You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS

PETI SURAT 60911,


91019 TAWAU, SABAH
1.0 PENGENALAN
Karnival Unit Beruniform ini adalah julung-julung kali diadakan di peringkat sekolah.
Program ini dilaksanakan bagi menggantikan program perkhemahan yang telah
dianjurkan saban tahun. Ini adalah bagi memberikan pengalaman baru dan sedikit
kelainan bagi murid-murid. Selain itu, program ini diadakan bagi mendedahkan
murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Tambahan lagi, program seperti ini juga dapat
memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif di dalam bidang ko kurikulum
iaitu unit beruniform khasnya. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan bukan sahaja
memberi peluang dan keseronokan kepada murid, tetapi juga dapat menguji dan
memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berpasukan.

2.0 OBJEKTIF
Objektif Karnival Unit Beruniform adalah bagi menggalakkan murid aktif dan
berminat terhadap aktiviti-aktiviti unit beruniform. Antaranya ialah:
i. Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu pasukan walaupun
berlainan unit.
ii. Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi
pemimpin yang berkaliber.
iii. Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat
memupuk sikap disiplin dan daya saing yang tinggi di dalam diri murid.
iv. Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam setiap situasi.

3.0 KUMPULAN SASARAN
i. Murid Tahun 4 6
ii. Setiap unit menghantar 25 orang peserta
25 orang x 5 unit beruniform = 125 peserta

4.0 CADANGAN AKTIVITI
i. Pameran
ii. Pertandingan kawad kaki
iii. Pertandingan mendirikan khemah
iv. Demonstrasi pertolongan cemas daripada pihak Klinik Kesihatan Felda Umas
v. Abseiling
vi. Persembahan Kebudayaan bertemakan PATRIOTIK


5.0 CADANGAN TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
26 28 September 2014 (Jumaat Ahad)
Masa pelaksanaan hanya pada waktu siang sahaja (7:00 pagi 5:00 petang)

6.0 CADANGAN TEMPAT
i. Padang SK Umas-umas
ii. Tapak perhimpunan SK Umas-umas


7.0 AJK INDUK
Penasihat : En. Darman Shah Bin Hj Asakil
(Pegawai Pelajaran Daerah Tawau)

Pengerusi : Tn. Hj. Samsudi Bin Kastari
(Guru Besar SK Umas-umas, Tawau)

Tim. Pengerusi : En. Jumat Bin Atok
(GPK Kokurikulum, SK Umas-umas, Tawau)
: En. Abdul Samid Bin Andek
(GPK Kurikulum, SK Umas-umas, Tawau)
: Pn. Hamidah Binti Salim
(GPK Hal Ehwal Murid, SK Umas-umas, Tawau)
: Pn. Siti Robasiah Binti Rahamat
(GPK Petang, SK Umas-umas, Tawau)
Setiausaha : Pn. Kasturi Binti Nusi

Bendahari : Pn. Suhaiza Binti Jusoh


8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras program : Pn. Ummu Nasyibah Bt. Mamma
Pen. Penyelaras program :
Urusetia Pendaftaran :
AJK Makanan :
AJK Peralatan & PA Sistem :
AJK Keselamatan :
AJK Disiplin :
AJK Kerohanian :
AJK Hadiah :
AJK Sijil :
AJK Tanda Nama :
AJK Sumbangan : En. Ramsah Burhan
: Pn. Nursiah Salleh

AJK Publisiti/ : En. Dzulfadly Awang Anak
Kain Rentang : En. Hasrizan Lamsari
Jurugambar : En. Darmin Ladiro
: Ust. Khuzaifah

Penyelaras Aktiviti
Bil. Aktiviti Tindakan
1 Ice Breaking
2 Pameran
3 Bantu Mula
4 Pertandingan kawad kaki
5 Pertandingan mendirikan khemah
6 Abseiling
7 Persembahan kebudayaan
8 Aktiviti riadah (senaman pagi)

Penyelaras Unit-unit Beruniform
1. Pengakap
2. Tunas Puteri
3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
4. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
5. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

9.0 PERBELANJAAN
Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
Bil. Perkara Kos Jumlah
1 Makanan & minuman peserta RM x 125 orang RM
2 Tanda nama peserta RM 1.50 x 125 orang RM 187.50
3 Sijil RM 50 x 2 pek RM 100.00
4 Kain rentang RM 200 RM 200
5 Hadiah pertandingan
Johan RM 100
Naib Johan RM 80
Ketiga RM 50
Saguhati RM 30 x 2
RM 290.00
6 Cenderahati jemputan RM 30 x 2 RM 60
7 Plastik laminate RM 50 RM 50

JUMLAH KESELURUHAN RM

Butiran perbelanjaan
Hari Sarapan
Makan
Tengahari
Minum petang Jumlah
Jumaat - - RM 2.00 x 125 RM
Sabtu RM 2.00 x 125 RM 5.00 x 125 RM 2.00 x 125 RM
Ahad RM 2.00 x 125 RM 5.00 x 125 RM 2.00 x 125 RM
JUMLAH RM




Disediakan oleh,

...............................................
(UMMU NASYIBAH BT MAMMA)
Setiausaha




Disemak oleh,

.......................................
(EN. JUMAT B. ATOK)
GPK Kokurikulum
SK Umas-umas, Tawau




Disahkan oleh,

...................................................
(TN. HJ. SAMSUDIN B. KASTARI)
Guru Besar
SK Umas-umas, Tawau

You might also like