You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BAJU JERSI DAN KERTAS KERJA

PERALATAN UNTUK PASUKAN PEMBELIAN


BAJU JERSI
SEKOLAH UNTUK
PASUKAN
SEKOLAH
2023

TAHUN 2023 1.

PENGENALAN

Sukan adalah
satu bentuk
aktiviti yang
boleh
mengeratkan
hubungan sesama murid dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan
semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain daripada itu, ia
dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di samping memberikan kesedaran
pentingnya sukan kepada semua.

2. RASIONAL

Setiap tahun Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1 akan menyertai beberapa kejohanan
sukan sama ada di peringkat Zon Keramat atau peringkat negeri melibatkan penyertaan pelajar
lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun setiap kali perlawanan diadakan, pengurus dan
jurulatih pasukan setiap permainan akan menghadapi masalah dlalam menyediakan jersi
pasukan. Di samping itu jersi sedia ada sudah tidak boleh digunakan lagi kerana telah rosak
dan bilangan yang ada tidak mencukupi. Begitu juga dengan peralatan sukan sedia ada yang
tidak lagi boleh digunakan kerana sudah rosak dan tidak lagi sesuai digunakan kerana tidak
mengikut spesifikasi pertandingan yang disertai.

Oleh sebab itu, unit Sukan & Kokurikulum berazam untuk membeli peralatan sukan dan
jersi yang baru untuk keselesaan dan memberi motivasi kepada pelajar. Ini adalah sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF

a. Mendedahkan kepada pelajar konsep permainan dan menerapkan nilai-nilai murni seperti
semangat berpasukan, kerjasama dan komunikasi ke dalam diri pelajar

b. Menyediakan pelajar untuk menyertai sebarang pertandingan yang akan dianjurkan di


peringkat zon dan negeri..
c. Mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam aspek penganjuran sebarang bentuk
aktiviti samada yang berorientasikan pembangunan diri dan motivasi ataupun berunsurkan
kesukanan semata-mata.

d. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah

e. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain

f. Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan.

g. Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti


Kokurikulum.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN KUANTITI JUMLAH


Bola Sepak 15 x RM 50 RM 750
Bola Jaring 12 x RM 30 RM 360
1 Jersi
Olahraga 10 x RM 30 RM 300
Hoki 15 x RM 30 RM 525

BIB Bola Jaring 1 set


2 Bola Jaring RM 200
( Double Sided )

JUMLAH RM 2135.00

6. HARAPAN

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum & Sukan berharap semoga permohonan ini
akan menjadi kenyataan kerana dengan adanya sumbangan ini akan dapat menyelesaikan
masalah kekurangan peralatan sukan dan jersi sekolah serta memberikan manfaat kepada
pembangunan diri pelajar.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang
kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah dan
daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan Pelajar dalam Kokurikulum..

DISEDIAKAN OLEH

……………………………….............
SAIFUL FADLY BIN ABDOL KARIM
GURU PENOLONG KANAN HEM
SK JALAN GURNEY 1

DISAHKAN OLEH

………………………………...................
PUTRA BIN AHMAD
GURU BESAR
SK JALAN GURNEY 1

You might also like