You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PEMBELIAN SET JERSI


BOLA SEPAK
TAHUN 2016/17
JURULATIH,
PASUKAN BOLA SEPAK SKB

KERTAS KERJA
PEMBELIAN SET
JERSI BOLA
SEPAK
TAHUN 2016/17

1. PENGENALAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru.
Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan
pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu
aktiviti kepada semua murid di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada
semua.

2. RASIONAL

Setiap tahun Sekolah Kebangsaan Baling akan menyertai Pertandingan Bola Sepak Peringkat
MSSD Baling Sik yang melibatkan penyertaan pelajar lelaki . Walau bagaimana pun setiap kali
perlawanan diadakan pengurus peserta pasukan bola Sepak terpaksa menggunakan set baju
jersi yang lama dan meminjam daripada pasukan sukan permainan yang lain. Hal ini disebabkan
kekurangan set jersi yang sedi ada. Selain itu, ketiadaan set jersi yang sempurna juga akan
menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi diri mereka di dalam
permainan ini.

Oleh sebab itu, pasukan Bola Sepak SKB amat memerlukan 2 set jersi yang baru untuk
kegunaan pasukan dan keselesaan dan memberi motivasi kepada pelajar.Ini adalah sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF

a. Mendedahkan kepada pelajar konsep permainan bola sepak dan menerapkan nilai-nilai murni
seperti semangat berpasukan, kerjasama dan komunikasi ke dalam diri pelajar

b. Menyediakan pelajar untuk menyertai sebarang pertandingan bola sepak yang akan
dianjurkan di sebarang peringkat daerah.

c. Mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam aspek penganjuran sebarang bentuk


aktiviti yang melibatkan bola sepak samada yang berorientasikan pembangunan diri dan
motivasi ataupun berunsurkan kesukanan semata-mata.

d. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah

e. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain

f. Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan.

g. Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti


Kokurikulum.
4. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


Set Jersi 1
1 18 set X RM 35.00 RM 630
( Baju/seluar/stokin)
Set Jersi 2
2 18 set X RM 35.00 RM 630
( Baju/seluar/stokin)
JUMLAH RM1260

5. HARAPAN

Pihak Pasukan Bola Sepak SKB berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan kerana
dengan pembelian set jersi ini akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan jersi Pasukan
bola Sepak dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri pelajar.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang
kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah dan
daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan Pelajar dalam Kokurikulum..

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

………………………………............. …………………………..
EN ALIAS BIN WAHID PN.SANISCHAH BT SAMSUDIN
JURULATIH BOLA SEPAK PK KOKURIKULUM
SK BALING SK BALING

You might also like