You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN DARIPADA JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT)

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN DREXEL, SHAH ALAM

TUJUAN Kertas cadangan ini dikemukan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Drexel, Shah Alam berhubung dengan cadangan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah tahun 2012.

LATAR BELAKANG 2. Aktiviti Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Drexel, Shah Alam bagi mendedahkan pelbagai aktiviti olahraga kepada semua warga sekolah.

3.

Sehubugan dengan perlaksanaan aktiviti ini, semua warga sekolah berpeluang untuk mengambil bahagian dan melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai acara olahraga yang diadakan.

ASAS PERTIMBANGAN 4. Objektif utama cadangan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam warga sekolah Sekolah Kebangsaan Drexel serta mencungkil potensi dan bakat-bakat kesukanan yang ada pada diri setiap murid.

5.

Selain daripada itu, antara objektif program bagi Kejohanan Olahraga Tahunan ini adalah: 5.1 Memupuk minat dan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. 5.1 Memupuk sikap bekerjasama dan berdikari dalam diri murid-murid. 5.3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang olahraga selain daripada bidang akademik. 5.4 Memberi peluang kepada murid-murid yang berbakat dalam olahraga untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan masing-masing. 5.4 Melahirkan murid-murid yang berdaya saing dalam bidang olahraga

6.

Selama ini aktiviti Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan salah satu aktiviti yang menjadi tradisi kepada warga Sekolah Kebangsaan Drexel. Aktiviti ini merupakan satu medium kepada murid-murid yang berbakat dan berpotensi tinggi dalam bidang olahraga untuk meningkatkan kebolehan mereka di samping mengasah kemahiran mereka dalam acara-acara yang disertai.

7.

Dalam usaha memupuk minat terhadap bidang olehragah, aktiviti ini juga telah membantu melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani dan intelek secara tidak langsung. Perkembangan yang seimbang dari aspek jasmani dan intelek adalah amat penting bagi melahirkan pelajar yang serba boleh dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

8.

Pengalaman penyertaaan yang dialami oleh setiap orang murid akan menambah keyakinan diri mereka terhadap kemampuan mereka. Pada masa yang sama, ia juga dapat membina kemahiran interpersonal yang lebih baik di mana mereka akan belajar untuk bergaul dengan murid-murid dari kelas lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

CADANGAN PERLAKSANAAN 9. Cadangan perlaksanaan bagi mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah, Sekolah Kebangsaan Drexel, Shah Alam adalah seperti berikut:

9.1

Tarikh aktiviti

: 30 Mac 2012 (Jumaat)

9.2

Masa

: 7.30 pagi 1.30 tengah hari

9.3

Tempat

: Padang Sekolah Kebangsaan Drexel, Shah Alam

9.4

Kategori

: i. Kategori lelaki tahap 1 (Tahun 1, 2, 3) ii. Kategori lelaki tahap 2 (Tahun 1, 2, 3) iii.Kategori perempuan tahap 1 (Tahun 1, 2, 3) iv.Kategori prerempuan tahap 2 (Tahun 4, 5, 6)

9.5

Penyertaan

:i. Murid-murid dari tahap 1 dan 2 ii. Guru-guru pembimbing kelas masing-masing iii.Guru-guru sukan dan olehragah

9.6

Format pertandingan: Sistem Pertandingan Sekaligus

9.7

Ahli jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi

: :Encik Azemi bin Ismail :Puan Rafiah bt Jasmil : Encik Shamshul Madi : Encik Haanantharao : Encik Idzzuddin : Puan Caroline Lynn :Encik Healery Jumput :Puan Shazuwani Ros :Puan Sharnizah Syia :Puan Ruth S Manson :Puan Li Jin Hwa Julie :Encik Bryan Constant

Jawatankuasa Urusetia Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Jawatankuasa Kewangan & Iklan Jawatankuasa Jemputan & Sambutan Jawatankuasa Perasmian & Jemputan Jawatankuasa Hiasan, Kebersihan & Keceriaan Jawatankuasa Pertologan Cermas Jawatankuasa Dokumentasi Jawatankuasa Rakaman Jawatan Siaraya & Publisiti

Jawatankuasa Kawalan, Keselamatan & Lalulintas: Encik Anton Remon Jawatankuasa Hadiah, Sijil & Cenderamata Jawatankuasa Buku Cenderamata : Puan Debra Paimin : Puan Intan Syafinaz

SENARAI ATURCARA PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 10. Senarai aturcara pertandingan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 adalah seperti berikut Jadual 10.1 berikut: Jadual 10.1 No Acara Acara Tahap 1 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 50 m 100 m 200 m 400 m 4 x 50 m 4 x 100 m 4 x 200 m 4 x 400 m 100 m lari berpagar 200 m lari berpagar Lompat tinggi Lompat jauh Lompat kijang Melontar peluru Melempar cakera Merejam lembing Tarik tali / / / / / / / / / / / / / / / / / / / Kategori Tahap 2

Jadual 10.1 menunjukkan senarai aturcara pertandingan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Sekolah Kebangsaan Drexel, Shah Alam.

TENTATIF PROGRAM

7.30 am 8.00 am 8.10 am

Ketibaan murid-murid dan para peserta Ketibaan tetamu jemputan Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu negeri Nyanyian lagu sekolah

8.30 am 8.40 am 9.00 am 10.20 am 10.40 am 12.40 am 1.00 pm

Bacaan doa Perasmian program Acara padang dan balapan untuk murid-murid tahap 1 bermula Rehat Acara padang dan balapan untuk murid-murid tahap 2 bermula Tarik Tali Penyampaian hadiah Penutupan Surai

IMPLIKASI KEWANGAN 11. Program bagi Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Drexel akan melibatkan anggaran kos sebanyak RM 1850.00 seperti Jadual 11.1 berikut. Jadual 11.1 Bil. 1 2 2 4 5 6 4 Perkara Anugerah untuk pemenang Sijil untuk semua peserta Cenderamata untuk tetamu jemputan Makanan dan minuman untuk murid-murid Hidangan untuk tetamu jemputan Perhiasan padang (banners) Lain-lain perbelanjaan JUMLAH Anggaran Jumlah (RM) 350.00 200.00 100.00 800.00 100.00 200.00 100.00 1850.00

Jadual 11.1 menunjukkan anggaran kos untuk Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Sekolah Kebangsaan Drexel, Shah Alam. RUMUSAN 12. Usaha untuk melaksanakan Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah adalah sangat baik dan relevan dalam membudayakan semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah serta melahirkan budaya yang sihat dan cergas di sekolah ini.

SYOR 13. Guru Besar serta Majlis Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan untuk mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah tahun 2012 agar budaya dan semangat kesukanan ini dapat diteruskan.

PENGESAHAN DAN ULASAN

Ulasan Ketua Penasihat : .. .. .. .. ..

.. ( )

Ulasan Ketua Jabatan : ......... ......... .. .. ..

.. ( )

Ulasan Unit kewangan : .. .. .. .. ..

.. )

Ulasan Ketua Unit Khidmat Pengurusan : . . . . .

.. ( )

Ulasan Guru Besar: ....... ...

.. )

You might also like