You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

PROGRAM BUDAYA FEST “FESTIVAL BUDAYA DAN KEUSAHAWANAN”


JABATAN PENGAJIAN BUDAYA VISUAL, FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA

TARIKH:

12 November 2019

TEMPAT:

Galeri Gesturz, UiTM Puncak Alam

ANJURAN:

SEMESTER 05, JABATAN PENGAJIAN BUDAYA VISUAL

FAKULTI SENI LUKIS &SENI REKA (FSSR)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS PUNCAK ALAM


1.0 LATAR BELAKANG

Budaya Fest “Festival budaya dan keusahawanana” merupakan aktiviti di luar bilik
kuliah bagi pelajar (Semester 5) Sarjana Muda Pengajian Budaya Visual, Fakulti Seni
Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam, Selangor.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar skop
tugasan subjek VCS601, JabatanPengajianBudaya Visual.

Sehubungan dengan itu, program ini berinspirasikan identiti, budaya dan warisan
Melayu bagi memenuhi syarat yang diperlukan untuk kursus VCS 601 (Preservation
and Promotion of Malay Heritage Culture) dimana ilmu yang diperoleh secara visual
dan praktikal boleh digunakan di dalam bilik kuliah.

Pembelajaran melalui program ini adalah menjurus kepada aspek mengenali dan
mempelajari estetika budaya dan warisan Melayu serta mempromosikan dan
memelihara warisan budaya Melayu itu sendiri. Program ini memberi penekanan
kepada pendekatan antara displin dalam memahami kaedah perlaksanaan,
pengaruh dan elemen-elemen yang berkaitan dengan memelihara seni, budaya dan
warisan dalam kalangan masyarakat.

Program ini secara tidak langsung dapat membentuk pelajar yang berdisiplin,
proaktif, memupuk sifat keusahawanan dan memperkukuhkan kecintaan terhadap
seni, budaya dan warisan masyarakat Melayu.

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon kelulusan (tanpa najet)
untuk mengadakan program Budaya Fest “Festival Budaya dan Keusahawanan”
bagi memenuhi syarat yang diperlukan untuk kursus VCS 601 (Preservation and
Promotion of Malay Heritage Culture).

3.0 ANJURAN

Pelajar semester 5 AD232 Jabatan Pengajian Budaya Visual, Fakulti Seni lukis & Seni
Reka (FSSR), Universiti Teknologi Mara, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.

4.0 CADANGAN LOKASI

Galeri Gesturz, Fakulti Seni lukis &Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi Mara, UiTM
Kampus Puncak Alam, Selangor.

5.0 OBJEKTIF MENGADAKAN PROGRAM

Butiran penganjuran programadalah seperti berikut:

a) Mengenali dan mempelajari estetika budaya dan warisan Melayu serta


mempromosikan dan memelihara warisan budaya Melayu itu sendiri.

b) Memberi penekanan kepada pendekatan antara displin dalam memahami


kaedah perlaksanaan, pengaruh dan elemen-elemen yang berkaitan
dengan memelihara seni, budaya dan warisan dalam kalangan
masyarakat.

c) Menjana mahasiswa yang lebih proaktif dan kreatif menerusi kerjasama


dan interaksi antara pelajar dan juga masyarakat sekeliling.

d) Memberikan kesedaran dan memupuk sifat keusahawanan dalam diri


pelajar di samping melatih kepimpinan pelajar.
e) Memupuk dan meningkatkan kemahiran insaniah.

5.0 JENIS PROGRAM

Kebudayaan dan Warisan & Keusahawanan

6.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi serta Masyarakat


Setempat.

7.0 TARIKH & TEMPAT

12 November 2019 (Galeri Gesturz, UiTM Puncak Alam)

8.0 SENARAI NAMA PELAJAR SEMESTER 05 AD232 JABATAN PENGAJIAN


BUDAYA VISUAL

LAMPIRAN 1

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

LAMPIRAN 2

10.0 TENTATIF PROGRAM

LAMPIRAN 3

11.0 KESIMPULAN

Melalui program ini dapat memberi peluang dan pengalaman baharu kepada para
pelajar untuk mempromosikan estetika budaya dan warisan Melayu selain
meningkatkan prestasi kemahiran keusahawanan, insaniah serta kemahiran
komunikasi dengan masyarakat. Di harapkan melalui program ini juga dapat
memberi input yang berguna mengenai kesenian, budaya dan warisan serta dapat
memberi pengetahuan yang baharu kepada para pelajar pengajian budaya visual
supaya mampu berdikari dan lebih bersemangat ketika menjalankan tugasan.
Semoga program ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka serta
pengalaman ke arah kecemerlangan.

Disediakan Oleh :

(NAMA)
Setiausaha Program
Program Budaya Fest “festival Budaya dan Keusahawanan”

Disemak & Disunting Oleh :

(SITI HUMAIRA BINTI RAMLI)


Pensyarah Subjek VCS 601 (Preservation and Promotion of Malay Heritage Culture )

Disahkan Oleh :

(NABILAH BINTI MUDZAFFAR)


Koordinator
Jabatan Pengajian Budaya Visua

Diluluskan Oleh :

(PROF. MADYA DR. RUSLAN BIN ABDUL KARIM)


Dekan,
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR)
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA PELAJAR SEMESTER 5 AD232

JABATAN PENGAJIAN BUDAYA VISUAL


LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

i) PERBELANJAAN – kadar yang diluluskan


Jumlah (RM)
Elaun Makanan (untuk aktiviti program)
1 Minum Pagi RM 3.00 X 42 bil peserta X RM 126.00
1 hari
2 Makan Tengahari RM 6.00 X 42 bil peserta X RM 252.00
1 hari

3 Minum Petang RM 3.00 X 42 bil peserta X RM 126.00


1 hari

4 Jamuan Makan (VIP) RM 12.00 X 20 orang RM 240.00

B) Percetakan
C)Publisiti
1 Kain Rentang/ Banner RM 150.00
Gambar dan Laporan RM 50.00

2. Backdrop RM 200.00
3. Cenderamata (Perasmi, VVIP dan jemputan luar) RM 200.00

HONORIUM (Ceramah)
Kump. Pengurusan & Profesional (Gred 45&52) RM 150.00
JUMLAH RM
1494.
00
Nota: Kadar bayaran berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 tahun 2005

LAMPIRAN 3

PROGRAM
BUDAYA FEST “FESTIVAL BUDAYA DAN KEUSAHAWANAN”
TARIKH : 12 NOVEMBER 2019

MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

TEMPAT : GALERI GESTURZ, UITM PUNCAK ALAM

TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI NOTA

12/11/2019 8:30 pagi Pendaftaran Pelajar / Jemputan Luar

(Selasa) 8:45 pagi Ketibaan Pensyarah & Ketibaan VVIP

9:00 pagi Ketibaan Dekan Fakulti Seni Lukis &


Seni Reka, Prof. Madya Dr.Ruslan Bin
Abdul Rahim

Ketibaan perasmi

10:00 pagi Nyanyian lagu Negaraku & Wawasan


Setia Warga UiTM

10:15 pagi Bacaan doa

10:20 pagi 1) Ucapan pembukaan oleh


Koordinator Jabatan Pengajian Budaya
Visual, Puan Nabilah Binti Mudzaffar

2) Ucapan alu-aluan oleh Dekan


Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Prof.
Madya Dr.Ruslan Bin Abdul Rahim

10.45 pagi Ucapan Perasmian

11.00 pagi Perasmian Budaya Fest oleh perasmi

11.05 pagi Persembahan Kebudayaan

11.20 pagi Majlis penyampaian cenderahati

11.30 Lawatan bermula bersama VVIP dan


tengah para tetamu
hari

12:30 Makan tengahari


tengah
hari

2:00 Aktiviti Budaya Fest berlangsung


petang

5:00 Program tamat


petang

You might also like