You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO DOL SAID,

ALOR GAJAH, MELAKA

KERTAS KERJA OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD)


ALOR GAJAH 2023

DI BAWAH PENGELOLAAN :
SMK DATO DOL SAID, ALOR GAJAH
PPD ALOR GAJAH
SK DATO NANING
SJKT ALOR GAJAH
SJKC KIOW MIN
SK SUNGAI PETAI
1.0 PENGENALAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.


Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan
dalam bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial,
kepimpinan serta disiplin diri.

Berdasarkan hakikat tersebut, kami mengharapkan kegiatan sukan sekolah-


sekolah di peringkat daerah perlu dipertingkat dengan menggalakkan penglibatan
secara menyeluruh dalam kalangan murid. Pihak pengurusan sekolah perlu
meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan
sukan sepanjang tahun yang bertemakan ‘Majulah Sukan untuk Semua’. Jika
dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini juga merupakan sebahagian
daripada usaha kita untuk membendung masalah sosial pelajar.

Atas kesedaran inilah, maka kami sekolah-sekolah pengelola sentiasa


memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan
yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan
insan yang menyeluruh di masa akan datang. Dengan adanya penyertaan dari 25
buah sekolah menengah dan 86 buah sekolah rendah dalam Kejohanan Olahraga
MSSD Alor Gajah 2023 dapat meningkatkan lagi prestasi murid sekolah-sekolah di
daerah Alor Gajah dalam sukan.

2.0 MATLAMAT

Supaya dapat memaksimumkan penglibatan pelajar dalam bidang sukan. Hal


ini akan melahirkan pelajar yang cinta akan sukan dan mengamalkan gaya hidup
sihat.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan.


3.2 Mengekal dan meningkatkan prestasi olahraga di peringkat kawasan
dan negeri.
3.3 Mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal dalam kalangan pelajar
4.0 TARIKH

8,9 dan 10 Ogos 2023

5.0 TEMPAT

Stadium UteM, Melaka

6.0 KOS

Bil Perkara Kuantiti Anggaran Jumlah Sumber


Harga seunit (RM) Kewangan
(RM)
1 PEN MATA BULAT 29 1.00 29.00 Wang SUWA
2 CELLOTAPE Wang SUWA
TRANSPARENT 24MM 18 4.00 72.00
3 PEMADAM Wang SUWA
WHITEBOARD 2 9.00 18.00
4 STAMP PAD 3 18.00 54.00 Wang SUWA
5 LIQUID PAPER 3 9.00 27.00 Wang SUWA
6 STABILO HIGHLIGHTER Wang SUWA
KUNING 10 6.00 60.00
7 STABILO HIGHLIGHTER Wang SUWA
HIJAU 10 6.00 60.00
Ju 320.00 Wang SUWA
mlah (RM)

7.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Sumber Baki terkini Belanja(RM) Baki (RM)


sehingga
11/08/23(RM)
1. Wang SUWA 7,480.00 320.00 7,160.00
8.0 PENUTUP

Diharapkan penganjuran Kejohanan Olahraga MSSD Alor Gajah 2023 ini dapat
memberikan peluang kepada semua murid di sekolah-sekolah Alor Gajah merasai
sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga di luar sekolah mereka. Selain itu,
diharapkan juga kejohanan ini dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat
dalam kalangan murid sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan dalam jiwa
mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga ke peringkat
seterusnya.

Disediakan oleh Disahkan oleh

Nama : Aelynorlyana binti Azlam Nama : Mohd Kamar bin Othman


Jawatan : Setiausaha Kejohanan Jawatan : Pengerusi Pengelola
Olahraga MSSD Alor Gajah 2023 Kejohanan Olahraga MSSD Alor Gajah
2023

Tarikh :
Tarikh :

You might also like