You are on page 1of 5

KERTAS KERJA :

PENUBUHAN KELAB MEMANAH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM
1. Pengenalan:

Memanah merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti yang
sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM. Justeru, untuk mengisi masa lapang
pelajar, satu cadangan penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN JENJAROM telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka
pelajar-pelajar boleh mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat
menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan bersama sekolah-sekolah atau
pusat pengajian lain bagi mengeratkan silaturahim. Penyertaan kelab ini akan dibuka
kepada semua pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM yang
berminat untuk menyertainya.

2. Rasional

Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkan sukan Memanah
kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang
lebih mencabar. Semua pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM
yang berminat bolehlah menyertai kelab ini.

Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk:


i. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan Memanah kepada pelajar
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM
ii. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan (kelab)
iii. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.
iv. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur
v. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar.
vi. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar
yang berbilang kaum.

3. Matlamat

Matlamat utama penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN JENJAROM ialah untuk memperkenalkan kepada para pelajar sukan
riadah ini. Selain itu, dengan adanya kelab ini, diharapkan hubungan silaturahim
sesama pelajar dari SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM dan
insitusi-institusi pengajian lain diperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan
pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan
sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang sihat dan tidak terbuang begitu sahaja.
Ia juga akan dapat mengasah bakat para pelajar dalam sukan ini memandangkan
sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi.
Setiap tahun, terdapat beberapa perlawanan Memanah terbuka Selangor diadakan,
dengan
penubuhan kelab ini, ianya lebih memudahkan pelajar mendaftarkan diri dan
menyertai pertandingan yang dijalankan dengan membawa nama SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM dan dapat memperkenalkan lagi kepada
masyarakat tentang kemampuan dan kewujudan SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN JENJAROM. Matlamat terakhir adalah agar para pelajar dapat
menguasai permainan ini untuk diamalkan pada masa akan datang dalam menempuh
era baharu dan mencabar.

4. Objektif

Objektif penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


JENJAROM ialah:
i. Memperkenalkan/mempopularkan sukan Memanah kepada warga SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM
ii. Menggunakan ilmu yang ada untuk melatih para pelajar apabila menjadi
warga Malaysia kelak.
iii. Mengeratkan hubungan silaturahim antara SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN JENJAROM dengan sekolah-sekolah dan pusat-pusat
pengajian lain sekitar Selangor.
iv. Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
v. Mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang.
vi. Memperkenalkan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM
kepada masyarakat dengan menyertai pertandingan-pertandingan terbuka di
Selangor.

5. Kumpulan Sasaran

i. Pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5


ii. Bilangan pelajar 30 Orang – Lelaki 15 orang dan Perempuan 15 orang

6. Ahli Jawankuasa Kelab Memanah

i. Penaung : Encik Mohd Rizal Bin Mohd Safaad


ii. Penasihat : Encik Affandi Bin Hussin
iii. Pengerusi : Encik Ajidan Bin Abu Yamin
iv. N. Pengerusi: Encik Wahid Bin Ahmad
v. Setiausaha : Pn. Hajah Yon Farhah Binti Jamaludin
vi. Bendahari : Encik Tan King Su
vii. Ajk-Ajk Guru
viii. Guru tingkatan 3 – Pn Manonmani a/p Andy
ix. Guru Tingkatan 4 – Pn Choo Hoon Gek
x. Guru Tingkatan 5 – Encik Zulfaisal Bin Zulkifli

7. Anggaran Perbelanjaan

i. Target batt RM400 x 2 = RM 800.00


ii. Set Memanah RM1800 x 4 = RM 7200.00
Jumlah = RM 8000.00

8. Peringkat sasaran peralatan

i. Tahun 2019 – Memiliki sekurang kurangnya 2 set memanah dan 1 Target


batt.
ii. Tahun 2020 – Memiliki sekurang-kurangnya 5 set memanah dan 2 Target
batt.
iii. Tahun 2021 – Memiliki sekurang-kurangnya 10 set memanah dan 5 Target
batt.

9. Harapan

Menjadikan sukan memanah sebagai penanda aras sukan ko-kurikulum sekolah.


Sukan memanah sebagai mercu tanda SMKJ.
Melahirkan pemanah yang akan mewakili Daerah Kuala Langat pada peringkat
negeri Selangor pada masa akan datang.

10. Penutup

Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar
mengenali dengan lebih dekat lagi sukan memanah ini. Di samping itu semangat
kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga SMKJ
khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak
pengurusan dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

………………………………………………..
(AJIDAN BIN ABU YAMIN)
Ahli Jawatankuasa,
Penubuhan Kelab Memanah,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM .
Disemak dan disahkan oleh,

………………………………………
(CIK ASPALAILI BINTI ARSHAD)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM

Disokong oleh,

...........................................
(ENCIK HANIDA BIN SAID)
Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM

Diluluskan oleh,

……………………………………......
(ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAFAAD)
Pengetua,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM

You might also like