You are on page 1of 10

NIVER.

SITI
KEBANGSAAN
MALAYSIA
The National University
of Afalaysia

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER H SESI AKADEMIK 2013-2014
IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN

DISEMBER 2013 / JANUARI 2014 MASA : 3 JAM

KOD KURSUS EPPD1033

TAJUK KURSUS : PRINSIP PERAKAUNAN

ARAHAN 1. Kertas ini mempunyai LIMA (5) soalan.

2. Jawab SEMUA soalan dalam buku jawapan yang


diedarkan.

3. Jumlah markah keseluruhan kertas ini 100 markah.

4. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada


Dewan Peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 9 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

ZIC6
C.,110.C2

MS ISO 9001 REG NO. AR 2845


EPPD1033

SOALAN 1 (20 MARKAH)

Pada 1 November 2010, Puan Anna telah memulakan perniagaan menjual pakaian kanak-
kanak, Dunia Si Comel (DSC). Baki akaun DSC pada 31 Oktober 2013 adalah seperti di
bawah:

Item RM Item RM
Inventori barang niaga 31,000 Elaun dan Pulangan Jualan 14,000
Peralatan 72,603 Kos Barang Dijual 82,600
Kelengkapan 47,800 Belanja Gaji- Jualan 29,000
Akaun Belum Bayar 25,000 Belanja Gaji — Pejabat 26,500
Nota Belum Bayar 10,000 Belanja Sewa —Jualan 10,000
Modal, Puan Anna 102,650 Belanja Sewa — Pejabat 2,600
Ambilan, Puan Anna 8,000 Tunai 51,535
Jualan 212,000 Bekalan 4,300
Diskaun Jualan 3,250 Susutnilai terkumpul - Peralatan 9,680
Belanja Pengiklanan 18,000 Susutnilai terkumpul - Kelengkapan 9,560

Maklumat tambahan:

1. Semua akaun mempunyai baki normal.

•2. Puan Anna telah mendapati beberapa urusniaga berikut masih belum direkod kerana
tertinggal:

Okt DSC telah membeli 500 helai pakaian jenama Baby Wink daripada Budi
21 Textiles pada kos RM5 sehelai. Terma belian ini ialah 2/10, n/60.

25 DSC telah memulangkan 50 helai pakaian jenama Baby Wink yang


dibeli pada 21 Oktober kerana rosak.

28 Puan Anna telah mengambil satu hamper pakaian bayi yang berkos
RM180 untuk dihadiahkan kepada anak beliau yang baru menerima
cahayamata. Harga jualan hamper ini ialah RM275.

29 DSC membuat pembayaran penuh kepada Budi Textiles bagi belian pada
21 Oktober.

3. Pengiraan inventori secara fizikal pada 31 Oktober 2013 mendapati baki inventori
barangniaga ialah RM32,800 dan baki bekalan ialah RM3,100.

4. Semua aset bukan semasa disusutnilai menggunakan kaedah garis lurus. Usiaguna
yang dijangka bagi peralatan ialah 15 tahun dan kelengkapan ialah 10 tahun dan tiada
nilai sisa.

5. Nota belum bayar merupakan nota 12% untuk 6 bulan, yang diterbitkan pada 1 Jun
2013.

1
EPPD1033

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal bagi urusniaga yang belum direkod termasuk pelarasan.
(8 markah)

b) Sediakan imbangan duga terlaras pada 31 Oktober 2013.


(5 markah)

c) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2013.


(4 markah)

d) Terangkan kelebihan menggunakan sistem inventori berterusan berbanding sistem


inventori berkala.
(2 markah)

e) Jelaskan perbezaan utama di antara perniagaan yang menyediakan perkhidmatan


dengan perniagaan pembarangan.
(1 markah)

SOALAN 2 (20 MARKAH)

Perkongsian Alamanda Resources merupakan sebuah perniagaan perkilangan yang dimiliki


oleh Atan, Chiang dan Prakash. Rakan kongsi perniagaan berkongsi untung rugi pada kadar
4 : 3 : 2.

Baki akaun modal awal dan ambilan untuk tahun berakhir 2013 adalah seperti berikut:

Nama rakan kongsi Modal Ambilan


RM RM
Atan 80,000 6,000
Chiang 50,000 8,000
Prakash 40,000 4,500

Berikut merupakan baki akaun pada 30 Jun 2013:

Akaun RM
Buruh tak langsung 28,600
Kerja dalam proses pada 1 Julai 2012 36,800
Inventori bahan mentah pada 1 Julai 2012 33,400
Inventori barang siap pada 1 Julai 2012 57,500
Belanja Insurans 25,220
Belanja utiliti 37,700
Jualan 1,150,000
Belanja gaji 225,000
Belanja susutnilai 34,380
Belanja angkutan keluar 6,800
Belian bahan mentah 305,000
Buruh langsung 351,200
2
EPPD1033

Belanja pembaikan kilang 25,200


Inventori bahan mentah pada 30 Jun 2013 45,600
Inventori kerja dalam proses pada 30 Jun 2013 50,400
Inventori barang siap pada 30 Jun 2013 75,000
Belanja jualan dan perkhidmatan 50,500
Belanja faedah 2,500

Maklumat tambahan:

1. Menurut perjanjian perkongsian, setiap rakan kongsi berhak memperolehi faedah atas
modal pada kadar 8% setahun ke atas baki modal awal masing-masing. Tiada faedah
atas ambilan dikenakan.

2. Kadar agihan untuk belanja insurans, utiliti dan susutnilai bagi kilang dan pejabat
adalah seperti berikut:

Butiran Belanja Perkilangan (%) Pejabat (%)


Insurans 60 40
Utiliti 70 30
Susutnilai 80 20

3. Chiang dan Prakash diperuntukkan gaji sebanyak RM3,500 sebulan seorang dan perlu
dibayar dari keuntungan perkongsian. Amaun ini telah termasuk dalam belanja gaji
seperti yang disenaraikan di atas.

Dikehendaki:

a) Sediakan Jadual Kos Barang Di Kilang untuk Perniagaan Alamanda Resources bagi
tahun berakhir 30 Jun 2013.
(5 markah)

b) Sediakan Penyata Pendapatan untuk Perniagaan Alamanda Resources bagi tahun


berakhir 30 Jun 2013.
(4 markah)

c) Sediakan Jadual Perasingan Untung Rugi untuk Perniagaan Alamanda Resources bagi
tahun berakhir 30 Jun 2013.
(6 markah)

d) Sediakan akaun modal rakan kongsi untuk Perniagaan Alamanda Resources pada 30
Jun 2013 (dengan andaian perniagaan menggunakan akaun modal berubah).
(5 markah)

3
EPPD1033

SOALAN 3 (20 MARICA11)

BAHAGIAN A (10 Markah)

Zurin Berhad (Zurin) tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 1990. Semasa 'crisis kewangan
tahun 1997-1998, Zurin mengalami masalah kewangan kerana tidak mampu membayar
hutang berjumlah RM25 juta. Bagi menyelamatkan syarikat daripada disenarai hitam, pihak
pengurusan Zurin sedang berunding untuk menjadualkan semula hutang berjumlah RM9 juta
dan telah melaksanakan tindakan berikut bagi menyelesaikan baki hutang, dengan persetujuan
pemegang saham majoriti dan pemiutang:

1. Membayar hutang syarikat berjumlah RM6 juta dengan tunai RM1 juta dan terbitan
saham biasa bernilai RM5 juta.

Debit (RM) Kredit (RM)


Pinjaman 6,000,000
Saham Biasa, Par RM1 5,000,000
Tunai 1,000,000

2. Membayar hutang syarikat berjumlah RMIO juta dengan menyerahkan sebuah bangunan
yang terletak di tengah metropolitan Kuala Lumpur yang telah dinilai semula pada nilai
pasaran RM10 juta.

Debit (RM) Kredit (RM)


Pinjaman 10,000,000
Bangunan 10,000,000

Dikehendaki:

a) Nyatakan kesan kedua-dua urusniaga di atas terhadap saham modal diterbitkan Zurin
Berhad. Beni justifikasi kepada jawapan anda.
(4 markah)

b) Nyatakan kesan daripada urusniaga dalam (a) di atas, terhadap pemegang saham biasa
sedia ada.
(2 markah)

c) Pada pandangan anda, manakah pilihan yang lebih baik untuk menyelesaikan hutang
syarikat, membayar dengan menggunakan terbitan saham baru atau membayar
menggunakan aset syarikat? Beni justifikasi kepada jawapan anda.
(4 markah)

4
EPPD1033

BAHAGIAN B (10 Markah)

Tamam Berhad telah diperbadankan pada tahun 2000 dan mempunyai tahun kewangan yang
berakhir pada setiap 31 Disember. Pada tahun 2013, Tamam Berhad mempunyai saham
modal yang diterbitkan dan berbayar penuh yang terdiri dari 10,000,000 unit saham biasa
pada par RM1 sesaham. Berikut adalah beberapa urusniaga yang berlaku dalam 2013, yang
melibatkan ekuiti pemegang saham Tamam Berhad:

Oktober Membuat pecahan saham 1 kepada 2. Harga pasaran saham Tamam Berhad
pada tarikh pecahan saham ialah RM3.10 sesaham.

November Menerbitkan 2,000,000 unit saham biasa untuk mendapatkan sebidang tanah
bernilai pasaran RM6 juta. Akaun premium saham mempunyai baki berjumlah
RM5 juta sebelum urusniaga ini. Harga pasaran saham Tamam Berhad pada
tarikh urusniaga ialah RM3.20 sesaham.

Disember Mengisytihar dividen tunai sebanyak RM0.20 sesaham untuk semua pemegang
saham biasa yang ada di dalam rekod pada 1 Disember 2013. Perolehan
tertahan mempunyai baki berjumlah RM45,000,000 sebelum urusniaga ini.
Dividen tunai ini akan dibayar pada bulan Januari 2014.

Dikehendaki:

1. Sediakan catatan jurnal bagi tahun 2013 untuk merekod semua urusniaga di atas.
Penerangan tidak diperlukan.
(6 markah)

2. Nyatakan kesan urusniaga di atas terhadap bahagian ekuiti pemegang saham Tamam
Berhad bagi tahun 2013. Beri justifikasi kepada jawapan anda.
(4 markah)

SOALAN 4 (20 MARKAH)

Persatuan Penduduk Sri Bangi telah mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Warga Sihat
(KWS) pada 1 Januari 2013, bagi menyahut seruan gaya hidup sihat. Usaha ini mendapat
sokongan Majlis Perbandaran dan dewan serbaguna yang jarang digunakan telah didermakan
kepada KWS. Dewan tersebut dianggarkan bernilai saksama RM80,000 pada tarikh is
diserahkan. Terdapat juga beberapa peralatan sukan di dalam dewan tersebut yang masih
boleh digunakan. Peralatan ini dianggarkan bernilai RM10,800 dan dijangka boleh digunakan
selama 4 tahun.

Sepanjang tahun 2013, berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan oleh KWS termasuklah
pertandingan badminton. Ahli kelab dapat menggunakan kemudahan dewan yang
menempatkan gelanggang badminton dan juga gimnasium secara percuma. Penggunaan
gimnasium dan gelanggang badminton juga dibuka kepada bukan ahli dengan dikenakan
bayaran mengikut jam. Di samping itu, dewan juga disewakan untuk aktiviti senamrobik di
hujung minggu.

5
EPPD1033

Bagi menambah pendapatan kelab, ahli kelab telah bersetuju untuk membuka Kedai Alatan
Sukan KWS yang turut menjual minuman kotak. Seorang pekerja sepenuh masa diambil
untuk menguruskan kedai tersebut termasuk urusan perekodan urus niaga. Pada 31 Disember
2013, pekerja kedai telah menyerahkan maklumat berikut kepada bendahari KWS:

Baki akaun: RNI


Angkutan masuk 800
Tunai 10,500
Gaj i 4,000
Lengkapan (kos) 8,000
Akaun Belum Terima 2,700
Akaun belum bayar 5,700
Inventori 8,000

Kerani kedai turut memaklumkan bahawa baki tunai berjumlah RM10,500 adalah setelah
mengambil kira perkara berikut:

RM RM
Jualan tunai 25,000 Kutipan dari penghutang 12,000
Belian tunai 15,000 Bayaran kepada pemiutang 6,700

Bendahari Kelab tidak begitu arif dalam menyediakan laporan kewangan untuk mesyuarat
agung tahunan kelab yang akan diadakan dalam bulan Januari 2014. Oleh itu, beliau
memohon pertolongan anda untuk menyediakan laporan tersebut. Maklumat berikut telah
dibekalkan oleh bendahari bagi membolehkan anda menyediakan laporan kewangan kelab
bagi tahun berakhir 31 Disember 2013:

Penerimaan RM Pembayaran RM
Yuran masuk 2,000 Belanja pertandingan 5,200
Yuran tahunan 5,000 Basikal statik untuk gimnasium 6,000
Yuran pertandingan 3,500 Jaring badminton 520
Derma 1,200 Lengkapan 8,000
Sewa dewan, gelanggang dan 15,100 Upah mencuci dan mengecat 6,500
gimnasium

Dari semakan yang dibuat, anda turut mendapati perkara berikut:

1. Terdapat belanja pertandingan yang masih belum dijelaskan berjumlah RM2,100.

2. Semua aset yang diperoleh dalam tahun semasa akan dikenakan susut nilai pada kadar
10% atas kos.

3. Pelanggan tetap gelanggang badminton telah membayar sejumlah RM2,000 pada 1


Mac 2013 untuk sewa sehingga 30 Jun 2014.

4. Terdapat yuran tertunggak berjumlah RM380 dan yuran terdahulu RM450.

5. Yuran masuk dianggapkan sebagai penerimaan modal manakala derma sebagai


penerimaan hasil.
6
EPPD1033

Dikehendaki:

a) Jelaskan perbezaan utama di antara organisasi bermotifkan keuntungan dan organisasi


yang tidak bermotifkan keuntungan.
(1 markah)

b) Sediakan Penyata Pendapatan untuk Kedai Alatan Sukan KWS bagi tahun berakhir 31
Disember 2013.
(5 markah)

c) Sediakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Kelab Warga Sihat bagi tahun
berakhir 31 Disember 2013.
(8 markah)

d) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan Kelab Warga Sihat pada 31 Disember 2013.
(6 markah)

SOALAN 5 (20 MARKAH)

a) Pelaporan kewangan bertujuan untuk menyediakan maklumat kewangan kepada


pihak ketiga untuk tujuan pembuatan keputusan berkait pengagihan sumber yang
terhad.

(i) Kenalpasti DUA (2) pihak ketiga yang menggunakan maklumat pelaporan
kewangan.
(1 markah)

(ii) Bagi setiap pengguna yang dikenalpasti dalam (i) di atas, beri huraian tentang:
1. jenis keputusan yang dibuat
2. jenis maklumat yang diperlukan untuk keputusan tersebut.
3. penyata kewangan yang menyediakan maklumat yang diperlukan
(3 markah)

b) Kerangka Kerja Konseptual bagi Pelaporan Kewangan menetapkan kerelevanan


sebagai salah satu ciri kualitatif asas maklumat berguna dan kebolehfahaman
sebagai salah satu ciri kualitatif yang boleh meningkatkan kebergunaan maklumat
perakaunan.

(i) Terangkan secara ringkas maksud ciri kerelevanan dan ciri kebolehfahaman.
(4 markah)

(ii) Huraikan SATU (1) prinsip perakaunan yang boleh dikaitkan dengan ciri
kerelevanan dan SATU (1) prinsip perakaunan yang boleh dikaitkan dengan
ciri kebolehfahaman.
(2 markah)

7
EPPD1033

(iii) Nyatakan TIGA (3) perkara yang diamalkan dalam pelaporan kewangan bagi
menerapkan ciri kebolehfahaman.
(3 markah)

c) Berikut merupakan Penyata Alir Tunai yang telah disediakan bagi Syarikat Permata
Biru untuk tahun berakhir 30 September 2013:

Syarikat Permata Biru Sdn. Bhd.


Penyata Alir Tunai
Pada 30 September 2013

RM RM
Baki tunai awal 140,000
Campur:
Alir tunai masuk:
dari jualan barangniaga 280,000
dari terbitan saham biasa 450,000
dari jualan sekuriti pelaburan 180,000
dari pinjaman bank 200,000
dari laba atas jualan sekuriti pelaburan 45,000
dari hasil sewa 160,000
Jumlah alir tunai masuk 1,315,000

Tolak:
Alir tunai keluar:
untuk perolehan peralatan 300,000
untuk bayaran kepada pembekal 228,000
untuk bayaran dividen 16,000
untuk bayaran balik pinjaman 20,000
untuk bayaran cukai 48,000
untuk belanja susutnilai 30,000
untuk bayaran gaji pekerja dan lain-lain belanja 175,000
operasi
Jumlah alir tunai keluar 817,000
Peningkatan bersih dalam tunai 498,000
Baki tunai akhir 638,000

Puan Asmarani Pengarah Urusan Syarikat Permata Biru berpendapat bahawa penyata
alir tunai yang disediakan tidak memberikan gambaran yang sebenarnya tentang alir
tunai syarikat kerana penyata tersebut tidak disediakan dengan betul. Beliau juga
berpendapat bahawa prestasi alir tunai dari operasi tidak memuaskan.

8
EPPD1033

Dikehendaki:

(i) Jelaskan samada anda bersetuju dengan pendapat Puan Asmarani dengan
menyertakan justifikasi bagi jawapan anda.
(4 markah)

(ii) Dengan merujuk kepada senario Syarikat Permata Biru, berikan SATU (1)
contoh urusniaga yang melibatkan aliran tunai masuk dan SATU (1) contoh
urusniaga yang melibatkan aliran tunai keluar bagi setiap yang berikut:
1. Aktiviti operasi
2. Aktiviti pelaburan
3. Aktiviti pembiayaan
(3 markah)

"SELAMAT MAJU JAYA"

You might also like