You are on page 1of 2

Kelab Hoki SMK Panchor

Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor,


70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

Kepada,
ENCIK AZMI BIN MOHD YUSOF
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor.

Melalui,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. 16 Februari 2021

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK MENJALANI LATIHAN INTENSIF


PASUKAN HOKI SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, Pasukan Hoki sekolah ingin mengadakan latihan intensif
sebagai persediaan para pemain hoki untuk Kejohanan Hoki MSSD Tahun 2022

2. Untuk makluman, latihan intensif ini akan diadakan pada :


Hari : Rabu
Tarikh : 27 Julai 2022
Masa : 7.30 pagi-11.00 pagi
Tempat : Padang Hoki Seremban 2

Bilangan guru : 2 orang


Bilangan pasukan : 2 pasukan(lelaki dan perempuan)
Jumlah pemain: 36 orang

3. Oleh yang demikian, pihak kami ingin memohon sumbangan bagi


menampung perbelanjaan untuk membawa pelajar ini ke latihan tersebut. Berikut
merupakan peruntukkan yang diperlukan bagi memastikan latihan ini dapat di
jalankan dengan lancar. Kami juga memohon sumbangan baju pemain disebabkan
kerana ada pelajar yang tidak mampu untuk membayar baju tersebut.

BIL PERKARA HARGA JUMLAH


1 BAYARAN BAS RM280 RM280
2 MINUMAN PAGI RM3 X 36 RM108
3 BAJU PEMAIN RM36X36 RM1296
JUMLAH RM1684
4. Semua pemain hoki SMK Panchor akan menjalani latihan ini dengan harapan
dapat melengkapkan persedian bagi menghadapi pertandingan kejohanan hoki
MSSD. Hal ini kerana sekolah kita tidak mempunyai kemudahan padang hoki.

5. Besarlah harapan kami agar tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini


demi membantu kejayaan pelajar dalam MSSD hoki ini. Semoga dengan sumbangan
yang diberikan ini, dapat menjadi tanda sokongan moral kepada semua pemain
untuk cemerlang dalam sukan hoki. Kerjasama dan perhatian tuan kami dahulukan
dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………
(ZURAINI BINTI ZAINAL)
Ketua Guru Penasihat Kelab Hoki,
SMK Panchor

You might also like