You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PERLAWANAN BOLASEOAK 9 SEBELAH ANTARA RUMAH SUKAN

TAHUN 2023

1.0 Pendahuluan

Permainan bolasepak telah dijadikan sebagai salah satu bidang tumpuan sekolah bagi mengilap bakat
murid ke peringkat yang lebih tinggi. Segala perancangan pada tahun ini perlu diteruskan supaya
impaknya terhadap permainan bolasepak akan terus terserlah pada tahun ini dan berterusan pada tahun
yang akan datang. Justeru itu, Kelab Bolasepak SMKJPB memerlukan sokongan dan kerjasama daripada
pelbagai pihak bagi merealisasikan perancangan yang telah dirancang bagi melahirkan pemain bolasepak
bertaraf tinggi.

2.0 Matlamat

Pertandingan bolasepak bermatlamat untuk mengembangkan potensi semua ahli kelab serta pelajar
SMKTPB. Program ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.
Sehubungan dengan itu, jelas membuktikan bahawa program tersebut telah berjaya mencapai matlamat
dan objektif yang disasarkan.

3.0 Objektif

3.1 Melahirkan seberapa ramai permain harapan bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah
Kulim Bandar Baharu.

3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara murid melalui penyertaan pertandingan


kejohanan bolasepak.

3.3 Melahirkan atlet yang berjaya mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

3.4 Meningkatkan jumlah pelajar bagi menyertai skuad bolasepak.

3.5 Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid sekolah menengah.

4.0 Butiran:

4.1 Sasaran : 48 orang Peserta Kelab Bolasepak SMKTPB

4.2 Tempoh masa : 6 Julai 2023 hingga 7 Julai 2023

4.3 Masa : 4.00 -6.30 petang


5.0 Pelaksanaan :

TINDAKAN/
Tarikh PELAKSANAAN/ AKTIVITI
CATATAN
6/7/2023 Pasukan Rumah sukan Satria vs Pasukan Rumah sukan Laksamana YOGENDIRAN
Pasukan Rumah sukan Bendahara vs Pasukan Rumah sukan Temengung PAKIRISAMY
Pasukan Rumah sukan Bendahara vs Pasukan Rumah sukan Laksamana

7/7/2023 Pasukan Rumah sukan Satria vs Pasukan Rumah sukan Temenggung YOGENDIRAN
Pasukan Rumah sukan Bendahara vs Pasukan Rumah sukan Satria PAKIRISAMY
Pasukan rumah sukan Laksamana vs Pasukan rumah sukan Temenggung

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Anggaran Perbelanjaan


BIL PERKARA UNIT / KOS JUMLAH

1. MINUMAN PEMAIN BOLASEPAK 16 kotak / RM 11.00 RM 176.00


-Drinking water

Bola 12 biji /RM 60.00


2.
RM 720.00

JUMLAH RM 896.00

7.0 PENUTUP

7.1 Semoga penganjuran kejohanan ini dapat mencapai objektif bagi memupuk minat murid
dalam sukan bola sepak serta mengenal pasti murid – murid yang berbakat untuk mewakili
Daerah Kulim Bandar Baharu. Diharapkan penganjuran pertandingan ini juga dapat
membangunkan potensi murid di daerah Kulim Bandar Baharu dalam sukan bola sepak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………. …………………………………………………..
( YOGENDIRAN A/L PAKIRISAMY) ROSMIZAN BINTI OSMAN)
GURU PENASIHAT BOLA SEPAK PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

Tarikh : Tarikh :

2. KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan


PEMBANGUNAN BOLA SEPAK BAWAH UMUR 15 TAHUN DAN BAWAH
UMUR
18 TAHUN DENGAN KERJASAMA KELAB BOLASEPAK SMK TUMKU PANGLIMA
BESAR 2022

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan


PEMBANGUNAN BOLA SEPAK BAWAH UMUR 15 TAHUN DAN BAWAH
UMUR
18 TAHUN DENGAN KERJASAMA KELAB BOLASEPAK SMK TUMKU PANGLIMA
BESAR 2022

Ulasan:

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

….……………………………………………………………….
( PN. HASLELAWATI BINTI RAHIM@UMAR )
PENGETUA
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

Tarikh :

You might also like