You are on page 1of 20

SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT, SEREMBAN, NEGERI

SEMBILAN, MALAYSIA.

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB KOIR
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT
2018
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB KOIR
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Koir Sekolah Kebangsaan Sikamat merupakan suatu


inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan murid yang berkualiti sebagai
insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek
kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dalam melahirkan murid-murid yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelek dan juga sosial.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan murid


dengan muzik dan juga sebagai platform untuk mencungkil bakat murid-murid
di Sekolah Kebangsaan Sikamat dalam bidang nyanyian. Selain itu, kelab ini
juga memberi peluang kepada murid-murid di sekolah ini yang berminat untuk
menyertai segala persembahan koir. Dengan menyertai kelab ini, ahli-ahli kelab
koir akan didedahkan dengan teknik vokal yang tepat dan juga boleh
mempelajari cara yang betul untuk menghasilkan jenis-jenis suara seperti bes,
tenor, alto dan soprano yang berkualiti. Kelab ini juga dapat membantu murid-
murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat
pada masa lapang.

Di samping itu, penubuhan kelab ini juga ingin melahirkan murid-murid


yang berpengalaman dan dapat menguasai pengetahuan asas mengenai
vokal. Pelaksanaan kelab ini melibatkan semua ahli Kelab Koir Sekolah
Kebangsaan Sikamat dan juga terbuka kepada semua murid yang berminat.
2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Kelab Koir Sekolah Kebangsaan Sikamat ini bermatlamat


untuk memantapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman muzik untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan
Falsafah Pendiidkan Negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan Kelab Koir sebagai medium
penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan
matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara
Malaysia.

3.0 RASIONAL

Penubuhan Kelab Koir Sekolah Kebangsaan Sikamat ini adalah penting


kerana:

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua


sekolah dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.
3.2 Kelab ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada para murid
Sekolah Kebangsaan Sikamat untuk mempelajari asas-asas teknik vokal
secara formal.
3.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara menguruskan
sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.
3.4 Pergerakan Kelab Koir yang didaftarkan di bawah nama Sekolah
Kebangsaan Sikamat mampu mengharumkan nama Sekolah
Kebangsaan Sikamat sebagai sebuah sekolah yang mengangkat
martabat Kelab Koir dalam kalangan warga kampusnya.
3.5 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
kefahaman para murid terhadap kepentingan pengetahuan dan
penglibatan dalam kokurikulum.

4.0 NAMA KELAB


Kelab Koir Sekolah Kebangsaan Sikamat
5.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab Koir Sekolah Kebangsaan Sikamat adalah untuk:

5.1 Mewakili sekolah, negeri mahupun peringkat kebangsaan dan


antarabangsa untuk menyertai apa juga persembahan mahupun
pertandingan jika mendapat undangan.
5.2 Mendedahkan para murid agar memahami serta menguasai apa yang
mereka persembahkan. Di sini, murid akan diberi peluang untuk
mempelajari aspek-aspek penting berkaitan seni suara dan koir.
5.3 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin.
5.4 Menjadi platform untuk para murid mempelajari teknik-teknik vokal secara
formal.
5.5 Memperkembangkan kesedaran dan pengalaman estetika para murid
melalui seni suara dan muzik.
5.6 Memberi kesempatan kepada para murid untuk mengembangkan bakat
masing-masing.
5.7 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui
persembahan koir.
5.8 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan murid.
5.9 Mewujudkan suatu aktiviti kokurikulum yang meriah dan
memperangsangkan.
5.10 Sebagai alternatif mengisi masa lapang para murid.

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI

 Praktikal vokal.
 Latihan dalam kumpulan (LDK).
 Persembahan perhimpunan bulanan.
 Persembahan majlis-majlis formal dan istimewa.
 Lawatan sambil belajar dan penanda aras.
7.0 LOKASI

Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Koir untuk beroperasi adalah di


Bilik Muzik (Studio) Sekolah Kebangsaan Sikamat

8.0 PENYERTAAN/SASARAN

Penyertaan serta sasaran Kelab Koir ini adalah terbuka kepada semua
murid Sekolah Kebangsaan Sikamat yang berminat untuk mempelajari dan
menguasai teknik-teknik vokal.

9.0 WAKTU PERLAKSANAAN

Setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan Sekolah


Kebangsaan Sikamat.

10.0 JADUAL AKTIVITI

Di sini kami telah mencadangkan jadual aktiviti Kelab Koir Sekolah


Kebangsaan Sikamat yang akan dijalankan seperti mana jadual di bawah,
sekiranya kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini menunjukkan
bahawa kami benar-benar serius tentang penubuhan kelab ini.

Hari Masa
Rabu 2.00 petang – 4.00 petang

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan latihan pada setiap hari
Rabu. Untuk makluman pihak tuan, kami juga tidak akan mengganggu
sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan oleh pihak
sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan aspek
akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

11.0 JURULATIH

Kelab Koir Sekolah Kebangsaan Sikamat akan dibimbing oleh Puan


Syakilla binti Mohd Noor, guru Muzik Sekolah Kebangsaan Sikamat yang
berpengalaman luas dalam bidang vokal dan koir.
12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB

AHLI JAWATANKUASA KELAB KOIR


SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT

12.1JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Kamal bin Hashim


Ketua Pengarah JKNN

Penasihat : En. Sufi bin Hamzah


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sikamat

Pengerusi : En. Yahya bin Mohamad


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : En.Anuar bin Idris


Guru Muzik

Bendahari : Puan Suhaila bt Zain


Guru Bahasa Melayu

Penyelaras 1 : Puan Fatimah bt Supri


Guru Panitia Muzik

Penyelaras 2 : En Sufian bin Suhaimi


Guru Panitia Bahasa Melayu

Fasilitator : Puan Syakilla binti Mohd Noor (Guru Muzik)


Encik Zakri bin Kamal (Guru Bahasa Melayu)
12.2 JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Fathiah Amani binti Fuzi

Naib Pengerusi : Faathimah bt Abd Ghani

Setiausaha : Nazira bt Bahron

Bendahari : Anis Syafikah bt Shafie

AJK Pakaian : Siti Atikah bt Kamarul Zaman

AJK Pentas : Fadhlie Hafiz bin Jaffar


Shahirah Afiqah bt Mat Shater

AJK Teknikal : Nabilah bt Jaafar


Airie Jimson anak Iha

AJK Peralatan & Pergerakan : Norahimatul Azwa bt Ramli


Siti Huzaipah bt Mohd Noor

13.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. Perkara Catatan


1. Sumbangan individu daripada jawatankuasa penaja RM 100.00
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM 300.00
3. Geran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara RM 1000.00
JUMLAH RM 1400.00
14.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Koir di Sekolah Kebangsaan Sikamat


merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan
prestasi murid-murid seterusnya menaikkan nama baik murid melalui setiap
aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan
dalam Kelab Koir mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu
dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia untuk
melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat “SATU
MALAYSIA” dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab ini.
Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab Koir ini
mendapat pertimbangan sewajarnya.
PENGESAHAN KERTAS KERJA

PERKARA TANDATANGAN / ULASAN


Disediakan oleh :

(ENCIK ANUAR BIN IDRIS)


Jawatankuasa Penaja,
Kelab Koir,
Sekolah Kebangsaan Sikamat
Tarikh : ………………

Disokong oleh :

(ENCIK YAHYA BIN MOHAMMAD)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sikamat
Tarikh : ………………

*DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN


Kelulusan oleh :
Ulasan :
(ENCIK SUFI BIN HAMZAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sikamat
Tarikh : ……………….
LAMPIRAN
JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN KELAB KOIR

Penaung : En. Kamal bin Hashim


Ketua Pengarah JPNIN

Penasihat : En. Sufi bin Hamzah


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sikamat

Pengerusi : En. Yahya bin Mohamad


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : En.Anuar bin Idris


Guru Muzik

Bendahari : Puan Suhaila bt Zain


Guru Bahasa Melayu

Penyelaras 1 : Puan Fatimah bt Supri


Guru Panitia Muzik

Penyelaras 2 : En Sufian bin Suhaimi


Guru Panitia Bahasa Melayu

Fasilitator : Puan Syakilla binti Mohd Noor (Guru Muzik)


Encik Zakri bin Kamal (Guru Bahasa Melayu)
JAWATANKUASA KECIL PERSATUAN KELAB KOIR

Pengerusi : Fathiah Amani binti Fuzi

Naib Pengerusi : Faathimah bt Abd Ghani

Setiausaha : Nazira bt Bahron

Bendahari : Anis Syafikah bt Shafie

AJK Pakaian : Siti Atikah bt Kamarul Zaman

AJK Pentas : Fadhlie Hafiz bin Jaffar


Shahirah Afiqah bt Mat Shater

AJK Teknikal : Nabilah bt Jaafar


Airie Jimson anak Iha

AJK Peralatan & Pergerakan : Norahimatul Azwa bt Ramli


Siti Huzaipah bt Mohd Noor
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT TEL: 088224859
JALAN SIKAMAT, FAKS : 088250188
71770 SEREMBAN, N.SEMBILAN EMEL:conventstfrancis@gmail.com

Rujukan Kami : STFC/P(P)/2018(1)


Rujukan Tuan :
Tarikh : 11 JANUARI 2018
Kepada:
ENCIK SUFI BIN HAMZAH,
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT

Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB KOIR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Penubuhan Kelab Koir telah diilhamkan oleh Tan Sri Norliza Rofli pada sambutan Hari Seni
dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan 2010 di Melaka. Tujuan Kelab Koir ditubuhkan
adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat akan kepentingan
seni dan budaya dalam kehidupan.

3. Bagi mencapai hasrat diatas, dengan sukacita ingin membuat permohonan menubuhkan
Persatuan Kelab Koir sebagai salah satu kelab bagi Sekolah Kebangsaan Sikamat.

4. Bersama surat ini, turut disertakan kertas kerja penubuhan Kelab Koir bagi penerangan
hala tuju kelab.

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(ANUAR BIN IDRIS)
Jawatankuasa Penaja,
Sekolah Kebangsaan Sikamat
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT TEL: 088224859
JALAN SIKAMAT, FAKS : 088250188
71770 SEREMBAN, N.SEMBILAN EMEL:conventstfrancis@gmail.com

Rujukan Kami : STFC/P(P)/2018(2)


Rujukan Tuan :
Tarikh : 12 JANUARI 2018
Kepada:
TAN SRI NORLIZA ROFLI,
KETUA PENGARAH,
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA

Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB KOIR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita ingin membuat permohonan menubuhkan Pergerakan Kelab Koir sebagai salah
satu kelab bagi Sekolah Kebangsaan Sikamat.

3. Bersama surat ini, turut disertakan kertas kerja penubuhan Kelab Koir bagi penerangan
hala tuju kelab.

4. Kesudian pihak Tuan/Puan menerima penubuhan kelab untuk bergerak di bawah naungan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dijangka akan memberikan impak yang besar
dalam memantapkan lagi matlamat penubuhan kelab.

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
(ANUAR BIN IDRIS)
Jawatankuasa Penaja,
Sekolah Kebangsaan Sikamat,
71770, Seremban
Negeri Sembilan
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT TEL: 088224859

JALAN SIKAMAT, FAKS : 088250188


71770 SEREMBAN, N.SEMBILAN EMEL:conventstfrancis@gmail.com

Rujukan Kami : STFC/KO(K)/2018(12)


Rujukan Tuan : STFC/P(P)/2018(1)
Tarikh : 18 JANUARI 2018
Kepada:
ENCIK ANUAR BIN IDRIS,
JAWATANKUASA PENAJA,
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT

Tuan/Puan,

MELULUSKAN PERMOHONAN PENUBUHAN PERGERAKAN KELAB KOIR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita ingin memaklumkan permohonan menubuhkan Pergerakan Kelab Koir sebagai


salah satu kelab bagi Sekolah Kebangsaan Sikamat telah diluluskan.

3. Kesudian Tuan/Puan menubuhkan Pergerakan Kelab Koir diharapkan dapat memberikan


impak yang besar kepada murid Sekolah Kebangsaan Sikamat dalam mempertingkatkan
kesedaran dan pengetahuan terhadap seni dan budaya kearah melahirkan ikon di peringkat
global.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(SUFI BIN HAMZAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sikamat,
71770, Seremban, Negeri Sembilan.
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN TEL : 03-88837000
(JABATAN PERDANA MENTERI) FAKS : 03-88811453
ARAS 9, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN JABATAN PERSEKUTUAN,
62502 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA LAMAN WEB : http : //WWW.JPKK.GOV.MY

Rujukan Kami : JPNIN/R(P)/2018(30)


Rujukan Tuan : STFC/P(P)/2018(2)
Tarikh : 19 JANUARI 2018
Kepada:
ENCIK ANUAR BIN IDRIS,
JAWATANKUASA PENAJA,
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT

Tuan/Puan,

PENUBUHAN PERGERAKAN KELAB KOIR

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita ingin memaklumkan bahawa permohonan untuk menubuhkan PERGERAKAN


KELAB KOIR sebagai salah satu kelab di bawah naungan JPKK telah diluluskan.

3. Kesudian tuan/puan untuk bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian ini
dijangka akan memberikan impak yang besar kepada JPKK dalam memantapkan lagi
matlamat JPKK dalam melahirkan Ikon Kesenian di pentas global. Segala kerjasama dan
komitmen tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(TAN SRI NORLIZA ROFLI)
Ketua Pengarah,
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
PERSATUAN KOIR
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT
NO. PENDAFTARAN 18/2018/SKS

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN


Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U (A) 196 bertarikh
21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukan Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Koir
Sekolah Kebangsaan Sikamat.

1) Pengerusi : Fathiah Amani binti Fuzi


(No kad pengenalan: 960807-01-6328)

2) Naib Pengerusi : Faathimah bt Abd Ghani


(No kad pengenalan: 960707-02-6118)

3) Setiausaha : Nazira bt Bahron


(No kad pengenalan: 970910-01-6668)

4) Bendahari : Anis Syafikah bt Shafie


(No kad pengenalan: 971231-03-6326)

5) AJK Tambahan : Siti Atikah bt Kamarul Zaman


(No kad pengenalan: 960224-03-6444)
: Fadhlie Hafiz bin Jaffar
(No kad pengenalan: 960909-04-6327)
: Shahirah Afiqah bt Mat Shater
(No kad pengenalan: 960807-01-6328)
: Nabilah bt Jaafar
(No kad pengenalan: 960325-03-5454)
: Airie Jimson anak Iha
(No kad pengenalan: 971007-05-5123)
: Norahimatul Azwa bt Rahim
(No kad pengenalan: 970807-04-6328)
: Siti Huzaipah bt Mohd Noor
(No kad pengenalan: 960809-01-6328)

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas
adalah mematuhi Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka
mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-Undang
dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

...................................... .....................................

(FATHIAH AMANI BT FUZI) (NAZIRA BT BAHRON)

Pengerusi Persatuan Koir Setiausaha Persatuan Koir

Tarikh: ......................... Tarikh: ...........................

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di


atas dan perlantikan mereka adalah mengikut Undang-Undang dan Peraturan-
Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Koir Sekolah Kebangsaan Sikamat,

.................................

(Encik Sufi bin Hamzah)

Guru Penasihat Persatuan Koir

Tarikh: .................................
TAKWIM/ PERANCANGAN PROGRAM PERSATUAN KOIR SEKOLAH
KEBANGSAAN SIKAMAT

Bil. Aktiviti Objektif Tarikh Kumpulan


Pelaksanaan Sasaran

1. Uji Suara Pengambilan ahli baru Januari Pelajar-


pelajar baru
2. Latihan Meningkatkan teknik dan Pada setiap Semua ahli
Mingguan kemahiran menyanyi. hari koir
Rabu(ahli SK
Sikamat)
3. Persembahan di Memupuk rasa Februari Ahli-ahli
rumah orang tua penyayang dalam kelab koir
kalangan ahli yang terpilih
4. Pertandingan Meningkatkan teknik dan Mei Ahli-ahli
Nyanyian kemahiran menyanyi kelab koir
(Peringkat
Sekolah)
5. Persembahan Memupuk semangat Jun Ahli-ahli
Konsert Malam kekitaan dan berpasukan kelab koir
Sekolah dalam kalangan ahli yang terpilih
6. Pertandingan Mengetahui kelemahan Ogos Ahli-ahli
Nyanyian Solo diri secara individu dari Kelab yang
(Peringkat segi teknik dan Terpilih
Negeri) kemahiran menyanyi.

7. Mesyuarat Mengumumkan ahli Julai Semua ahli


Agung Tahunan jawatankuasa 2017/2018 kelab koir
8. Majlis Sebagai penghargaan September Ahli-ahli
Perpisahan kepada ahli Tahun 5 Tahun 5
9. Pertandingan Memberi peluang kepada Disember Ahli-ahli Koir
Koir Peringkat pelajar untuk yang terpilih
Antarabangsa meningkatkan teknik
nyanyian
10. Kem muzik Memahami dan Disember Semua ahli
menghayati nilai koir
bekerjasama ahli-ahli
kelab koir antara satu
sama lain untuk
mencapai sesuatu
matlamat yang sama.
Mencungkil dan
mengasah bakat ahli-ahli

You might also like