You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PRODUKSI MULTIMEDIA , GRAFIK BERKOMPUTER &

ICTL KALI KE 4 2010


Tarikh

19/10/10

Masa

1.50 Petang

Tempat
Kehadiran

:
:

Makmal Fizik

Encik Norhidan bin Md Nor


Encik Syed Jaafar
Puan Siti Hawa binti Hassan
Cik Maria binti Yusof
Cik Noraini binti Mat

Tidak hadir :

Puan Mahani binti Hamdan

Agenda
1

Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang
hadir untuk mesyuarat panitia kali ke 4 2010.

Membentang dan Mengesahkan minit mesyuarat


Cadangan

Puan Siti Hawa binti Hassan

Sokongan

Cik Maria binti Yusof

Perkara berbangkit
3.1

Encik Syed Jaafar mengutarakan soalan mengenai kategori alat tulis


yang tidak boleh
tidak boleh dibeli oleh Ketua Panitia dan
bagaimana proses untuk minta dari pejabat Beliau juga meminta
senarai rujukan yang lebih terperinci dari CC sekolah Puan
Musliza Majid.
Beliau juga melahirkan kerisauan mengenai
audit yang tidak menepati jenis barangan yang boleh dibeli .
Walaupun telah meminta rujukan dari pihak pejabat namun jawapan
yang diperolehi tidak jelas.Oleh itu beliau meminta supaya diwarwarkan oleh pihak yang berkenaan untuk makluman.

3.2

Berhubung dengan penyelenggaraan ICT, oleh kerana Panitia ICTL


tidak mempunyai wang PCG, adalah diminta supaya pihak
pentadbiran sekolah menyertakan wang kutipan sebanyak RM 1.50
didalam yuran pelajar seperti yang dilakukan pada tahun-tahun
yang lepas.

3.3

Encik Norhidan memaklumkan bahawa masalah bekalan elektrik


masih tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Analisis Peperiksaan
4.1

Cik Maria menyatakan terdapat peningkatan kualiti untuk subjek


Grafik Berkomputer iaitu semua pelajar lulus dengan 2 A, 1 A- dan
4 B. Menurutnya lagi, faktor latihan awal dari tingkatan 4 telah
membiasakan pelajar dengan soalan peperiksaan.

4.2

Strategi yang digunakan adalah dengan memberikan tips-tips


mudah iaitu menghafal perkataan selain dengan kelas tambahan
dan latihan. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah kesalahan
ejaan dalam bahasa inggeris.

4.3

Encik Syed Jaafar dan Encik Norhidan mencadangkan nama boleh


digantikan dengan melukis ikon.

Persediaan Peperiksaan
5.1

Encik Norhidan memaklumkan bahawa soalan latihan telah dicetak


dan tidak berikan mengikut set. Ini adalah berikutan masa yang
tidak mencukupi kerana pelajar perlu menjalani peperiksaan Ala
SPM yang lebih menumpukan matapelajaran teras.

5.2

Puan Siti Hawa menyatakan bahawa peperiksaan Ala SPM untuk


matapelajaran MPV boleh dijalankan didalam kelas dengan
mendapatkan MOU dari guru subjek lain.

5.3

Encik Syed Jaafar menyatakan bahawa pelajar senang untuk dikawal


dengan menayangkan soalan dari LCD.

Perancangan Akademik 2011


6.1

Agihan tugas mengajar dan jadual waktu akan disusun oleh ketua
panitia bersama guru kanan nanti. Keputusan ditetapkan oleh pihak
pentadbir.

6.2

Perancangan program panitia pada tahun 2011 perlu ada


penambahbaikan dan kenal pasti masalah dan cara mengatasinya.

6.3

Anggaran bajet untuk tahun 2011 dibuat oleh ketua panitia masingmasing dan diserahkan kepada Puan Musliza.

Semakan stok, pelupusan dan hapuskira


7.1

Setiap panitia yang ingin membuat hapus kira menyenaraikan


barangan dalam boring KEW 17

7.2

Permohonan boleh dibuat kepada pihak sekolah melalui panitia


dalam pengurusan aset.

Hal-Hal Lain
8.1

Encik Syed menyatakan komputer yang dihantar kepada FT masih


tidak dikembali dalam jangkamasa sebulan.

8.2

Encik Norhidan memberi maklum balas bahawa FT tidak dapt


memperbaiki kerosakan
yang berkaitan perkakasan. FT akan
melaporkan kerosakan kepada BTP untuk tindakan selanjutnya .
Untuk makluman guru-guru boleh melayari http:/STS.moe.edu.my
dengan login AEE 5174 dan password 123.

8.3

Cik Maria memberitahu bahawa FT tidak berada di makmal semasa


PnP dijalankan dan proses installation yang dimaklumkan tidak
complete tiada tindak balas.

8.4

Encik Norhidan memaklumkan bahawa FT sering berada di pejabat


dan sudah diberikan jadual guru ICTL. FT juga dilaporkan kerap
bercuti dan tidak diketahui keadaan sebenar.

8.5

Encik Norhidan memaklumkan bahawa buku penggunaan makmal


dan buku log penggunaan komputer tidak diisi oleh guru dan
pelajar yang menggunakan makmal.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.40 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

------------------------------

-----------------------

Cik Noraini binti Mat

Puan Siti Hawa Hassan

You might also like