You are on page 1of 8

SKIM PEDULI KESIHATAN

UNTUK KUMPULAN B40

PeKa B40
ISU DAN
CABARAN
Prevalens Penyakit Tidak Berjangkit
Prevalens penyakit tidak berjangkit yang tinggi dalam
kalangan kumpulan B40.

Kesihatan Mental
Prevalens penyakit kesihatan mental yang tinggi dimana
3 dalam 10 orang dewasa mengalami masalah kesihatan
mental. Tambahan pula, kumpulan B40 mencatatkan
peratusan yang lebih tinggi iaitu 31.5%.

Insiden Kanser
Insiden kanser meningkat dimana 60% lewat dikesan.

Rawatan Kanser
Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser. Ia
sekaligus merumitkan pengurusan dan meningkatkan
kos rawatan.

Bantuan Perubatan
Sebahagian daripada kos rawatan masih perlu
ditanggung oleh pesakit seperti perentak jantung,
prostesis dan implan untuk tulang belakang dan
sebagainya.

Masalah Pengangkutan
Ramai pesakit yang kurang berkemampuan terutamanya
di kawasan pedalaman tidak meneruskan rawatan kerana
kekangan kewangan untuk membayar tambang
pengangkutan.
SUMBER :
01 & 02 : Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015

03 : Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2007- 2011


04 : Institut Kanser Negara
05 & 06 : Kajian Bengkel Tabung Bantuan Perubatan

PeKa B40
MENGENAI
PeKa B40

Dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan dan


disediakan secara percuma kepada penerima.

Kelayakan : Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)


dan pasangannya, berumur 50 tahun dan ke atas.

RM100 juta diperuntukkan dengan


anggaran 800,000 orang penerima.

Dilaksanakan pada Mac 2019 secara


berfasa bermula dengan projek perintis.

PeKa B40
MANFAAT
Saringan Kesihatan
•Pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan

1
kesihatan mental, klinikal payudara dan klinikal
prostat (jika diperlukan).
•Pemeriksaan makmal: Ujian darah, ujian diagnosis /
kawalan diabetes, ujian tahap kolesterol, ujian air
kencing, ujian fungsi buah pinggang.
•Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk
menjalani ujian-ujian ini.

2
Bantuan Alat Perubatan*
•Had Maksimum :
RM20,000 (seumur hidup) terhad kepada
kategori tertentu**, di Hospital KKM.

3
Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser*
RM1,000 dibayar kepada pesakit yang melengkapkan
rawatan hanya di hospital KKM. Bayaran secara
berperingkat bergantung kepada tahap rawatan.

4
Insentif Tambang Pengangkutan*
•Untuk penerima Manfaat 2 & 3
•Had maksimum (setiap penyakit) :
RM500 (Semenanjung)***
RM1,000 (Sabah / Sarawak)***

* Manfaat 2, 3 & 4 hanya diperolehi selepas saringan dijalankan.

** Senarai Kategori Bantuan Alat Perubatan :


1. Stent untuk jantung 2. Alat sendi tiruan 3. Alat bantuan pendengaran
4. Perentak jantung 5. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
6. Prostesis dan ortosis tulang anggota 7. Kanta mata intraokular
8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator 9. Bantuan sokongan nutrisi
10. Kerusi roda

*** Tertakluk kepada jarak hospital dari rumah.

PeKa B40
PROSES

PROSES UNTUK MENDAPATKAN


SARINGAN KESIHATAN PERCUMA

LANGKAH

1 Semak kelayakan di
laman web PeKa B40*.

Jika layak, lawati klinik PeKa B40


berdekatan yang dikenalpasti melalui
pelekat dengan membawa MyKad.
2 Senarai klinik juga boleh didapati di
laman web PeKa B40*.

+
*laman web PeKa B40 akan berfungsi
sepenuhnya mulai Mac 2019

3
Pemeriksaan kesihatan akan
dilakukan semasa lawatan
pertama di klinik.

Lawatan kali kedua untuk keputusan


4 makmal dan langkah seterusnya /
rujukan ke klinik kerajaan.

PeKa B40
SALING
MELENGKAPI

Penerima Manfaat Penerima


Ditawarkan kepada Manfaat
Kedua-dua skim
penerima BSH yang Ditawarkan saling melengkapi
berumur 50 tahun kepada penerima antara satu
dan ke atas. BSH yang berumur sama lain.
18 hingga 55 tahun.
Manfaat
1. Saringan Manfaat
Kesihatan 1. Bayaran kepada Berkongsi prinsip
penerima manfaat perlindungan
2. Bantuan Alat jika disahkan sosial yang sama
iaitu memperluas
Perubatan menghidap salah akses kepada
satu dari 36 perkhidmatan
3. Insentif penyakit kritikal. kesihatan yang
diperlukan,
Melengkapkan mengurangkan
Rawatan Kanser 2. Pendapatan beban kos sara
gantian hidup dan
meningkatkan
4. Insentif Tambang harian kesejahteraan
Pengangkutan semasa rawatan rakyat.
hospital.

PeKa B40
PENGENDALI
PeKa B40

Skim PeKa B40 dikendalikan oleh


ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (PHCorp)

Ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia


dan 100% milik Kerajaan Malaysia.

Tidak berasaskan keuntungan

Menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang


berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

PeKa B40

You might also like