusasteraan

melayu. Pelajar perlukan lebih motivasi untuk menjawab soalan dalam peperiksaan.

6.0 Rumusan dialog yang dibuat oleh Tuan Haji Abdul Malik.

a. Secara headcount, setiap panitia perlu memastikan GPS sekolah dicapai.


b. Megharapakn sekolah akan dapat satu keputusan yang baik dalam peperiksaan yang akan datang.
7.0 Rumusan dialog yang dibuat oleh Tuan Pengetua.

a. Panitia perlu merancang pembelian awal tahun.


b. Penggunaan buku rujukan dalam pdPc sebelum silabus habis tidak dibenarkan.
c. Mengharapkan peratus lulus dalam Subjek sejarah dan Bahasa melayu akan meningkat dengan adanya
bantuan program BS40 dan Sinar Harapan.
d. Program memperkasakan penguasaan mesti mula dari tingkatan satu.
e. Pegawai SiC+ tidak pernah datang ke sekolah sehingga kini untuk membantu guru-guru di sekolah.

Bengkel dialog prestasi ditamatkan pada jam 4.55 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

........................................ ...........................................................
(SARASWATHY A/P KASHINATHAN)
Setiausaha Kurikulum
SMKDHTK

You might also like