You are on page 1of 2

வாழ்க தமிழ்! வளர்க தமிழ்!! தமிழர்கள் வெல்வது உறுதி!!!

மலேசிய தமிழ் மத சங்கம் (PPM 0020210092014)

PERSATUAN AGAMA TAMIL MALAYSIA


No.B12, Jalan Sekerat, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
worldtamilreligion@gmail.com
www.tamilreligion.org
+60164169069

Ketua
Perangkawan Malaysia
Jabatan Perangkaan Malaysia
Block C6, Kompleks C,
Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan
62514 Putrajaya

YBhg. Dato’ Sri,

Permohonan Data Penduduk bagi Agama Tamil

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas dan Sesi Kunjungan Hormat
kepada DOSM pada 14 April 2022.

2. Kami daripada Malaysia Tamil Matham Sangam (MTMS) ingin memohon data
penduduk Tamil bagi Agama Tamil. Untuk makluman YBhg Dato’ Sri, MTMS telah berdaftar
secara rasmi pada tahun 2014 di Malaysia dan bertindak sebagai Agama baharu untuk orang
Tamil di seluruh dunia. MTMS sedang bekerjasama dengan pakar arkeologi dan penyelidik di
peringkat Antarabangsa untuk mengkaji dan menyediakan Sejarah, Tamadun dan Sastera
Tamil. Di samping itu, MTMS berfungsi untuk mengajar dan membimbing Penduduk Tamil di
seluruh dunia mengenai Tamadun Tamil serta mengembalikan kemurniaan Ibadah Tamil
tertua.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon data Penduduk Agama Tamil mengikut
negeri daripada pihak DOSM. Data ini akan membantu pihak MTMS untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti- aktiviti Ibadat, Kursus Perkahwinan dan Kursus Kaunseling bagi
Penduduk Agama Tamil di Malaysia. Pihak kami juga ingin memaklumkan kepada YBhg Dato’
Sri bahawa pihak PETRAM telah memohon data penduduk Kaum India mengikut Negeri,
Sub-etnik dan Agama termasuk Agama Tamil dan lain-lain agama kepada pihak DOSM pada
27 April 2022. Pihak DOSM telah membekalkan semua maklumat yang diminta kecuali data
Agama Tamil mengikut Negeri.

4. Pihak kami sangat berharap pihak DOSM boleh membekalkan data Penduduk
Agama Tamil yang telah dikategorikan di bawah lain-lain agama semasa Banci Penduduk dan
Perumahan 2020 untuk perancangan dan pembangunan Masyarakat Tamil di Malaysia.
Kerjasama dan pertimbangan YBhg. Dato’ Sri dalam perkara ini amat dihargai dan didahului
dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah,

XXXXXXXXXXXXXXXXXXX
SETIAUSAHA AGONG
PERSATUAN AGAMA TAMIL MALAYSIA (MTMS)

You might also like