You are on page 1of 9

1

KERTAS KONSEP
KARNIVAL KESENIAN MURID 1MALAYSIA
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2011

Anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)
Kelolaan
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian(BKK)
dengan kerjasama
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

1. PENDAHULUAN

Karnival Kesenian Murid 1Malaysia(KKM1M) Sekolah Menengah dan Sekolah


Rendah telah dirangka untuk mengisi program berbentuk 1Malaysia Kementerian
Pelajaran Malaysia. Program ini telah dilaksanakan pada peringkat kebangsaan pada
7-10 November 2010 dan telah mendapat sambutan yang sangat baik. Pelbagai jenis
persembahan kebudayaan terbaik dari kesemua16 negeri telah berjaya dikumpulkan,
digilap dan diketengahkan melalui program ini. Program ini menitikberatkan
kepelbagaian persembahan dari setiap negeri dan penglibatan murid dari pelbagai
latar tempat, latar masyarakat, etnik dan kaum. Sambutan positif telah diterima dari
peserta dan masyarakat luar terutama semasa persembahan yang telah dibuat di
pusat membeli-belah iaitu Alamanda Shoping Mall dan Metro Kajang.

Program berbentuk karnival kesenian ini telah dilaksanakan pada peringkat


sekolah, peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Pada tahun ini
(2011) Bahagian ini bercadang untuk memperluaskan lagi program ini ke peringkat
lebih tinggi iaitu peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, program KKM1M
mengalu-alukan penyertaan murid dari negara luar terutama negara jiran kita bagi
mempamerkan kesenian dan kebudayaan mereka di sini. Program ini membolehkan
pihak kita memulakan penganjuran program kesenian bertaraf antarabangsa seperti
yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan berpegang kepada
visi Bahagian iaitu ’Memacu Kecemerlangan Kokurikulum dan Kesenian di Pelbagai
Peringkat Menjelang 2015’, BKK telah menyusun strategi perluasan program seperti
menghantar beberapa kumpulan kebudayaan sekolah menyertai festival-festival
Kesenian Kanak-kanak di peringkat antarabangsa dan kini telah tiba masanya
Malaysia melalui penganjuran KSM1M ini menjemput kumpulan kebudayaan sekolah-
sekolah peringkat antarabangsa untuk sama menyertai dan memeriahkan lagi karnival
pada tahun ini.

1
2

2. RASIONAL

Program berbentuk karnival kesenian ini mendapat sambutan yang baik dalam
kalangan murid dan semua negeri melaksanakan dengan baik. Program yang
dijalankan dapat meningkatkan bakat para peserta di samping membolehkan murid
memperolehi sijil penyertaan sebagai mengutip markah dalam bidang kokurikulum.
Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat program seumpama ini harus
diteruskan bukan sahaja ke peringkat kebangsaan malah ke peringkat antarabangsa
sebagai kelangsungan penilaian murid pada peringkat lebih tinggi lagi. Hasrat utama
ialah agar kemampuan murid dapat diteruskan tanpa halangan di mana-mana
peringkat.

3. OBJEKTIF

3.1 Memperagakan bakat serta potensi murid dalam kesenian dan


kebudayaan dalam pelbagai bidang.

3.2 Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan sebagai


khazanah dan warisan bangsa.

3.3 Membina sahsiah dan ketrampilan personaliti dan jati diri murid.

3.4 Memberi pengalaman murid mengadakan persembahan pada peringkat


yang lebih tinggi.

3.5 Memberi ruang penonjolan dan tumpuan murid kepada kesenian dan
kebudayaan berkonsepkan 1 Malaysia.

3.6 Mewujudkan semangat kerjasama dan kesefahaman kebudayaan antara


negara-negara jemputan antarabangsa.

3.7 Melonjakan kecemerlangan kemahiran kesenian untuk kebolehpasaran


tenaga kerja.

4. AKTIVITI :

4.1 CERAMAH DAN BENGKEL


Kemahiran Sosial
Seni Persembahan
Skrip Pengacaraan Majlis

4.2 PERSEMBAHAN DALAMAN :


Semarak Seni (Kumpulan 1)
Semarak Budaya (Kumpulan 2)

2
3

4.3 PERSEMBAHAN LUAR(Cadangan)


Berjaya Times Square
Sungai Wang Plaza
Lanai Warisan Seni, Jalan TAR
Pusat membeli belah utama di sekitar Kuala Lumpur
Pengisian persembahan dalam acara semasa (takwim TDC dan
sebagainya)

4.4 LAWATAN SAMBIL BELAJAR


Tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur

5. KONSEP & FOKUS PROGRAM TAHUN 2011

5.1 Berkonsepkan 'Enhancing Talent and Creativity' iaitu Membangunkan


Bakat dan Kreativiti murid dalam bidang kesenian dan kebudayaan
1Malaysia.

5.2 Berfokus kepada bengkel kesenian bidang seni muzik, seni tari, seni
teater, seni visual dan persembahan kesenian dan kebudayaan mengikut
pilihan Kementerian/Jabatan Pelajaran Negeri dan Sekolah Seni
Malaysia. Item kesenian dan kebudayaan tersebut digilap dan
dipersembahkan di pusat aktiviti dan kepada masyarakat umum di luar.

5.3 Setiap kontinjen perlu menyediakan murid seperti butiran di bawah :

5.3.1. Persembahan murid sekolah rendah(Kecuali SSeM)


5.3.2 Persembahan murid sekolah menengah
5.3.3 2 murid (1L/1P) sebagai juru acara majlis
5.3.4 JPN dipohon memilih kumpulan persembahan (unik dan eksotik)
berasaskan 4 bidang utama kesenian iaitu seni tari, seni teater,
seni muzik dan seni visual. Pemilihan bidang Kesenian yang
dicadangkan seperti di bawah:

Muzik/Tari
Muzik/Teater
Muzik/PSV
Tari/Teater
Tari/PSV
Teater/PSV

6. KUMPULAN SASARAN (MALAYSIA)

6.1 Persembahan setiap negeri disertai seramai 24 orang kecuali WP


Putrajaya dan WP Labuan hanya menghantar 12 orang (Rujuk Lampiran
Bilangan Peserta dan Cadangan Persembahan)
3
4

6.2 Penyertaan terdiri daripada gabungan murid sekolah rendah dan


menengah yang disertai oleh pelbagai kaum/etnik.

6.3 Program ini terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap
Jabatan Pelajaran Negeri (16 JPN) menghantar wakil (Rendah dan
Menengah) manakala Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru dan Sekolah
Seni Malaysia Kuching hanya menghantar murid menengah sahaja.

6.4 Setiap negeri perlu menghantar :

a) 2 orang guru pengiring (lelaki dan perempuan)


b) 1 orang jurulatih/pereka tari/tatarias.

6.5 Peserta setiap negeri boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja


atau campuran.

7. KUMPULAN SASARAN (ANTARABANGSA)

7.1 Persembahan setiap negara disertai seramai 15 orang iaitu 12 murid


dengan 3 pegawai/guru pengiring.

7.2 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah yang berumur 12


hingga 17 tahun.

7.3 Peserta setiap negara boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja


atau campuran.

8. TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM

8.1 Tarikh : 23 hingga 27 November 2011

8.2 Tempat Penginapan : Hotel di Kuala Lumpur

8.3 Tempat Aktiviti : Lanai Warisan Seni, Jalan TAR,


Berjaya Times Square,
Sungai Wang Plaza,
Masjid India
Amphitheatre Kompleks Kraf KL

8.4 Tetamu Kehormat : YAB Menteri Pelajaran Malaysia

4
5
9. JADUAL PROGRAM (TENTATIF)

Tarikh/ 5.30- 6.45- 7.30- 10.00- 1.00-


8.00-10.00 10.20-1.00 2.00-6.30 8.00-10.00
Masa 6.30 7.30 8.00 10.20 2.00 6.30-8.00
-Taklimat
23.11.2011 PENDAFTARAN MINUM -Housekeeping
Rabu 1. PERJALANAN DATANG KONTINJEN NEGERI PENGINAPAN PETANG -Ice Breaking

Bengkel Etika Lawatan Sambil Solat Lawatan Sambil


Ceramah/motivasi seni Belajar dan Maghrib Belajar dan
24.11.2011 Solat Senam Minum (Seni sebagai persembahan Makan aktiviti rekreasi di Dan aktiviti rekreasi di
Kudapan
Khamis Subuh Seni Pagi kerjaya) Tengahari luar Makan luar
Bengkel Skrip (Tempat menarik (Tempat menarik
pengacaraan sekitar KL) sekitar KL)
majlis
Bergerak ke Majlis
Kompleks Kraf KL Pembukaan
25.11.2011 Solat Senam Minum MINUM
untuk raptai Majlis Rasmi KKM1M di
Jumaat Subuh Seni Pagi Latihan persembahan kumpulan dan pengacaraan majlis PETANG
Pembukaan Rami Amphitheatre
Kom.kraf KL

26.11.2011 PERSEMBAHAN LUAR Refleksi


Sabtu
1.Persiapan ke Lokasi
-Lanai Warisan Seni, Jln.TAR
-E@Curve
-Masjid India
Solat Senam Minum
-Persembahan bergerak(Lori JKKN)
Subuh Seni Pagi
2.Bergerak ke lokasi
Jam 9.
3. Set up di lokasi
4. Persembahan bermula jam 10.30-2.00 petang
5. Balik ke Hotel jam 2.30petang

27.11.2011 Solat Senam Minum Majlis Penyampaian Hadiah Persiapan Makan


SELAMAT JALAN
Ahad Subuh Seni Pagi dan Cenderamata pulang Tengahari

5
6

10. Bilangan Peserta dan Cadangan Persembahan


Murid
GP/
Ren. Juru
Bil JPN Juru Jumlah SR SM
& acara
latih
Men.
1 Perlis 24 3 27 L P Muzik Tari
Tari Silat
2 Kedah 24 3 27 P L Tari Silat Muzik Silat
Muzik Silat
3 P.Pinang 24 3 27 P L Tarian Tanglung Teater Boria
4 Perak 24 3 27 P L Tarian Dabus Mini Kombo
Tari Zapin Fussion
5 Selangor 34 4 34 P L Teater
Tarian Cina
W.P K. Tarian Moden
6 34 4 34 P L Sape Lele
Lumpur Tarian Punjabi
W.P Muzik Jazz Pihak
7 24 3 27 P L Tarian 1Malaysia JPN/SSem
Putrajaya Band
Tari Randai Muzik boleh
8 N. Sembilan 34 4 34 P L menghantar
Tarian India Caklempong
murid dalam
9 Melaka 24 3 27 L P Tari Tradikon
bidang lain
10 Johor 24 3 27 L P Tari Teater sebagai
Tari – The tambahan tetapi
Muzik Band -
11 Pahang 24 3 27 L P Growth of maksimum
Kreatifestika
Desire murid mestilah
Muzik seramai yang
12 Terengganu 24 3 27 L P Tarian Gamelan ditetapkan.
Gamelan
Wayang
13 Kelantan 24 3 27 L P Boria
Wong
14 Sabah 24 2 27 L P Tari Etnik Muzik Etnik
15 Sarawak 24 2 27 L P Tarian Orang Ulu Muzik Sape
Rekoder &
16 W.P Labuan 24 3 27 L P Rekoder & Gerakan
Gerakan
SSM
17 24 2 27 L P
Kuching
SSeM J. PSV / The
18 24 3 27 P L
Bahru Nurse Band
JUMLAH 462 54 507

6
7

Bilangan Urus Setia

Bil Urus setia Jumlah


1 Murid Pembantu(krew) 20
2 Hakim / Penilai / 15
penceramah
3 KPM dan Urus Setia 25
JUMLAH 53

Jumlah Keseluruhan

Bil Peserta Jumlah


1 Murid ( 534 + 20 ) 554
2 Guru, Pegawai, Penceramah & Urus Setia 100
JUMLAH 654

11. Senarai Hadiah / Cenderamata / Saguhati / Sijil

11.1 Piala Anugerah

1. ANUGERAH 1 MALAYSIA
2. ANUGERAH P. RAMLEE
3. ANUGERAH PEWARIS BUDAYA BANGSA
4. ANUGERAH PERSEMBAHAN
5. ANUGERAH PENGHIBUR
6. ANUGERAH KREATIVITI
7. ANUGERAH KREASI BARU
8. ANUGERAH HARMONI
9. ANUGERAH KESEPAKATAN
10. ANUGERAH KOMPOSISI
11. ANUGERAH GUBAHAN MUZIK
12. ANUGERAH BUSANA
13. ANUGERAH TATARIAS
14. ANUGERAH PROPS
15. ANUGERAH DISIPLIN
16. ANUGERAH SETIAKAWAN
17. ANUGERAH GUBAHAN WARNA
18. ANUGERAH GETARAN JIWA
19. ANUGERAH ETNIK
20. 8 ANUGERAH RAKAN ASEAN

11.2 Cenderamata murid


11.3 Cenderamata Penilai, Fasilitator,
11.4 Cencderamata VVIP
11.5 Cenderamata JPN/SSeM/KPM
7
8

11.6 Sijil-sijil penyertaan dan penghargaan

12. Tindakan Jabatan Pelajaran, SSeM Johor Bahru dan SSeM Kuching
Sarawak

1. Memastikan Acara Persembahan yang hendak diketengahkan.


2. Menyenaraikan Nama Murid dan Guru Pengiring dan Pegawai Pengiring yang
akan hadir.
a. Menguruskan perjalanan pergi dan balik semua kontinjen
b. Semenanjung - Sewaan Bas
c. Sabah, Sarawak, Labuan & SSeM Kuching – Waran penerbangan :
i. Senarai peserta, guru, pegawai yang terlibat
ii. Sebut harga dari agensi penerbangan dan sijil pendaftaran
Kementerian Kewangan agensi tersebut
3. Memastikan persiapan kontinjen :
a. Mutu persembahan
b. Peralatan/ kostum persembahan
c. Kebajikan peserta sepanjang program

4. Semua murid, guru dan pegawai berkerjasama dalam semua urusan.

8
9

13. JADUAL MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN KARVIVAL KESENIAN MURID 1M

BULAN

BIL PERKARA OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
22-
1 PELAKSANAAN KARNIVAL
28

2 MESYUARAT JK PENGELOLA 5 14 18

3 MESYUARAT URUSETIA 23 4 10

MESYUARAT JK
4 15 19 10
PERSEMBAHAN

You might also like