You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3,

06000, JITRA KEDAH


TEL: 04-9174036

Rujukan Tuan: Rujukan Kami: SKJ3:800-2/1/5(6)


. Tarikh : 29 Oktober 2017

Kepada,

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah,
Jalan Kolam Air,
05100 Alor Setar,
Kedah Darulaman.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN PERPUSTAKAAN BERGERAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami bercadang untuk menjemput pihak tuan bagi
mengadakan pameran buku dan perpustakaan bergerak.

3. Pameran ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang
perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam seperti perpustakaan bergerak.

4. Bagi mencapai objektif diatas pihak tuan dengan hormatnya adalah dijemput untuk mengadakan
pameran tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 8 November 2017
Tempat: SK Jitra 3
Masa : 9.00 Pagi

5. Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi En. Zahir Bin Hj. Harun (GPK KOKO)
ditalian 04-9174036.
6. Segala jasa baik dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah:

____________________________
KHAI ROL SALEH BIN HALIM
Guru Besar,
SK Jitra 3,
06000 Jitra Kedah.

u.p Puan Ina

You might also like