You are on page 1of 42

Pengerusi Penaja,

Kelab Seni Budaya,


SK Putrajaya Presint 9 (1),
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.

Kepada,

Pn Hjh Norzia binti Ahmad Razali, ,


Guru Besar,
SK Putrajaya Presint 9 (1),
62250 Putrajaya,
Wilaya Persekutuan. 4 Februari 2020

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB SENI BUDAYA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya KAVITHA A/P CHANDRA SEKARAN bagi pihak Jawatankuasa
Kelab Seni Budaya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Kelab Seni
Budaya SK Putrajaya present 9(1) berdasarkan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kelab Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11,
Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan Kelab.


3.2 Senarai ahli jawatankuasa Kelab Seni Budaya.
3.3 Kertas kerja penubuhan.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”
Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(KAVITHA CHANDRA)
Pengerusi Penaja.
b.p. Jawatankuasa Kelab Seni Budaya,
SK Putrajaya Presint 9 (1).

1
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA,

PRESINT 9 (1),

62250 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN

KERTAS KERJA CADANGAN

PENUBUHAN KELAB SENI BUDAYA,

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA


PRESINT 9 (1).

2
1.0 PERKARA
- Kertas kerja cadangan penubuhan Kelab Seni Budaya

2.0 DIKEMUKAKAN KEPADA

- Pn Hjh Norzia binti Ahmad Razali


Guru Besar,
SK Putrajaya Presint 9 (1),
Putrajaya, Wilayah.

3.0 PENGENALAN

Seni Budaya merupakan suatu kesenian warisan yang terdapat dalam sesuatu bangsa
atau kaum. Budaya juga dapat mencerminkan adat dan identiti sebuah masyarakat. Antara
aspek yang penting dalam seni budaya ialah tarian dan muzik. Jenis tarian di Malaysia amat
unik kerana ia mempunyai pergerakan dan rentak muzik. Oleh itu, penubuhan Kelab Seni
Budaya dapat memberi pendedahan kepada keunikan variasi tarian yang pelbagai. Tarian-
tarian sedemikian harus diperkenalkan dan dipelajari oleh murid-murid supaya dapat
menarik minat murid-murid. Dengan demikian, penubuhan Kelab Seni Budaya dapat
melahirkan murid-murid yang kreatif, berketerampilan, dan berbakat seni. Dari Kelab Seni
Budaya ini murid-murid dapat mengenal pelbagai bangsa dan budaya yang terdapat dalam
Malaysia.

4.0 RASIONAL

Penubuhan Kelab Seni Budaya ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk
mengembangkan bakat dan potensi mengikut pelbagai bangsa dan budaya. Penubuhan Kelab
ini adalah satu langkah yang proaktif untuk membimbing murid-murid menghayati keunikan seni
tari. Malah hubungan antara guru dengan murid dapat dieratkan kerana mereka dapat
meluangkan masa Bersama semasa membuat persembahan. Dengan adanya aktiviti
kokurikulum, diharapkan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan diluar bilik darjah kerana

3
dapat menarik minat dan memberi pengalaman yang bermanfaat di samping memberi
keseronokan secara tidak langsung.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memperkenalkan pelbagai jenis tarian dan muzik kebudayaan kaum-kaum utama di
Malaysia (Tarian Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun dan Iban) kepada murid-murid.
5.2 Mencungkil bakat yang terpendam dari segi tarian dalam kalangan murid-murid.
5.3 Meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan murid-murid untuk menyertai persembahan
kebudayaan.
5.4 Mewujudkan prasarana yang harmoni dan mengeratkan hubungan silaturahim antara guru
dan pelajar.
5.5 Melahirkan ahli seni yang berkualiti serta berbakat untuk mewakili sekolah bagi
pertandingan yang bakal dianjurkan serta mengharumkan nama sekolah.
5.6 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
5.7 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan
amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilsi
murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan
2020.

6.0 MATLAMAT

6.1 Memberi pendedahan dan menggalakkan murid-murid untuk menguasai dan


berkemahiran dalam melakukan tarian pelbagai jenis kaum.

6.2 Melahirkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani,
intelektual, sosial dan intelektual melalui pendedahan mengenai tarian-tarian di Malaysia.
6.3 Melatih murid-murid untuk mempunyai keyakinan diri dengan mengalakkan mereka untuk
membuat persembahan tarian.
6.4 Mengekalkan kebanggaan dan keaslian tarian kaum utama Malaysia dengan
mempraktikkan unsur kebudayaan tersebut.

4
7.0 SENARAI JAWATANKUASA KELAB SENI BUDAYA

Guru Besar : Pn Hjh Norzia binti Ahmad Razali


Penasihat : Nurul Ain bin Khairi
Pengerusi : Kavitha a/p Chandra Sekaran
Naib Pengerusi : Siti Nur Aqilah Sanadi binti Rahman
Setiausaha : Aina Bashirah binti Mohd Kamil
Naib Setiausaha : Zarul bin Justein
Bendahari : Ashwinie A/P Gunasehgaran
Naib Bendahari : Sashmitaa A/P Jiwa

Ahli Jawatankuasa Tahun 6 : Afi Asyraf bin Alaiudin


: Mohd Irfan bin Rasul
: Shatish A/L Jeganathan

Ahli Jawatankuasa Tahun 5 : Mukesh A/L Ravi


: Nelson Naim

Ahli Jawatankuasa Tahun 4 : Jayden Albert

8.0 NAMA KELAB


“Kelab Seni Budaya”

9.0 ALAMAT KELAB

Sekolah Kebangsaan Putrajaya presint 9 (1), 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

10.0 MOTO
“Menerokai Seni Budaya”

5
11.0 LOGO

12.0 LAGU

- ‘Warisi Budaya’

13.0 KEAHLIAN

- Ada seramai 60 orang ahli yang terdiri daripada 30 murid lelaki dan 30 murid perempuan
yang telah daftar dalam Kelab Seni Budaya. Rujuk lampiran 2.
- Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 9 (1).
- Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
- Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

14.0 PERLEMBAGAAN (Rujuk di Lampiran 1)

6
15.0 KEWANGAN

a) Setiap ahli diminta untuk membayar yuran RM3 untuk satu bulan.
b) Wang daripada yuran tersebut akan digunakan untuk program dan aktiviti yang bakal
dilaksanakan.
c) Sumbangan daripada pihak sekolah dan Kelab Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dipohon
melalui permohonan.
d) Pelaksaan kewangan ini adalah mengikut TAKWIM rancangan tahunan.
e) Antara sumber kewangan yang boleh diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti
Kelab ialah :
 Tajaan
 Kutipan derma dan sumbangan pihak luar
 Usaha ahli
 Yuran keahlian

16.0 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

- Aktviti bertema ‘Satu Bulan Satu Budaya’

Bil. Bulan Tarikh Aktiviti Tindakan Bajet

1 Februari 10 Februari 2020  Perjumpaan pertama guru


penasihat Bersama guru Penasihat
penaung.
 Mesyuarat Agung Kelab. penaung
 Perbincangan pemilihan
ahli serta jawatankuasa
kelab.

 Perjumpaan kedua Penasihat


2 Februari 12 Februari 2020  Menonton video tarian
semua kaum di Malaysia Murid Tahun 4,
dan mengenali semua alat Tahun 5 dan
muzik yang digunakan Tahun 6
untuk mengiringi tarian
tersebut.”

 Perjumpaan ketiga Penasihat


20 Februari 2020  Murid belajar menari
tarian budaya kaum Murid Tahun 4,
Melayu iaitu tarian Joget Tahun 5 dan
dan Zapin dengan Tahun 6

7
bimbingan guru.

 Perjumpaan keempat Penasihat


3 Mac 13 Mac 2020  Memperkenalkan jenis-
jenis tarian India serta alat
muzik yang digunakan Murid Tahun 4,
melalui video. Tahun 5 dan
 Murid menari tarian India Tahun 6
iaitu “Bharatanatyam”
dengan bimbingan guru.

 Perjumpaan kelima Penasihat


4 April 10 April 2020  Menonton video jenis-
jenis tarian Cina serta alat
muzik yang digunakan.
 Murid belajar menari Murid Tahun 4,
tarian kipas dengan Tahun 5 dan
bimbingan guru. Tahun 6

 Perjumpaan keenam Penasihat


Minuman
 Gotong royong
Murid Tahun 4. - 6 botol air
Tahun 5, dan sirap = Rm18
24 April 2020 Tahun 6 - Ais Batu
Rm 2

*jum= Rm20

 Perjumpaan ketujuh Penasihat


5 Mei 15 Mei 2020  Menonton video jenis-
jenis tarian Borneo iaitu Murid Tahun 4,
sumazau dan ngajat. Tahun 5 dan
 Memperkenalkan pakaian Tahun 6
tradisi Borneo yang
dipakai semasa tarian.

 Perjumpaan kelapan Penasihat


6 Julai 17 Jun 2020  Murid dilatih untuk menari
tarian Borneo oleh guru Murid Tahun 4
khas yang mahir dalam dan Tahun 5
tarian Borneo.

8
 Perjumpaan ke sembilan Penasihat
7 Ogos 23 Ogos 2020  Berlatih untuk membuat
persembahan sempena Murid Tahun 4
sambutan Hari dan Tahun 5
Kemerdekaan.
 Membuat persiapaan
untuk persembahan.

Perjumpaan ke sepuluh Penasihat - Sewa bus


8 Oktober 09 Oktober 2020 (RM300.00 x
 Membincangkan pelan Jawatankuasa 1 buah)
Lawatan ke Akedemi Seni Kelab Tarian Seni
Budaya dan Warisan budaya - Penginapan
Kebangsaan (ASWARA) 1Malaysia (Asrama
 Menghitungkan bajet ASWARA)
 Lawatan ke ASWARA Murid Tahun 3,
pada hujung minggu 4,5 dan 6 - Makan
tersebut (12/10 – 14/10) minum
pelajara 3 hari
2 malam

- Sarapan
dan minum
pagi

- Makan
Tengahari
- Minum
Petang
- Makan
Malam

(RM900.00)

*jum=
Rm1200
Perjumpaan ke sebelas Penasihat
23 October 2020
 Murid dibahagi mengikut
kumpulan untuk Murid Tahun 4,
pertandingan Tarian Tahun 5 dan
1Malaysia. Tahun 6
 Murid berlatih tarian
mengikut kumpulan:
1) Kumpulan A- tarian
Melayu
2) Kumpulan B- tarian
Cina
3) Kumpulan C- tarian
India

9
4) Kumpulan D - tarian
Borneo

Cenderahati
9 November 13 November 2020 Perjumpaan ke dua belas Penasihat - Peserta
Terbaik
 Pertandingan antara Penari RM30.00 X 1
kumpulan = RM30.00
 Pengagihan hadiah Terbuka kepada - Kumpulan
kepada pemenang semua murid Terbaik
untuk menonton Keseluruhan
tarian
RM40.00 X 1
= RM40.00
*jum=Rm70

 perjumpaan Kelab
terakhir untuk
membincangkan dan
menganalisis
menggunakan SWOT.

18.0 PENUTUP
Segala program dan aktiviti yang ditubuhkan adalah untuk mencapai objektif yang telah
digariskan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan dan memberi pengalaman yang bermanfaat kepada semua warga sekolah.
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Seni Budaya merupakan satu asset yang bernillai kepada
sekolah untuk meningkatkan bakat pelajar serta menaikkan nama baik sekolah melalui setiap
aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan displin yang diterapkan dalam Kelab ini
mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berkeyakinan tinggi. Justeru,
adalah sangat diharapakan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak
sekolah. Semoga perkara baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian terima kasih.

10
Disediakan oleh,

……………………………
(KAVITHA CHANDRA SEKARAN)
Pengerusi,
Kelab Seni Budaya,
SK Putrajaya Presint 9 (1),
Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

Disemak oleh,

…………………………..
(NURUL AIN BIN KHAIRI )
Penasihat,
Kelab Seni Budaya,
SK Putrajaya Presint 9 (1),
Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

Diluluskan/ Tidak diluluskan oleh,

………………………………..
(PN HJH NORZIA BINTI AHMAD RAZALI)
Guru Besar,
SK Putrajaya Presint 9 (1),

11
LAMPIRAN 2
SENARAI NAMA PELAJAR KELAB SENI BUDAYA

BIL NAMA PELAJAR KELAS


1. Amin bin Md Noor 4 Merpati
2. Ahmad zakaria bin Yunus 4 Merpati
3. Mohd Ikram b. Mohd Yunus 4 Mutiara
4. Anand Raj A/L Ganeson 4 Mutiara
5. Ng Bong Leong 4 Delima
6. Mohd Nawi b. Sulong 4 Delima
7. Nelson Naim 5 Merpati
8. Mukesh A/L Ravi 5 Merpati
9. Zainal Aiman bin Ismail 5 Mutiara
10. RosIi b. Ali 5 Mutiara
11 Andy A/L Chandru 5 Delima
12 Shatish A/L Jeganathan 6 Merpati
13 Afi Asyraf bin Alaiudin 6 Merpati
14 Saraan Raaj 6 Mutiara
15 Wan Ismail b. Wan Mamat 6 Mutiara
16 Zaki bin Mohd Arsyad 6 Mutiara
17 Charlie Alan 6 Delima
18 Salman bin Ismail 6 Delima
19 Syamil Aiman b. Mohd Naim 6 Nilam
20 Lim Pei Wen 4 Merpati
21 Noraini bt Mohd Rayhan 4 Merpati
22 Syamimi bt Fauzi 4 Mutiara
23 Farahanana bt Ali 4 Mutiara
24 Archaanaa Krishnamoorthy 4 Delima
25 Lim Guan Eng 4 Delima
26 Rohani bt Abd Hamid 5 Berlian
27 Nabihah bt Salleh 5 Berlian
28 Madihah bt Ibrahim 5 Mutiara
29 Natalie Serani 5 Mutiara
30 Wan Samlia bt Wan Shafie 5 Mutiara
31 Nordiana bt Asri 5 Delima
32 Low Sin Ee 5 Delima
33 Rasyita bt Alif 6 Merpati
34 Raja Siti Khamisah bt R. Ali 6 Merpati
35 Anisah bt Awang 6 Merpati
36 Zakieh bt Mustafa 6 Mutiara
37 Rozita bt Razali 6 Mutiara
38 Suriani bt Nordin 6 Mutiara
39 Marina bt Che Muda 6 Delima
40 Rosanita bt Mohamad 6 Delima

12
41 Sathiavani A/P Marimuthoo 6 Delima
42 Raja Nur Shafika 4 Merpati
43 Tong Soon Sung 4 Merpati
44 Chan Seong Leong 4 Delima
45 Afiq bin Ismail 4 Delima
46 Fiona Raphael 5 Merpati
47 Subash A/L Arumugam 5 Mutiara
48 Fattah Amin Bin Fattah Barry 5 Delima
49 Haziq Ismail 5 Delima
50 Aarchana Ravi 5 Merpati
51 Mohd Yasmin Bin Yusof 6 Merpati
52 Ain Basyirah Binti Mohd Khalid 6 Mutiara
53 Lai Min Sing 6 Delima
54 Veronica Engkayu 6 Delima
55 Jonathan Aarie 6 Mutiara
56 Syamimie Binti Saufi 6 Merpati
57 Nur Madihah Aqish 6 Nilam
58 Aananthi A/P Venugopal 6 Nilam
59 Muhd Hakimi Bin Muhd Muin 6 Mutiara
60 Arnold Pedro 6 Merpati

13
LAMPIRAN 3

KELAB SENI BUDAYA 1MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9 (1)

BORANG KEAHLIAN

Nama:
(Huruf Besar)

No. MyKid Tarikh Lahir:

Alamat surat-menyurat:

No. Telefon (R): Pej: H/P:

Dengan ini, saya bersetuju membayar yuran sebanyak RM3.00 setiap bulan
mengikut Perlembagaan Kelab dan menyertai Kelab Seni Budaya ini.

Tandatangan pemohon:

Tarikh:

………………………………………………………………………………………………………

LAMPIRAN 4

14
KELAB SENI BUDAYA 1MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9 (1).

SURAT KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA WARIS

Maklumat Ibubapa/ Penjaga

Nama: ……………………………………………………… No. K/P : ……………………….

.Alamat Rumah: ………………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………………

No. Tel. Rumah : ………………………………..  No. Tel. Bimbit : …………………………..

Perhubungan dengan Pelajar : ………………………………………………………………....

Maklumat Pelajar

Nama : …………………………………………………… No. S/B : …………………………..

Nama dan Alamat Sekolah :Tel Sekolah :

Status Kesihatan : Sihat / Tidak Sihat
Dengan ini saya ……………………………………………. No. K/P : ………………...........Ibubapa / Penjaga
kepada pelajar di atas membenar / tidak membenarkan beliau menyertai program. Secara umumnya
keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama manakala keselamatan dan kebajikan pelajar
sentiasa diberi perhatiansewajarnya oleh pihak pengelola dan pegawaI
yang diamanahkan sepanjang program itu berjalan. Saya juga memberi kebenaran 
kepada pihak berkenaan yang berkaitan untuk mengurus dan memberi rawatan perubatan kepada anak/
anak jagaan saya jika keadaan memerlukan.

Yang benar,

……………………………………………………
( Nama : ………………………………………………………………………….. ) ( Ibubapa / Penjaga )

LAMPIRAN 5

15
SURAT AKUAN KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA

Adalah saya………………………………………………………………………………….…….…..ibu/bapa/penjaga

kepada murid bernama …………………………………………………………..………………………….................

pembawa kad pengenalan / surat beranak bernombor.............................................................

yang belajar di .....................................................................................................................

Dengan kerelaan hati saya :

a. Saya bersetuju mengizinkan anak / jagaan saya mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan dan lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan
Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia atau sebarang pertubuhan yang
disertai oleh salah satu daripada ketiga-tiga pihak di atas.

b. Bersetuju mewakilkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri atau wakilnya untuk


menandatangani bagi pihak diri saya surat keizinan yang diperlukan oleh doktor di
mana-mana Hospital Kerajaan untuk menggunakan ubat bius.

c. Bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan di mahkamah sekiranya berlaku apa-
apa kemalangan ke atas anak / jagaan saya terhadap mana-mana pihak.

.......................................... Disaksikan oleh:

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga

................................................

Nama:....................................

Nama saksi:...............................

No k/p:.....................................

Jawatan:...................................

No. Tel:.....................................

LAMPIRAN 6

16
Pn. Kavitha Chandra
Pengerusi Penaja Kelab Seni Budaya,
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1)
62250, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.

Kepada,

Ahli-ahli Kelab Seni Budaya, Tarikh


:___________________
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1),
62250, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan
.
Tuan / Puan,

PEMBERITAHUAN MESYUARAT KELAB SENI BUDAYA,

Perkara di atas adalaj dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan
berikut.
2.1 Tarikh :
2.2 Masa :
2.3 Tempat :

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Penetapan aktiviti
3.3 Sumbangan
3.5 Hal-hal lain

4. Kehadiran dan kerjasam semua ahli amat dihargai.


Sekian.
Yang benar,
……………………………
(KAVITHA CHANDRA)
Pengerusi
LAMPIRAN 7

17
MINIT MESYUARAT AGUNG
KELAB SENI BUDAYA

Tarikh : 24 .02 2020


Masa : 1.30 – 3.00 petang
Tempat : Dewan Al Farabi
Kehadiran : Semua guru-guru yang terlibat dan ahli-ahli kelab
Tidak hadir : Tiada

Agenda 1 - Ucapan Pengerusi


1.0 Pn. Sanghari Arumugam selaku pengerusi mesyuarat sekali mengucap terima kasih
kepada yang telah hadiri ke mesyuarat. Beliau telah menerangkan tujuan
mengadakan mesyuarat iaitu menetapkan aktiviti yang seterusnya.

2.0 Maklumat : Semua Ajk

Agenda 2 – Penetapan Aktiviti


2.0 Semua guru dan ahli-ahli kelab berbincang dan menetapkan aktiviti yang
akan dijalankan, tema aktiviti serta tarikh aktiviti tersebut akan dijalankan.
 Aktiviti :
 Tema :
 Tarikh / Hari :
 Masa :
Makluman : Semua Ajk

Agenda 3 – Sumbangan

3.0 Guru-guru yang terlibat dan ahli-ahli kelab berbincang tentang sumber sumbangan

yang boleh didapati bagi menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan dengan lancar.

Makluman : Semua Ajk

18
Agenda 4 – Penangguhan

4.0 Mesyuarat agung ditangguhkan pada jam 3 petang dengan ucapan terima kasih
oleh pengerusi.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

……………………………………. ………………………………..

Aina Bashirah binti Mohd Kamil Pn. Kavitha Chandra

Setiausaha, Pengerusi,

Penubuhan Kelab Penubuhan Kelab


Seni Budaya Seni Budaya

19
PERLEMBAGAAN KELAB
SENI BUDAYA

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1),

62250 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan

20
KANDUNGAN

BAHAGIAN I

Fasal 1 : Nama …………………………………………………… 1

Fasal 2 : Bahasa Rasmi …………………………………………………… 1

Fasal 3 : Alamat …………………………………………………… 1

BAHAGIAN II

Fasal 4 : Moto Kelab …………………………………………………… 2

Fasal 5 : Logo …………………………………………………… 2

Fasal 6 : Lagu …………………………………………………… 2

Fasal 7 : Visi …………………………………………………….3

Fasal 8 : Misi …………………………………………………….3

Fasal 9 : Objektif Kelab …………………………………………………….3

BAHAGIAN III

Fasal 10 :` Keahlian …………………………………………………… 4

Fasal 11 : Tanggungjawab Ahli …………………………………………………… 4

Fasal 12 : Hak Keahlian …………………………………………………….5

21
BAHAGIAN IV

Fasal 13 : Jawatankuasa ……………………………………………………. 5

Fasal 14 : Perjawatan ……………………………………………………. 6

Fasal 15 : Perletakan dan Perlucutan Jawatan ……………………………………. 7

BAHAGIAN V

Fasal 16 : Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa ……………………………. 8

BAHAGIAN VI

Fasal 17 : Majlis Penasihat ……………………………………………………. 11

BAHAGIAN VII

Fasal 18 : Kewangan ……………………………………………………. 11

Fasal 19 : Tahun Kewangan …………………………………………………….. 12

BAHAGIAN VIII

Fasal 20 : Pembubaran ……………………………………………………. 13

BAHAGIAN IX

Fasal 21 : Pindaan Perlembagaan …………………………………………………. 14

BAHAGIAN X

Fasal 22 : Pertikaian dan Kekeliruan ……………………………………………….. 15

22
BAHAGIAN XI

Fasal 23 : Hal-hal lain …………………………………………………….. 16

SK Putrajaya Presint 9 (1),

Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

23
Lampiran 1

PERLEMBANGAN KELAB SENI BUDAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9 (1) ,

WILAYAH PERSEKUTUAN.

BAHAGIAN I

Fasal 1

Nama

1.1 Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Seni Budaya.

Fasal 2

Bahasa Rasmi

2.1 Bahasa Melayu

Fasal 3

Alamat

3.1 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1), 62250, Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

BAHAGIAN II

Fasal 4

24
Moto Kelab

4.1 “Pewaris Budaya Bangsa”

Moto ini bertujuan untuk menarik minat dan membuka ruang dan peluang kepada
semua murid tanpa mengira agama dan kaum. Hal ini kerana agama atau kaum tidak sebegitu
penting untuk menghayati dan menguasai seni tarian kebudayaan semua kaum utama di
Malaysia. Menerokai Seni Budaya bermaksud para murid dapat mencari pengalaman atau ilmu
terhadap seni kebudayaan dengan sendiri. Moto ini juga berkemampuan untuk menghasilkan
murid-murid yang boleh menari tarian kebudayaan atau memainkan alat muzik mengikut kaum-
kaum yang terdapat dalam Malaysia walaupun tiada pengalaman dan kemahiran pada
permulaan.

Fasal 5

Logo Kelab

KELAB SENI BUDAYA


*PEWARIS BUDAYA

25
5.1 Makna Logo

5.1.1 Warna kuning

Warna kuning melambangkan warna keemasan. Hal ini kerana warna kuning
menunjukkan seni budaya di Malaysia merupakan sesuatu yang harus dipratikkan agar
kebudayaan seperti ini tetap kekal terpelihara di negara kita. Selain itu, keemasan juga
bermaksud bahawa sangat penting untuk dijaga atau diingati. Generasi muda zaman
2020 ini haruslah menjaga, menghayati semua budaya tidak kira kaum dan agama
dalam Malaysia kerana bak patah pepatah Perdana Menteri kita, mengamalkan konsep
perpaduan.

5.1.2 Gambar manusia berbilang kaum

Gabungan gambar manusia berbilang kaum ini menunjukkan betapa pentingnya


gabungan keunikan kebudayaan semua kaum di Malaysia ini, terutamanya dari segi
tarian, pakaian dan adat resam. Semua kaum membawa budaya yang masing-masing
yang boleh digabungkan dan terbentuklah Budaya yang harus diamalkan oleh semua
warganegara Malaysia. Semua manusia yang terdapat dalam logo tersebut
melambangkan kaum-kaum utama di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Iban dan
Dusun.

5.1.3 Bentuk logo

Bentuk logo kelab ini ialah Bulat. Hal ini kerana, bulatan merujuk kepada kitaran
hidup yang sentiasa berputar agak menarik. Hal ini perlu ditekankan kerana bulatan
juga melambangkan kesamarataan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina,
India, Iban dan Dusun. Semua kaum ini harus bertoleransi dan bekerjasama untuk
membentuk suatu prasarana yang harmoni supaya semua warganegara Malaysia dapat
hidup dengan aman dan damai.

26
5.1.4 Tulisan

Melambangkan nama kelab dan moto kelab iaitu “Kelab Seni Budaya” dan
“Menerokai Seni Budaya” yang membawa maksud menarik minat dan membuka ruang
dan peluang kepada semua murid tanpa mengira agama dan kaum.

Fasal 6

Lagu Kelab

Keringat ini sentiasa membasahi bumi


Demi negara, agama, jati dan nurani,
Kami berjanji mewarisi budaya murni
Memperjuangkan nadi budaya, ibu pertiwi.

Gerak akar tariku, gemalai iramaku,


Setajam ekspresiku, seindah lukisanku
Teater pentasku, lakon layar perakku,
Merdu muzikku semerdu buluh perindu,

Kami takkan hanyut, akan kami menyahut


Berganding bahu, bersatu padu menuntut ilmu
Demi mewarisi budaya bangsa

Seni Budaya Warisan Kita,


Oh Seniku 2x)
Pewaris Budaya Bangsa.

27
Fasal 7

Visi

7.1 Kelab Seni Budaya untuk menyatu padukan palbagai kaum.

Fasal 8

Misi

8.1 Menyokong pihak sekolah untuk Mencungkil bakat para murid dan memberi
peluang

kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi mengikut pelbagai

bangsa dan budaya.

Fasal 9

Objektif Kelab

9.1 Objektif Kelab Seni Budaya adalah seperti ketentuan berikut:

a) Memperkenalkan pelbagai jenis tarian dan muzik kebudayaan kaum-kaum utama


di Malaysia (Tarian Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun dan Iban) kepada
murid-murid.
b) Mencungkil bakat yang terpendam dari segi tarian dalam kalangan murid-murid.
c) Meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan murid-murid untuk menyertai
persembahan kebudayaan.
d) Mewujudkan prasarana yang harmoni dan mengeratkan hubungan silaturahim
antara guru dan pelajar
e) Memberi pendedahan dan meningkatkan ‘general knowledge’ murid-murid
terhadap budaya di Malaysia.

28
f) Melahirkan ahli seni yang berkualiti serta berbakat untuk mewakili sekolah bagi
pertandingan yang bakal dianjurkan serta mengharumkan nama sekolah.

BAHAGIAN III

Fasal 10

Keahlian

10.1 Terbuka kepada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang tertakluk 20 murid

lelaki dan 20 murid perempuan.

10.2 Murid yang berminat haruslah mengisi borang permohonan Kelab Seni

Budaya.

10.3 Keahlian boleh dibatalkan sekiranya mesyuarat agong belum dilaksanakan.

10.4 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.

Fasal 11

Tanggungjawab Ahli

11.1 Setiap ahli mestilah patuh kepada Perlembagaan Kelab Seni Budaya

dan berpegang teguh kepada objektif dan matlamat Kelab ini.

11.2 Setiap ahli mesti menunjukkan imej yang positif dan tidak menjatuhkan nama

Kelab sekitar sekolah atau di luar kawasan sekolah.

11.3 Ahi-ahli Kelab harus berusaha untuk melaksanakan dan mencapai objektif

Kelab ini.

29
Fasal 12

Hak Keahlian

12.1 Semua ahli berhak mengikuti semua aktiviti atau pertandingan yang

dianjurkan oleh Kelab Seni Budaya.

12.2 Semua ahli berhak mengetahui perkembangan dan perubahan dalam


stuktur

organisasi serta pergerakkan Kelab ini.

12.3 Semua ahli berhak untuk menyuarakan pandangan kepada guru penasihat

untuk menambahbaikan Kelab tersebut.

12.4 Semua ahli akan diberi layanan yang sama tidak kira agama dan bangsa.

BAHAGIAN IV

Fasal 13

Organisasi Kelab Seni Budaya

13.1 Guru penaung hendaklah terdiri dalam guru besar di sekolah berkenaan.

13.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak untuk merancang dan membatalkan

sesuatu aktiviti tahunan kelab.

13.3 Ahli Jawatankuasa murid terdiri daripada Tahun 4,5 dan 6 semasa Mesyuarat

30
Agung.

13.4 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli

yang tidak hadir akan menulis surat tunjuk sebab atas ketidakhadirannya.

13.5 Pemilihan Ahli Jawatankuasa akan dilakukan secara undian.

13.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:

13.6.1 Guru Penaung (1 orang)

13.6.2 Guru Penasihat (1 orang)

13.6.3 Pengerusi (1 murid)

13.6.4 Naib Pengerusi (1 murid)

13.6.5 Setiausaha (1 murid)

13.6.6 Naib Setiausaha (1 murid)

13.6.7 Bendahari (1 murid)

13.6.8 Naib Bendahari (1 murid)

13.6.9 Pemeriksa kira-kira (2 murid)

13.6.10 Ahli Jawatankuasa Tahun 6 (3 murid)

13.6.11 Ahli Jawatankuasa Tahun 5 (2 murid)

13.6.12 Ahli Jawatankuasa Tahun 4 (1 murid)

13.6.13 Biro-Biro Aktiviti (4murid)

Fasal 14

Perjawatan

14.1 Pemilihan segala jawatankuasa akan diadakan semasa Mesyuarat Agung

31
perjumpaan Kelab ini.

14.2 jawatankuasa akan dibentuk selepas calon dilantik dan selepas pengiraan undi.

Fasal 15

Perletakan dan Perlucutan Jawatan

15.1 Perletakan Jawatan

15.1.1 Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara

bertulis kepada Pengerusi Majlish Penasihat kelab berserta dengan

alasan munasabah.

15.1.2 Pengesahan perletakan jawatan hanya berlaku setelah diputuskan oleh

Majlis Penasihat Kelab.

15.2 Perlucutan Jawatan

15.2.1 Dibuang sekolah atau digantung dari sekolah.

15.2.2 Menarik diri dari mengikuti program yang dianjur oleh pihak sekolah.

15.2.3 Berpindah sekolah.

15.2.4 Pelajar yang dikenakan tindakan displin atau tatatertib oleh Unit Displin

akan hilang kelayakkan daripada bertanding dan menjadi Ahli

Jawatankuasa Kelab.

15.2.5 Tidak berada di sekolah selama 6 bulan berturut-turut sama ada

melanjutkan pelajaran ke luar negara atau sakit yang berpanjangan atau

menangguhkan pengajian.

32
BAHAGIAN V

FASAL 16

Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa

15.1 Guru Penaung

15.1.1 Penaung ini memainkan peranan sebagai penasihat dalam Kelab ini dan

tidak seaktif dalam pengendalian Kelab tersebut manakala nasihat

mereka akan diminta jika diperlukan.

15.1.2 Penaung merupakan ketua bagi Kelab tersebut dan juga merupakan

pelindung kepada Kelab tersebut.

15.2 Guru Penasihat

15.2.1 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan

dengan kokurikulum.

15.2.2 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli

Jawatankuasa dalam kalangan murid.

33
15.2.3 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam

Perlembagaan.

15.2.4 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan failkan.

15.3 Pengerusi

15.3.1 Sebagai pemimpin yang memainkan peranan penting dalam sesebuah

kelab.

15.3.2 Merupakan penggerak terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan

Kelab.

15.3.3 Bertanggungjawab menjayakan aktiviti kelabnya dan berperanan

melaporkan kepada Penaung dan Penasihat.

15.3.4 Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan menguruskan

pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua

tugas dan kegiatan kelab.

15.4 Naib Pengerusi

15.4.1 Menjadi pemangku Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.

15.4.2 Membantu segala tugas Pengerusi.

15.5 Setiausaha

15.5.1 Merupakan nadi Kelab sebagai peneraju bagi menggerakkan

34
sesebuah kelab.

15.5.2 Bertanggungjawab dalam menyediakan minit mesyuarat, agenda, notis


dan

pelbagai laporan.

15.5.3 Hadir dalam setipa mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat

hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.

15.5.4 Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.

15.6 Naib Setiausaha

15.6.1 Naib Setiausaha akan menjadi memangku jawatan Setiausaha jika

ketiadaan Setiausaha dan menolong Setiausaha apabila program atau

aktiviti yang akan dilaksanakan adalah berat, besar dan meluas.

15.7 Bendahari

15.7.1 Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan kelab.

15.7.2 Menjaga dan memastikan wang Kelab digunakan dengan jimat dan

untuk perkara yang berfaedah sahaja.

15.7.3 Menyimpan wang tidak melebihi apa yang dibenarkan oleh perlembagan

Kelab.

15.7.4 Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran


yang

telah ditetapkan dan diluluskan oleh mesyuarat agung Kelab.

15.7.5 Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.

35
15.8 Naib Bendahari

15.8.1 Membantu Bendahari menguruskan hal kewangan.

15.8.2 Menjalankan tugas-tugas lain ketika ketiadaan Bendahari.

15.9 Ahli Jawatankuasa

15.9.1 Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang

diberikan kepada mereka.

15.9.2 Bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui

dalam sesuatu mesyuarat.

15.9.3 Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan


rancangan

atau projek yang telah ditetapkan oleh kelab.

BAHAGIAN VI

Fasal 17

Majlis Penasihat

16.1 Penaung : Guru besar

16.2 Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

16.3 Guru Penasihat : Dilantik oleh guru besar seramai 2 orang guru.

36
BAHAGIAN VII

Fasal 18

Kewangan

17.1 Sumber kewangan Kelab ini adalah melalui kutipan yuran yang telah

diputuskan mengikut kemampuan dalam mesyuarat agung Kelab.

17.2 Setiap ahli diminta membayar yuran RM3 setiap bulan. Yuran ini bertujuan

untuk digunakan untuk program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan.

17.3 Sumber kewangan lain seperti daripada Kelab Ibu-Bapa dan Guru

(PIBG), Pihak sekolah dan NGO lain akan dimasukkkan ke dalam akuan

sekolah.

17.4 Ahli-ahli kelab boleh memberi sumbangan kewangan untuk menjalani

aktiviti jika wang tidak cukup.

Fasal 19

Tahun kewangan

19.0 Tahun Kewangan dikira selepas perlantikan Jawatankuasa yang


baru

37
dan berakhir selewat-lewatnya 3 hari sebelum pembubaran.

BAHAGIAN VIII

Fasal 20

Pembuburan

18.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh

Pendaftaran kelab secara bertulis.

18.2 Jawatankuasa Kelab ini akan dibubarkan selepas satu tahun dan

melantik semula jawatankuasa yang baru.

18.3 Pendaftar berhak membatalkan Kelab sekiranya didapati menyeleweng

daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah.

18.4 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati

melanggar perlembagan dan Falsafah Pendidikan Negara.

BAHAGIAN IX

Fasal 21

38
Pindaan Perlembagaan

19.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

19.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli -ahli jawatankuasa,

Guru penasihat atau Pentadbir sekolah secara bertulis.

19.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli

Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya

jika perlu.

19.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan

oleh Guru besar.

BAHAGIAN X

Fasal 22

Pertikaian Dan Kekeliruan

Jika timbul sesuatu pertikaian atau kekeliruan tentang mana-mana aktiviti yang
dilaksanakan yang bertentangan dengan apa yang termakbul dalam
perlembagaan Kelab Seni Budaya, maka pertikaian itu hendaklah diputuskan
oleh Guru Besar iaitu Guru Penaung Kelab ini mengenainya adalah muktamad.

39
BAHAGIAN XI

Fasal 23

Hal-hal lain

21.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang

dijalankan.

21.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

40
BIBLIOGRAFI

 Omardin Ashaari, (1997). Pengurusan Kelab Suatu Panduan Lengkap. Utusan


Publication : Kuala Lumpur.

 Mohd.Ismail Zamzam, (1993). Asas Organisasi dan Kepemimpinan untuk kelab dan
kelab di sekolah. Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

 Ab. Alim Abdul Rahim, (1999). Pengurusan Kokurikulum dan Badan Beruniform. Fajar
Bakti: Shah Alam.

 Ab. Alim Abdul Rahim, (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Oxford Fajar:
Shah Alam.

 Anon, (2004). Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. MDC Publisher: Kuala Lumpur.

 Robiah K.Hamzah, (2001). Membina Remaja Kepimpinan. PTS Publisher: Kuala


Lumpur.

 Vasudevan T. Arasoo. (1987). Kegiatan Kokurikulum. Penyeliaan dan pentadbiran.


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Petaling Jaya.

 https://ppaks.files.wordpress.com/2010/06/proses-pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdf.pdf

 http://www.mykssr.com/2015/12/83-contoh-kertas-kerja-program-sekolah.html

41
 https://www.slideshare.net/guest71b30b/bab-1-pengenalan-kepada-gerko

 https://www.scribd.com/document/340344437/kertas-cadangan-penubuhan-kelab-doc

 http://www.pdfmode.com/co/contoh-borang-keahlia

 https://sumberpendidikan.com/2016/01/25/draf-perlembagaan/

 https://www.scribd.com/subscribe?action=DocPromoTwo&doc_id=3403444

42

You might also like