You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH 2

BANDAR ARMADA PUTRA


42920 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB
SILAT SENI GAYONG
MALAYSIA

TEMPAT
DEWAN ARMADA
SK PULAU INDAH 2

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
Kertas Kerja Kelab Seni Silat Gayong Malaysia 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH 2


UNIT KOKURIKULUM
KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB SENI SILAT GAYONG MALAYSIA

1.0 Pendahuluan
1.1 Kertas kerja ini dikemukan dengan matlamat untuk menubuhkan Kelab Seni
Silat Gayong Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 sebagai salah
satu medium penghayatan budaya warisan kebangsaan dalam kalangan murid
di sekolah ini serta selaku suatu aktiviti riadah yang bermanfaat yang boleh
mengembangkan potensi murid-murid sejajar dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Objektif
2.1 Memberi ruang dan peluang kepada para murid untuk mempelajari dan
mewarisi ilmu persilatan yang menjadi identiti bangsa.
2.2 Mempersiapkan diri para murid dengan ilmu dan kemahiran bela diri di
samping menekankan pembinaan jati diri dan akhlak yang baik.
2.3 Membentuk suatu generasi atlet pesilat sekolah bertaraf kebangsaan melalui
pendedahan terhadap pelbagai bentuk pertandingan yang dianjurkan di
peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.

3.0 Pengurusan Kelab Silat Sekolah


3.1 Pengurusan kelab dan persatuan di sekolah merangkumi jawatankuasa
berikut:
Ahli Jawatankuasa Murid
 Pengerusi
 Naib Pengerusi
 Setiausaha
 Bendahari
3.2 Ahli – sasaran pada peringkat awal penubuhan kelab ialah 30 orang dengan
unjuran jumlah ahli bertambah dari semasa ke semasa.
3.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid beragama Islam tanpa mengira
bangsa.
Kertas Kerja Kelab Seni Silat Gayong Malaysia 2019

4.0 Pelaksanaan
4.1 Hari Latihan : Setiap hari Sabtu (Empat kali sebulan)
4.2 Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
4.3 Tempat : Dewan Armada SK Pulau Indah 2

5.0 Pendaftaran / Yuran


5.1 Bayaran permulaan sebanyak RM 130.00 untuk set seragam silat, lencana
pertubuhan, dan pendaftaran keahlian.
5.2 Yuran bulanan adalah sebanyak RM 20.00 setiap orang.

6.0 Jurulatih
6.1 Jurulatih yang bakal melatih ahli kelab ialah jurulatih bertauliah yang dilantik
oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

7.0 Penutup
7.1 Oleh yang demikian, amatlah diharapkan agar penubuhan Kelab Silat Seni
Gayong Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 ini diluluskan dan
mendapat sokongan penuh daripada pihak pentadbiran sekolah. Harapannya
di sini melalui penubuhan kelab ini, Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 selaku
sebuah Sekolah Amanah Malaysia suatu hari nanti dapat memiliki kebitaraan
dalam bidang bela diri persilatan yang menjadi kebanggaan seluruh warga
sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(AHMAD KAMIL SABRI BIN ABDUL RAHMAN) (ABDUL AZIZ BIN MD. YASIN)
Guru Penasihat PK Kokurikulum

Disahkan oleh,

(ASPIYAAN BIN MOHD JAMALUDIN)


Guru Besar

You might also like