You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN

DAERAH BELAGA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM


BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK SERTA
ROMBONGAN

Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah
Belaga mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Azhar bin
Haji Ahmad, Pengarah Pendidikan Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak serta rombongan ke Pejabat Pendidikan Daerah Belaga buat pertama
kalinya sejak Yang Berbahagia Datu Pengarah dilantik buat kali kedua sebagai
Pengarah Pendidikan Sarawak pada 1 Mac 2022. Satu lawatan yang telah
lama kami tunggu.
Pada kesempatan ini bagi pihak PPD Belaga, saya juga ingin mengucapkan
tahniah kepada Yang Berbahagia Datu Pengarah kerana menghampiri tempoh
2 tahun (1 tahun, 8 bulan dan 6 hari) memegang amanah untuk menerajui
Pendidikan di Negeri Sarawak.
Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran;
1. Yang Berusaha Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh, Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak,
2. Yang Berusaha Puan Habibah binti Mohamad Suhai, Ketua Penolong
Pengarah Kanan (KPPK), Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak,
3. Yang Berusaha Puan Nor Fardillah binti Hamni, Ketua Penolong
Pengarah Kanan (KPPK), Unit Menengah dan Tingkatan 6, Sektor
Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,
4. Yang Berusaha Puan Wes anak Mirid, Pegawai Tadbir di Kementerian
Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD)
5. Yang Berusaha Encik Awang Bakhtiar bin Awang Seri, Penolong
Pengarah, Unit Perancangan Pembangunan Infra Pendidikan, Sektor
Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BELAGA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM
BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK SERTA
ROMBONGAN
6. Yang Berusaha Encik Isham bin Ibrahim, Penolong Pengarah, Unit
Pengurusan Data dan Aduan, Sektor Perancangan dan Pengurusan
PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

7. Yang Berusaha Encik Christopher Cheong, Penolong Pengarah, Unit


Prasekolah dan Rendah (Rendah), Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak
8. Yang Berusaha Encik Narudin bin Chu Abdullah Gapur, Penolong
Pengarah Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak.
serta seluruh rombongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang turut hadir
sama pada malam ini.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan


kesyukuran terhadap Tuhan yang maha berkuasa, kerana kita diberi
kesempatan untuk bersama-sama pada malam ini sempena Lawatan Kerja
Pengarah Pendidikan Sarawak ke Daerah Belaga. Saya juga ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu kehormat kita pada
malam yang indah ini, Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad,
Pengarah Pendidikan Sarawak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr.
Abang Hut bin Abang Engkeh, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan
Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Puan Wes anak Mirid,
Pegawai Tadbir Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat
Sarawak beserta rombongan kerana sudi melapangkan masa untuk melawat
PPD Belaga dan beberapa sekolah di Daerah Belaga pada lawatan kerja pada
kali ini. Untuk makluman hadirin sekalian, antara sekolah yang dilawati dalam
rangka kerja lawatan kali ini adalah SK Airport, SK Abun Matu, SMK Belaga,
SK Nanga Telawan, SK Punan Ba dan dua buah sekolah yang akan dilawati
esok iaitu SK Long Segaham dan SK Uma Sambop.
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BELAGA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM
BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK SERTA
ROMBONGAN

Untuk makluman hadirin yang dihormati, ini merupakan kali yang pertama,
kami di PPD Belaga menerima kunjungan daripada Datu Pengarah. Terima

kasih Datu Pengarah dan rombongan. Kami berasa amat bangga dan terharu
kerana dapat bersama Datu Pengarah pada malam ini yang mengukir satu lagi
sejarah perkembangan pendidikan di Daerah Belaga. Hal ini sekaligus
memberi suntikan semangat dan dorongan untuk terus maju mencapai
kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebelum saya lanjutkan, izinkan saya bercerita serba sedikit tentang latar
belakang PPD Belaga. Untuk makluman Datu Pengarah, seramai 23 daripada
33 orang pegawai DG telah mengisi perjawatan di PPD Belaga iaitu
bersamaan dengan 69.70% pengisian. Manakala 21 daripada 23 AKP telah
mengisi perjawatan yang ada di PPD Belaga dan telah mencapai 91.30%
pengisian perjawatan. Manakala, pengisian guru di 2 buah sekolah menengah
iaitu 144 daripada 151 orang, ini membawa kepada 95.36% pengisian
perjawatan di sekolah. Pengisian AKP di 2 buah sekolah menengah pula 27
daripada 31 orang iaitu 87.10% pengisian perjawatan. Pengisian perjawatan
guru di sekolah rendah pula adalah 257 daripada 285 guru bersamaan dengan
90.18% pengisian jawatan guru sekolah rendah di Daerah Belaga. Manakala
pengisian untuk AKP di sekolah rendah pula adalah 116 dari 122 orang iaitu
95.08% pengisian perjawatan. Keseluruhannya, pengisian perjawatan guru dan
juga AKP dalam Daerah Belaga boleh dikatakan masih memuaskan kerana
melebihi 85% kecuali Pegawai DG di PPD Belaga yang mana pengisian
perjawatan masih di bawah 70%. Walau bagaimanapun, kami di Daerah
Belaga mengharapkan agar pengisian perjawatan yang belum diisi pada tahun
ini dapat dipenuhi pada masa akan datang sekurang-kurangnya mencapai
97%.
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BELAGA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM
BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK SERTA
ROMBONGAN
Seterusnya, izinkan saya untuk berkongsi tentang pencapaian SPM 2022 yang
lepas. Daerah Belaga telah mencatat 91.52 % Layak Mendapat Sijil (LMS) dan
6.00 bagi Gred Purata Daerah (GPD). Jika dibandingkan dengan pencapaian
SPM 2021, berlaku sedikit penurunan bagi peratus Layak Mendapat Sijil(LMS)
iaItu penurunan sebanyak 2.64 % (2021-LMS-94.16%).

Manakala Gred Purata Daerah (GPD) SPM 2022 juga merosot berbanding
SPM 2021 iaitu peningkatan sebanyak 0.53% (2021-GPD-5.47). Walau
bagaimanapun, kita di PPD Belaga telah bersama-sama dua buah sekolah
menengah fokus kita iaitu SMK Bakun dan SMK Belaga telah menggembleng
tenaga dalam merancang dan melaksanakan beberapa program dan intervensi
di peringkat sekolah dan PPD bagi meningkatkan pencapaian SPM 2023 yang
bakal tiba. Kami di PPD Belaga telah mensasarkan 96.83% Layak Mendapat
Sijil (LMS) dan 5.09 bagi Gred Purata Daerah (GPD) dalam Peperiksaan SPM
2023. Pada tahun ini, seramai 222 orang calon SPM dari SMK Bakun dan 130
orang calon SPM dari SMK Belaga. Ini menjadikan keseluruhan calon SPM
2023 Daerah Belaga seramai 352 orang. Diharapkan segala usaha dan jerih
payah daripada semua pihak akan membuahkan hasil dalam SPM 2023 kelak.

Seterusnya, izinkan saya mengimbau beberapa pencapaian murid dalam


bidang kokurikulum sepanjang tahun 2023. MSSD Belaga telah berjaya
meraih beberapa kejayaan dalam bidang kokurikulum dari peringkat bahagian
sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Antaranya ialah ;
Murid Daerah Belaga yang telah terpilih mewakili Sarawak ke Peringkat
Kebangsaan dalam sukan dan permainan
1.JOELINAL BIT NORITA (SK PEMAIN BOLA SEPAK 12 TKB MSSD BELAGA
BATU KELING) TERPILIH MEWAKILI SARAWAK DALAM
KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT
KEBANGSAAN
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BELAGA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM
BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK SERTA
ROMBONGAN
2. MELLEVIANA TENING ANAK PEMAIN BOLA BALING PEREMPUAN 12TKB
THOMAS (SK BATU KELING) MSSD BELAGA TERPILIH MEWAKILI SARAWAK
DALAM KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT
KEBANGSAAN
3.CHRISTINHO (SK METALUN) PEMAIN SEPAK TAKRAW 12 TKB MSSD
4.DICO (SK METALUN) BELAGA TERPILIH MEWAKILI SARAWAK
5.CHRISTIAN (SK LONG DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT
SEGAHAM) KEBANGSAAN

Murid Daerah Belaga yang telah terpilih mewakili Sarawak ke Peringkat


Kebangsaan dalam kejohanan olahraga
1.REFFLICIA AYANG TAN (SK MEWAKILI SARAWAK DALAM KEJOHANAN
BATU KELING) OLAHRAGA MSSM DI NEGERI SEMBILAN
PENCAPAIAN:
PINGAT EMAS – 100M, 200M, 4X100M, 4X200M
CAMPURAN & ATLET PEREMPUAN TERBAIK
KATEGORI 12 TAHUN
2.HARNANDEZ BIT BALING (SK MEWAKILI SARAWAK DALAM KEJOHANAN
BATU KELING) OLAHRAGA MSSM DI NEGERI SEMBILAN
PENCAPAIAN:
PINGAT EMAS – 4X200M CAMPURAN
PINGAT GANGSA- 200M, 4X100M

Pencapaian MSSD Belaga dalam Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman 3 & 2


Zon Sarawak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
1. Johan Keseluruhan
2. Johan Olahraga
3. Johan Bola Baling Perempuan
4. Tempat Ketiga Bola Sepak
Pencapaian MSSD Belaga dalam Karnival e-Mansang Anak Sarawak 4.0
1. Anugerah Khas Susunan Muzik Terbaik
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BELAGA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM
BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK SERTA
ROMBONGAN
Pencapaian MSSD Belaga dalam Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah & Kombo Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023
2. Tempat Ketiga
3. Persembahan Terbaik Kategori Sekolah Rendah

Pencapaian MSSD Belaga dalam Karnival Kokurikulum Peringkat Negeri


Sarawak 2023.
1. Ketiga – Poetry Recitation (Kategori Sekolah Menengah)
Pencapaian MSSD Belaga dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Emas
Rebutan Yayasan Sarawak 2023
1. Naib Johan – Kategori 18 Tahun Ke Bawah
2. Keempat – Kategori 12 Tahun Ke Bawah

Begitulah sedikit sebanyak pencapaian yang diraih dalam bidang kokurikulum


sepanjang tahun 2023 oleh PPD Belaga yang diterajui oleh Sektor
Pembangunan Murid. Harapan kita, semoga lebih ramai murid-murid dari
Daerah Belaga yang mengecapi lebih banyak kejayaan bukan sahaja dalam
bidang kokurikulum tapi dalam bidang yang lain juga pada masa akan datang.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datu Pengarah
beserta rombongan atas kesudian untuk melawat kami di Belaga Tercinta Nan
Permai ini. Syabas dan tahniah juga kepada Jawatankuasa Majlis Makan
Malam Bersama Pengarah Pendidikan Sarawak beserta rombongan dan
semua pihak yang bertungkus lumus merancang, menyusun serta mengatur
aturcara untuk majlis kita pada malam ini. Saya yakin dan percaya segala
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BELAGA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM
BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK SERTA
ROMBONGAN
usaha dan kerjasama erat yang ditunjukkan ini akan memberi impak besar
terhadap perkembangan pendidikan di Daerah Belaga, khususnya di PPD
Belaga.
Sekian, terima kasih.

You might also like