You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TRONOH,

JALAN BOTA, 31750 TRONOH, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL 2/2020

Tarikh : 20.07.2020 (Isnin)


Masa : 1.35 petang - 4.00 petang
Tempat : Bilik Komputer Sekolah

Kehadiran : En.Krishnan A/L Muniandy (Pengerusi / Guru Besar)


Pn.S.Sumathi A/P Subraigaudar (Guru Kanan Pentadbiran)
Pn.Menaga A/P Arumegam (Guru Kanan HEM)
Pn.Komathi A/P Subramany (Guru Kanan Kokurikulum / SU)
Pn.Vigikumari A/P Mariappan
Pn.Pushpa A/P Kandasamy
Pn.Rajaletchumy A/P Sinivasan
Pn.Puspalatha A/P Munusamy
Pn.Krishnaveni A/P Jaganathan
Pn.Jeya A/P Alakarsamy
En.Rajeswaran A/L Raja Sagaran
E.Ashwin A/L Subramaniam
Pn.M Kushalamal A/P Marimuthu
Pn.Manisah Binti Idris

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat meluangkan
masa untuk hadir ke mesyuarat panitia Pendidikan Muzik yang kedua bagi sesi
persekolahan 2020.
1.2 Beliau meminta semua guru supaya akur dengan perubahan dan pindaan dalam
bidang pendidikan.
1.3 Sebarang arahan dari pihak atasan seperti KPM, JPN, PPD dan Ketua Jabatan
hendaklah difahami dan dipatuhi demi kebaikan bersama.
1.4 Guru-guru perlu menunjuk komitmen yang baik terhadap tugasan yang diberikan dan
memastikan bahawa tugasan-tugasan yang diamanahkan dapat diselesaikan mengikut
sasaran masa yang ditetapkan.
1.5 Guru-guru dikehendaki melaksanankan tugasan dan tanggungjawab yang
diamanahkan seperti yang telah dirancang, walaupun berada di bawah Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
1.6 Guru besar menyeru kepada semua guru agar sentiasa peka dan menyesuiakan diri
dengan istilah-istilah baru seperti libat urus, penjajaran, penjarakan sosial dan
sebagainya.
1.7 Beliau menyatakan bahawa takwim baharu akan diedarkan dan guru-guru perlu
melaksanakan tugasan yang telah diagikan di bawah bidang-bidang tertentu seperti
yang telah dirancang.
1.8 Minit bagi setiap mensyuarat perlulah dicatat oleh setiausaha bagi panitia atau bidang
yang berkenaan.
1.9 Program CIDS perlu diberi penekanan dan diamalkan oleh semua guru. Dengan
demikian, suatu bengkel berkaitan pelaksanaan dan penggunaan CIDS akan diadakan
oleh pihak sekolah di masa yang terdekat.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

2.0 Analisa Ujian Bulan Mac 2020

2.1 Analisa keputusan Ujian Bulan Mac bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik telah
dibentangkan dan dilampirkan. (Sila Rujuk Lampiran)

Makluman dan Tindakan : Guru matapelajaran Pendidikan Muzik

3.0 Penjajaran Kurikulum

3.1 Seperti yang sedia maklum, DSKP telah dijajarkan semula bersesuaian dengan
keadaan semasa. Guru-guru diminta untuk membuat pemetaan kurikulum RPT baharu
sejajar dengan DSKP dan Takwim yang terkini.
3.2 Menurut guru besar Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi mata pelajaran SJKT hanya
boleh didapati dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru dibenarkan membuat RPT
dalam Bahasa Melayu. Namun RPH bagi subjek-subjek tertentu perlu ditulis dalam
Bahasa Tamil.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru

4.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1 Mulai 22 Jun 2020, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dilaksanakan secara
berterusan bagi kesemua hasil kerja murid yang telah dihantar dan disemak.
4.2 Kesemua aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Penulisan RPH,
penulisan refleksi PdPc, Pentaksiran, Pemberian Tahap Penguasaan dan penyemakan
buku kerja harus dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan mutu pendidikan.
4.3 Borang transit perlu diisi dan dihantar untuk semakan guru besar mulai 24 Julai 2020.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

5.0 Professional Learning Community (PLC)

5.1 Jadual pelaksanaan PLC telah diedarkan oleh Guru Kanan Pentadbiran.
5.2 Pelaksanaan Pembelajaran abad ke 21 (PAK21) perlu diubahsuai mengikut keadaan
semasa dengan mengambil kira aspek penjarakan sosial.
5.3 PLC harus diteruskan dengan lebih efisien dan berkesan bagi meningkatkan
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

6.0 Takwim / Program Panitia

6.1 Ketua Panitia dikehendaki merancang semula program-program panitia agar


pelaksanaan program-program tersebut mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh
KPM.
6.2 Program Panitia PJPK bagi tahun 2020 adalah seperti yang berikut:

Bil Program Catatan


6.3 Papan kenyataan panitia perlu dikemaskini dengan kadar segera dengan
menggantikan carta-carta yang mengandungi maklumat lama.

Makluman dan Tindakan : Guru matapelajaran PJPK


7.0 Koakademik

7.1 Pengerusi memaklumkan pertandingan koakademik BM dan BI akan bermula mulai


bulan Julai. Guru-guru dan ketua panitia diminta untuk melatih murid-murid supaya
dapat mengekalkan atau meningkatkan TOV sekolah.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

8.0 Anggaran Belanjawan

8.1 Pengerusi memaklumkan Peruntukan PCG untuk Panitia PJPK adalah sebanyak
RM718 berdasarkan enrolmen murid.
8.2 Peruntukan tersebut perlu digunakan dengan sebaiknya untuk kegunaan murid dan
pembelajaran.
8.3 Ketua panitia perlu berbincang dengan AJK panitia masing-masing dan membuat
pesanan bagi bahan atau alatan keperluan panitia.

Makluman dan Tindakan : Ketua Panitia dan Guru mata pelajaran PJPK

9.0 Penutup

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Mesyuarat seterusnya dijangka akan
diadakan pada bulan Ogos.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

   
(KOMATHI A/P SUBRAMANY) (EN.KRISHNAN A/L MUNIANDY)
Setiausaha Panitia PJPK Guru Besar
SJK(T) Tronoh SJK(T) Tronoh

You might also like