You are on page 1of 11

Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama,

Blok Podium, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19,


47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

KERTAS KERJA

KEMBARA SEJARAH
‘THE LOST
KINGDOMS’
disediakan oleh:
Jawatankuasa Panitia Sejarah Sekolah Rendah,
PPD Petaling Utama, Selangor.

dengan kerjasama:

Persatuan Sejarah Malaysia


Cawangan Selangor.

0
KERTAS KERJA
PROGRAM KEMBARA SEJARAH ‘THE LOST KINGDOMS’

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan persetujuan pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama untuk melaksanakan Program Kembara
Sejarah - ‘The Lost Kingdoms’ peringkat negeri Selangor bertempat di Muzium
Negara.

2.0 LATAR BELAKANG


Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras yang
diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2014
sehingga kini. Sejak dari tahun 4, murid sudah mula berkenalan dengan mata
pelajaran ini yang dijadikan asas kepada mata pelajaran Sejarah sekolah
menengah. Mata pelajaran Sejarah adalah sangat penting kepada kita
terutamanya dalam aspek pembinaan negara bangsa dan memupuk jati diri yang
kukuh dalam kalangan generasi muda. Maka, tidak hairanlah pelbagai strategi
digunakan oleh pendidik demi memupuk minat yang tinggi murid terhadap mata
pelajaran Sejarah.
Menyedari hakikat itu, Jawatankuasa Mata Pelajaran Sejarah Sekolah
Rendah PPD Petaling Utama berhasrat untuk menganjurkan satu program yang
dinamakan Kembara Sejarah- ‘The Lost Kingdoms’ yang bertempat di Muzium
Negara. Pemilihan nama ‘The Lost Kingdoms’ adalah bersempena dengan pameran
yang sedang dijalankan oleh Muzium Negara pada masa kini. Pameran The Lost
Kingdoms memfokuskan kepada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu yang telah
hilang di bumi Nusantara ini.  
Selain daripada tumpuan kepada Galeri ‘The Lost Kingdoms’, program ini
juga turut merangkumi kajian di Galeri A dan B Muzium Negara. Hal ini adalah
kerana kandungan pameran yang sedang dijalankan oleh galeri-galeri ini adalah
bersesuaian dengan isi kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Sejarah Tahun 4 iaitu Kerajaan Melayu Awal (Tajuk 4).
Bagi menjayakan program kembara ini, pihak jawatankuasa penyelaras
sudahpun mengadakan perbincangan awal dengan pihak Muzium Negara dan
Persatuan Sejarah Malaysia. Hasilnya, Program Kembara Sejarah yang dirancang
ini akan mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak Persatuan Sejarah Malaysia
(Cawangan Selangor).     

1
3.0 RASIONAL
3.1 Pendedahan kepada murid mengenai Pembelajaran Luar Bilik Darjah
(PLBD) dengan aktiviti yang bermanfaat.
3.2 Memberi pengalaman baru kepada murid di tempat yang sinonim
dengan sejarah iaitu Muzium Negara.
3.3 Memberi peluang kepada murid merehatkan minda sambil belajar
secara tidak formal.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengetahui kepentingan sejarah sebagai satu disiplin ilmu.
4.2 Meneroka sumber-sumber sejarah yang ada di Muzium Negara.
4.3 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa
murid-murid sekolah supaya terus kekal sehingga dewasa.
4.4 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya
mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
4.5 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan aktiviti.
4.6 Memberi peluang kepada murid menjalani rehlah minda sambil belajar
secara santai sebagai salah satu daripada aktiviti Pembelajaran Luar
Bilik Darjah (PLBD) dan aktiviti yang berfaedah.
4.7 Mendekatkan lagi diri murid dengan merasai suasana Muzium Negara
dalam kaedah lawatan berpandu.

5.0 IMPAK
Melalui program yang dirancang ini, pihak jawatankuasa penganjur
mengharapkan beberapa impak yang diperoleh para guru dan peserta setelah
berakhirnya program. Para peserta diharap dapat;
5.1 Menilai warisan negara dalam konteks perkembangan peradaban dan
sejarah tamadun Malaysia dan dunia. Secara tak langsung kakayaan
peradaban ini dapat menerbitkan rasa bangga dalam kalangan anak
muda pewaris masa depan negara.

2
5.2 Menghubungkait PdPc sejarah terkini dengan aktiviti yang disusun. Hal
ini adalah kerana bahan pameran di Galeri A dan Galeri B Muzium
Negara yang disusun secara kronologi adalah seiring dengan
kandungan KSSR Tahun 4 dalam Tema Sejarah Awal Negara iaitu;
 SK 1.1: Mari Belajar Sejarah – Kemahiran Sejarah.
 SK 2.1: Zaman Air Batu.
 SK 3.1: Zaman Prasejarah.
 SK 4.1: Kerajaan Melayu Awal.

5.3 Para peserta berupaya mengaplikasikan asas Kemahiran Pemikiran


Sejarah (KPS) yang sebelum ini hanya diperoleh melalui teori di dalam
bilik darjah. Melalui program ini, peserta berupaya berfikir secara kritis
dan analitis terhadap sumber dan peristiwa sejarah. Antara Kemahiran
Pemikiran Sejarah yang terlibat ialah;
 Eleman Asas Sejarah.
 Konsep Masa.
 Susunan dan Konversi Masa.
 Signifikan Bukti.
 Imaginasi dan Empati.
 Isu dan Masalah Masa Lalu.
 Perbandingan Masa Lalu.
 Mencari Sumber.

6.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 8 April 2020.
Hari : Rabu
Tempat : Muzium Negara
Masa : 7.45 pagi – 2.00 petang.
Pengangkutan : Bas Sewa Khas

7.0 SASARAN
 Murid Tahun 4&5 di 17 buah sekolah perintis PPDPU & 3 buah
sekolah jemputan luar PPD.

3
8.0 BILANGAN PESERTA / GURU / JURULATIH.

SEKOLAH
Bil PERINCIAN KUANTITI JUMLAH
TERLIBAT
9.0 PENGISIAN
i. Peserta PPD Petaling Utama. 4 17 68
ii. Peserta Jemputan PPD Hulu Langat. 4 1 4
Peserta Jemputan PPD Kuala
iii. 4 1 4
Selangor.
iv. Peserta Jemputan PPD Kuala Langat. 4 1 4
v. Guru Pengiring merangkap Fasilitator. 1 17 17
Jurulatih dari PSMS
vi. (merangkap guru pengiring PPD Hulu 1 1 1
Langat)
Jurulatih Utama Kebangsaan MP
Sejarah
vii. 1 1 1
(merangkap guru pengiring PPD
Kuala Selangor)
Jurulatih Utama Daerah MP Sejarah
viii. (merangkap guru pengiring PPD 1 1 1
Kuala Langat)
Pegawai PPD & 2 Guru Besar
ix. - - 3
Pengerusi Jawatankuasa.
80 murid
+
JUMLAH 23 guru
=
103

9.1 Bagi menjayakan program Kembara Sejarah ini, pihak penyelaras telah
merancang beberapa aktiviti utama sebagai pengisian kepada program
ini. Aktiviti-aktiviti utama yang dicadangkan ialah;
9.1.1 Lawatan Berpandu.
Lawatan Berpandu ialah satu kaedah melawat muzium dengan
dipandu oleh pakar yang menerangkan setiap bahan pameran.
Slot ini akan dikendalikan oleh pihak kurator Muzium Negara.

8.1.2 Kajian & Penyelidikan Sumber.


Peserta diberi tugasan khas secara berkumpulan, dan mereka
dikehendaki menyelesaikan tugasan dengan membuat kajian di
dalam muzium. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh jurulatih dari
Persatuan Sejarah Malaysia serta dibantu oleh guru-guru
pengiring. Lokasi terlibat ialah Galeri A, Galeri B dan Galeri The
Lost Kingdoms.

4
 Galeri A memfokuskan kajian tentang Zaman Prasejarah.
 Galeri B memfokuskan kajian tentang Kerajaan Melayu
Awal.
 Galeri The Lost Kingdoms memfokuskan tentang
pengenalan jenis Sumber pertama dan penceritaan
kerajaan-kerajaan awal yang telah lenyap dari peta dunia.

8.1.3 Pembentangan
Aktiviti ini ialah penutup kepada kembara dimana para peserta
perlu membentangkan hasil dapatan mereka berdasarkan
tugasan yang diberikan.

9.0 SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT


BI Bilangan
Nama Sekolah
L Peserta
1 SK Damansara Jaya (2) 4
2 SK Satu Sultan Alam Shah 4
3 SK Sri Petaling 4
4 SK Seksyen 11, Kota Damansara 4
5 SJKC Yuk Chyun 4
6 SK Bukit Lanjan 4
7 SK Lembah Subang 4
8 SK Taman Megah 4
9 SJK(T) Seaport 4
10 SK Tropicana 4
11 SJKC Yuk Chai 4
12 SK Sungei Way 4
13 SK Seksyen 7, Kota Damansara 4
14 SK Sri Kelana 4
15 SJK(C) Puay Chai 4
16 SK Kampung Tunku 4
17 SJK(T) Viviekananda 4

18 SK Bukit Badong (PPD Kuala Selangor) 4


19 SK Ampang Campuran (PPD Hulu Langat) 4
20 SK Kanchong Darat (PPD Kuala Langat) 4
JUMLAH 80

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

5
PENASIHAT : Pn. Badieah binti Mustakin (PPD Petaling Utama)

PENGERUSI : En. Harun bin Othman (GB, SK Bukit Lanjan)

TIM. PENGERUSI : En. Zulkifli bin Noordin (GB SK Seksyen 7,KD)

PENYELARAS : En. Muhammad Syafiq b Md Zulkiflee


(SK Damansara Jaya 2)

SETIAUSAHA : Cik Salsabila binti Ramlan (SK Satu Sultan Alam Shah)

BENDAHARI : Pn. Husna Mahirah binti Hasan (SK Seksyen 11


KD)

AKTIVITI : En. Abdul Rais bin Othman (JU


Kebangsaan)
: En. Azril Nurman bin Abu Bakar (Bendahari PSMS)
: En. Mohd Hanif bin Mahpot (JU Kuala Langat)
: Pn. P. Manimala (SJKT Seaport)

PENGANGKUTAN : Pn. Ang Chin Li (SJKC Yuk Chai)

MAKANAN : En. Mohammad bin Mat Sana (SK Sungei Way)


: Cikgu A (SK Seksyen
7,KD)

KESELAMATAN/ : Pn. Elina binti Mohd Saleh (SK


Tropicana)
KECEMASAN : Cikgu B (SJK(C) Puay Chai)

PERALATAN : Pn. Gheetha (SK Sri Petaling)


: Pn. Ham Kiet Chan (SJKC Yuk Chyun)
: Cikgu C (SK Kampung Tunku)

DOKUMENTASI : Pn. Suzianah binti Abdul Talib (SK Bukit


Lanjan)
: Cikgu D (SK Sri Kelana)

PENDAFTARAN, : Pn. Azean binti Hashim (SK Lembah Subang)


SIJIL, HADIAH : Pn. A. Arokiamary (SK Taman Megah)
: Cikgu E (SJK(T) Viviekananda)

6
11.0 PERINCIAN TUGAS AHLI AWATANKUASA

BIL AJK PERINCIAN TUGAS


1. PENYELARAS  Menyelaras dan mengetuai program
 Muhammad Syafiq bin Md bermula dari perancangan, pelaksanaan
Zulkiflee dan pelaporan.
2. SETIAUSAHA  Membantu penyelaras dalam penyediaan
 Cik Salsabila binti Ramlan kertas kerja.
 Mencatat minit mesyuarat.
 Menguruskan hal ehwal surat menyurat
dan segala yang berkaitan dengan
Prosedur Operasi Standard (SOP).
3. BENDAHARI  Menguruskan kutipan bayaran
 Pn. Husna Mahirah binti penyertaan.
Hassan  Menguruskan keluar masuk wang
perbelanjaan.
 Mendokumentasikan lejar kewangan
termasuk resit-resit perbelanjaan.
4. AKTIVITI  Merancang aktiviti yang bersesuaian
 En. Abdul Rais bin seiring dengan peruntukan masa dan
Othman kesesuaian tempat.
 En. Azril Nurman bin Abu  Menguruskan pembahagian kumpulan
Bakar. murid yang seimbang mengikut pecahan
 En. Mohd Hanif bin sekolah, jantina dan kaum.
Mahpot  Menjaga dan mengawal disiplin peserta
 Pn. P Manimala sepanjang berada di lokasi program.
 Semua fasilitator
5. PENGANGKUTAN  Menguruskan tempahan bas sewa khas.
 Pn. Ang Chin Li  Berhubung dengan operator bas
mengenai maklumat perjalanan serta
masa.
6. MAKANAN  Menguruskan tempahan makanan untuk
 En. Mohammad bin Mat semua peserta dan Jurulatih/Fasilitator.
Sana  Menguruskan pembahagian makanan di
 Wakil SK S7, KD lokasi program.
 Semua fasilitator
7. KECEMASAN  Menyediakan peti pertolongan cemas.
KESELAMATAN  Memastikan kawalan keselamatan
 Pn. Elina binti Mohd Saleh peserta di lokasi program dengan
 Wakil SJK(C) Puay Chai bantuan guru-guru pengiring.
 Semua fasilitator
8. PERALATAN  Menyediakan peralatan yang diperlukan
 Pn. Gheetha sepanjang program berlangsung.
 Pn. Ham Kiet Chan
 Wakil SK Kampung Tunku
9. DOKUMENTASI  Mengambil gambar sepanjang program
 Pn. Suzianah binti Abdul berlangsung.
Talib  Membantu Penyelaras menyediakan
 Wakil SK Sri Kelana laporan selepas berakhirnya program.

7
10. PENDAFTARAN, SIJIL &  Menyediakan senarai nama peserta.
BANTING  Menguruskan pendaftaran peserta
 Pn. Azean binti Hashim sebelum bertolak ke lokasi program.
 Pn. A. Arokiamary  Menyediakan sijil kepada peserta.
 Wakil SJK(T)  Menguruskan hadiah (jika ada).
Viviekananda

12.0 TENTATIF PROGRAM


8 April 2020 ( Rabu )

7.45 pagi : Berkumpul di perkarangan PPD Petaling Utama.

8.15 pagi : Bertolak ke Muzium Negara dengan menaiki bas sewa khas.
8.45 pagi : Tiba di Muzium Negara
9.00 pagi : Lawatan Berpandu ke Pameran The Lost Kingdoms.
10.00 pagi : Tugasan Kembara di Galeri A dan Galeri B Muzium Negara.
11.00 pagi : Eksplorace / Pembentangan
12.30 tgh : Majlis Penutup dan penyampaian sijil.
1.15 petang : Makan Tengah hari
1.40 petang : Bertolak Pulang.

13.0 KEWANGAN (SUMBER DAN PERBELANJAAN)

BIL SUMBER KEWANGAN SEUNIT KUANTITI JUMLAH

Kutipan tunai daripada peserta


1. RM 50.00 68 orang RM 3400.00
PPD Petaling Utama
Kutipan tunai daripada peserta
2. RM 30.00 12 orang RM 360.00
PPD jemputan
JUMLAH RM 3760.00

BI
PERBELANJAAN SEUNIT KUANTITI JUMLAH
L
1. Pengangkutan –bas sewa khas RM 500.00 2 buah RM 1000.00
2. Makan pagi & tengah hari RM 9.00 103 orang RM 927.00
3. T-Shirt Peserta RM 12.00 80 orang RM 960.00
4. Banting RM 100.00 1 RM 100.00
5. Sijil RM 2.00 103 orang RM 206.00
6. Tiket RM 2.00 103 orang RM 206.00
7. Alat tulis / peralatan aktiviti - - RM 361.00
JUMLAH RM 3760.00

8
14.0 PENUTUP
Diharapkan Program Kembara Sejarah –‘The Lost Kingdoms’ ini dapat
direalisasikan agar murid-murid di daerah Petaling Utama dapat merasai
pengalaman baharu yang tidak mungkin dapat diperoleh di dalam bilik darjah.
Seiring dengan transformasi kaedah pembelajaran yang semakin mencabar
dari sehari ke sehari, maka besarlah harapan agar program kembara ini dapat
memberi impak yang besar kepada kita semua serta mencapai objektif yang
telah ditetapkan.

Dokumen ini disediakan oleh:

.............................................................................
(EN. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MD ZULKIFLEE)
Penyelaras,
Program Kembara Sejarah – ‘The Lost Kingdoms’
PPD Petaling Utama, Selangor

SEMAKAN DAN KELULUSAN


DISEMAK OLEH: DILULUSKAN OLEH:

........................................................ ............................................................
(PN. BADIEAH BINTI MUSTAKIN) (PN. MARPUATON BINTI SASTERO)
Pegawai SISC+ (Sains Sosial) Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama, Selangor.
Petaling Utama, Selangor.

9
10

You might also like