You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT

36400 HUTAN MELINTANG PERAK

TAJUK PROJEK: CADANGAN PEMASANGAN BUMBUNG DEWAN TERBUKA SK


SIMPANG EMPAT UNTUK LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK

1.0 LATAR BELAKANG GIMNASTIK ARTISTIK SK SIMPANG EMPAT

Gimnastik Artistik SK Simpang Empat ditubuhkan pada tahun 2015 dengan bermula dengan
seorang murid dan sekarang mencecah sehingga 20 orang atlet gimnas. Jumlah gimnas akan
bertambah dari tahun ke tahun. Gimnastik Artistik SK Simpang Empat diwakili dua kategori
iaitu Gimnastik Lelaki dan Perempuan. Dalam tempoh 5 tahun penubuhannya Gimnastik
Artistik SK Simpang Empat telah melahirkan atlet ke peringkat MSSM dan pertandingan
peringkat kebangsaan yang mewakili negeri Perak. Antara pertandingan yang pernah disertai
adalah seperti Karnival bakal pelapis Kebangsaan, Sirkit Remaja Kebangsaan.
Pihak sekolah telah meletakkan sukan Gimnastik Artistik sebagai sukan utama
sekolah.Sejajar dengan beberapa kejayaan yang telah dicapai, pihak sekolah mengambil
tindakan positif dengan menambah alatan untuk latihan.

2.0 MATLAMAT

Memasang bumbung di antara dua bangunan supaya ;


1. Murid-murid SK SIMPANG EMPAT, tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau
hujan ketika berkumpul dan ketika perhimpunan pagi setiap hari.

2. Latihan Pasukan Gimnastik Artistik SK Simpang Empat dan umumnya untuk


Gimnastik Bagan Datuk dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan Efektif.

2. Aktiviti sekolah khususnya perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan tidak
tertangguh serta keselesaan dan tumpuan murid-murid tidak lagi terganggu walaupun
keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (panas/hujan).

3. Aktivikti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan Gimnastik Asas seperti di


dalam DSKP pendidikan jasmani.
4. Ruang Kosong di antara dua bangunan dapat digunakan secara maksimum untuk
melaksanakan aktiviti sekolah dan latihan pasukan gimnastik artistik sekolah sebagai
persediaan ke kejohanan peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF

1. Memohon peruntukan bagi memasang bumbung untuk dijadikan dewan terbuka dan
Kawasan latihan sukan Gimnastik Artistik sekolah.

4.0 CADANGAN

1. Memohon kelulusan dan peruntukan pembinaan dewan terbuka daripada


Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.0 SPESIFIKASI UMUM

1. Ukuran Bumbung ialah Panjang 55 kaki x Lebar 35 kaki x Tinggi 25 kaki.


2. Tiang Besi / Kerangka
3. Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi
4. Lampu 10 unit
5. Kipas angin dinding 8 unit

6.0 JANGKAAN MASA HADAPAN


1. Tapak murid berkumpul
2. Pentas
3. Tempat latihan Gimnastik Artistik

7.0 ANGGARAN KOS


1. Anggaran kos bagi pemasangan bumbung ialah RM20,000.00
(Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja.)

8.0 LAMPIRAN
8.1 Gambar tapak latihan yang dicadangkan untuk dipasang bumbung
8.2 Kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai.

Kejohanan Gimnastik Artistik Peringkat Negeri Perak (MSSPK) Tahun 2018


Kejohanan Gimnastik Artistik Peringkat Negeri Perak (MSSPK) Tahun 2019
Kejohanan Sirkit Remaja Gimnastik Artistik Peringkat kebangsaan, Bukit Jalil.
Kejohanan Gimnastik Artistik FMG AG Cup Siri 1, Sungai Petani.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ _____________________

Penolong Kanan Kokurikulum.


SK Simpang Empat, Hutan Melintang.
Perak.

You might also like