You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH

36100 BAGAN DATOH


PERAK DARUL RIDZUAN

FRIENDLY TIGA PENJURU (SABDA-SEMESTI-SMK


KAMPUNG BAHAGIA)

TEMPAT:
PADANG SMK KAMPUNG BAHAGIA, PERAK

TARIKH:
27 JUN 2019
SEKOLAH MENEGAH SAINS BAGAN DATOH
36100 BAGAN DATOH
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 05-6466331 FAX : 05-6466332

TAJUK : FRIENDLY TIGA PENJURU (SABDA-SEMESTI-SMK KAMPUNG


BAHAGIA)

PENGENALAN
Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat komited dalam
membangunkan sukan-sukan elit seperti sukan ragbi di Malaysia. Oleh itu, kerjasama
Kementerian Belia dan Sukan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia amat penting
dalam mencungkil bakat-bakat baharu untuk mewakili Negara Malaysia di masa hadapan.

Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) juga


memainkan peranan dalam memartabatkan sukan ragbi sebagai sukan teras di Sekolah
Berasrama Penuh. Jesteru, kepentingan pembangunan sukan ragbi dikalangan pelajar-
pelajar sekolah amat memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak
terutamanya pihak Jawatankuasa Setempat.

Juteru itu, bagi memantapkan lagi pemain ragbi SABDA, maka pasukan perempuan
ragbi SABDA (PREDATORS) berhasrat untuk menyertai jemputan perlawanan
persahabatan anjuran SM Sains Teluk Intan. Perlawanan persahabatan ini melibatkan
penyertaan 2 SBP yang lain iaitu SM Sains Teluk Intan (SEMESTI) dan SM Sains Integrasi
Sabak Bernam (INTERSABER). Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat kami untuk
bekerjasama bagi menimba ilmu dan pengalaman seterusnya meningkatkan lagi mutu
permainan pasukan bagi melonjakkan nama SABDA.
OBJEKTIF

1. Membentuk pasukan ragbi yang berkemahiran dan profesional.


2. Melahirkan pemain yang berkualiti tinggi dan berilmu pengetahuan.
3. Membina jati diri dikalangan pemain meliputi aspek jasmani, rohani, emosi, intelek,
sahsiah dan agama.
4. Menyertai kejohanan ragbi diperingkat kebangsaan.

MATLAMAT
Pasukan yang mantap dan berkualiti dapat dibentuk sekiranya kita mempunyai ilmu
pengetahuan yang lebih mendalam dalam teknik-teknik permainan yang betul.
Keutamaanya adalah bagi sukan Ragbi mencapai standard yang lebih berkualiti setanding
dengan taraf Sekolah Berasrama Penuh sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan di Malaysia.
Oleh itu, Pasukan Ragbi Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh menjadikan perlawanan ini
sebagai salah satu platform untuk menimba ilmu dan pengalaman pada masa akan datang.

PELAKSANAAN PROGRAM

1. Pelaksanaan : FRIENDLY TIGA PENJURU (SABDA-SEMESTI-SMK KG


BAHAGIA)
1.1 Tempoh Program : 27 JUN 2019
1.2 Hari : KHAMIS (3.00 PETANG)
1.3 Tempat : PADANG SMK KG BAHAGIA
1.4 Sasaran dan Penglibatan : SEMUA PEMAIN RAGBI U16 DAN U14
PERUNTUKAN

1. Pembayaran

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 AIR MINERAL 2 KOTAK ( 2 X 10 = 20) 20
2 BAS SEWA LUAR 300
JUMLAH 320

2. Sumber Kewangan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 KUTIPAN PELAJAR ( RM 5 X 24 ORANG) 120
2 SUMBANGAN LUAR 200
JUMLAH 320

TENTATIF
JADUAL PERJALANAN (AGGARAN WAKTU)

2.15 Petang - Bertolak dari SM Sains Bagan Datoh


3.15 Petang - Dijangka tiba di SMK KG BAHAGIA
3.30 Petang - Dijangka perlawanan bermula
6.00 Petang - Dijangka perawanan tamat
6.30 Petang - Dijangka bertolak pulang ke SM Sains Bagan Datoh
7.30 Petang - Dijangka sampai di SM Sains Bagan Datoh

PENUTUP
Semoga dengan penyertaan pasukan ragbi SM Sains Bagan Datoh pada kejohanan ini
dapat memantapkan lagi pasukan ragbi selain membantu para pelajar menimba ilmu dalam
corak permainan yang berbeza yang akan ditonjolkan nanti. Dengan penyertaan kejohanan
ini, adalah diharapkan agar para pemain akan menjadi lebih baik dalam usaha
mengharumkan nama SM Sains Bagan Datoh di peringkat antarabangsa selain mencapai
“Sabda Unggul Terbilang”.
Disediakan oleh,

……………………………………………
(MUHAMMAD FAHEEM RIFQI BIN IZA AZAHA)
Ketua Pasukan Ragbi 4,
Persatuan Ragbi SM Sains Bagan Datoh

Disemak dan Disokong oleh,

...............................................................
(MOHD REDZUAN BIN HASHIM)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SM Sains Bagan Datoh

Diluluskan oleh,

...............................................................
(KAMARULARIPIN BIN JAFFAR)
Pengetua Cemerlang ,
SM Sains Bagan Datoh

You might also like