You are on page 1of 4

MTLP/0011/2023/SUMBANGAN/DSAI

Tarikh : 19 Jamadil Akhir 1444H / 12 Januari 2023

Kepada:

Yang Amat Berhormat


Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya Malaysia.

Tel: 03-88888000

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,


YAB Datuk Seri,

PERKARA: MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK PEMBINAAN


BANGUNAN FASA 1 KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN
LEMBAH PERGAU (MTLP), DI ATAS TANAH PT 2599, BUKIT TAPIS,
KG JERIMBONG, KUALA BALAH, 17610 JELI, KELANTAN DARUL
NAIM.
(NO. RUJ: MAIK. D231/PK/105/2018-18)

Di Doakan semoga YAB Datuk Seri serta keluarga sentiasa dilindungi ALLAH
S.W.T hendaknya. Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di
atas.

2. Untuk makluman Pihak YAB Datuk Seri, lanjutan dari kelulusan pihak
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Maahad
Tahfiz telah mendapat Sijil Pendaftaran Sementara. Jawatankuasa
Pembinaan Kompleks MTLP telah memulakan kerja-kerja untuk pembinaan
Fasa Pertama Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran di atas sebidang tanah
milik sendiri seluas 6 ekar di alamat PT 2599, Bukit Tapis, Kg Jerimbong,
Kuala Balah, 17610 Jeli, Kelantan Darul Naim. Tapak pembinaan MTLP
telah diwaqafkan kepada MAIK (Lampiran A). Pembinaan Kompleks

1|P age
Maahad Tahfiz ini telah mendapat kebenaran daripada MAIK dan akan
diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa (Lampiran B).

3. Pihak Maahad Tahfiz juga telah mendapat kelulusan dari pihak MAIK bagi
menjalankan kutipan dana atau derma bagi pembinaan kompleks ini. Buat
masa sekarang, pihak kami sedang melakukan pungutan derma melalui
masjid-masjid di negeri Kelantan. Memandangkan sejumlah dana yang
agak besar diperlukan bagi pembinaan Kompleks MTLP ini yang
mempunyai pelbagai kemudahan untuk pembelajaran dan aktiviti luar bilik
darjah, usaha berterusan akan dijalankan bagi mendapatkan dana
daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin yang
berkongsi hasrat untuk melihat terbinanya Maahad Tahfiz Al-Quran di PT
2599, Bukit Tapis, Kg Jerimbong, Kuala Balah, 17610 Jeli, Kelantan Darul
Naim.

4. Untuk makluman pihak YAB Datuk Seri, bagi tujuan memberikan


kemudahan yang terbaik kepada masyarakat tempatan khususnya,
Kompleks MTLP ini akan mempunyai pelbagai kemudahan seperti berikut:-

• Sebuah Bangunan Masjid ( 2 Tingkat )


• Dewan Serbaguna (2 Tingkat)
• Bangunan Sekolah (2 Tingkat)
• Bangunan Asrama pelajar Lelaki (2 Tingkat)
• Bangunan Asrama Pelajar Perempuan (2 Tingkat)
• Bangunan Asrama Anak-Anak Yatim
• Dewan Makan
• Pondok untuk orang dewasa (2 Tingkat)
• Rumah Guru (2 Tingkat)
• Rumah Tamu
• Rumah Kedai (2 Tingkat)

2|P age
Pelan Kompleks MTLP keseluruhannya telah disediakan oleh sebuah
syarikat pelukis pelan yang bertauliah iaitu LA Architect, No. 354, Lorong
Kedah Melawati Urban 1, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

5. Disamping menyediakan pengajian Al-Quran, MTLP juga menyediakan


asrama untuk penempatan 50 orang anak-anak yatim dan juga 25 unit
pondok untuk kediaman kaum dewasa dari kalangan berpendapatan
rendah. Anak-anak yatim yang ditempatkan di MTLP akan diberikan pilihan
sama ada untuk mengikuti pengajian tahfiz Al-Quran atau pun pengajian
sekolah biasa yang akan diuruskan oleh pihak MTLP. Manakala untuk kaum
dewasa pula, akan disediakan kuliah-kuliah agama oleh guru-guru agama
yang bertauliah.

6. Pembinaan Kompleks Maahad Tahfiz ini akan dilaksanakan secara


berfasa mengikut jumlah kewangan semasa dengan dimulakan pembinaan
fasa Pertama sebuah bangunan masjid dua tingkat dengan anggaran
perbelanjaan berjumlah RM 1.5 JUTA . Pembinaan seterusnya akan
melibatkan lain-lain bangunan sebagaimana keterangan di atas. Gambar-
gambar kerja pembinaan semasa yang melibatkan infrastruktur dan
bangunan masjid seperti di Lampiran C .

7. Sehubungan itu, pihak AJK MTLP dengan kerendahan hati, Ingin


memohon sumbangan dana sebanyak RM200,000.00 (Ringgit: Dua
Ratus Ribu sahaja) dari pihak YAB Datuk Seri bagi meneruskan kerja-
kerja pembinaan masjid MTLP. Segala sumbangan / dana boleh disalurkan
terus ke akaun bank rasmi Madrasah Tahfiz Lembah Pergau seperti
berikut:-

MADRASAH TAHFIZ LEMBAH PERGAU


No. Akaun: 5530 5641 4773
(MAYBANK Islamic)

3|P age
Di atas segala kerjasama dan prihatin dari pihak YAB Datuk Seri, pihak kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

……………………………………………………………….
MUHAMMAD YUSOF BIN ABDULLAH
Pengurus
Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau (MTLP)
PT 2599, Bukit Tapis, Kg Jerimbong,
Kuala Balah, 17610 Jeli,
Kelantan Darul Naim

No H/P: 017-752 4749 –(Pengurus) Yusof


No H/P: 019-286 6917 –(Pengerusi) Kameruzaman
No H/P: 014-530 5331 –(Pembantu Tahfiz) Baihaqi

4|P age

You might also like