You are on page 1of 21

Games play by gentlemen

……………………………………………………………………………………………….....

KERTAS KERJA
CADANGAN PENUBUHAN
KELAB RAGBI KING
“Games play by Gentlemen”
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENGAH
……………………………………………………………………………………………

PEMOHON
MUHAMMAD IKHWAN HAKIM BIN IBRAHIM
Guru Penasihat Persatuan Ragbi KING

TARIKH
10 JANUARI 2018

Page | 1
1.0 PENGENALAN
Melahirkan murid yang mahir dalam sesuatu bidang sukan amat diperlukan pada
masa kini. Pihak Kementerian telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan program
“satu murid satu sukan”, bagi memastikan murid menceburi bidang sukan. Pihak Kementerian
Pendidikan juga telah mengarahkan agar murid-murid sekolah rendah menguasai sekurang-
kurangnya satu jenis sukan. Selain itu, kelab ini ditubuhkan bagi mendedahkan murid-murid
dengan sukan ragbi dan mencungkil bakat murid-murid dalam sukan ini seterusnya mengasah
dan mengembangkan lagi bakat sedia ada murid-murid. Penubuhan kelab ragbi ini boleh
dijadikan platform atau laluan kepada murid yang berbakat dalam sukan ragbi untuk
menyerlahkan lagi bakat mereka.

2.0 MATLAMAT
Memastikan murid Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah berjaya dalam bidang
sukan selaras dengan akademik. Seterusnya melahirkan murid yang berbakat dalam sukan
ragbi dan dapat menaikkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi sebagai “pengeluar
bakat” dalam sukan ragbi di Malaysia.

3.0 OBJEKTIF
I. Memperkenalkan kepada murid-murid tentang ragbi rimau iaitu ragbi sentuh.
II. Meningkatkan keberanian dan keyakinan murid-murid untuk menyertai sukan
ragbi.
III. Melahirkan murid yang dapat merancang strategi permainan dan berkomunikasi
semasa bermain.
IV. Mencungkil dan mengembangkan lagi bakat murid-murid dalam sukan ragbi
rimau atau rabgi sentuh.
V. Memastikan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

4.0 RASIONAL
I. Murid-murid menunjukkan minat terhadap sukan ragbi apabila guru bercerita
tentang ragbi di Malaysia mahupun antarabangsa.
II. Beberapa orang guru Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah mahir dalam
sukan ragbi termasuk ragbi sentuh.
III. Sukan ragbi semakin mendapat perhatian di Malaysia dan antara sukan yang
diminati oleh remaja mahupun kanak-kanak setaraf dengan sukan bola sepak.

Page | 2
5.0 PENUBUHAN KELAB
5.1 STRUKTUR JAWATANKUASA

PENAUNG
(Guru besar SK
Kampung Tengah)

PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARI

NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI

Page | 3
5.2 JENIS KELAB
Kelab ini ditubuhkan bagi meningkatkan keyakinan murid dan
mengembangkan lagi bakat murid dalam bidang sukan terutamanya sukan ragbi.
Musa, W. A., & Othman, R. (2014) sukan merupakan salah satu cara untuk
meningkatkan keyakinan kanak-kanak apabila berhadapan dengan orang lain yang
berada diluar lingkaran keluarga mereka. Justeru itu, melalui sukan ini dapat
meningkatkan lagi keyakinan murid terutamanya ketika menyertai pertandingan ragbi
sentuh. Disamping, meningkatkan keyakinan mereka, murid juga dapat menguasai
cara permainan ragbi sentuh dan lebih baik.

Murid yang menyertai kelab ini juga akan dapat melatih atau mengasah bakat
kepimpinan yang ada didalam diri mereka kerana, mereka perlu bijak membuat
keputusan terutamanya semasa bermain ragbi sentuh bagi memastikan kemenangan
menjadi milik mereka. Yusop, Y. M., Sumari, M., Azeez, M. I. K., Said, S., & Jamil, M.
R. M. (2015) berkata, murid yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi boleh
mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi kerana sifat ini penting dalam
menjayakan sesuatu bidang yang diceburi termasuk bidang sukan.

Page | 4
5.3 CIRI-CIRI AKTIVITI KELAB
I. Jangka masa dan berterusan
Kelab Ragbi KING ini akan sentiasa bergiat aktif dalam menyertai pertandingan
ragbi sentuh seluruh negeri Terengganu, bagi memastikan murid sentiasa berada didalam
tahap kecergasan yang unggul dan memberi peluang kepada murid merasai sendiri
pengalaman menyertai pertandingan. Berdasarkan pertandingan yang telah disertai oleh
murid-murid ini, mereka dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan mempelajari taktik
atau teknik baru untuk memperbaiki kelemahan mereka seterusnya menang dalam
pertandingan yang akan datang. Melalui aktiviti atau kursus kejurulatihan pula, murid akan
didedahkan atau diajar dengan peraturan-peraturan ragbi sentuh. Disamping mengetahui
peraturan sebenar dan diaplikasikan semasa pertandingan, murid juga berkebolehan
menjadi pengadil dalam pertandingan ragbi sentuh.

II. Interaksi atau pendedahan


Perjumpaan atau latihan Kelab Ragbi KING akan diadakan 3 kali seminggu iaitu,
Isnin, Selasa dan Khamis. Setiap kali latihan guru akan memberikan peluang kepada
murid untuk bermain secara light atau shadow bagi memastikan murid sentiasa biasa
dengan bola ragbi dan perlawanan sebenar. Guru juga akan mengajar murid beberapa
taktikal baru apabila menjelang hari pertandingan. Murid juga diberi peluang untuk
mencipta sendiri taktikal sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Seterusnya
diaplikasikan dalam pertandingan sebenar. Murid juga dapat membimbing rakan mereka
yang kurang mahir dalam suatu taktikal bagi memastikan taktikal yang dirancang berjalan
lancar semasa pertandingan.

III. Peluang pembelajaran


Peluang pembelajaran yang ada dalam Kelab Ragbi KING ialah, murid akan
sentiasa diajar dengan teknik atau taktik serangan mahupun bertahan yang berbeza-beza.
Selain itu, murid yang telah mahir tentang peraturan ragbi sentuh juga dapat membantu
guru memberi penerangan tentang peraturan kepada ahli-ahli baru.

Page | 5
Contoh Takwim Tahunan Kelab Ragbi KING
Bulan Minggu Aktiviti Tindakan /
Catatan
Januari Minggu 2 Pendataran ahli baru
Minggu 3 Pelantikan ahli baru
Minggu 4 Suai kenal ahli
Februari Minggu 1 Penerangan ringkas mengenai ragbi sentuh
Minggu 2 Pengenalan kepada permainan ragbi
Minggu 3 Alatan yang digunakan untuk ragbi
Minggu 4 Peraturan ragbi
Mac Minggu 1 Shadow ragbi
Minggu 2 Fitness
Minggu 4 Taktikal ragbi
April Minggu 1 Peraturan ragbi
Minggu 2 Taktikal ragbi
Minggu 3 Fitness
Minggu 4 Pertandingan ragbi sentuh
Mei Minggu 1 Shadow ragbi
Minggu 4 Peraturan ragbi
Jun Minggu 1 Taktikal ragbi
Minggu 2 Fitness
Minggu 3 Petandingan ragbi sentuh
Minggu 4 Shadow ragbi
July Minggu 1 Peraturan
Minggu 2 Klinik Ragbi Sentuh
Minggu 3 Klinik Ragbi Santuh
Minggu 4 Fitness
Ogos Minggu 1 Taktikal ragbi
Minggu 2 Fitness
Minggu 3 Pertandingan ragbi sentuh
Minggu 4 Shadow ragbi
Sept Minggu 1 Peraturan ragbi
Minggu 2 Taktikal ragbi
Minggu 4 Fitness
Oktober Minggu 1 Pertandingan ragbi sentuh
Minggu 2 Shadow ragbi

Page | 6
5.4 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM KELAB

SPI. BIL. 1/1995: Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Kegiatan Kokurikulum &
Sukan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah

1. Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan


2. Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru
3. Setor sukan dikemas dan selamat dan ada rekod inventori.
4. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan
dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.
5. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri (insurans) untuk semua
pelajar.
6. Peralatan yang digunakan oleh murid mesti diselenggara dan dipastikan selamat

Tambahan SPI .Bil. 9/ 2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran PJK
serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

1. Diwajibkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua pelajar.


2. Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi syarat-
syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.
3. Memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangani surat kebenaran bagi anak-anak
mereka
4. Memastikan keadaan kesihatan murid anak dalam keadaan baik sebelum dibenarkan
anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang diajukan oleh sekolah.

Page | 7
6.0 KAEDAH PENUBUHAN KELAB
6.1 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN KELAB
Mewujudkan Jawatankuasa Penaja

Jawatankuasa Penaja telah dilantik dari kalangan guru Sekolah Kebangsaan Kampung
Tengah itu sendiri, ia bagi memudahkan segala urusan mengenai kelab dilaksanakan. Berikut
ialah Jawatan Kuasa yang telah dipersetujui oleh semua guru Sekolah Kebangsaan Kampung
Tengah.

Pengerusi : Encik Muhammad Ikhwan hakim bin Ibrahim

Naib Pengerusi : Puan Nik Nur Aisyah binti Marzuki

Setiausaha : Puan Sabariah binti Isa

Naib Setiausaha : Cik Intan Faizura binti Hj. Razak

Bendahari : Encik Fattah bin Amin

Naib Bendahari : Puan Mariam binti Zulkarnain

Ahli AJK : 1) En Raju A/L Subramaniam

2) Pn Hjh Zulaikha binti Hj. Yusof

3) Cik Sarah Suraya binti Mohd Taib

4) Encik Zulziyad bin Abd Rahim

5) Cik Ainan Tasnim bin Mohd Karim

AJK Penaja yang telah dilantik akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara
berkaitan dengan kelab termasuk, tujuan penubuhan, peraturan kelab, perlembagaan kelab
dan matlamat. Berikut merupakan beberapa keputusan mesyuarat tersebut.

I. Persetujuan ahli AJK Penaja


II. Mendapatakn kelulusan dan persetujuan guru besar SK Kampung Tengah
III. Melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.
IV. Mencari ahli kelab seramai yang mungkin

Page | 8
6.2 CARTA ALIR PENUBUHAN KELAB

Mesyuarat penaja

Surat permohonan dari penaja

Kelulusan guru besar

Surat permohonan pengesahan penubuhan


pendaftaran dari guru penasihat

Surat pelantikan guru besar kepada guru penasihat

Surat penerimaan lantikan kepada guru penasihat

Menyenaraikan tanggungjawab guru penasihat

Surat penurunan kuasa daripada pengetua kepada


ajk kelab

Membuka keahlian kepada pelajar

pelaksanaan persatuan

Page | 9
6.3 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN KELAB

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB


Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1988, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No. 11, Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka
berikut ini dikemukakan peraturan-peraturan (Perlembagaan) Kelab Ragbi KING SK
Kampung Tengah :

PERATURAN 1 PENDAHULUAN
PERATURAN 2 NAMA DAN ALAMAT
PERATURAN 3 MATLAMAT
PERATURAN 4 OBJEKTIF
PERATURAN 5 KEAHLIAN
PERATURAN 6 LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA (AJK)
PERATURAN 7 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA (AJK)
PERATURAN 8 BIDANG TUGAS
PERATURAN 9 PERATURAN MESYUARAT
PERATURAN 10 SUMBER KEWANGAN
PERATURAN 11 WANG TUNAI
PERATURAN 12 PEMECATAN KEAHLIAN
PERATURAN 13 PEMBUBARAN PERSATUAN/ KELAB
PERATURAN 14 PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN / KELAB
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
PERATURAN 16 PENGESAHAN PENDAFTARAN

Page | 10
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENGAH
DA 08 / TEL: 09-7527086

Perlembagaan Persatuan / Kelab : KELAB RAGBI KING

Tarikh Berkuatkuasa : 1 JANUARI 2018

1. Pendahuluan
Tujuan perlembagaan ini adalah seperti berikut:-

i) Untuk memenuhhi syarat peraturan-peraturan Pelajaran (persatuan / kelab 1956


seksyen 92 ordinan 1952 perenggan 3)

ii) Untuk menjadi dasar dan aturan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dan pergerakan
kelab.

iii) Untuk menjadi garis panduan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa yang
diamanahkan untuk menjalankan tugas dan peranan masing-masing.

iv) Untuk makluman kepada para ahli.

2. Nama dan Alamat


i) Kelab ini adalah dikenali dengan nama:-
KELAB RAGBI KING,
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENGAH
21200 MANIR
KUALA TERENGGANU

ii) Kelab ini menggunakan logo seperti dilampirkan beserta moto


“Games play by Gentlemen”

Games play by Gentlemen

Page | 11
3. Matlamat
Menjadikan SK Kampung Tengah sebagai satu pusat pengeluar bakat dalam sukan ragbi
sekitar negeri Terengganu. Seterusnya sekolah disegani sebagai pengeluar bakat dalam
bidang sukan terutamanya ragbi sentuh.

4. Objektif
I. Memperkenalkan kepada murid-murid tentang ragbi rimau atau ragbi sentuh.
II. Mencungkil dan mengembangkan lagi bakat murid-murid dalam sukan ragbi
rimau.
III. Meningkatkan keberanian dan keyakinan murid-murid untuk menyertai sukan
ragbi.
IV. Melahirkan murid yang dapat merangcang strategi permainan dan berkomuniasi
semasa bermain.
V. Memastikan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

5. Keahlian
Ahli-ahli yang telah didaftarkan namanya didalam senarai ahli-ahli persatuan / kelab
dikira sah menjadi sebahagian daripada persatuan / kelab tersebut.

6. Lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK)


Semua AJK, selain AJK Guru Penasihat mengandungi beberapa jawatan murid seperti
berikut:-
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Naib Setiausaha
v. Bendahari
vi. Naib Bendahari
vii. 6 orang ahli biasa

Page | 12
7. Perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK)
i. AJK mestilah dilantik secara demokrasi melalui kaedah undi terbanyak dalam
mesyuarat agung tahunan.

ii. Mana-mana kekosongan AJK akan dipenuhi dengan melantik seorang ahli biasa
memegang jawatan berkenaan sehingga mesyuarat agung akan datang dengan
persetujuan guru penasihat.

8. Bidang Tugas

i. PENGERUSI
1. Menjadi pengerusi mesyuarat AJK
2. Bertanggungjawab mematuhi perlembagaan am peraturan persatuan yang dikenakan oleh
kelab.
3. Memastikan perancangan tahunan kelab terlaksana.
4. Menjadi penghubung antara persatuan dan membantu guru.

ii. NAIB PENGERUSI


1. Membantu pengerusi menjalankan tugasnya.
2. Memangku jawatan pengerusi sekiranya pengerusi tiada.
3. Menyimpan semua rekod keahlian.

iii. SETIAUSAHA
1. Mencatat dan merekod / menyediakan minit peringatan mesyuarat dan menyimpan semua
rekod mesyuarat.
2. Menyediakan laporan kegiatan kelab.
3. Menjalankan urusan surat-menyurat.
4. Menyimpan semua fail kelab.

iv. NAIB SETIAUSAHA


1. Membantu setiusaha menjalankan tugasnya.
2. Memangku dan menjalankan tugas setiausaha sekiranya belliau tiada.
3. Membantu menyediakan laporan kegiatan kelab.
4. Membantu setiausaha dalam urusan surat-menyurat.

v. BENDAHARI
1. Menyediakan penyata kewangan.

Page | 13
2. Menyenaraikan semua keluar masuk wang kelab.
3. Mengutip yuran khas yang dibenarkan, menerima derma dan menyerahkannya bila banyak
telah dikumpul kepada guru penasihat.
4. Menghadiri semua mesyuarat dan kerjasama dengan semua AJK dan ahli-ahli kelab.

vi. NAIB BENDAHARI


1. Membantu bendahari menjalankan tugasnya.
2. Memangku dan menjalankan tugas bendahari sekiranya belliau tiada.
3. Membantu mengutip yuran khas yang dibenarkan
4. Membantu dalam hal menyimpan yuran kelab

vii. AHLI-AHLI BIASA

1. Mesti menghadiri diri dalam mesyuarat agung apabila dipanggil.


2. Mematuhhi arahan / peraturan dari pihak AJK / guru penasihat.
3. Mesti membayar yuran khas yang ditetapkan dan diluluskan.
4. Menyumbangkan tenaga dan bekerjasama untuk melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.

9. Peraturan Mesyuarat
1. Mesyuarat agung untuk melantik AJK akan diadakan pada awal penggal
pertama sesi persekolahan selewat-lewatnya minggu akhir bulan Februari.
2. Mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan jika difikirkan perlu oleh AJK.
3. Korum mesyuarat agung mestilah tidak kurang 2/3 daripada bilangan ahli
yang berdaftar dan 2/3 daripada bilangan ahlinya.
4. Mesyuarat AJK mesti diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal.
5. Guru Penasihat mestilah dijemput setiap kali mesyuarat agung dan
mesyuarat AJK diadakan dengan dipengerusikan oleh pengerusi / naib
pengerusi
6. Mesyuarat agung boleh melantik Pengerusi Sementara dan
mempengerusikan mesyuarat di kalangan ahli biasa dan bekas AJK.
7. Notis dan jemputan memanggil mesyuarat agung hendaklah
dikeluarkan Tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan.

Page | 14
10. Sumber Kewangan
1. Peruntukan dari sekolah.
2. Yuran khas dari ahli yang dibenarkan melaui langkah-langkah berikut:-

 Mesyuarat AJK mencadangkan jumlah yuran patut dikutip dari ahli.


 Menghantar surat permohonan menetapkan jumlah yuran ahli kepada Guru Besar melalui
Guru Penasihat.
3. Derma / sumbangan dari PIBG, para dermawan / penganjuran

11. Wang Tunai


Wang tunai boleh disimpan dalam tangan Bendahari / peti tunai atau Guru
Penasihat tidak melebihi RM 50.00 (Lima puluh ringgit).

12. Pemecatan Keahlian


Ahli boleh dipecat keahlian atas sebab-sebab berikut:-
1. Melanggar peraturan persatuan / kelab.
2. Tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab dalam setiap
perjumpaan kecuali ada surat perakuan / pemberitahuan ibu bapa.
3. Ingkar kepada Kepimpinan AJK persatuan / kelab.
4. Atas arahan Guru Penasihat / Guru Besar ahli boleh dipecat.

13. Pembubaran Persatuan / Kelab


Persatuan / Kelab boleh dibubarkan apabila diarahkan oleh pihak Lembaga Majlis Tertinggi
Kokurikulum Sekolah, Guru Besar, PPD atau KPM.

14. Pindaan Perlembagaan Persatuan / Kelab


1. Pindaan perlembagaan boleh dibuat jika ada usul dan diterima dalam mesyuarat agung.
Usul mesti dikemukakan kepada Guru Besar dan diluluskan tanpa bersyarat setelah ianya
diperhalusi bersama Majlis Tertinggi Kokurikulum Sekolah.
2. Usul-usul Pindaan mesti sampai di meja Lembaga Pendaftar 2 minggu sebelum mesyuarat
agung tahunan diadakan.

Page | 15
15. Hal-hal Lain

1. Setiap ahli mempunyai hak yang sama dalam urusan persatuan / kelab.
2. Ahli yang dipecat boleh merayu secara rasmi kepada Guru Besar melalui
Guru Penasihat.
3. Mana-mana AJK yang ingin meletak jawatan hendaklah memohon dengan
surat rasmi kepada Guru Besar melalui Guru Penasihat.
4. Mana-mana ahli yang ingin Berhenti dari ahli, hendaklah memohon dengan
surat rasmi kepada Guru Besar melalui Guru Penasihat.

16. Pengesahan Pendaftaran

Tarikh diluluskan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2018

Diluluskan oleh,

__________________________________
(ADIMAN NAZRULLAH BIN ABDULLAH)
Guru Besar
SK Kampung Tengah, 21200 Manir, Kuala Terengganu

Disaksikan oleh,

__________________________________
(NOR AQILAH BINTI KHAIRUL SAID)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kampung Tengah, 21200 Manir, Kuala Terengganu

Page | 16
7.0 IDENTITI KELAB
7.1 LOGO KELAB

Games play by gentlemen

BIL. PERKARA MAKSUD


1. Bentuk Bulat Dalam Logo Semangat Setia Kawan Dan Semangat Berjuang
Kami Tidak Pernah Putus.

2. Bola Ragbi Perkara Yang Menjadi Keutamaan Kelab Iaitu


Ragbi
3 “Games Play By Gentlemen” Merupakan Motto Kelab Ragbi KING SK
Kampung Tengah
4. Mahkota Menunjukkan permainan ini mampu menjadikan
pemain seorang pemimpin yang hebat
5. 5 Bintang Melahirkan pemain Ragbi yang bertaraf 5
Bintang

7.2 MOTTO
““Games Play By Gentlemen””

7.3 VISI
Melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

7.4 MISI
1. Melahirkan murid yang berkepimpinan, mahir dan menguasai sukan ragbi
dengan sempurna.

Page | 17
2. Memastikan lebih ramai murid yang menyertai dan mencintai sukan ragbi dari
peringkat sekolah rendah.

7.5 LAGU
Berdiri kami disini
Berjuang demi Ragbi KING
Membawa ke persada dunia
Banggakan negara kita

Ayuh kawan ku ayuh


Hadapi musuh bersama
Musuh pasti gentar.
Kitakan Berjaya x2
Bersama-sama.

Page | 18
8.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Ragbi KING SK Kampung Tengah merupakan satu
anjakan paradigma yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi melahirkan bakat muda dalam
sukan rabgi seterusnya menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Sikap
kepimpinan yang diterapkan dalam sukan ragbi juga akan melahirkan lebih ramai murid yang
berdisiplin dan sentiasa patuh kepada arahan yang diberikan. Kelab ini juga diharapkan dapat
menarik lebih ramai kanak-kanak untuk menyertai ragbi seterusnya memastikan kehendak
Kementerian Pendidikan tercapai iaitu memastikan setiap murid menguasai satu jenis sukan
melalui program “1 murid 1 sukan”. Adalah diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab Ragbi
KING mendapat pertimbangan dari pihak tuan seterusnya diluluskan.

Page | 19
Disediakan oleh,

_________________________________
(MUHAMMAD IKHWAN HAKIM BIN IBRAHIM)
Guru Penasihat,
Kelab Ragbi KING
SK Kampung Tengah, 21200 Manir, Kuala Terengganu

Disemak oleh,

__________________________________
(NOR AQILAH BINTI KHAIRUL SAID)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kampung Tengah, 21200 Manir, Kuala Terengganu

Disahkan oleh,

__________________________________
(ADIMAN NAZRULLAH BIN ABDULLAH)
Guru Besar
SK Kampung Tengah, 21200 Manir, Kuala Terengganu

Page | 20
9.0 RUJUKAN
Musa, W. A., & Othman, R. (2014). Kesedaran Kendiri Terhadap Aktiviti Kokurikulum dan
Keberkesanannya Kepada Remaja. Proceeding of the Social Sciences Research
ICSSR, 9-10.

Yusop, Y. M., Sumari, M., Azeez, M. I. K., Said, S., & Jamil, M. R. M. (2015).
Perancangan Aktiviti Konsep Kendiri Bagi Murid Sekolah Rendah:
Pandangan Pakar. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2).

UNISEL. (2014). Contoh Carta Alir Penubuhan Kelab. Retrieved from


http://ucqa.unisel.edu.my/download/masterlist/sacu/PermohonanKelabPersatuan-
CO02-P01.pdf

Ros. (2015). Contoh Perlembagaan Penubuhan Kelab. Retrieved from


http://www.ros.gov.my/files/Contoh_Perlembagaan_Sendiri_-_Faedah_bersama.pdf

Page | 21

You might also like