You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KUMPULAN KOMPANG SELAWAT SEKOLAH KEBANGSAAN SS 19 SUBANG JAYA RASIONAL Kumpulan kompang adalah satu

satu seni melayu alunan tepukan kompang yang digunakan untuk mengiringi sesuatu majlis. Alunan kompang yang diiringi lagu dan selawat amat indah apabila didengari. Ianya juga adalah satu seni budaya masyarakat melayu yang wajar untuk diteruskan dan diajar kepada generasi muda kini. Penubuhan kompang selawat adalah selaras sebagai satu aktiviti ko-kurikulum kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menerapkan kemahiran dan pengetahuan bermain kompang disamping menghayati alunan selawat ke atas nabi Muhammad SAW. Pertandingan kompang selawat juga telah diadakan sehingga ke peringkat kebangsaan bagi pelajar sekolah rendah. OBJEKTIF : 1) Menubuhkan kumpulan kompang selawat selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu aktiviti Ko Akademik bagi membentuk murid dengan seni Islam dan seni Melayu seterusnya meneruskan kemahiran bermain kompang dikalangan pelajar. 2) Mendidik disiplin diri kepada pelajar bagi membentuk sahsiah murid yang bertanggungjawab dan berintegriti melalui seni bermain kompang. 3) Meneruskan warisan seni Islam dan seni melayu agar terus hidup dan berkembang agar seni ini tidak dilupakan oleh masyarakat melayu umumnya.

SASARAN : Bagi melahirkan murid yang berkemahiran bermain kompang, kumpulan ini akan mengambil murid dari tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan 6 yang terdiri daripada muridmurid yang berminat untuk mempelajari alunan kompang.

JAWATANKUASA PENAJA : Guru penasihat : Pn Rosidah bt Zakaria En Mohd Sarbini b Dasuki En Fadhlie b Che Kob KEPERLUAN : Keperluan utama kumpuan ini adalah kompang sebanyak 20 buah. Ini untuk melatih seramai 20 orang pelajar sebagai satu kumpulan. LATIHAN : Latihan kumpulan kompang akan dijalankan pada setiap minggu untuk memahirkan kemahiran murid memukul kompang. Berikut adalah cadangan waktu latihan kompang : Bil 1. 2. Hari Sabtu Rabu Masa 9.00 11.00 2.00 3.00

YURAN : Yuran akan dikenakan kepada murid yang berminat sebanyak RM15 sebulan. Yuran ini akan dikenakan selama setahun sahaja. Ini bertujuan untuk membayar upah jurulatih jemputan kerana tiada guru yang berkemahiran bermain kompang. Setelah murid mahir bermain kompang bayaran yuran akan dibatalkan.

PERBELANJAAN : PERKARA Kompang 10 buah x RM40 Yuran jurulatih 8 bulan x 200 RM 400.00 1600.00

1. 2.

PENUTUP Adalah amat diharapkan dengan penubuhan kumpulan kompang ini akan melahirkan murid-murid yang mempunyai asas kemahiran bermain kompang dan mengukuhkan disiplin pelajar secara lebih berkesan. Selanjutnya diharapkan dapat membantu pihak sekolah melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

..

SEKOLAH KEBANGSAAN SS19 SUBANG JAYA


JALAN SS19/6,47500 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL : 03-56335487 FAX : 03-56335487 3

Ruj. Kami Ruj. Tuan Tarikh

: Bil.( ) dlm. SK SS19 SUBANG JAYA : : 01 / 04 / 2009

Kepada, Ibu Bapa / Penjaga, Pelajar SK SS19 Subang Jaya Tuan/Puan, PENUBUHAN KUMPULAN KOMPANG SELAWAT SEKOLAH Berhubung dengan perkara di atas, pihak sekolah akan menubuhkan kumpulan kompang selawat sekolah sebagai satu aktiviti ko-akademik dan ko-kurikulum kepada pelajar. 2. Penubuhan kumpulan ini bertujuan untuk melatih pelajar sekolah ini kemahiran bermain kompang dan mengalunkan selawat untuk persediaan pertandingan kompang selawat dan juga aktiviti di sekolah. Disamping itu, diharapkan penubuhan kumpulan kompang ini akan membantu meningkatan disiplin pelajar melalui aktiviti berkumpulan dan membentuk sifat kepimpinan dikalangan pelajar. 3. Penyertaan kumpulan kompang ini akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM15 sebulan bagi membayar jurulatih luar. Pembayaran yuran akan diambil selama setahun dan akan dihentikan jika pelajar telah mahir bermain kompang. 4. Latihan kompang akan dijalankan pada hari Sabtu dari bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. 5. Diharapkan dengan penubuhan kumpulan kompang ini akan membantu pihak sekolah melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan serta berkepimpinan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA Yang benar,

Tarikh : . 4

Kepada, Guru Besar, SK SS19 Subang Jaya. Puan, KEBENARAN MENYERTAI KUMPULAN KOMPANG SEKOLAH Saya yang bernama ... penjaga kepada murid .. dari tahun ... Membenarkan / tidak membenarkan anak dibawah jagaan saya untuk menyertai kumpulan kompang ini dan bersetuju untuk membayar yuran RM15 sebulan dengan cara berikut : RM120 setahun sekali pembayaran. RM 60 sebanyak 2 kali pembayaran. RM15 pembayaran secara bulanan.

Sekian, terima kasih. Yang benar, .

You might also like