You are on page 1of 4

Kertas Kerja Permohonan Membeli

Kanopi Sekolah Kebangsaan Lanai

Sekolah Kebangsaan Lanai


Peti Surat 25, Pejabat Pos Sungai Koyan,
27657 Raub Pahang Darul Makmur
Email: cba3061.sklanai@gmail.com

1.0 Pengenalan
Pihak sekolah mempunyai masalah kekurangan kanopi. Kanopi merupakan peralatan
penting bagi melancarkan program-program di sekolah yang melibatkan ramai tetamu
seperti hari sukan, hari anugerah cemerlang, jamuan Hari Raya dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, masyarakat pantos Lanai juga sering meminjam kanopi daripada pihak
sekolah untuk kegunaan program di pantos Lanai. Tanpa kanopi ini, murid-murid dan
tetamu yang hadir tidak dapat mengikuti program yang diadakan. Untuk makluman pihak
tuan, pihak sekolah menggunakan dewan makan asrama jika mengadakan sesuatu
program. Kapasiti untuk memasuki dewan makan asrama tidak mencukupi untuk tetamu
yang ramai. Pihak sekolah memerlukan kanopi untuk menampung tetamu yang ramai. Oleh
itu, pihak PIBG Sk Lanai berbesar hati untuk memohon 3 buah kanopi daripada pihak
Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang untuk mengatasi masalah kekurangan kanopi ini.

2.0 Program : Memohon pembelian 3 buah kanopi untuk program SK Lanai

3.0 Matlamat

3.1 Matlamat pembelian ini adalah untuk kegunaan murid dan ibu bapa murid SK Lanai
bagi melaksanakan program-program sekolah serta memudahkan segala pelaksanaan
sesuatu program.

4.0 Objektif

4.1 menampung murid dan tetamu apabila mengadakan sesuatu program

4.2 murid dan tetamu dapat berteduh dari panas matahari atau hujan apabila
mengadakan sesuatu program.

5.0 Sasaran : Digunakan semasa program-program sekolah diadakan

6.0 Masa : Sepanjang masa.

7.0 Tempoh masa: Sepanjang masa dan tiada had tempoh masa diperuntukkan.

8.0 Kos : Mengikut keperluan

9.0 Sumber Kewangan

9.1 Memohon peruntukan kewangan dari pihak En Johari bin Alwi, Pengarah
JAKOA Pahang dengan anggaran kos sebanyak RM 6500.00.

10.0 Penilaian

10.1 Kelancaran program yang dilaksanakan.

11.0 Tempat peralatan : Sekolah Kebangsaan Lanai

12.0 Perincian peralatan dan anggaran perbelanjaan

Bil Item Bilangan X anggaran kos item Jumlah


1 Kanopi Piramid 20’ x 20’ 3 buah X RM 2000.00 RM 6000.00

2 Pengangkutan RM 500.00 RM 500.00

Jumlah RM 6500 .00

13.0 Jawatankuasa PIBG

Penasihat : Pn. Murizan binti Yusoff (Guru Besar)

Pengerusi : En. Tuny a/l Amir (YDP PIBG)

Timbalan Pengerusi 1 : Pn Nur Shahida binti Abdullah ( Naib YDP PIBG)

Timbalan Pengerusi 2 : En. Shuhaizal bin Manaf ( GPK HEM)

Setiausaha : Pn. Rabbiatul Iqmar binti Omar

Bendahari : En. Azmeer Firdaus bin Iskandar

Ahli Jawatankuasa :

AJK PIBG Sekolah ebangsaan Lanai

14.0 Penyalurkan sumbangan :

14.1 Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PIBG Sekolah Kebangsaan Lanai.
Bersama ini juga dilampirkan salinan akaun bank PIBG Sekolah Kebangsaan Lanai untuk
urusan sumbangan.

Nama akaun :PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI

No. Akaun :156114017165

Nama Bank Akaun : Maybank

Cawangan Bank : Cawangan Kuala Lipis, Pahang

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan program yang dirancangkan boleh


menghubungi En. Tuny a/l Amir ditalian 011-16971481, YDP PIBG Sekolah
Kebangsaan Lanai.

15.0 Penutup

Diharapkan pembelian ini mendapat kelulusan demi kelancaran sesuatu program dan juga
dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi mental, sikap serta sahsiah yang baik
dimasa hadapan dan seterusnya menjadikan Sekolah Kebangsaan Lanai sebagai antara
sekolah yang terbaik dalam negeri Pahang.
Disediakan oleh:

..............................................................................

(PUAN RABBIATUL IQMAR BIN OMAR)


Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Lanai

Disemak dan disokong oleh :

.................................................

Permohonan ini telah disemak dan DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN oleh

................................................

You might also like