You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI UMRAH MALAYSIA

ANJURAN

FACULTY INTERNATIONAL STUDIES

KERJASAMA

PERTUBUHAN SUARA BELIA, INNOVATIVE


INTERNATIONAL COLLEGE, MALAKAT MALL, BRAINY
BUNCH

TEMPAT

MALAKAT MALL, CYBERJAYA

TARIKH

17 HINGGA 19 NOVEMBER 2023


1.0 PENGENALAN

Kolej Antarabangsa Inovatif merupakan satu institusi pengajian tinggi yang


mana telah menawarkan banyak program yang terkenal di peringkat diploma
antaranya ialah Diploma Pengurusan Haji & Umrah kepada pelajar lepasan SPM
yang bertempat di Kelana Jaya. Fokus utama penubuhan Kolej Antarabangsa Inovatif
adalah untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi kearah yang lebih berinovasi
dan kreatif bukan sahaja dalam bidang akademik dan kerjaya bagi merealisasikan
dalam permintaan industri semasa.

Your Education Guidance (YEG) merupakan salah satu kolaborasi dengan


pihak kolej dalam menyalurkan calon-calon pelajar serta menjadi rakan kongsi
bersama bagi menjadi pemudahcara untuk memastikan Institusi Pengajian Tinggi ini
berkembang dan menepati kriteria MQA.

Seterusnya, Program Hari Umrah Malaysia julung kalinya berlangsung di


Malakat Mall, Cyberjaya pada 17 hingga 19 November 2023. Program ini bertujuan
untuk memberi peluang kepada masyarakat dan memberi pendekatan secara lebih
mendalam berkaitan dengan proses pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah. Selain itu,
program ini juga memberi peluang besar terhadap Agensi Syarikat Pelancongan
yang menyediakan perkhidmatan Haji dan Umrah untuk mempromosikan pakej yang
disediakan oleh pihak mereka.

2
2.0 ISU TERKINI BERKAITAN HAJI DAN UMRAH

Ramai dalam kalangan mangsa penipuan pakej umrah telah muncul di kaca
televisyen dan di dada akhbar membuktikan aktiviti penipuan pakej umrah yang
semakin berleluasa. Penipuan pakej umrah telah menjadi sindiket di negara
Malaysia dengan pelbagai kaedah penipuan yang digunakan antaranya
menggunakan pengaruh artis, kaedah Multi-Level Marketing (MLM) dan sebagainya.
Tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat adalah antara faktor
yang menyumbang kepada aktiviti penipuan ini. Islam telah menggariskan peraturan
yang jelas berkenaan aktiviti perniagaan yang halal di sisi syarak. Justeru statistik
data menunjukkan bahawa 105 laporan polis telah dibuat dengan kerugian RM3.93
juta berkaitan dengan penipuan pakej umrah melalui ejen-ejen yang tidak sah.
Penipuan pakej umrah menyebabkan ramai calon umrah terkandas di lapangan
terbang malahan ada juga yang kerugian beribu-ribu ringgit di atas tempahan
kepada pihak pengandali pakej umrah yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti
penipuan ini mendatangkan kesan buruk kepada industri pelancongan dan umrah
serta mempamerkan imej negatif kepada agama Islam.

3.0 MATLAMAT PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memberikan input kepada mahasiswa dan


mahasiswi berkaitan dengan pendedahan awal berkenaan bidang pekerjaan di
dalam agensi umrah dan haji dan merupakan salah satu langkah awal khusus bagi
pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah sebelum menceburi alam pekerjaan
serta berpeluang diserap awal dalam agensi untuk latihan industri terutama sekali
bagi mahasiswa dan mahasiswi semester 5 dan 6.

Program Hari Umrah Malaysia ini juga berhasrat dapat mendedahkan para
mahasiswa dan mahasiswi tentang pengetahuan, berkaitan pentingnya ilmu sirah
umrah dan haji dalam bidang pengurusan umrah dan haji. Selain itu, program ini
juga turut memberikan peluang kepada syarikat-syarikat agensi pelancongan yang
terlibat untuk mempromosikan pakej-pakej yang disediakan oleh mereka.

3
4.O OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Mempromosikan pakej Haji dan Umrah yang selamat.

4.2 Memberikan peluang untuk menjadi pakej dalam Kalendar MOTAC

4.3 Mempromosikan keusahawanan belia bersama komuniti setempat.

4.4 Menggalakkan pendedahan dan peluang pekerjaan oleh agensi haji dan
Umrah.

4.5 Pendedahan ilmu pengetahuan tentang pelaksanaan haji dan umrah


dalam masyarakat umum.

5.0 MAKLUMAT TENTATIF PROGRAM

Nama Program : Program Hari Umrah Malaysia


Tempat Program : Malakat Mall, Cyberjaya
Tarikh Program : 17 Hingga 19 November 2023

Sasaran Peserta : Umum, Pelajar Pengurusan Haji Dan Umrah (416 pelajar),
Kanak-Kanak dari Tadika Brainy Bunch

Anjuran Bersama : Innovative International College


Malakat Mall
Pertubuhan Suara Belia
Brainy Bunch
27 Agensi Pelancongan

Tetamu Kehormat Dicadang:

1. YB Khairul Firdaus Bin Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni


Dan Budaya)
2. Prof. Dr. Mohd Zaher Bin Mohd Zain (Vice Chancellor)
3. Coach Fadzil Hashim (Founder & President)
4. Muhammad Haris Mohd Ismail (PU) / Mohamad Amirul Amin Maula Lokman
Hakim (PU) / Sheikh Dr. Omar Kalash / Badrul Sani (Abg Badr)

4
Perasmi Dicadang:

1. YB Khairul Firdaus Bin Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni


Dan Budaya)
2. Coach Fadzil Hashim (Founder & President)
3. Encik Nizran Noordin (Pengarah Islamic Tourism Centre)

Tetamu: Alumni Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah

6.0 TENTATIF PROGRAM

17 November 2023 (Hari Pertama)

MASA PERKARA

3:00 p.m Majlis Perasmian Hari Umrah Malaysia

Ketibaan VIP / Tetamu Kehormat

3:45 p.m Nyanyian lagu Negaraku

Bacaan ikrar Rukun Negara

Bacaan doa (Ustaz Al-Aswa)

4:00 p.m Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat:

Coach Fadzil Hashim (Founder & President)


Prof. Dr. Mohd Zaher Bin Mohd Zain (Vice Chancellor)

4:30 p.m Rehat dan Solat Asar

5:30 p.m Pameran dan promosi dari pihak agensi pelancongan

8:00 p.m Ceramah Perdana daripada PU Riz / PU Amin

9:00 p.m Bersurai – hari pertama

5
18 November 2023 (Hari Kedua)

MASA PERKARA

10:00 Pertandingan Mewarna Brainy Bunch


a.m

11:30 Persembahan Nasyid Brainy Bunch


a.m

12:30 Forum Perdana dari Wakil Pelajar Dhumy (Saudara


p.m Azlie)

1:30 p.m Solat Zohor dan Rehat

2:15p.m Pertandingan Usrah Pelajar

4:15 p.m Solat Asar dan Rehat

5:30 p.m Penyampaian Hadiah

Persembahan Nasyid dari Wakil Pelajar Dhumy

7:15 p.m Solat Maghrib dan Rehat

8:00 p.m Forum Perdana

9:00 p.m Bersurai – Hari Kedua

19 November 2023 (Hari Terakhir)

MASA PERKARA

10:00 a.m Majlis Penutupan Hari Umrah Malaysia

Ketibaan para pelajar dan tetamu

10:30 a.m Ketibaan VIP

10:45 a.m Ucapan Penutupan dari YB Khairul Firdaus


(Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya)

11:00 a.m Penyampaian Hadiah Cenderahati untuk VIP

11:15 a.m Penyampaian Hadiah dan Cenderahati kepada


pihak agensi pelancongan

1:00 p.m Penutup – bersurai hari terakhir

6
7.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN
- Lampiran A

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN


- Lampiran B

9.0 SENARAI AGENSI PERLANCONGAN


- Lampiran C

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat diberikan sokongan dan juga kerjasama
daripada semua pihak agar dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai
matlamat program. Selain itu, penglibatan pelajar dan pihak pengurusan Fakulti
Pengajian Antarabangsa amat dihargai serta berharap dengan adanya program
tersebut dapat memupuk semangat dakwah islamiah dan kerjasama sebagai muslim
sejati bagi menengakkan Islam hingga ke persada antarabangsa.

Oleh itu, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak
pengurusan Tuan/Puan kerana memberi laluan kepada kami menjalankan program
ini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera iaitu saudara
Mohamad Azlie (018-578 7096) atau saudari Nurul Nabilah (013-6133854).

Disahkan Oleh,

______________________

PUAN NUR ADILLAH BINTI ABDUL RAHMAN


Timbalan Dekan
Fakulti Pengajian Antarabangsa
Kolej Antarabangsa Inovatif

7
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PERLAKSANAAN

PENASIHAT PROGRAM : Tuan Adzhar Bin Mohd Noor


(Group Executive Director Malakat Mall)
TIMB. PENASIHAT PROGRAM : Puan Nur Adillah Binti Abdul Rahman
(Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa)

PENGARAH PROGRAM : Puan Nadhilah Binti Muhammad Razak (FIS)


Tuan Muhammad Yassir Arafat (Suara Belia)
Mohamad Azlie Bin Jamil
TIMB. PENGARAH PROGRAM : Cik Irdina Anis Binti Mustaffa (FIS)
Tuan Muhammad Danial Iskandar (Suara Belia)
Nur Fatini Binti Mohamad Fauzi
SETIAUSAHA PROGRAM : Nurul Nabila Binti Ibrahim
TIMB. SETIAUSAHA : Farah Yusrina Binti Muhamad Yaacob
BENDAHARI : Nur Aina Farhanah Binti Mohd Fazli
KETUA PENERANGAN : Muhammad Miqdad Bin Zulkifli
Mukhriz Bin Norazmi

JAWATANKUASA

AJK TAJAAN : Nurul Hanan Hayati Binti Rozman


Siti Nur Amirah Binti Nawi
AJK PERHUBUNGAN AWAM : Puan Saridawati Bt Mohd Sobri (Malakat Mall)
Puan Nur Hafiza Binti Mohamad Jamhari
(Malakat Mall)

8
Tuan Norden Mohamed (Malakat Mall)
Muhammad Aisar Hazim Bin Rozmi Hisham
Tia Latiffa Binti Abdullah
AJK MAKANAN & MINUMAN : Muhammad Amir Zakwan Bin Zulkiflie
EMCEE & MODERATOR : Muhammad Aiman Akmal Bin Ismail
Nur Aina Farhanah Binti Mohd Fazli
AJK TEKNIKAL : Muhammad Khairin Hakim Bin Mohd
Shuhairi
: Muhammad Haikal Bin Roslan
Elie Zulhelmy Bin Azhari
AJK PROTOKOL : Nur ‘Azimah Binti Jumat
Muhammad Khunais Al-Juwaini Bin Nazri
AJK PENGIRING : Nur Fatin Maisarah Binti Amir Hamzah
Maisarah Binti Hanif
Dani Muqry Bin Mohd Fairuz
Muhammad Zafarul Zikri Bin Noordin
AJK HADIAH/CENDERAHATI : Nur A’ain Farah Najihah Binti Sha’rom
Sofia Husna Binti Rahmat
AJK MEDIA : YEG Academy
Tuan Arif Mustaqim Ikmal (Malakat Mall)

9
LAMPIRAN B

BIL PERKARA HARGA(RM)


1. MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK 3 HARI

-VVIP (5 ORANG X RM 15) RM 225.00

-URUS SETIA (27 ORANG X RM 8) RM 680.00

-27 TRAVEL AGENCY (4 ORANG X RM 8) RM 96.00

2. BANNER (2 UNIT X RM 90) RM 180.00

BUNTING (1 UNIT X RM 100) RM 100.00

3. HADIAH

-CENDERAMATA (SIJIL + FRAME)


(RM10 X 27 TRAVEL AGENCY) RM 270.00

-CENDERAHATI VVIP (PLAQUE)


(RM25 X 5 ORANG) RM 125.00

-PERTANDINGAN USRAH PELAJAR

(TEMPAT PERTAMA RM 50)

(TEMPAT KEDUA RM30)

TEMPAT KETIGA RM 20) RM 100.00

-PERTANDINGAN MEWARNA

(TEMPAT PERTAMA RM 50)

(TEMPAT KEDUA RM30)

TEMPAT KETIGA RM 20) RM 100.00

JUMLAH RM 1876.00

10
LAMPIRAN C

BIL NAMA AGENSI

1 MIMM TRAVEL & TOURS

2 AL-HARAMAIN TRAVEL & TOURS

3 ALAM SHAH TRAVEL & TOURS

4 JUARA TRAVEL & TOURS

5 MADINI TRAVEL & TOURS

6 NAWWARAH TRAVEL & TOURS

7 NRZ TRAVEL & TOURS

8 SAMA TRAVEL & TOURS

9 SIMPLY TRAVEL & TOURS

10 UKHWAH HARMONI TRAVEL & TOURS

11 GLOCAL TRAVEL & TOURS

12 KEMBARA MUKMIN TRAVEL & TOURS

13 SUFFAH TRAVEL & TOURS

14 ABEEL TRAVEL & TOURS

15 NARSCO TRAVEL & TOURS

16 ASSHAMIS TRAVEL & TOURS

17 SALAM HIJRAH TRAVEL & TOURS

18 FAQIH TRAVEL & TOURS

19 TENAGA INSAN TRAVEL & TOURS

11

You might also like