You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU, PETALING JAYA KERTAS KERJA PEMBELIAN SISTEM AUTOMASI PS-SENTRAL

1.0 PENGENALAN

Sebuah pusat sumber yang berjaya memerlukan sistem pengurusan yang sistematik teruatamannya dari segi pemprosesan bahan-bahan yang terdapat di pusat sumber. Sehubungan dengan itu Pusat Sumber SK Assunta Satu bercadang untuk membuat penambahbaikan terhadap sistem automasi yang lama kepada satu sistem yang lebih efisien dan terkini iaitu sistem automasi ps-SENTRAL. Tarantula merupakan kerangka kerja (framework) Pusat Sumber Digital yang telah dinilai dan diperaku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia ( surat-akuan-BTP). Sistem ps-SENTRAL ini berkonsepkan moden library yang menggunapakai internet sebagai media capaian bagi tujuan perkongsian maklumat antara pusat sumber. Sistem ini berintegrasi sepenuhnya dengan iQPSS dan i-NILAM dan boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu dari mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

2.0 MATLAMAT 2.1 2.2 Memudahkan kerja-kerja merekod bahan pusat sumber seperti bahan buku dan bahan bukan buku. Mempercepatkan kerja kerana proses automasi kerana boleh dilakukan pada mana-mana komputer yang mempunyai capaian internet.

3.0 CIRI CIRI UTAMA SISTEM PS-SENTRAL Pengkatalogan auto search maklumat bibliografi bahan (seperti Judul, Nama Pengarang, Penerbit, dll) berdasarkan No.ISBN/No.ISSN atau judul semasa proses pendaftaran bahan baru hendak didaftarkan. Ini menjimatkan masa key-in bahan baru. Ini bermakna anda boleh copy maklumat bahan dari pusat sumber lain dengan membuat carian berdasarkan ISBN/ISSN atau judul. Boleh upload gambar kulit depan buku/bahan.

3.1

3.2

Label Barcode No.Barcode dijana secara auto oleh sistem (boleh key-in manual sekiranya perlu) dan boleh dicetak di atas kerta kosong atau kertas sticker label menggunakan semua jenis pencetak.

3.3

Label Tepi boleh dicetak di atas kertas kosong atau kertas sticker label menggunakan semua jenis pencetak. Kad Ahli boleh upload gambar murid, guru dan staf. Boleh cetak kad

3.4

3.5

ahli bergambar/tanpa gambar berserta barcode No.Ahli menggunakan semua jenis pencetak. Sirkulasi proses sirkulasi secara online. Ahli boleh booking secara online dari mana-mana sahaja dan ahli boleh memberi review/komen/rating bahan yang dibaca. Laporan cetakan slip kerja (slip kerja tidak perlu diisi secara manual), rekod perolehan, slip pinjaman , analisis, dll.

3.6

3.7

WebOPAC Online Public Access Catalogue. Carian bahan PSS boleh dibuat secara online worldwide. Semua orang boleh melihat Katalog bahan PSS yang anda publish secara online dan membuat booking online sekiranya anda benarkan.

4.0 SASARAN : Memproses/merekod sebanyak mana bahan pusat sumber dalam masa yang singkat. 5.0 TEMPAT PELAKSANAAN : Pusat Sumber SK Assunta Satu 6.0 WAKTU PELAKSANAAN : Sistem ps-Sentral boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana komputer yang mempunyai talian internet. 7.0 KOS PERBELANJAAN : Harga promasi RM750 termasuk langganan tahun pertama, barcode scanner dan barcode sticker label.

8.0 PENUTUP : Diharapkan perancangan untuk pembelian sistem automasi ps-SENTRAL ini mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah seterusnya kos pembelian dapat dibiayai oleh PIBG SK Assunta Satu. Semoga dengan adanya sistem automasi yang baru ini, pusat sumber akan bergerak dengan lebih maju.

DISEDIAKAN OLEH

___________________________________ (NORFAIZAH BINTI AB HAMID) PENYELARAS PUSAT SUMBER

DISAHKAN OLEH

________________________ (NAIMAH BT. MOHD. NASIR) GURU BESAR

You might also like