You are on page 1of 4

Unit Kurikulum SK Bukit Papit

2022

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAPIT, MERADONG

MINIT MESYUARAT DIALOG PRESTASI 2/2022

Tarikh : 15 Jun 2022

Hari : Rabu

Masa : 1:40

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran : 1. Encik Abang Norden Bin Abang Mohamad Nor 8. Puan Edah Anak Abat
(Guru Besar)

2. Puan Asmah Binti Samion (PK 1) 9. Cik Sofiana Ozy Anak Siba

3. Ustaz Othman Bin Omar (PK KK) 10. Puan Faridah Binti Abu

4. Encik Badarul Zaman 11. Puan Ling Shao Hwei

5. Encik Imban Anak Geramong 12. Puan Ling Mee Ing

6. Puan Anja Anak Rabu 13. Puan Fun Yuk Mei

7. Puan Dora Anak Balang

Agenda: 1. Ucapan alu-aluan


2. Pentaksiran Bilik Darjah
3. Perkara-perkara lain

BIL PERKARA TINDAKAN


1 Ucapan Alu-aluan

1.1 Penolong Kanan 1 selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran para guru ke Makluman
Dialog Prestasi Kali kedua. Beliau mengatakan DP berfokus peringkat sekolah
perlu dijalankan sebelum tarikh yang diberikan oleh PPD.

2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

1. Makluman
2.
2.1. Pn. Asmah memaklumkan subjek yang difokuskan ialah BM, BI, MT dan
SN.
2.2. Beliau membentangkan pelaporan PBD bulan Jun 2022.
Unit Kurikulum SK Bukit Papit
2022
Tahun 6
2.3. Seramai 4 murid tahun 6 belum menguasai tahap penguasaan minimum.
2.4. Guru mata pelajaran BM memaklumkan Franky belum menguasai
kemahiran membaca suku kata dan lemah dari segi menulis.
2.5. Guru mata pelajaran BI turut memaklumkan murid tersebut bermasalah
untuk mencari jawapan walaupun ditunjukkan.
2.6. Guru mata pelajaran MT menyatakan Fedrick dan Muhammad bersikap
pelupa selepas cuti.
2.7. Guru mata pelajaran SN menyatakan Faustina lemah dari segi fakta dan
tidak faham konsep Sains.
2.8. Pn. Asmah mengingatkan para guru untuk kekalkan tahap penguasaan
dan pastikan tahap penguasaan tersebut tidak menurun.
2.9. Pn. Asmah merumuskan tiada murid yang cemerlang dalam tahun 6 dan
beliau berharap Nurul Aunie dan Fernandaz boleh tingkatkan tahap
penguasaan masing-masing.

Tahun 5
2.10. Pn. Asmah membentangkan pelaporan PBD tahun 5. Seramai 2 murid
yang belum kuasai tahap penguasaan minimum iaitu Amelda dan
Stanislaus.
2.11. Guru pemulihan memaklumkan Stanislaus masih mengikuti program
pemulihan.
2.12. Guru mata pelajaran memaklumkan murid-murid malas berfikir. Oleh itu,
dicadangkan untuk melaksanakan kuiz dalam PdP dan sentiasa bersoal
jawab dengan murid bagi meningkatkan tahap pemahaman murid.

Tahun 4
2.13. Pn. Asmah membentangkan seramai 2 murid yang masih lemah dalam
PBD.
2.14. Iqmal dan Patrick dimaklumkan lemah dalam menulis. Latih tubi menulis
perlu disediakan untuk murid berkenaan.
2.15. Pn. Asmah memaklumkan markah ujian sumatif perlu setara dengan
tahap penguasaan murid. Jika berlaku penurunan tahap penguasaan maka
intervensi perlu dilaksanakan.

Tahun 3
2.16. Pelaporan PBD menunjukkan Alif Azaim tidak kuasai subjek BC kerana
belum kuasai sebutan dan tidak dapat menulis tulisan Cina.

Tahun 2
2.17. Pelaporan PBD juga menunjukkan Nur Anisya lemah dalam subjek BC.
Murid tersebut lemah dari segi menulis aksara Cina.
2.18. Teo Li Mei lemah dalam subjek PK. Murid ini lemah dari segi pemahaman
dan lemah dalam meulis.
2.19. En. Badarul mencadangkan untuk mengawal kekerapan murid ke tandas
supaya tidak mengganggu proses pembelajaran.

Tahun 1
2.20. Guru mata pelajaran memaklumkan Jack Melson mempunyai masalah
Unit Kurikulum SK Bukit Papit
2022
kehadiran yang rendah ke sekolah menyebabkan dia tidak kenal semua
huruf dan nombor serta tidak tahu membaca.
2.21. Guru mata pelajaran memaklumkan Arthur pula tidak dapat tulis dengan
baik dan tidak dapat baca suku kata tertutup serta ayat panjang dalam
subjek BM.
2.22. En. Badarul menyatakan Emanual tidak dapat dikeluarkan dari sistem
APDM sekolah. Surat amaran dan kaunseling yang dikeluarkan perlu
disimpan sebagai bukti murid tidak bersekolah.

3 Lain-lain

Kurikulum
3.
3.1. Pn. Ling Shao Hwei memaklumkan data PBD bulan Jun merupakan data
TOV murid. Data PBD akan dikumpulkan lagi pada bulan September dan
Februari tahun 2023.
3.2. Bagi murid yang tidak hadir (Sulang, Emanual) tidak boleh diberi TP 1.
Murid-murid tersebut perlu dicatat tidak ditaksir dan justifikasinya. Makluman
3.3. Pn. Ling juga mengingatkan para guru TP bukan tunggakan dan
bergantung kepada pertimbangan guru.
3.4. Ulasan guru kelas dalam pelaporan PBD perlu ditulis penguasaan murid.
3.5. Pelaporan PBD kepada pihak ibu bapa dijalankan sebanyak dua kali
setahun iaitu pada bulan September 2022 dan Februari 2023.
3.6. Proses pelaksanaan dan pelaporan melibatkan tiga langkah utama iaitu
pelaporan mata pelajaran, pelaporan gabungan pelajaran dan pelaporan
individu murid.

Hal Ehwal Murid


3.7. En. Badarul membentangkan dapatan bahagian HEM.
3.8. Beliau mengingatkan guru-guru kelas tentang pengisian pendapatan ibu
bapa murid tidak boleh dikosongkan (tidak boleh kurang daripada RM
100) kerana murid tersebut akan cicir daripada semua bantuan.
3.9. Beliau meminta guru kelas untuk mengesahkan laporan kehadiran murid
dalam sistem APDM sebelum 5 haribulan setiap bulan. Guru-guru kelas
juga perlu cetak dan hantar kepada Guru Besar untuk disahkan dan
disimpan.
3.10. Surat amaran ponteng sekolah boleh dikeluarkan kepada murid yang tidak
hadir sekolah tiga hari berturut-turut dan surat tersebut boleh didapati
dalam SSDM.
3.11. Masalah SSDM sekolah sudah dirujuk kepada Cikgu Ping di PPD dan
didapati tiada masalah. Oleh itu, Pn. Anja selaku penyelaras diminta tukar
kata laluan semua guru.
3.12. En. Badarul juga mengingatkan guru bertugas untuk mengedarkan susu
kepada murid pada waktu pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan susu tersebut
perlu dihabiskan di sekolah. Para guru bertugas juga dikan supaya tidak
tandatangan jika didapati bekalan susu rosak dan hanya isytiharkan susu
yang elok sahaja.
3.13. Guru kelas tahun 1 dan 6 diminta untuk mendapatkan borang kebenaran
daripada ibu bapa untuk suntikan dan pemeriksaan sebelum doktor
Unit Kurikulum SK Bukit Papit
2022
kesihatan KKM sampai sekolah.

Prasekolah
3.14. Pn. Fun memaklumkan terdapat masalah dengan bekalan elektrik di
prasekolah.
3.15. Guru dan PPM prasekolah dicadangkan untuk memaklumkan Guru Besar
untuk menghubungi pihak berkenaan untuk datang membaiki.
3.16. Guru dan PPM juga dicadangkan untuk memgeluarkan makanan atau
bahan basah supaya disimpan di dalam peti sejuk di pantri bagi
mengelakkan makanan rosak.
8 Penutup
1. Makluman
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
8.1. Pn. Asmah meminta para guru muat turun lagu Sekolahku Sejahtera
supaya didengar dan dihayati bersama murid-murid.

Minit ditangguhkan pada 3.30 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

____________________ ____________________ ________________________


(FUN YUK MEI) (ASMAH BINTI SAMION) (ABANG NORDEN BIN ABANG
PENCATAT MINIT PENOLONG KANAN KURIKULUM MOHAMAD NOR)
GURU BESAR SK BUKIT PAPIT

You might also like