You are on page 1of 8

Garis Panduan Permohonan Kemasukan Murid Ke Prasekolah Tahun 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia

1.0 Syarat Kemasukan

a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.

b. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun


persekolahan semasa (Bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga
15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).

c. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.

d. Bagi murid prasekolah pendidikan khas :


i. Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal
perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-
mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau
bukan kerajaan. [Rujuk Borang BPPOKU(Pindaan 1/2012)]
ii. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD .
iii. Pengesahan dan pendaftaran seperti carta di Lampiran A.

2.0 Bilangan murid per kelas

a. Kelas prasekolah perdana - tidak melebihi 25 orang.

b. Kelas prasekolah pendidikan khas / integrasi – tidak melebihi tujuh orang.

3.0 Hebahan - Pengiklanan Kemasukan Prasekolah bagi sesi persekolahan


2018

a. Bahagian/JPN/PPW/PPD menyebarluaskan surat makluman permohonan


kemasukan murid prasekolah bagi sesi persekolahan 2018 kepada semua
sekolah/institusi di bawah tanggungjawab Bahagian/JPN/PPW/PPD.

b. Pihak sekolah/institusi perlu membuat promosi pendaftaran murid kepada


ibu bapa/penjaga sama ada melalui surat edaran/brosur/pamplet/kain
rentang dan kaedah-kaedah yang difikirkan sesuai.

c. Butiran yang dipaparkan perlu mempunyai maklumat yang jelas tentang


permohonan kemasukan.

d. Brosur/risalah/kain rentang hendaklah diletakkan di tempat yang difikirkan


sesuai dan strategik.

4.0 Kaedah Permohonan

a. Secara dalam talian


i. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my/
ii. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30
April 2017
iii. Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam
talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-
dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017.
iv. Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang
(https://eprasekolah.moe.gov.my/) sebagai panduan.

b. Secara Manual
i. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei
2017.
ii. Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan
dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
(SMPK).
iii. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di
sekolah/institusi yang ingin dimohon.
iv. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen
berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Nota : Pihak sekolah perlu memastikan borang permohonan disemak dan mengembalikan
borang yang tidak lengkap kepada pemohon untuk dilengkapkan.

5.0 Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah

a. Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah bertanggungjawab dalam


membuat keputusan pemilihan kemasukan murid ke kelas prasekolah
KPM.

b. Jawatankuasa ini perlu mengadakan mesyuarat pemilihan walaupun bilangan


permohonan yang diterima kurang berbanding dengan kapasiti tempat yang
ditawarkan.

c. Pemilihan murid dibuat menggunakan sistem merit berdasarkan kriteria dan


pecahan wajaran seperti Lampiran B.

d. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

e. Ahli jawatankuasa pemilihan murid prasekolah terdiri daripada:


i. Pengarah/Pengetua/Guru Besar - Pengerusi
ii. GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
iii. GPK Hal Ehwal Murid - Setiausaha
iv. Seorang Guru Prasekolah - Penolong Setiausaha
v. GPK Kokurikulum - Ahli Jawatankuasa
vi. *GPK Pendidikan Khas/penyelaras - Ahli Jawatankuasa
vii. Guru Prasekolah (jika melebihi 1 kelas) - Ahli Jawatankuasa

*Bagi sekolah yang mempunyai kelas prasekolah pendidikan khas


Nota: 1. Bagi prasekolah di IPGK, Jawatankuasa Pemilihan Murid tertakluk kepada
pentadbiran IPGK.

f. Pihak sekolah/institusi perlu memastikan:


i. Mesyuarat pemilihan murid dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid
Prasekolah sebelum atau pada 15 Julai 2017.

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


ii. Minit mesyuarat disediakan oleh setiausaha dan disimpan dalam fail yang
berkaitan.
iii. Senarai murid yang berjaya dan tidak berjaya dihantar ke
JPN/PPW/PPD untuk pengesahan sebelum atau pada 23 Julai 2017.
Sesalinan minit mesyuarat pemilihan juga perlu dikemukakan kepada
JPN/PPW/PPD.
iv. Keputusan permohonan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga.
v. Pihak sekolah/institusi berhak menolak permohonan atau
memberhentikan murid sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan
adalah PALSU.

Nota : Bagi IPGK, sesalinan minit mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada


Pengarah IPGK masing-masing.

6.0 Proses kerja

Proses kerja kemasukan murid prasekolah KPM adalah seperti jadual di


Lampiran C dan carta alir seperti di Lampiran D

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


Lampiran A

Carta Pengesahan dan Penempatan Kanak-kanak Berkeperluan Khas


Ibu bapa/Penjaga, Guru, Kakitangan
Kenal pasti bayi/Kanak-kanak dengan Kerajaan, Pegawai Kebajikan,
Keperluan Khas Pengamal Perubatan Swasta/NGOs

Dapatkan Borang Pendaftaran Kanak-


kanak keperluan khas

Bawa Kanak-kanak ke Hospital/Klinik Ibu bapa/Penjaga


untuk Pemeriksaan Perubatan

Tidak dapat mengenal Pengamal Perubatan


pasti masalah Pemeriksaan Perubatan

Rujuk Pakar Membuat Diagnosis Pengamal Perubatan Kerajaan

Tidak perlu mengisi Ada


Borang Pendaftaran keupayaan Pengamal Perubatan Kerajaan

Mencadangkan penempatan Pengamal Perubatan Kerajaan

Melengkapkan Bahagian B dan Ibu bapa/Penjaga


Bahagian C dalam borang

Menyerahkan 3 salinan Borang Ibu bapa/Penjaga


kepada Ibu bapa dan memberikan
penerangan

Merekod dalam Buku Daftar dan Pengamal Perubatan Kerajaan


menyimpan 1 salinan borang

Menghantar 1 salinan borang kepada Jururawat Terlatih di Hospital/Klinik


Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pesakit Luar

Membawa anak ke Jabatan Kebajikan


Masyarakat Negeri/Daerah untuk Ibu bapa/Penjaga
Pendaftaran OKU bersama:
 Borang lengkap Pengamal Perubatan
 2 Salinan Kad Pengenalan
atau Sijil Lahir
 3 keping gambar saiz pasport

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


Lampiran B
Sistem Merit Pemilihan Kemasukan Murid Ke Kelas Prasekolah KPM
1. Kohort Umur (40%)

Bil Kriteria Wajaran


1 Umur 5+ 40
2 Umur 4+ 20
3 Umur 3+ (1 – 15 Januari sahaja) 5

2. Pendapatan PerKapita (30%)

Bil Kriteria Wajaran


1 RM500 dan ke bawah 30
2 RM501 – RM750 25
3 RM751 – RM1000 20
4 RM1001 – RM1250 15
5 RM1251 – RM1500 10
6 RM1501 dan ke atas 5

3. Kewarganegaraan IbuBapa/Penjaga(20%)

Bil Kriteria Wajaran


1 Kedua ibu bapa*/penjaga warganegara 20
2 Salah seorang ibu atau bapa/penjaga warganegara 15
3 Kedua ibu bapa/penjaga penduduk tetap 10
4 Kedua ibu bapa / penjaga bukan warganegara 5

*Hanya mengambil kira kewarganegaraan ibu sahaja bagi anak yang tidak sah taraf

4. Jarak Dengan Sekolah (10%)

Bil Kriteria Wajaran


1 5.0 km dan ke bawah 10
2 5.1 km – 10.0 km 8
3 10.1 km – 15.0 km 6
4 15.1 km dan ke atas 4

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


Lampiran C
Jadual Proses Kerja Kemasukan Murid Ke Prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dokumen yang diperlukan/


Bil Proses Kerja Tindakan
Catatan
1. Mengeluarkan surat makluman Bahagian/JPN Surat makluman
permohonan kemasukan murid-murid
prasekolah KPM.
2. Menyebarluaskan surat makluman Bahagian/JPN/ Surat makluman
permohonan kemasukan murid-murid PPW/PPD
prasekolah KPM.
3. Membuat hebahan/siaran/iklan kepada Sekolah/ Kain rentang/pengumuman
ibubapa/penjaga dan masyarakat institusi semasa perhimpunan sekolah
sekitar.

4. Muat turun dan cetak/perbanyakkan Sekolah/ Borang Permohonan


Borang Permohonan Kemasukan Murid institusi
Prasekolah KPM dari laman sesawang
SMPK (untuk permohonan secara
manual)
5. Membuat Permohonan sama ada secara IbuBapa/ Borang permohonan berserta
dalam talian (1 Mac – 30 April 2017) Penjaga dokumen yang lengkap dihantar
atau secara manual (1 Mac - 31 Mei ke sekolah yang dipohon
2017)

6. Menerima permohonan daripada ibu Sekolah/ Menyemak borang permohonan


bapa/penjaga. (Secara dalam talian atau institusi dan mengembalikan borang
manual) permohonan yang tidak lengkap
kepada pemohon untuk
dilengkapkan.
7. Membuat Pengesahan Permohonan Sekolah/ 1 April - 31 Mei 2017
dalam talian institusi
8. Memantau Pengesahan permohonan JPN/PPW/PPD Bermula 1 April 2017
yang dibuat oleh sekolah
9. Key in maklumat permohonan manual ke Sekolah/ Bermula 1 Jun 2017
dalam sistem institusi
10. Menyediakan maklumat permohonan Sekolah/ Senarai permohonan beserta
untuk dibawa ke dalam mesyuarat institusi dokumen berkaitan.
Jawatankuasa Pemilihan Murid
Prasekolah.
11. Pemilihan murid dibuat oleh Sekolah/ Pemilihan berdasarkan sistem
Jawatankuasa Pemilihan Murid institusi merit selewat-lewatnya 15 Julai
Prasekolah. 2017

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


Dokumen yang diperlukan/
Bil Proses Kerja Tindakan
Catatan
12. Kemaskini keputusan pemilihan Sekolah/ Selewat-lewatnya 23 Julai 2017
berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa institusi
Pemilihan Murid Prasekolah
13. Membuat pengesahan/perakuan Bahagian/JPN/ Selewat-lewatnya 31 Julai 2017
pemilihan murid (Berjaya/Tidak Berjaya) PPW/PPD
14. Menyemak keputusan permohonan Ibu Bapa/ Bermula 5 Ogos 2017
Penjaga

15. Maklum keputusan permohonan kepada Sekolah/ Selepas disahkan/perakukan


ibu bapa/penjaga institusi oleh JPN/PPW/PPD
16. Membuat permohonan rayuan Ibu Bapa/ Rayuan kepada JPN/PPW/PPD
(sekiranya perlu) Penjaga bermula 5 - 20 Ogos 2017
(bagi permohonan
yang tidak berjaya)

17. Menerima permohonan rayuan JPN/PPW/PPD 5 - 20 Ogos 2017


18. Memproses permohonan rayuan JPN/PPW/PPD 21 Ogos – 5 September 2017
19. Menyemak keputusan permohonan Ibu Bapa / Bermula 10 September 2017
rayuan Penjaga
(bagi permohonan
yang tidak berjaya)

20. Maklum keputusan permohonan rayuan Sekolah Selepas diproses oleh


kepada ibu bapa/penjaga JPN/PPW/PPD
21. Membuat pendaftaran dan Sekolah/
melaksanakan orientasi. institusi

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


Lampiran D

Carta Alir Pelaksanaan Kemasukan ke Kelas Prasekolah KPM

‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’

You might also like