You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERLIS

02000 KUALA PERLIS, PERLIS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

MINIT MESYUARAT PANITIA PPKI KALI 1 BAGI TAHUN 2022/2023

Tarikh : 18 Mac 2022


Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan Makan Asrama SK Kuala Perlis
Kehadiran : 1. Pn. Azliza binti Hamad@Ahmad (GPK Pendidikan Khas)
2. En. Muhd Shafiq bin Shahidan (Setiausaha PPKI)
3. Pn. Azizah binti Ahmad (TIDAK HADIR BERSEBAB)
4. Pn. Fatmawati binti Ismail@ Abd. Rahman
5. Pn. Hasmah binti Ismail
6. En. Ibni bin Ibrahim
7. Pn. Ida Nasyrah binti Mohd. Yusof
8. En. Mohd Hasiful Insan bin Hussin
9. Pn. Noorhafiza binti Bulat
10. Pn. Noorlaila binti Zinon
11. Pn. Norhidayah binti Musa
12. Pn. Patmawatie binti Mustapa
13. En. Shahimi bin Shafiee
14. Pn. Siti Noorshuhada binti Musa
15. Pn. Zaleha binti Marsat
16. Pn. Salmah binti Ibrahim (TIDAK HADIR)
17. Pn. Sharmila binti Ibrahim (PPM)
18. Pn. Noorazlida binti Ahmad (PPM)
19. Pn. Kartini binti Mohamad (PPM)
20. Pn. Azlina binti Othman (PPM)
21. Pn. Norlaila binti Othman (PPM)

Agenda Mesyuarat:
i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Pentadbiran / wakil (jika ada)
iii. Pengurusan Panitia sesi 2022-2023 (Padlet Panitia)
iv. Perancangan dan takwim Panitia
v. Kewangan dan tatacara penggunaan
vi. Pengurusan PBD Panitia
vii. Dialog Prestasi Panitia
viii. Penetapan latihan murid
ix. Analisa PBD
x. Penyedian bahan BBM sokongan panitia
xi. Perancangan Strategik Panitia
xii. Hal-hal lain
1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

1.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan ppm dapat hadir ke mesyuarat pada hari ini
secara bersemuka dan dapat menjayakan mesyuarat pada kali ini.
1.2 Berharap agar dapat meningkatkan lagi pencapaian PPKI pada tahun ini dari pelbagai segi
sama ada dalam aktiviti sukan, projek kelas dan sebagainya selain projek yang tertangguh
sebelum ini diharap dapat dijayakan dan diselesaikan pada tahun ini.

2. Ucapan Pentadbiran

2.1 GPK memaklumkan ucapan Pentadbiran tiada dan kemungkinan GB akan singgah hadir ke
mesyuarat sekiranya berkelapangan memandangkan semua panitia sudah mula bermesyuarat
serentak pada hari ini.

3. Pengurusan Panitia sesi 2022/2023 (Padlet Panitia)

3.1 GPK memaklumkan pengurusan padlet perlu ada buku pengurusan, jadual waktu, PBD,
takwim dan sebagainya yang berkaitan dengan pengurusan selain kemenjadian murid untuk
dimasukkan ke dalam padlet dan meminta guru-guru untuk merujuk hal-hal berkaitan dalam
padlet yang disediakan. Sebarang info tambahan dan yang berkaitan akan dimasukkan ke
dalam padlet dan dikemaskini oleh Cikgu Shafiq.
3.2 Buku Pengurusan sudah dimuat naik ke dalam group rasmi PPKI dan guru-guru boleh rujuk
jawatankuasa yang terlibat bagi sesi 2022/2023.
3.3 Ada perubahan kelas pada tahun ini memandangkan ada kemasukan baru murid dari aliran
perdana (outreach) ke kelas PPKI dan kerusi meja murid juga perlu ditambah. Kedudukan
kelas 1A, 2A akan berada di bangunan asal iaitu masih kekal di kelas yang sama. Bagi kelas
3A, murid akan berada di kelas bawah (kelas 4A) di bangunan induk. Kedudukan kelas 4A,
4B, 5A dan 5B akan berada di bangunan atas kelas baru PPKI. Manakala kelas 6A dan 6B
kedudukan kelas diletakkan di bangunan bawah iaitu di kelas 5A dan kelas 5B.
3.4 GPK memaklumkan nama murid untuk kelas-kelas berkenaan juga sudah disiapkan oleh
Cikgu Fiza. Proses kemasukan murid baharu masih berlaku lagi dan sedang diurus oleh JPN
berkaitan surat-menyurat. Namun kelas akan beroperasi terlebih dahulu seperti biasa dan
murid baharu akan masuk selepas itu. Memandangkan ada kemasukan murid baharu, guru
diminta menerima seadanya ke kelas berkenaan walaupun terdapat lebihan@lambakan murid
yang sudah menjadi kebiasaan di seluruh PPKI yang lain.
3.5 GPK meminta guru kelas untuk mengambil tindakan segera mengemaskini sebarang
perubahan berkaitan data dan maklumat murid dalam APDM secepat mungkin bagi
mengelakkan sebarang keciciran dan proses yang berkaitan. Guru kelas perlu ada inisiatif
kendiri seperti bertanyakan maklumat berkaitan anak murid mereka terus kepada ibu bapa
murid berkenaan atau melalui mesej atau melalui borang maklumat yang disediakan oleh
guru kelas memandangkan maklumat murid perlu ada dalam simpanan bagi memudahkan
proses memberi bantuan atau sumbangan umpamanya.
3.6 Tanggungjawab guru kelas memastikan sekiranya ada anak murid yang layak menerima
bantuan dapat diatasi dengan segera sekiranya dapat dijayakan dengan baik. Selain itu,
sebarang makluman dan maklumat berkaitan kelas atau sekolah perlu dimaklumkan terus
dengan kadar segera dalam group whatsapp kelas.
3.7 GPK memaklumkan laporan harian tugasan PPM diteruskan seperti biasa menggunakan
templat google form dan perlu cetak laporan tugasan pada hari jumaat sahaja untuk
ditandatangani oleh GPK.
3.8 Tugasan pentadbiran untuk PPM ada sedikit perubahan pada tahun ini manakala tugasan yang
lain dikekalkan kecuali tugasan ruang/kawasan yang akan dibuat penggiliran sementara
menunggu kemasukan PPM baharu dari SK Simpang Empat.
3.9 Setiap kali guru masuk ke kelas yang terlibat perlu scan qrcode terlebih dahulu sebagai
pelaporan rekod kawalan kelas untuk tahun 2022. Guru kelas diminta untuk lekatkan rekod
kawalan di kelas masing-masing untuk di scan oleh guru-guru yang menggunakan kelas
tersebut.
3.10 Guru subjek lain juga perlu memantau tulisan anak murid dari segi kekemasan dan ejaan
tidak hanya mengharapkan kepada guru subjek BM semata-mata. Sekurang-kurangnya murid
PPKI dapat menulis dengan betul biarpun tahap penguasaan tidak berada dalam TP 4 atau
sebaliknya namun pencapaian dalam kemahiran menulis/akademik perlu juga seiring dengan
pencapaian dalam kokurikulum.

4. Perancangan dan takwim Panitia


4.1 Perancangan takwim Panitia sudah dimasukkan ke dalam padlet PPKI dan guru-guru boleh
rujuk dalam padlet tersebut.
4.2 Aktiviti JPN juga sudah dimasukkan ke dalam perancangan takwim PPKI bermula dengan
Kejohanan e-Catur Pendidikan Khas Negeri Perlis secara online yang telah diadakan pada
hari Khamis 17 Mac 2022 dimana para peserta PPKI yang terlibat adalah seramai dua orang
iaitu Fazmeer dan Adam Rayyan. Kedua-dua murid tersebut terpilih untuk ke kejohanan e-
Catur Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan pada 28 Mac nanti.
4.3 GPK memaklumkan agar Cikgu Shafiq dapat membantu persiapan dan latihan intensif
selama satu minggu bagi murid yang terlibat dalam pertandingan e-Catur pada minggu
pertama persekolahan sesi 2022/2023.

5. Kewangan dan tatacara penggunaan

5.1 Setiap panitia masing-masing diberi masa 2 minggu untuk merancang perbelanjaan mengikut
PCG yang disediakan untuk membeli sebarang peralatan yang diperlukan. Sebagai contoh
Panitia BM merancang untuk membuat pembelian barangan yang diperlukan bagi subjek
tersebut mengikut kesesuaian.
5.2 GPK bertanyakan kepada guru kelas sama ada perlu atau tidak membuat pembelian kit bahan
PAK21 untuk dilekatkan di dalam kelas masing-masing. Semua guru kelas sepakat untuk
mewujudkan sudut PAK21 dalam kelas masing-masing. Setiap panitia boleh masukkan
pembelian bahan banner PAK21 ke dalam kewangan panitia masing-masing.
5.3 GPK maklumkan akan buat agihan jawatankuasa sepertimana dalam perancangan takwim
yang mana pelbagai program kokurikulum, sukan, ko akademik dan sebagainya akan
dianjurkan pada tahun ini. Persediaan dan pemilihan atlet atau peserta perlu dibuat segera
sebelum tarikh pertandingan. Guru-guru perlu bertindak segera bagi memilih murid yang
berkelayakan mengikut program yang dipertandingkan.
5.4 Pertandingan e-Mahabbah masih diteruskan dalam bentuk secara atas talian pada tahun ini
bagi peringkat negeri Perlis. Masih lagi menggunakan format yang sama sepertimana
pertandingan sebelum ini.
5.5 GPK maklumkan anggaran semua perbelanjaan panitia perlu diserahkan kepadanya untuk
digabungkan sebelum diserahkan kepada GB bagi tujuan pengesahan.
5.6 GPK maklumkan untuk tahun ini kelas PPKI menerima smart tv dan peti ais baru serta
memberi cadangan untuk meletakkan peti ais lama di bangunan atas bilik guru lelaki. TV led
lama juga perlu diletakkan di kelas atas bangunan PPKI baru untuk kemudahan proses PdPc
murid. Cadangan kelas 5B untuk ditempatkan tv led tersebut memandangkan kelas tersebut
mempunyai peralatan kabinet yang sesuai.
5.7 GPK maklumkan PCG untuk subjek wajib (teras) sebanyak RM2700.

6. PBD

6.1 Cadangan untuk memudahkan pengisian PBD PPKI agar lebih cepat dan tidak hanya
bergantung Guru Kelas untuk mengisi terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada guru
subjek.
6.2 Cikgu Fatma maklumkan sekiranya tapak PBD diisi oleh guru kelas dan guru subjek masing-
masing dalam laptop mereka akan timbul isu di mana sesetengah laptop tidak dapat membaca
format fail PBD tersebut.
6.3 GPK maklumkan sudah bertanya kepada cikgu ruslin berkenaan dengan laptop atau komputer
untuk diletakkan di kelas PPKI bagi memudahkan pengurusan cikgu-cikgu untuk mengisi
PBD. Tambahan pula peruntukan PCG juga akan digunakan untuk membuat permohonan
alatan ICT dan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan serta urusan surat-menyurat.
6.4 GPK maklumkan untuk PBD panitia PPKI kali ini perlu ada pengisian headcount oleh setiap
guru masing-masing.
6.5 GPK maklumkan murid yang tidak dapat menguasai kurikulum kssrpk perlu diisi dengan
domain. Guru perlu isi domain murid tertentu dalam templat atau tapak domain mengikut
kategori ketidakupayaan.
6.6 PBD ditentukan oleh guru kelas untuk proses pengisian yang perlu dilakukan oleh guru
subjek.

7. Dialog Prestasi Panitia

7.1 Perlu bersandarkan kepada RPI PPKI dan bersidang terlebih dahulu (3 kali) sebelum mulakan
dialog prestasi.
7.2 Perlu selitkan juga PBD murid PPKI semasa dialog prestasi PBD dan RPI.

8. Buku Aktiviti dan Latihan murid

8.1 GPK semak 4 kali setahun seperti yang dilakukan sebelum ini. Setiap kali GPK minta untuk
semakan perlu diserahkan untuk disemak hasil kerja, senarai semak, buku latihan atau
lembaran kerja murid.
8.2 Guru kelas atau guru subjek yang perlukan buku tulis perlu senaraikan buku yang diperlukan
mengikut kuantiti yang diperlukan. Maklumkan kepada PPM yang bertugas mengenai
perkara ini.
8.3 Analisa PBD panitia yang sudah siap perlu dipamerkan dan dimasukkan ke dalam
pengurusan PADLET PPKI.
8.4 Guru perlu sediakan dengan intervensi RPI apabila diminta yang boleh dipegang sebagai
bukti kepada tahap pencapaian murid PPKI.

9. Penyedian bahan BBM sokongan panitia

9.1 GPK maklumkan BBM ada banyak di bilik stor. Guru kelas atau subjek boleh pilih dan ambil
BBM yang sesuai untuk diletakkan dalam kelas masing-masing. GPK beri masa seminggu
kepada guru-guru untuk ambil BBM tersebut.

10. Perancangan Strategik Panitia

10.1 GPK maklumkan PPKI kena fokus secara menyeluruh kepada kurikulum, HEM dan KOKU.
10.2 GPK mohon agar ketiga-tiga penyelaras iaitu Penyelaras Kurikulum, Penyelaras HEM,
Penyelaras KOKU dan bersama juga Setiausaha PPKI untuk duduk berbincang bersama-sama
bagi merancang perancangan strategik Panitia PPKI.

11. Hal-hal lain

11.1 Ustazah Hasmah maklumkan dapur PPKI perlu berada dalam keadaan bersih dan kemas
memandangkan akan ada lawatan rasmi PenandaArasan dari PPD Muar pada 24 Januari nanti.
11.2 Cikgu Hidayah mohon untuk membuat pertukaran guru kelas 3A dengan guru kelas 4A.
11.3 Ustazah Hasmah bertanyakan waktu kehadiran guru dan PPM ke sekolah bagi memastikan
pintu kelas PPKI dibuka awal. GPK maklumkan untuk tugasan PPM ada yang perlu hadir
awal ke sekolah bagi membuka pintu kelas PPKI dan ada penggiliran tugas untuk PPM
membuka pintu kelas.
11.4 Cikgu Shahimi bertanyakan mengenai senarai nama murid baharu untuk tujuan agihan RPI
mengikut kelas bermula dari tahun lepas.
11.5 GPK maklumkan untuk murid PPKI dan Pra Sekolah,hasrat GB untuk kita wujudkan satu
program/pengisian semasa murid menunggu di Dewan Cikgu Bahatin sebelum mula bergerak
masuk ke kelas pada jam 8.15 pagi.
11.6 PPKI telah bersepakat untuk menggunakan tagline ‘Rise Up Together’.

12. Penangguhan Mesyuarat

12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.46 pagi. Diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan
Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ………………………………………..
(MUHD SHAFIQ BIN SHAHIDAN) (PN. AZLIZA BT HAMAD@AHMAD)
Setiausaha PPKI, GPK Pendidikan Khas,
Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis

Disahkan oleh,

…………………………………
(EN. SUZAIDE BIN MAT NOH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis

You might also like