You are on page 1of 19

‘’Pulang Ke Gagang” 2020

KERTAS KERJA PROJEK


“ Pulang ke Gagang “
Produksi Tari Tradisi Melayu

Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre KLPAC

Anjuran :
Persatuan Alumni ASWARA (Beringin)

Dengan Kerjasama :
Legasi Seni, Dansa Fusion Kuala Lumpur dan AkarSeni Malaysia

1
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk ​memohon sokongan ​dan ​kerjasama ​dari pihak
berkenaan bagi melaksanakan projek ​Pulang Ke Gagang ​yang akan diadakan pada
11, 12 dan 13 Disember 2020​ di ​Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre.

2. NAMA PROJEK, TARIKH & TEMPAT

Nama : Pulang Ke Gagang

Tarikh : 11, 12 & 13 Disember 2020

Tempat : Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre

3. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek ​Pulang Ke Gagang ​ini adalah sebuah projek yang dianjurkan oleh Persatuan
Alumni ASWARA (Beringin) dengan kerjasama dari kumpulan Dansa Fusion Kuala
Lumpur, Legasi Seni dan AkarSeni Malaysia. Ketiga-tiga kumpulan ini merupakan
kumpulan tarian secara bebas di kawasan Lembah Klang terutamanya dan ketiga-tiga
kumpulan ini juga diketuai oleh graduan daripada Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan ASWARA. Projek ​Pulang Ke Gagang ​ini adalah satu inisiatif
graduan untuk menghargai dan memperingati lubuk ilmu atau tempat menuntut
ilmu bagi ketiga-tiga koreografer dari setiap kumpulan tersebut. Selain itu, dapat
menunjukkan kepada masyarakat umum atau golongan muda tentang perjalanan
anak seni kelahiran ASWARA ini setelah menamatkan pengajiannya di sini. ​Pulang Ke
Gagang j​ uga berkaitan dengan konsep persembahannya dimana ia merujuk kepada
generasi yang hidup pada zaman moden harus kembali kepada akar tradisinya.
Genre persembahan yang akan dilaksanakan ialah persembahan tarian yang
bergenre tradisi, kreasi dan juga kreatif. Sejurus dengan itu, projek ini dapat
mengangkat dan memartabatkan seni persembahan tari tradisional melayu pada
generasi muda kini serta menyumbang ilmu yang dapat dikongsi dan difahami oleh
semua masyarakat umum.

2
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

4. LATAR BELAKANG PROJEK

4.1 Profil Persatuan Alumni ASWARA (Beringin).

( sila rujuk L​ AMPIRAN A​ )

5. PENGENALAN PROJEK

5.1 Pulang Ke Gagang

Projek Pulang Ke Gagang merupakan satu produksi yang akan


mempersembahkan tari tradisional melayu hasil koreografi tiga orang anak
muda yang juga merupakan graduan daripada Fakulti Tari, Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA. Produksi tersebut akan
dianjurkan oleh Persatuan Alumni ASWARA (Beringin) dan akan
dipersembahkan oleh tiga kumpulan tarian iaitu Dansa Fusion Kuala Lumpur
yang diketuai oleh Muhamad Zakwan Hafizie, Legasi Seni yang diketuai oleh
Yunus Zainailabidin dan AkarSeni Malaysia yang diketuai oleh Hazlami Harun.
Rata-rata ahli dalam setiap kumpulan tersebut merupakan golongan graduan
dan pelajar ASWARA yang mempunyai minat tinggi terhadap seni tarian
tradisional melayu. Hasil daripada tunjuk ajar ketiga-tiga koreografer tersebut
kumpulan ini terus bergerak maju kehadapan bersama tradisi seiring dengan
nama-nama besar di dalam industri.

Projek ini akan melibatkan sebuah acara yang berlangsung selama tiga hari di
Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre KLPAC. Projek ​Pulang Ke
Gagang i​ ni adalah satu inisiatif graduan untuk menghargai dan memperingati
lubuk ilmu atau tempat menuntut ilmu bagi ketiga-tiga koreografer dari
setiap kumpulan tersebut. Selain itu, dapat menunjukkan kepada masyarakat
umum atau golongan muda tentang perjalanan anak seni kelahiran ASWARA
ini setelah menamatkan pengajiannya di sini. ​Pulang Ke Gagang j​ uga
berkaitan dengan konsep persembahannya dimana ia merujuk kepada
generasi yang hidup pada zaman moden harus kembali kepada akar
tradisinya. Genre persembahan yang akan dilaksanakan ialah persembahan
tarian yang bergenre tradisi, kreasi dan juga kreatif. Sejurus dengan itu,

3
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

projek ini dapat mengangkat dan memartabatkan seni persembahan tari


tradisional melayu pada generasi muda kini serta menyumbang ilmu yang
dapat dikongsi dan difahami oleh semua masyarakat umum.

Produksi ini adalah satu-satunya acara kesenian unik yang menumpukan


kepada hasil koreografi dan persembahan dari kelompok kumpulan yang
berbeza. Menghimpunkan hampir seramai 36 orang penari muda dari latar
belakang yang berbeza di dalam satu produksi. Memperlihatkan hasil
koreografi dari tiga orang anak muda yang sentiasa menyertai pertandingan
luar di dalam satu produksi. ​Pulang Ke Gagang ini diharapkan agar dapat
membuka perkongsian ilmu pengetahuan tentang tari tradisional melayu
khususnya dan perkongsian pengalaman perjalanan graduan ASWARA
kepada masyarakat umum yang mungkin berminat untuk menyambung
pelajarannya disini serta juga sebagai tanda penghargaan kepada ASWARA
atas pendidikan yang diberi.

6. KOMPONEN PROJEK

Bil Perkara
1. Proses latihan/koreografi setiap kumpulan
2. Segmen 1
- Persembahan ketiga-tiga kumpulan berkonsepkan tradisi

3. Segmen 2
- Persembahan ketiga-tiga kumpulan berkonsepkan kreasi

4. Segmen 3
- Persembahan ketiga-tiga kumpulan berkonsepkan kreatif

5. Segmen 4
- Persembahan khas buat penggiat-penggiat seni tari tanah air
yang telah meninggal dunia (TRIBUTE).

4
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

7. TEMA & KONSEP

Tema Konsep
Kelestarian tari tradisional Melayu Tradisi, Kreasi & Kreatif

8. VISI & MISI

Visi Misi
Meningkatkan kesedaran dan Melaksanakan sebuah projek yang
tanggungjawab memelihara serta melibatkan golongan muda dalam
mengembangkan warisan budaya usaha memartabatkan seni dan
bangsa. budaya di Malaysia.

9. OBJEKTIF PROJEK

9.1 Memartabatkan seni tari tradisional melayu pada generasi muda.

9.2 Mengangkat kumpulan-kumpulan kebudayaan (seni tari) yang diterajui oleh


alumni-alumni ASWARA.

9.3 Mewujudkan sebuah platform untuk pencinta seni tari tradisional melayu
terutamanya golongan muda bagi meluahkan rasa minat dan keinginan untuk
membuat persembahan.

9.4 Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada


kebudayaan kebangsaan dan memperkaya serta mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.

9.5 Membantu dalam memperkembangkan keunikan seni tari tradisional melayu


kepada masyarakat Malaysia.

9.6 Meninggikan taraf dan mutu kesenian terutamanya seni tari tradisional
melayu.

5
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

10. RASIONAL PROJEK

Projek persembahan Pulang Ke Gagang ini berpotensi untuk memberi sumbangan


kepada perkembangan industri seni tari di Malaysia khususnya dalam bentuk
perkongsian ilmu pengetahuan baharu yang berkait rapat dengan konsep
edu-tainment dan edu-tourism malahan menjadi paradigma dalam segi konteks
silibus seni persembahan di Malaysia. Projek ini juga mampu menjadi sebuah produk
kesenian dari segi peningkatan sektor pelancongan, pendidikan, kebudayaan dan
hiburan masyarakat sejagat. Sehubungan dengan itu, projek ini bertujuan untuk
memberi peluang dan pendedahan kepada generasi muda terhadap seni tradisional
melayu khususnya dalam bidang seni tari supaya warisan budaya bangsa ini tidak
lapuk ditelan zaman.

11. PELAKSANAAN PROJEK

NAMA PROJEK “ Pulang ke Gagang “


Produksi Tari Tradisi Melayu

TARIKH
10 Disember 2020 ( Teknikal )
11, 12 dan 13 Disember 2020 (Persembahan)

MASA 10 Disember 2020 ( 10.00am – 12.00am )


11, 12 dan 13 Disember 2020 ( 8.30pm )
12 Disember 2020 ( 2.00pm )

TEMPAT Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre


KLPAC

SASARAN Penggiat seni / Alumni ASWARA


AUDIENS Pelajar sekolah
Pelajar Universiti
Masyarakat umum

6
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

12. JUALAN TIKET

Sepanjang empat sesi persembahan, penjualan tiket dilakukan dengan harga ​RM35
seorang penonton. Hasil penjualan tiket, keuntungannya akan dijadikan sebagai
modal untuk acara-acara kesenian yang seterusnya seperti bengkel tari di serata
semenanjung Malaysia dan kelas tari secara mingguan.

Tentatif Program

10 Disember 2020
KHAMIS

Masa Tentatif
9.30 pagi Calltime

10.00 pagi Penyediaan Teknikal


● Tatacahaya
● Audio
● Set Pentas
● Kostum
● Front of House (Pameran)

12.00 tengahari
Rehat ( Makan Tengahari )

1.00 petang Teknikal Kumpulan AkarSeni Malaysia


● Que Lighting
● Spacing /Blocking

3.00 petang
Teknikal Kumpulan Legasi Seni
● Que Lighting

7
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

● Spacing /Blocking
5.00 petang

Teknikal Kumpulan Dansa Fusion Kuala Lumpur


● Que Lighting
● Spacing /Blocking
7.00 malam

Rehat ( Makan Malam )


8.30 malam

Raptai Penuh
11.00 malam

Bersurai

8
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

11 Disember 2020
JUMAAT

Masa Tentatif
8.00 malam Panggung dibuka

8.30 malam Segmen 1 ( Tradisi )


● AkarSeni Malaysia – Zapin
● Legasi Seni – Inang
● Dansa Fusion – Joget

8.50 malam
Tayangan video montaj

9.00 malam Segmen 2 ( Kreasi )


● Akarseni Malaysia - Joget
● Legasi Seni - Zapin
● Dansa Fusion - Inang

9.20 malam
Persembahan Selingan ( Nyanyian )

9.30 malam
Segmen 3 ( Kreatif )
● Akarseni Malaysia - Inang
● Legasi Seni - Joget
● Dansa Fusion - Zapin

9.50 malam
Segmen 4 (Tribute)
10.00 malam
Finale dan Curtain Call
Tamat / Bersurai

9
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

12 Disember 2020
SABTU

Masa Tentatif
2.00 petang Panggung dibuka

2.30 petang Segmen 1 ( Tradisi )


● AkarSeni Malaysia – Zapin
● Legasi Seni – Inang
● Dansa Fusion – Joget

2.50 petang
Tayangan video montaj

3.00 petang Segmen 2 ( Kreasi )


● Akarseni Malaysia- Joget
● Legasi Seni - Zapin
● Dansa Fusion - Inang

3.20 petang
Persembahan Selingan ( Nyanyian )

3.30 petang
Segmen 3 ( Kreatif )
● Akarseni Malaysia - Inang
● Legasi Seni - Joget
● Dansa Fusion - Zapin

3.50 petang
Segmen 4 (Tribute)
4.00 petang
Finale dan Curtain Call

8.00 malam
Panggung dibuka

10
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

8.30 malam Segmen 1 ( Tradisi )


● AkarSeni Malaysia – Zapin
● Legasi Seni – Inang
● Dansa Fusion – Joget

8.50 malam
Tayangan video montaj

9.00 malam Segmen 2 ( Kreasi )


● Akarseni Malaysia - Joget
● Legasi Seni - Zapin
● Dansa Fusion - Inang

9.20 malam
Persembahan Selingan ( Nyanyian )

9.30 malam
Segmen 3 ( Kreatif )
● Akarseni Malaysia - Inang
● Legasi Seni - Joget
● Dansa Fusion - Zapin

9.50 malam
Segmen 4 ( Tribute )

10.00 malam
Finale dan Curtain Call

11
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

13 Disember 2020
AHAD

Masa Tentatif
8.00 malam Panggung dibuka

8.30 malam Segmen 1 ( Tradisi )


● AkarSeni Malaysia – Zapin
● Legasi Seni – Inang
● Dansa Fusion – Joget

8.50 malam
Tayangan video montaj

9.00 malam Segmen 2 ( Kreasi )


● Akarseni Malaysia - Joget
● Legasi Seni - Zapin
● Dansa Fusion - Inang

9.20 malam
Persembahan Selingan ( Nyanyian )

9.30 malam
Segmen 3 ( Kreatif )
● Akarseni Malaysia - Inang
● Legasi Seni - Joget
● Dansa Fusion - Zapin

9.50 malam
Segmen 4 ( Tribute )
10.00 malam
Finale dan Curtain Call
Tamat/Bersurai

12
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

13. SASARAN AUDIENS

Kehadiran audiens dianggarkan sebanyak 252 orang. Jumlah ini adalah berdasarkan
kapasiti ruang tempat duduk di dalam Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts
Centre KLPAC setelah dilakukan penjarakkan sosial. Audiens dibahagikan kepada 4
kluster utama iaitu penggiat dan aktivis seni tanah air, pelajar institusi pengajian
tinggi, pelajar sekolah dan masyarakat umum.

14. CADANGAN PUBLISITI DAN PROMOSI

MEDIA CETAK
Bil. Nama Media Strategi
1. Harian Metro Artikel disiarkan di ruangan
● Rencana

2. Berita Harian Artikel disiaran di ruangan


● Pendidikan
● Siswa

3. Kampus Uols Artikel disiarkan di ruangan


● Pendidikan
● Seni Persembahan

MEDIA INTERNET
Bil. Nama Media Strategi
1. Facebook ● Hebahan melalui akaun
Facebook ASWARA
official dan akaun
persatuan alumni.
● Penggunaan hashtag
#PulangKeGagang
#AlumniASWARA
#AswaraOnAir

13
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

#DansaFusion
#LegasiSeni
#AkarSeniMalaysia
● Hebahan melalui
Official Facebook Page
Dansa Fusion, Legasi
Seni dan Akarseni
Malaysia.

2. Instagram ● Penggunaan hashtag


● Hebahan melalui
ASWARA official dan
akaun persatuan
alumni.
● Hebahan melalui
official akaun
kumpulan

MEDIA ELEKTRONIK
Bil. Nama Media Strategi
1. TV1 Promosi di rancangan Selamat
Pagi Malaysia
2. TV3 Promosi di rancangan Malaysia
Hari Ini dan Borak Kopitiam
3. ASTRO Hebahan di slot berita AWANI
dan Slot DARAH MUDA
4. Radio Sinar FM Hebahan di slot Zon Aktiviti
Sinar
5. Radio Hot FM Liputan secara langsung
melalui Hot FM Zoomers

14
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

15. ANGGARAN DAN KOS PERBELANJAAN

Bil. Unit Jumlah (RM)


1. Unit Tenaga Produksi/Kreatif RM 38,200.00
2. Unit Sinografi RM 17,600.00
3. Unit Teknikal RM 45,000.00
4. Unit Percetakan dan Publisiti RM 5,900.00
5. Unit Pengurusan Logistik dan Kebajikan RM 7,200.00
6. Lain-lain keperluan RM8,340.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 122,240.00

( rujuk L​ AMPIRAN B​ bagi perincian kos perbelanjaan mengikut unit )

16. PENAJAAN DAN KORPORAT

Pihak kami dengan bangganya mengalu-alukan kepada pihak yang berkenaan atas
kesudian untuk memberi penajaan kepada kami untuk memastikan projek Pulang Ke
Gagang ini dapat diuruskan dengan jayanya. Secara langsung, ini dapat membuktikan

15
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

bahawa keprihatinan daripada pihak penaja juga amat penting untuk mengeratkan
lagi silaturrahim antara ahli-ahli korporat dalam bidang seni ini bagi memenuhi
hasrat tuntutan sosial dalam sesebuah organisasi tersebut. Seperti yang dinyatakan
di atas, kami amatlah berbesar hati untuk menerima sebarang tajaan yang berbentuk
dari segi berikut :

● Penajaan menyeluruh
● Penajaan Kewangan
● Penajaan Makanan dan minuman
● Penajaan Logistik
● Penajaan perkhidmatan

Berikut dilampirkan pakej-pakej penajaan :

BIL. FAEDAH PENAJAAN PENAJAAN UTAMA


RM30,000 - NEGO
1. Nama Program Tajaan Ya
2. Publisiti media secara langsung semasa Ya
memperomosikan projek.
3. Hebahan dan paparan di media sosial (Facebook Ya
dan Instagram)
4. Poster utama (bersaiz A1,A3,A4 & A5) Ya
5. Logo utama risalah Ya
6. Logo utama banner Ya
7. Logo utama backdrop Ya
8. Logo utama buku program Ya
9. Sokongan di Media dan Akhbar Ya
10. Logo utama baju T-Shirt rasmi Ya
11. Pemberian Cenderamata Ya
12. Informasi syarikat/individu dalam buku program Ya
13. Permohonan Pemotongan Cukai Ya

16
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

BIL FAEDAH PENAJAAN EMAS PERAK GANGSA


RM15,000-N RM10,000- RM5,000-
EGO NEGO NEGO
1. Promosi media sosial Ya Ya Ya
(Facebook dan Instagram)
2. Ruang logo poster Ya Ya Ya
3. Ruang logo risalah Ya Ya Ya
4. Logo banner Ya Ya Ya
5. Sokongan media dan Ya Ya Tidak
Akhbar
6. Logo utama baju T-Shirt Ya Tidak Tidak
rasmi
7. Cenderamata Ya Ya Ya
8. Informasi syarikat-individu Ya Ya Ya
dalam buku program
9. Permohonan pemotongan Ya Ya Ya
cukai

17
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

17. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Oleh hal yang demikian, diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan,
pertimbangan dan sokongan dari pihak berkenaan bagi menjayakan projek ini.
Perlaksanaan projek ​Pulang Ke Gagang ​agar dapat memberi impak positif terhadap
perkembangan seni persembahan khususnya bidang tari di Malaysia.

Dengan ini, diharapkan agar pelaksanaan projek ini mampu memberikan


pendedahan kepada golongan intelektual, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi
dan masyarakat sejagat untuk lebih memahami terma-terma di dalam bidang tari
khususnya. Seterusnya, ia dapat melestarikan seni tari tradisional melayu secara aktif
di Malaysia. Konklusinya, seni tari tradisional melayu harus dipergiatkan secara aktif
dikalangan golongan muda agar ia tidak ditepis oleh budaya-budaya dari luar yang
lebih mendominasikan kehidupan golongan muda kini. Di samping itu, projek ini
berharap agar dapat memelihara nilai estetika seni tari tradisional melayu agar ia
terus disebarkan dari generasi ke generasi yang lain.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh

18
‘’Pulang Ke Gagang” 2020

………………………………………………
(MUHAMAD ZAKWAN HAFIZIE BIN ZAKARIA)

Pengurus Produksi,

Pulang Ke Gagang.

19

You might also like