You are on page 1of 17

PERUTUSAN JANE LIAN LABANG

Salam Sejahtera.

Perantis Sistem Latihan Dual Nasional-SLDN Kampung Budaya Sarawak berjaya mengadakan Konsert
Persembahan Penilaian Akhir untuk perlaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional(SLDN). Setinggi-
tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan,Semoga konsert ini membuka minda masyarakat bandar dan luar
bandar bahawa setiap perantis atau pelatih yang mengikut program kemahiran seperti ini mendapat
pengiktirafan oleh kerajaan dan industri.

Kejayaan perantis-perantis yang mengikuti program SLDN ini membuktikan bahawa program latihan
kemahiran sekarang sudah mencapai tahap yang tinggi selaras dengan keperluan negara dalam mencapai
status sebagai negara maju.Negara kita bukan sahaja memerlukan sumber manusia yang berkemahiran
teknikal tetapi juga perlu pertingkatkan kemahiran dalam kesenian dan kreativiti dalam bidang tarian dan
muzik serta dalam kemahiran pentadbiran dan operasi bidang perakauanan,operator perkhidmatan
seumpamanya.

Usaha Kampung Budaya Sarawak berganding bahu dengan Pusat Latihan dalam mempelbagaikan ruang
latihan kemahiran telah jelas mendapat penyertaan yang positif dari masyarakat luar terutamanya
golongan belia.Kampung Budaya Sarawak adalah ikon yang menerajui kesenian budaya warisan Negeri
Sarawak yang menghampiri tiga dekad memang layak sebagai gelanggang dalam mempertahankan dan
memperjuangkan kesenian ini sehingga mendapat pengiktirafan yang tinggi dalam kemahirannya.Syabas
untuk Kampung Budaya Sarawak(Syarikat Latihan) dan Abdull Halem Consultant Services(Pusat Latihan).

Syabas dan tahniah kepada semua dalam merealisasikan impian anak-anak muda dan menyerlahkan
bakat terpendam mereka.Terima kasih kepada ibu bapa kerana sanggup memberi sokongan dan
dorongan kepada anak-anak dalam mendukung kemahiran.

Terima Kasih

Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak


PERUTUSAN ENCIK ABDULL HALEM ABDUL HAMID

Salam Sejahtera dan Salam Kemahiran

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Pembangunan sumbermanusia mahir merupakan agenda utama negara dalam membangungkan modal
insan berkebolehan dan berkemahiran tinggi oleh yang demikian Pusat Latihan Sistem Latihan Dual
Nasional Abdull Halem Consultant Services (AHC)telah bekerjasama dengan Kampung Budaya Sarawak -
Sarawak Cultural Village (SCV) untuk melaksanakan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Tugas paling mencabar dalam bidang latihan dan pembangunan kemahiran adalah mengeluarkan tenaga
kerja mahir yang dapat memenuhi kehendak sesuatu industri termasuklah bidang kesenian. Oleh itu,
perlaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada pusat latihan dan industri
sewajarnya mendapat perhatian yang serius dalam membantu menyelesaikan masalah kekurangan
tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa akan datang.

Sehubungan itu, program SLDN yang dijalankan oleh Pusat Latihan SLDN- Abdull Halem Consultant
Services dan Syarikat SLDN- Kampung Budaya ini dapat menjadi salah satu inisiatif dalam konteks ‘smart
partnership’ diantara industri dan pusat latihan dalam mengenalpasti dan memenuhi keperluan tenaga
kerja mahir negara. Oleh yang demikian saya mengucapkan setinggi –tinggi tahniah kepada perantis
kerana telah berjaya ke penilaian akhir.
Pada tahun ini perantis tahap 3, Kordinasi Tarian Tradisional telah menjadi jurulatih tarian kepada kanak
kanak tadika kemas landeh, dibantu oleh Guru- Guru Kemas iaitu Pn Mavis Mura Abang,Pn Dayang Affida
Shafeni binti Affandi, Pn Roslina binti Sudin Pn. Siti Nurbaizura binti Ramli dan Pn . Normilah binti Ahmad.
Anak anak kemas tadika RPR Landeh ini telah menjadi Naib Johan peringkat Parlimen Stampin.
Saya berharap semoga ia menjadi satu titik mula kepada kejayaan perantis untuk terus berusaha dan
memperolehi kejayaan yang lebih baik di masa hadapan.

Sekian Terima Kasih.

Abdull Halem Bin Abdul Hamid


Pengurus Pusat Latihan
SEKALUNG BUDI

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, dan


Selamat Sejahtera

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dengan rasa syukurnya kita dapat berhimpun
Konsert Warisan Tari SLDN 2019. Titik akhir perjuangan perantis SLDN sesi Mac
2019. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para
sahabat. Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa di atas nikmat dan kurniaanNya dalam
menjalani kehidupan sebagai seorang perantis.

Saya suka slogan saya cipta tahun 2015 “Portal Seni Kemahiran” membawa makna Gerbang Kemahiran
seorang perantis yang cemerlang bukan sahaja lahir daripada bilik kuliah semata-mata, namun lahir
daripada gerbang kemasyarakatan dan bercorak praktikal dalam memampatkan kemahiran.
Kemahiran yang cemerlang ini pasti berdiri tegap di gerbang pekerjaan kerana ilmu kemahiran ini
diintergrasikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan pekerja yang fleksibel dan
kompetensi kemahiran.

Konsert warisan Tari SLDN 2019 teraju kemuncak dalam penilaian keterampilan. Pembangunan
Kemahiran insaniah amat penting kerana merupakan nadi dan penjana kepada keutuhan sistem Latihan
Dual Nasional (SLDN). Seramai 60 orang perantis akan terlibat dalam konsert ini.

Genap lima (6) tahun, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak menerusi Kampung Budaya
Sarawak telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai syarikat yang
melaksanakan Program SLDN pada 2012. Program SLDN ini dilaksanakan bersama dengan Abdull
Halem Consultant Services. Telah menjadi kebanggaan, bahawa pada 23 Oktober 2013 Institut
Kemahiran Seni ini telah mendapat Anugerah Khas “Sarawak Hornbill Tourism Award 2011-2012”.
Terima kasih kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran yang banyak memberi kerjasama dan
bantuan kepada Institut Kemahiran Seni. Perantis bersedia melengkapkan diri dengan kemahiran
(skills), ilmu pengetahuan (knowledge) dan sifat-sifat peribadi (attitude) yang tinggi dalam menjayakan
matlamat. Dalam pada itu, sentiasa melaksanakan tanggungjawab, amanah, komitmen dan dedikasi.
Diharap pada tahun hadapan, kuota dalam program ini ditingkatkan lagi dari tahun ke tahun.

“PORTAL SENI KEMAHIRAN”


Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

MASPAH BRAHIM,
PENYELARAS SYARIKAT SLDN
PROGRAM KONSERT WARISAN TARI 2019

MASA ATURCARA MAJLIS


6.00 pm – 7.00pm Ketibaan Para Hadirin Dan Ibu Bapa
7.00pm – 7.15pm Ketibaan tetamu kehormat
7.25 pm -7.30 pm Tarian Selamat Datang Semua Perantis SLDN
7.30 pm – 9.35 pm Tarian Melayu ( Repertoire Inang Bakawali ) Erni Binti Amat Ngadi
Tarian Orang Ulu ( Repertoire Datun Julud ) Stephanie Anak Bennet
Tarian Melanau ( Repertoire Mengalai ) Siti Zulaika Binti Radewan
Tarian Melayu ( Repertoire Zapin Pekajang ) Mohammad Zubir Bin Hamdan
Tarian Iban ( Repertoire Ngajat Ngauk Aik ) Veronica Utih Anak Beleng
Persembahan Khas Tadika Kemas Rpr Landeh
Tarian Melayu ( Repertoire Inang Renek ) Misita Binti Bujang
Tarian Bidayuh ( Repertoire Totong’k Pangalima ) Bronica Anak Megos
Tarian Melayu ( Repertoire Inang Lama ) Vatrica Anak Lochan
Tarian Tidung ( Repertoire Rambai ) Robitino Anak Konon )
Tarian Melayu ( Repertoire Tari Tualang Tiga ) Suraya Binti Drahman
Tarian Iban ( Repertoire Ngajat Pua Kumbu ) Melanie Melissa Rose Ong
Tarian Melayu ( Repertoire Joget Serampang Pantai ) Suzienia Anak Minsel
9.40pm – 9.50pm Tarian Finale Semua Perantis SLDN
10.30 pm Majlis Tamat
PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL

• Objektif Program SLDN untuk menghasilkan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran


(K – pekerja).
• Perantis adalah lepasan sekolah atau pekerja sedia ada yang dipilih oleh syarikat.
• Tempoh latihan adalah 8 bulan.
• Nisbah tempoh latihan adalah 80% amalidan 20% teori.
• Sistem pemarkahan adalah 60% - 100% untuk terampil dan 60% ke bawah tidak terampil.
• Buku log perlu dilengkapkan untuk pengukuhan penilaian dan pemantauan berterusan.

PELAKSANAAN SLDN , KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Kampung Budaya Sarawak adalah dibawah naungan SARA Resort Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Kampung Budaya Sarawak telah beroperasi dengan rasminya selama dua puluh (29) tahun yang bermula
pada tahun 1989. Kampung Budaya Sarawak sekarang berada dibawah pimpinan Pengurus Besar Puan
Jane Lian Labang. Sepanjang operasi, Kampung Budaya Sarawak telah dianugerah pelbagai
penganugerahan sama ada dalam industri kesenian atau pelancongan. Kampung Budaya Sarawak adalah
salah sebuah Pusat Tarikan Pelancong yang tersohor di Malaysia amnya dan Sarawak khasnya . Pelancong
boleh datang melawat Kampung Budaya Sarawak setiap har . Dalam masa yang sama boleh mendapatkan
maklumat terkini mengenau Kampung Budaya Sarawak di laman sesawangnya iaitu
http://www.scv.com.my. Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) merupakan program dibawah
naungan Jabatan Pembangunan Kemahiran. SLDN adalah latihan yang berorientasikan latihan di industri
yang perlu dikelolakan dua badan berbeza , iaitu Syarikat Latihan dan Pusat Latihan secara bersama .
Secara rasminya pada tahun 2012 Kampung Budaya Sarawak telah ditauliahkan sebagai Syarikat yang
menjalankan program SLDN . Program SLDN di Kampung Budaya Sarawak dibawah pimpinan Encik Narawi
Hj . Rashidi dan Ketua Penyelaras Program adalah Puan Maspah Brahim. Pelaksanaan program SLDN ini
dijalankan dengan kerjasama Pusat Latihan Abdul Halim Consultant Services. Pengambilan perantis yang
pertama telah dijalankan pada tahun 2013 dalam bidang muzik, Penata Cahaya, Homestay dan masakan.
Kampung Budaya Sarawak cenderung menumpukan melaksanakan dan memperkembangkan kesenian
sepanjang masa kewujudannya. Antara anugerah dalam kesenian yang disandang oleh Kampung Budaya
Sarawak adalah :-

- East Malaysia Talent Star 2015, Kuching , JOHAN (Kaban Kaau Graduan SLDN)
- East Malaysia Talent Star 2015, Serian , JOHAN (Raban Kenyalang Graduan SLDN)
- Talent Star 2015, Sabah, MOST CREATIVE AWARD (Raban Kenyalang , Graduan SLDN)
- Festival Hari Koperasi Malaysia 2015, JUARA BAKAT Dalam Tarian Kreasi Baru (Penjan Kasih)
- Festival Akar Zapin Nusantara KL 2014/2015, NAIB JOHAN DAN ANUGERAH JURI (Penjan Kasih)
- Hornbill Special Award, ORGANIZATION CATEGORY 2011/2012 (Institut Kemahiran Seni)
- Anugerah Seni Negara ke-8, 2009 KARYAWAN SENI NEGARA (Narawi Haji Rashidi)
- World Championship of Performing Arts , USA (Tuku‘ Kame’) 4 Golds
- World Championship of Performing Arts , USA (Jerry Kamit) 4 Golds
- MTV Band Alert 1998, BREAKTHROUGH AWARD (TUKU‘ KAME‘)
- MTV Band Alert 1998 , GRAND PRIX AWARD (TUKU‘ KAME‘)
- National Dance Festival 1996 (BEST CHOREOGRAPHY)
- National Dance Festival 1996 (BEST COSTUME)
- National Dance Festival 1996 (BEST DANCE)
- Silat Seni Nusantara 1996, RUNNER UP (Zaleha Bohari)
- National Dance Festival 1994
- Silat Seni Dunia 1994, CHAMPION (Melati Mili)
SENARAI NAMA PERANTIS PENGAMBILAN MAC 2019

AC-032-2:2012 PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL

1. Alikca Anak Madin


2. Azlin Binti An
3. Biebieyanty Anak Enggu
4. Connie Binti Suhaili
5. Dayang Nurfaizah Binti Awang Hamdan
6. Erna Urmilla Binti Abas
7. Felix Jana Bin Florence
8. Gustin Birai Anak Datu
9. Khairunnisa Binti Noh
10. Lolita Vivian Anak Jimson
11. Mohd Syukran Bin Saa’t
12. Muhammad Haris Bin Mazlan
13. Muhammad Norhaizad Bin Ismail
14. Nafisy Pamela Anak Diri
15. Noor Hashimah Binti Kapawai @ Ismail
16. Nur Dewi Binti Mohd Syahrul
17. Questine Chloe Aurin
18. Riska Urai Anak Moses Jalani
19. Shahfulnizam Bin Busera
20. Shahrulrizad Bin Ismail
21. Shannen Anak Uniter

AC-032-3:2012 KOORDINASI TARIAN TRADISIONAL

1. Vatrica Anak Lochan


2. Veronica Utih Anak Beleng
3. Bronica Anak Megos
4. Suzienia Anak Minsel
5. Misita Binti Bujang
6. Siti Zulaika Binti Radewan
7. Robitino Anak Konon
8. Melanie Mellisa Rose Ong
9. Mohammad Zubir Bin Hamdan
10. Suraya Binti Drahman
11. Erni Binti Amat Ngadi
12. Stephanie Anak Bennet
KOLEKSI GAMBAR PERANTIS

PERANTIS AC-032-3:2012 KOORDINASI TARIAN TRADISIONAL

PERANTIS AC-032-2:2012 PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL


PERANTIS TAHAP 3 : ERNI BINTI AMAT NGADI

TARIAN INANG BAKAWALI

PERANTIS TAHAP 3 : STEPHANIE ANAK BENNET

TARIAN DATUN JULUD


PERANTIS TAHAP 3 : SITI ZULAIKA BINTI RADEWAN

TARIAN MENGALAI

PERANTIS TAHAP 3 : MOHAMAD ZUBIR BIN HAMDAN

TARIAN ZAPIN PEKAJANG


PERANTIS TAHAP 3 : VERONICA UTIH ANAK BELENG

TARIAN NGAJAT NGAUK AIK

PERANTIS TAHAP 3 : MISITA BINTI BUJANG

TARIAN INANG RENEK


PERANTIS TAHAP 3 : BRONICA ANAK MEGOS

TARIAN TOTONG’K PANGALIMA

PERANTIS TAHAP 3 : VATRICA ANAK LOCHAN

TARIAN INANG LAMA


PERANTIS TAHAP 3 : ROBITINO ANAK KONON

TARIAN RAMBAI

PERANTIS TAHAP 3 : SURAYA BINTI DRAHMAN

TARIAN TARI TUALANG TIGA


PERANTIS TAHAP 3 : MELANIE MELISSA ROSE ONG

TARIAN PUA KUMBU

PERANTIS TAHAP 3 : SUZIENIA ANAK MINSEL

TARIAN JOGET SERAMPANG PANTAI


PENGLIBATAN PERANTIS DALAM MELATIH PELAJAR TADIKA KEMAS DALAM PERTANDINGAN TARIAN
GERAK KREATIF 2019

1. Amylia Lusyanna Anak Luis


2. Anggela Rida Anak Robert
3. Berenice Flavia Domitilla Anak Michelle Felicia
4. Clarisya Tiffany Anak Charles Erwin
5. Druscilla Jaeun Anak Debbie
6. Eauthanniel Joshua Ageax
7. Mellanie Angel Anak Michael Melanyi
8. Nur Baizuera Binti Mohamad Sukirno
9. Nur Ramadhania Binti Sumiadi
10. Nur Trisha Dannellea Binti Nuh Sharizan Firdaus
11. Nur Zulaikha Aisyah Binti Jafarudin
12. Nur Tyra Diannea Binti Nuh Sharizan Firdaus
13. Soffeaya Trasandra Anak Samuel
14. Steffira Claudia Anak Jackson Sli
Jurulatih – Kordinasi Tarian Tradisional 2019 Tahap 3
Robitino Anak Konon
Melanie Melissa Rose Ong
Vatrica Anak Lochan

You might also like