You are on page 1of 20

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

GARIS PANDUAN
SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA
DI BAWAH DASAR BAJET 2015
PENGENALAN
1.

Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak

TASKA bermula dengan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang


Keberhasilan

Utama

Negara

(NKRA)

dan

Program

Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Lanjutan daripada itu,


YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian subsidi
ini semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014.
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk meringankan beban ibu
bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung kos
yuran pengasuhan anak serta meningkatkan enrolmen kanakkanak di TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Selain itu, dengan pemberian subsidi ini,
peluang untuk kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan
awal di TASKA adalah lebih baik dan sekaligus dapat
membangunkan modal insan yang berkualiti, sihat dan
seimbang.

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

KRITERIA PERTIMBANGAN
2. Terdapat

kriteria-kriteria utama yang menjadi asas

pertimbangan pemberian subsidi yuran pengasuhan kanakkanak di TASKA iaitu:-

Bil.
Kategori
Kriteria
1. Kanak-kanak i) berumur di bawah 4 tahun
ii) mendapat asuhan dan didikan awal di
TASKA

Institusi

dan

TASKA

Di

Rumah yang berdaftar dengan JKM


2.

Ibu

Bapa/ i) Ibu/

Penjaga

bapa/

penjaga

adalah

warganegara Malaysia
ii) pendapatan

perkapita

ibu

bapa/

penjaga adalah RM900 sebulan dan


ke

bawah.

pendapatan

Sila

rujuk

perkapita

perincian
seperti

di

Lampiran A.
3.

TASKA/
Pengusaha

i)

Pengusaha

adalah

warganegara

Malaysia
ii) TASKA berdaftar dengan JKM
iii) Kategori TASKA Institusi dan TASKA

Di Rumah sahaja
iv) Mempunyai akaun semasa yang aktif

atas nama TASKA (bagi TASKA


Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

Bil.

Kategori

Kriteria
Institusi) dan Akaun Simpanan atas
nama Pengusaha ( bagi TASKA Di
Rumah)

KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN


3. Kadar subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM250
sebulan bagi seorang kanak-kanak. Subsidi ini diberi mengikut
kadar yuran sebenar yang dibayar oleh ibu bapa/penjaga bagi
seorang kanak-kanak di TASKA, tetapi tidak melebihi nilai
maksimum yang ditetapkan.
4. Pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada kanak-kanak
OKU yang berdaftar dengan JKM pula adalah mengikut kadar
subsidi yuran pengasuhan yang ditetapkan bagi kanak-kanak
OKU tanpa mengira kategori ketidakupayaan.
5. Jika nilai subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak kurang
daripada kadar yuran sebenar yang dikenakan, maka lebihan
perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu
bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

TEMPOH SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK


6. Subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak adalah dibayar
secara sekaligus (one off) bagi tempoh pengasuhan kanakkanak dari bulan Januari hingga Disember (12 bulan) dalam
tahun semasa.
CARA MEMOHON
7. Permohonan boleh dikemukakan oleh pengusaha TASKA
Institusi dan TASKA Di Rumah dengan menggunakan Borang
Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA (Borang
YP1) yang boleh didapati dengan muat turun melalui laman
sesawang jkm.gov.my. Borang YP1 tersebut hendaklah
diedarkan oleh pengusaha TASKA kepada ibu bapa/penjaga
kanak-kanak untuk dilengkapkan.
8. Pengusaha TASKA bertanggungjawab mengumpul dan
menyemak

permohonan

yang

diterima

daripada

ibu

bapa/penjaga dan mengemukakan permohonan yang lengkap


berserta dengan dokumen berikut:i) salinan kad pengenalan pengusaha;
ii) salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

iii) salinan penyata akaun bank atas nama TASKA/ akaun


simpanan pengusaha bagi TASKA Di Rumah yang
disahkan;
iv) surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA
menggunakan

akaun pertubuhan atau perkongsian;

dan
v) semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu
bapa/ penjaga kanak-kanak.

9. Borang YP1 yang telah dilengkapkan oleh ibu bapa/


penjaga hendaklah dikemukakan kepada pengusaha TASKA
yang mengasuh kanak-kanak berserta dengan dokumen
berikut :i) salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;
ii) salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/
pelihara;
iii) salinan resit yuran bulanan TASKA;
iv) salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;
v) salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga
yang berkenaan;
vi) salinan

penyata

pendapatan

ibu

bapa/penjaga.

Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat


pengesahan

pendapatan

dari

majikan

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

atau
5

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

pengesahan
Penghulu/

pendapatan
JKKK/

oleh

Ketua

Kampung/

kakitangan

awam

kumpulan

Pengurusan dan Profesional; dan


vii) salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga
yang ditanggung.
10. Pengusaha TASKA hendaklah mengemukakan dokumen
permohonan untuk disemak oleh Pegawai Diberikuasa dan
disahkan lengkap oleh Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/
Bahagian

yang berhampiran dengan menggunakan Borang

Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan


Kanak-kanak TASKA (Borang YP2). Setiap permohonan yang
telah disemak hendaklah direkod dan dihantar untuk mendapat
pengesahan dari Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
11. Dokumen permohonan yang telah disemak dan disahkan
lengkap

oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri

hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan


Kebajikan Masyarakat, Aras 12, No 55, Persiaran Perdana,
Prisint 4, 62100 PUTRAJAYA. Permohonan terus daripada
ibu bapa/penjaga ke Bahagian Kanak-kanak JKM tidak akan
dipertimbangkan.
12. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan
diberi pertimbangan.
Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

TEMPOH
13. Tempoh Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA:
i. Tarikh Permohonan dibuka: 1 April 2015
ii. Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2015
KELULUSAN
14. Setiap permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan
dalam Mesyuarat Panel Insentif TASKA. Keahlian mesyuarat
terdiri daripada;
Pengerusi
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Ahli Panel
1. Timbalan Ketua Pengarah Operasi
2. Pengarah Perancangan dan Pembangunan
3. Pengarah Kanak-Kanak
4. Pengarah Khidmat Pengurusan
5. Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan
Urus Setia
Bahagian Kanak-Kanak

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

15. Mesyuarat Panel Insentif TASKA akan mempertimbangkan


permohonan berdasarkan Terma Rujukan (TOR) Mesyuarat
Panel Insentif TASKA (Lampiran C). Keputusan Mesyuarat
Panel Insentif TASKA adalah muktamad.
16. Seorang kanak-kanak hanya layak menerima sekali sahaja
subsidi yuran pengasuhan dalam tahun semasa.
17. Hanya dua orang kanak-kanak dari sebuah keluarga layak
menerima subsidi yuran pengasuhan dalam tahun semasa.
18. Urus Setia Panel Insentif TASKA bertanggungjawab
memaklumkan kelulusan permohonan ke JKMN masingmasing. Pengusaha TASKA boleh menyemak keputusan
tersebut

di

Pejabat

Kebajikan

Masyarakat

Negeri

dan

memaklumkan keputusan kepada ibu bapa dan penjaga.


SURAT

AKUAN

PENERIMAAN

SUBSIDI

YURAN

PENGASUHAN
19. Pengusaha TASKA yang mempunyai kanak-kanak yang
berjaya

menerima

subsidi

yuran

pengasuhan

adalah

dikehendaki menandatangani Surat Akuan Penerimaan Subsidi


Yuran Pengasuhan Kanak-kanak (Borang YP3). Salinan akuan

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

penerimaan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA


hendaklah disimpan oleh pengusaha TASKA dan JKM.
PEMBAYARAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAKKANAK
20. Pembayaran

Subsidi

Yuran

Pengasuhan

kepada

permohonan yang berjaya akan dilakukan melalui Electronic


Fund Transfer (EFT) ke dalam akaun semasa TASKA

dan

akaun simpanan bagi TASKA Di Rumah. Setelah menerima


bayaran, pengusaha hendaklah mengembalikan Surat Akuan
Penerimaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak (Borang
YP3) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri. Pihak
JKMN perlu menghantar Borang YP3 ke Bahagian KanakKanak di Ibu Pejabat.
21. Sebaik sahaja menerima pembayaran wang subsidi,
Pengusaha

TASKA

bertanggungjawab

memaklum

dan

mengesahkan pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada


ibu bapa/ penjaga kanak-kanak, dan memulangkan baki yuran
pengasuhan yang telah dilakukan oleh ibu bapa/ penjaga (jika
ada).
22. Akuan penerimaan subsidi yuran hendaklah diisi dan
ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga dalam Kad Rekod
Bahagian Kanak-kanak, JKM |

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

Bayaran (Borang YP4). Kad ini hendaklah disediakan oleh


pengusaha TASKA kepada setiap orang kanak-kanak yang
layak menerima subsidi yuran pengasuhan dan sentiasa
disimpan di TASKA untuk tujuan pemeriksaan JKM pada bilabila masa dikehendaki.
23. Sekiranya kanak-kanak terpaksa bertukar ke TASKA lain
atas

sebab-sebab

tertentu,

baki

jumlah

subsidi

yuran

pengasuhan hendaklah dikembalikan oleh pengusaha TASKA


asal kepada ibu bapa/ penjaga kanak-kanak yang berkenaan
untuk pembayaran kepada pengusaha TASKA yang baru.
Pengusaha TASKA asal, ibu bapa/ penjaga dan pengusaha
TASKA baru dikehendaki memaklumkan kepada Bahagian
Kanak-Kanak dengan mengemukakan maklumat seperti format
Borang YP5.
PEMULANGAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN
24. Pemulangan

subsidi

yuran

pengasuhan

kanak-kanak

kepada JKM lazimnya berlaku dalam keadaan berikut :i)

kanak-kanak tidak hadir ke TASKA melebihi satu (1)


bulan; atau

ii) kanak-kanak berhenti daripada TASKA; atau

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

10

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

iii) kanak-kanak bertukar ke TASKA di tempat kerja,


TASKA Komuniti atau TASKA kelolaan kerajaan
(seperti KEMAS, PERPADUAN, atau PERMATA); atau
iv) atas sebab-sebab lain yang diarahkan oleh JKM.
25 .Pengusaha

TASKA

yang

berkenaan

adalah

bertanggungjawab untuk mengembalikan jumlah bayaran


subsidi yuran tersebut bermula daripada bulan selepas kanakkanak berhenti/ bertukar sehingga bulan Disember tahun
berkenaan. Contoh: kanak-kanak yang berhenti/ bertukar pada
15 Ogos 2015, maka subsidi yuran yang perlu dikembalikan
adalah dari bulan September hingga Disember 2015.
26. Pemulangan semula subsidi yuran pengasuhan kepada
Kerajaan hendaklah dibuat kepada Pengarah Bahagian Kanakkanak dengan menggunakan cek/ Money Order/ Postal Order
atas

nama

KETUA

PENGARAH

KEBAJIKAN

MASYARAKAT berserta surat akuan pemulangan wang


seperti Borang YP6 dan salinan surat kelulusan yang
mengandungi nama kanak-kanak berkenaan.

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

11

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

PERTANYAAN
27. Sebarang

pertanyaan

mengenai

Subsidi

Yuran

Pengasuhan Kanak-kanak boleh dirujuk kepada :Bahagian Kanak-kanak


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Kementerian

Pembangunan

Wanita,

Keluarga

dan

Masyarakat
Aras 6, 9 -18, No. 55 Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
No. Telefon

: 03-83232546 / 2547

No. Faks

: 03-83232052

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

12

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN

BIL.

NAMA

TUJUAN

BORANG
1.

2.
3.
4.
5.
6.

BORANG
YP1
BORANG
YP2
BORANG
YP3
BORANG
YP4
BORANG
YP5
BORANG
YP6

Borang Permohonan Subsidi


Pengasuhan Kanak- Kanak

Yuran

Borang Senarai Semak Permohonan


Subsidi Yuran Pengasuhan Kanakkanak TASKA
Borang Akuan Penerimaan Subsidi
Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak
Kad Rekod Pemberian Subsidi Yuran
Pengasuhan Kanak-kanak
Borang Maklumat Pertukaran KanakKanak
Borang Maklumat Pemulangan Subsidi
Yuran/
Lebihan
Subsidi
Yuran
Pengasuhan

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

13

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

LAMPIRAN A

PERINCIAN PENDAPATAN PERKAPITA


1. Pendapatan perkapita bermaksud jumlah pendapatan ibu
bapa atau penjaga dibahagikan dengan bilangan isi rumah.
Tanggungan termasuklah
i)

Suami;

ii)

Isteri;

iii)

Anak kandung/pelihara/angkat di bawah umur 18


tahun;

iv)

Anak kandung/pelihara/angkat berumur lebih 18 tahun


yang belum berkahwin dan masih belajar (sehingga
ijazah pertama sahaja);

v)

Anak OKU yang tidak berupaya bekerja; dan

vi)

Ibu dan / bapa yang tinggal bersama.

2. Contoh pengiraan
i)

Pendapatan suami

= RM 2500 sebulan

Pendapatan isteri

= RM 2000 sebulan

Jumlah

= RM 4500 sebulan

ii)

Bilangan anak

= 3 orang

iii)

Pendapatan perkapita isi rumah = RM 4500/5 orang


= RM 900 sebulan
Bahagian Kanak-kanak, JKM |

14

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

LAMPIRAN B
CARTA ALIR
PELAKSANAAN PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK
Mula

1.

Pengusaha TASKA kemuka permohonan kepada PDBK


untuk disemak dan pengesahan oleh PKMN

Tidak
Lengkap
Lengkap

2.

JKMN kemukakan permohonan ke Bahagian KK (Ibu


Pejabat)

3.

Proses dan sediakan ringkasan eksekutif mengikut negeri

4.

Adakan Mesyuarat Panel Insentif TASKA

5.

Kemukakan keputusan permohonan kepada JKMN.

6.

Pengusaha tandatangan Surat Akuan Penerimaan di


JKMN

Tidak
Layak
Layak

Tamat

Tamat

7.

JKMN
kumpul
perakuan
penerimaan
pengusaha TASKA yang berjaya

8.

JKMN lapor status pengagihan subsidi


pengasuhan kepada kanak-kanak yang berjaya

daripada

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

yuran

15

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

LAMPIRAN C

TERMA RUJUKAN
MESYUARAT PANEL INSENTIF TASKA 2015

1.

LATAR BELAKANG
1.1 Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak

TASKA merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Program


Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Objektif utama inisiatif ini
adalah untuk meringankan beban ibubapa yang berpendapatan
rendah untuk membuat persiapan keperluan bagi menghantar
anak ke TASKA. Selain itu, dengan inisiatif ini peluang untuk
kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal di TASKA
adalah lebih baik dan sekaligus dapat membangunkan modal
insan yang berkualiti seimbang.
Antara objektif khusus adalah seperti berikut:
(i)

bagi menampung kos yuran pengasuhan anak serta


meningkatkan pendaftaran TASKA dan enrolmen kanakkanak di TASKA yang berdaftar dengan JKM dan

(ii)

menyokong dasar kerajaan untuk meningkatkan guna


tenaga kerja wanita dalam pasaran pekerjaan dan
menangani isu berkaitan pembantu rumah warga asing.
Bahagian Kanak-kanak, JKM |

16

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

2.

KEAHLIAN
2.1 Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:
(i)

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

(ii)

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

(iii) Pengarah Khidmat Pengurusan


(iv) Pengarah Perancangan dan Pembangunan
(iv) Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan
(v)

Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan

(vi) Pengarah Kanak-kanak (Urus setia)


3.

SETIAUSAHA
3.1 Pengarah Kanak-kanak hendaklah bertindak sebagai
Setiausaha Mesyuarat Panel Insentif TASKA.
3.2 Setiausaha hendaklah menjalankan arahan-arahan
Jawatankuasa dan menyimpan minit mesyuarat serta
mengemukakan salinan-salinan minit itu kepada tiaptiap ahli Jawatankuasa dengan seberapa segera
tidak lewat dua (2) minggu daripada tarikh mesyuarat
tersebut diadakan.

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

17

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

4.

MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya dua (2) kali dalam setahun atau pada bilabila perlu;
4.2 Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
hendaklah bertindak sebagai Pengerusi Mesyuarat
Panel Insentif TASKA;
4.3 Sekiranya, KPKM tidak dapat mempengerusikan
mesyuarat tersebut, salah seorang Timbalan Ketua
Pengarah atau mana-mana ahli Jawatankuasa yang
paling kanan boleh mempengerusikan mesyuarat
tersebut tertakluk kepada arahan KPKM;
4.4 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa, tiga (3) orang ahli
daripada

Jawatankuasa

adalah

memadai

timbul

dalam

bagi

sesuatu korum dan


4.5 Semua

persoalan

yang

sesuatu

mesyuarat hendaklah diputuskan dengan undi lebih


suara, dengan tiap-tiap seorang ahli yang hadir
berhak kepada satu undi, jika bilangan undi sama

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

18

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

banyak, Pengerusi atau ahli yang mempengerusikan


mesyuarat itu berhak memberi satu undi penentu.
5.

KEWAJIPAN
5.1 Tugas dan tangggungjawab Jawatankuasa adalah
seperti berikut:
a) Mempertimbang dan meluluskan permohonan
Insentif TASKA;
b) Meneliti rayuan dan memutuskan perkaraperkara yang berbangkit berkaitan Insentif
TASKA;
c) Melaporkan prestasi pencapaian kepada pihak
yang berkaitan;
d) Memeriksa dan mengesahkan laporan audit
pelaksanaan Insentif TASKA;
e) Menyemak dan memperakukan laporan akhir
pelaksanaan Insentif TASKA.

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

19

GP Subsidi Yuran Pengasuhan

Bahagian Kanak-kanak, JKM |

20

You might also like