You are on page 1of 1

Living Stone Methodist Church Lot 400, Batu Niah, P .O.

Box 80, Pejabat Pos Mini Batu Niah, 98200 Niah, Sarawak. ______________________________________________________________________________ Setiausaha, Majlis Daerah Subis, Peti Surat 83, 98150 Bekenu, Sarawak. Tuan, Permohonan Melawat Dan Sambil Belajar Di Perpustakaan Awam Batu Niah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya mewakili Batu Niah Methodist Kindergarten ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan supaya kami dapat melawat dan sambil belajar di perpustakaan awam Batu Niah. 3. Untuk makluman kepada tuan, pihak kami bercadang mengadakan aktiviti ini pada hari 12 November 2012(Hari Khamis), dari pukul 9.30a.m. hingga 11.30am. Aktiviti ini diadakan dengan tujuan memupuk minat kanak-kanak untuk membaca. 4. Dengan ini, kami berharap pihak tuan boleh mempertimbangkan permohonan kami dan mengizinkan kami melawat perpustakaan awam. Jasa baik daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

__________________________ Catrine Choo Yii Ting Guru Besar Batu Niah Methodist Kingdergarten

You might also like