You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA SEPAK


MSSWP WILAYAH KERAMAT
BAWAH 12 TAHUN
2023

SEKOLAH PENGELOLA

SK SETAPAK INDAH

PROGRAM PERTANDINGAN & PENGELOLAAN


BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN 2023 DAERAH KERAMAT
1.0 PENGENALAN

Unit Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pelajaran Daerah Keramat telah


mencetuskan satu idea bagi program pembangunan sukan di bawah tadbirannya. Dengan
kerjasama erat dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah W.Persekutuan, satu perancangan telah
dikenal pasti dan akan dilaksanakan dengan tanggungjawab dan penuh komitmen. Unit
Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pelajaran Daerah Keramat akan melaksanakan kejohanan
sukan bola sepak yang bermatlamat untuk melahirkan pemain-pemain berdaya saing dan
berpotensi cemerlang. Pemain-pemain ini bukan sahaja akan mewakili MSSW Keramat
malahan diharap akan dapat mewakili pasukan MSS Wilayah Persekutuan ke kejohanan –
kejohanan yang sesuai di peringkat negeri dan antarabangsa.

Selaras dengan program ini maka satu pengelolaan iaitu PERTANDINGAN BOLA
SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSWP 2023 akan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) pada Bulan Julai 2023. Sehubungan dengan itu,
setiap zon di Wilayah Persekutuan diminta menyediakan dua buah pasukan daerah yang
terbaik untuk kejohanan tersebut.

Sehubungan dengan itu, satu kejohanan bola sepak bawah 12 tahun akan diadakan
di daerah masing-masing sebagai persediaan dan pemilihan pasukan yang terbaik bagi
membentuk pasukan daerah ke pertandingan bola sepak bawah 12 tahun peringkat negeri
nanti. Pertandingan Peringkat Daerah Keramat akan diadakan pada 10 hingga 14 Julai 2023
yang akan dikelolakan oleh SK Setapak Indah.

2.0 MATLAMAT

Berpandukan kepada pengenalan di atas, maka murid-murid yang dikenalpasti


berbakat dan berpotensi dalam permainan bola sepak akan dipilih dan dilatih dengan
pendedahan teknik dan taktik yang yang betul. Dengan pendedahan latihan yang
bersistematik dan berterusan , insya’Allah akan mampu melahirkan individu yang berkemahiran
tinggi, pembentukan pasukan yang bermain mengikut teknikal dan taktikal yang terkini dan
terbaik. Ia juga diharapkan akan dapat :

2.1 Melahirkan pemain-pemain yang akan membawa kepada peningkatan dan kejayaan
MSSD Keramat dan pasukan negeri Wilayah Persekutuan di semua kejohanan sukan /
permainan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2.2 Melahirkan pemain-pemain yang cemerlang dalam bidang sukan / permainan dan
akademik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara .

2.3 Mengetengahkan pemain yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili pasukan MSSWP
bwh 12 tahun ke kejohanan MSSM Peringkat Kebangsaan tahun 2023.

3.0 OBJEKTIF

Matlamat di atas akan direalisasikan melalui objektif-objektif berikut :

3.1 Mewujudkan program latihan yang saintifik dan bersistematik dan berterusan.
3.2 Menyediakan prasarana dan peralatan latihan yang mencukupi
3.3 Menyertai pelbagai kejohanan bola sepak / futsal
4.0 KUMPULAN SASARAN PERTANDINGAN

4.1 Sekolah-sekolah daerah Keramat


JUMLAH = 30 buah sekolah

5.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

5.1 NAMA PERTANDINGAN : PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN


MSSD KERAMAT 2023

5.2 SEKOLAH PENGELOLA : SK SETAPAK INDAH KL

5.3 TARIKH PERTANDINGAN : 10 – 14 JULAI 2023

5.4 TEMPAT PERTANDINGAN : 1. PADANG SK SETAPAK INDAH


2. PADANG SK WANGSA MAJU ZON R10
3. PADANG SK KEMENTAH
4. PADANG SK JALAN GURNEY 1

5.5 SEKOLAH BERTANDING : SEPERTI PADA LAMPIRAN 1

5.6 JADUAL PERTANDINGAN : SEPERTI PADA LAMPIRAN 2

6.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Pengerusi : Tuan Haji Sazali bin Mohd Salleh @ Yahaya


N Pengerusi : Cik Ezian Bt Apandi
PTS Bola sepak: En. Mohamad Norfaizal Bin Alias
Setiausaha : Pn Nina Shafrida Bt Hussin
Naib Setiausaha : En Zulhafifi Bin Wahab
AJK : Seperti pada Lampiran 3

7.0 PERBELANJAAN MENGURUS PERTANDINGAN PERINGKAT MSSD KERAMAT

BIL PERKARA JUMLAH


1 Medal Murid
RM 8 X 60 pemain RM 480.00
Sumber Kewangan : Penganjuran Kejohanan
(Akaun Kerajaan)

BIL PERKARA JUMLAH


1 Imbuhan ajk teknikal murid
(RM 10.00 X 16 orang murid X 4 hari ) RM 640.00
(RM 10.00 X 7 orang murid X 1 hari ) RM 70.00
2 Imbuhan ajk teknikal guru
(RM 15.00 X 17 orang guru X 5 hari ) RM 1275.00
3 Imbuhan Pengadil / Penolong Pengadil
(RM 30.00 X 16 pengadil X 4 hari) RM 1920.00
(RM 30.00 X 4 pengadil X 1 hari) RM 120.00
4 Imbuhan ajk persiapan padang
(RM 20.00 X 5 orang X 4 hari ) RM 400.00
5 Imbuhan ajk kecemasan RM 75.00
(RM 15.00 X 1 orang X 5 hari )

JUMLAH RM 4500.00

Sumber Kewangan : AKAUN SUWA (sumbangan wang awam)


: Kutipan sumbangan penyertaan dari semua sekolah bertanding
(JPWPKL.600-4/2/28 Jld4(55) )
Pihak pengurusan bola sepak MSSD Keramat mengharapkan kejohanan ini akan dapat
memberikan impak yang besar kepada para pemain. Pengetahuan , motivasi yang didedahkan akan
mampu membina semangat juang bertanding seterusnya mencatatkan keputusan yang lebih baik
untuk pasukan MSSD Keramat amnya dan MSSWP khususnya.

Disediakan oleh,

.....................................................
(Nina Shafrida Binti Hussin)
Setiausaha Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Keramat
SK Setapak Indah

Disemak oleh, Disahkan oleh,

..................................... ....................................................
(Ezian Binti Apandi) (Sazali Bin Mohamad Salleh)
GPK Kokurikulum Guru Besar
SK Setapak Indah SK Sk Setapak Indah

You might also like