You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

BIL 1/2021

Tarikh : 17 Januari 2021

Masa : 4.00 petang

Platform : Google meet

Pengerusi : Puan Elmisuria Harith

Kehadiran : 3/3 guru

Hadir :

Pn. Elmisuria binti Harith


Pn. Suraya Hanita binti Ab. Mutalib
En. Mohd Ikhwan bin Arpi

Tidak hadir :

Tiada

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Umul Kitab. Puan pengerusi mengucapkan terima
kasih diatas kehadiran semua guru.
1.2 Tahniah atas kejayaan PPKI kerana dapat mengharungi PDPR yang telah dijalankan
sepanjang PKB tahun 2020 dan bagi tahun ini mengharapkan guru semua menjaga SOP
yang telah disarankan

2.0 PEMBENTANGAN DATA TERKINI


2.1Enrolmen murid dan guru.
2.1.1 Makluman untuk semua enrolmen murid berakhir 31 Disember 2020
Keseluruhannya seramai 22 orang murid

Kelas Alpha (Kssr 4) - 6


Kelas Beta (Kssr 2) - 6
Kelas Charlie (Kssr 1) - 8
* Inklusif tahun 5 -1

__________________________________________________________________________________________
HakCiptaTerpelihara © SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor
| 19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
2.1.2 Enrolmen untuk pendaftaran baharu 2021 ialah seramai 3 orang murid. Keseluuruhan
murid PPKI 2021 ialah seramai 25 orang dan akan membuka 1 kelas baharu

Kelas Alpha (Kssr 4) -8


Kelas Beta (Kssr 2) -6
Kelas Charlie (Kssr 1) -7
Kelas Dedikasi (Kssr 1) -4
*Inklusif tahun 6 -1

2.1.3 Enrolmen guru pula seramai 3 orang dan 2 orang pembantu pengurusan murid, masih
kekal .

2.2 Pengerusi mengingatkan semua guru kelas perlu memaklumkan kepada beliau jumlah murid
di dalam kelas sekiranya ada perubahan dalam kadar segera. Ini adalah untuk
memudahkan guru data mengisi data SMM 2021.
2.3 Guru-guru kelas juga perlu mengemaskini data murid di dalam APDM setiap masa.
2.4 Guru data telah maklumkan kepada guru PPKI dan pihak pentadbir, Puan Wahidah
binti Mohd Kahar selaku guru kelas dedikasi buat sementara waktu

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 Perancangan Pengurusan PPKI


4.1 Takwim Aktiviti PPKI akan disiapkan dalam penghujung bulan Januari. Guru-guru boleh
merujuk jawatan bagi unit PPKI di dalam buku pengurusan sekolah SKTBK 2021
4.2 Guru kelas perlu kenal pasti murid-murid yang layak menerima bantuan awal
persekolahan. Guru perlu mendapatkan pengesahan maklumat pendapatan ibu bapa
sebagai dokumen sokongan.
4.3 Isu kehadiran, mohon guru kelas dapatkan surat sebab ketidak hadiran murid
sebagai dokumen sokongan. Sekiranya ibu bapa masih tidak membenarkan anak-
anak bawah jagaan mereka untuk ke sekolah dalam tempoh PKP, mereka perlu
menghantar surat rasmi kepada pihak sekolah untuk BDR
4.4 En. Mohd Ikhwan memaklumkan aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar kelas masih
tidak boleh dijalankan
4.5 Murid yang terlibat aktiviti ko- kurikulum adalah terdiri daripada murid kelas alpha
dan 4 orang dari kelas beta
4.6 Guru kelas perlu maklumkan kepada ibu bapa senarai harga uniform sukan, lencana,
tali leher, tanda nama dan buku tulis
4.7 En. Ikhwan memaklumkan semua guru dan murid akan berdaftar dengan
Persekutuan Pengakap Malaysia sebagai Pemimpin Pengakap daerah Johor Bahru
yuran pendaftaran tahunan keahlian bagi pengakap muda / remaja ialah RM7
setahun dan RM10 setahun bagi pengakap kelana / pemimpin.
4.8 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk mengisi pelaporan PDPR dan laporan
__________________________________________________________________________________________
HakCiptaTerpelihara © SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor
| 19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
PDR perlu dibuat sehingga persekolahan di buka
4.9 Perjumpaan bersama ibu bapa untuk perbincangan RPI adalah pada 19 Januari 2020

Tindakan: Semu guru

5.0 Hal-hal lain


5.1 Pengerusi memaklumkan sekiranya guru ingin ke luar daerah, guru perlu memohon
kepada Guru Besar dan mohon CRK.
5.2 Murid yang mengikuti program inklusif akan berada di tahun 6 Berlian bagi sesi
persekolahan 2021. Adakah layak Mohd Aasim menduduki peperiksaan UPSR.
5.3 Pengerusi akan menghubungi ibu bapa Aasim untuk berbincang mengenai hala tuju
pembelajaran Aasim bagi tahun 2021

Tindakan: Semu guru

6.0 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan
ditetapkan kemudian.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 tengahari.

Disediakan oleh,
…....................................

(En. Mohd Ikhwan bin Arpi)

Setiausaha

__________________________________________________________________________________________
HakCiptaTerpelihara © SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor
| 19 Mac 2012 -Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like