You are on page 1of 1

33700 Padang Rengas,

Perak Darul Ridzuan

Ketua Balai,
Balai Polis Padang Rengas,
33700 Padang Rengas,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan

Memohon Peralatan(Kon Polis) Bagi Kawalan Trafik Majlis Perkahwinan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa saya akan mengadakan majlis perkahwinan seperti


ketetapan di bawah :
Tarikh : 9 Disember 2018
Hari : Ahad
Masa : 10.30 pagi- 4.00 petang
Lokasi : Kg GapisPadang Rengas

3. Untuk makluman pihak tuan, lokasi majlis ini terletak di tepi jalan utama Taiping ke
Kuala Kangsar. Bagi memastikan keselamatan tetamu yang meletakkan kenderaan di bahu
jalan, saya dengan ini memohon peralatan (kon polis) untuk diletakkan di kawasan berkenaan
bagi memperlahankan kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

4. Sehubungan dengan itu diharapkan permohonan ini dipertimbangkan. Segala


kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih

Sekian,

Saya yang menjalankan amanah,

(IKHSAN BIN SAARI)


012-6926510

You might also like