You are on page 1of 3

KELAB BADMINTON

GURU-GURU SEMENANJUNG (GUGUS)


NABAWAN SABAH

21 Mac 2016

KEPADA :

Guru Besar,
SK Pekan Nabawan,
Peti Surat 67,
89957, Nabawan,
Sabah.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN SK PEKAN NABAWAN


UNTUK BERMAIN BADMINTON

Merujuk kepada perkara di atas.

1. Saya wakil kepada rakan-rakan/kelab badminton, guru-guru semenanjung ingin


meminta kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah SK Pekan
Nabawan untuk bermain badminton bersama rakan-rakan saya yang berkhidmat sebagai
kakitangan awam/guru yang mengajar di daerah Nabawan sebagaimana ketetapan berikut :

Hari : Setiap Hari Ahad


Masa : 9.00 am – 12.00pm

2. Ini berikutan permintaan dari rakan-rakan/kelab badminton guru-guru semenanjung


sebagai memenuhi aktiviti hujung minggu bersama rakan-rakan sejawatan yang mengajar di
sekolah kawasan pedalaman Nabawan Sabah.

3. InsyaALLAh, kami akan menggunakan kemudahan dewan ini dengan sebaik mungkin
dan akan memastikan dewan sekolah ini bersih dan teratur semasa dan selepas bermain.
Beserta surat ini di sertakan juga ringkasan draf kertas kerja untuk rujukan pihak tuan.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi keizinan/pertimbangan


sewajarnya ke atas permohonan kami. Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai. Kami
dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

------------------------------------------------
(MOHD ZAINUDIN BIN GHAZALI)
Wakil Rakan-Rakan/Kelab Badminton Guru-Guru Semenanjung Daerah Nabawan.

S.K : Fail
PENDAHULUAN.

Aktiviti sukan merupakan satu wadah untuk melahirkan generasi yang sihat minda dan tubuh badan.
Aktiviti sukan yang pelbagai telah disarankan oleh pihak kerajaan malah dalam Kementerian
Pendidikan untuk melahirkan rakyat yang sihat, harmoni dan sejahtera. Sehubungan dengan itu, kami
guru-guru semenanjung yang merupakan kakitangan awam yang mengajar di daerah Nabawan
menyahut seruan tersebut. Aktiviti ini adalah untuk memenuhi aktiviti riadah setiap hujung minggu
untuk kecergasan diri yang telah berpenat lelah dengan tugasan harian di sekolah sebagai pendidik.
Kecergasan diri yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti riadah santai untuk keluar peluh serta
berkumpul bersama-sama rakan pada hujung minggu sambil menghilangkan stress.

OBJEKTIF.

(A) Meningkatkan kemahiran bermain badminton antara guru-guru.


(B) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan diri.
(C) Membuka peluang kepada guru-guru untuk mencungkil bakat yang terpendam.
(D) Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru di daerah Nabawan.
(E) Mewujudkan semangat kesukanan dalam diri guru-guru.
(F) Memupuk semangat kerjasama antara guru-guru di daerah Nabawan.
(G) Memenuhi masa terluang bersama rakan-rakan pada setiap cuti hujung minggu.

RASIONAL.

Aktiviti permainan badminton yang dimohon ini amat berkait rapat dengan GERKO Permainan yang
dilaksanakan di setiap sekolah terutamanya dalam Persatuan Badminton. Segala pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang diperoleh bolehlah diaplikasikan dalam aktiviti atau apa-apa anjuran
yang berkaitan dengan permainan badminton sekolah. Malah ianya juga boleh menambahkan
keyakinan kami dalam segala aktiviti yang diadakan.

HARI / MASA.

HARI : Setiap Hari Ahad Sahaja.


MASA : 9.00am hingga 12.00pm

KETERLIBATAN.

Guru-guru semenanjung Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang mengajar di daerah Nabawan.

PENUTUP.

Kami berbesar hati agar permohonan kami ini mendapat perhatian, sokongan dan keizinan dari pihak
tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih. Majulah
Sukan Untuk Negara…

Disediakan oleh :

…………………………………………
(MOHD ZAINUDIN BIN GHAZALI)
Wakil Rakan-Rakan/Kelab Badminton Guru-Guru Semenanjung Daerah Nabawan.
RINGKASAN/DRAF
KERTAS KERJA

MEMOHON KEBENARAN
MENGGUNAKAN DEWAN SEKOLAH SK PEKAN NABAWAN
UNTUK BERMAIN BADMINTON

You might also like