You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SANTUBONG

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN


PONDOK MENUNGGU MURID

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN SANTUBONG

ANJURAN:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
DENGAN KERJASAMA SEKOLAH
KEBANGSAAN SANTUBONG
1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi pembinaan pondok menunggu murid bagi
SK Santubong. Murid di SK Santubong terdiri daripada 178 orang murid pada tahun
2022. Setibanya waktu pulang sekolah, murid SK Santubong akan menunggu ibu
bapa atau penjaga dibawah khemah yang sudah uzur. Ada ketikanya khemah ini
terbang apabila ditiup angin yang kuat. Hal ini membahayakan murid SK Santubong
dan guru yang bertugas.

2.0 LATAR BELAKANG

Cadangan tempat di mana pondok menunggu murid ini akan dibina ialah di tempat
parkir staf berdekatan dengan prasekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Kemudahan murid untuk menunggu ibu bapa atau penjaga ketika pulang.

3.2 Keselamatan murid lebih terjamin dengan pembinaan pondok menunggu


murid yang lebih kukuh.

3.3 Keselesaan murid semasa menunggu ibu bapa dan murid.

4.0 RASIONAL

4.1 Memberi kemudahan murid untuk menunggu ibu bapa atau penjaga ketika
pulang.

4.2 Menjamin keselamatan murid dengan membina pondok menunggu murid


yang lebih kukuh.

4.3 Memberi keselesaan kepada murid semasa menunggu ibu bapa dan murid
semasa pulang.

5.0 PERANCANGAN

5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk murid-murid
sekolah yang belajar di SK Santubong.

5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk murid menunggu kehadiran ibu bapa atau
penjaga ketika pulang.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1 Sila rujuk lampiran 1.

7.0 NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT PEMBEKAL


7.1 Sila rujuk lampiran 2.

8.0 RUMUSAN
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan PIBG sekolah amat terhad.
Justeru, dengan sukacitanya pihak PIBG SK Santubong memohon sumbangan daripada pihak
dalaman dan luaran sekolah sama ada daripada Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan
berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ________________________
(SITI SALWANA BINTI SALEHAN) (HAIRONNIZAM BIN BRAHIM)
Setiausaha PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG,
SK Santubong SK Santubong

Disemak oleh,

____________________
(SUHANA BINTI HASHIM)
Penasihat PIBG,
SK Santubong

You might also like