You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT BIL.

1/2021
PROGRAM BICARA SENI TARI : KEPELBAGAIAN TARIAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA
Tarikh: 22 JUN 2022
Jam: 9.00 MALAM
Tempat: APLIKASI WHATSAPP

YANG HADIR :

Nur Syazwani Binti Mohd Rosli - Ketua Projek

Wan Nurfarah Izzati Binti Hishamuddin - Penolong Ketua Projek

Nurin Qistina Binti Mohd Faizal - Setiausaha

Nur Syamimi Athira Binti Abdul Aziz - Bendahari

Puteri Syafiqah Syazwa Binti Khairuddin - AJK Teknikal

Mohammad Hairie Syafiq Bin Rosdi - AJK Program

Mohammad Azri Hakim Bin Mohd Zali - AJK Multimedia

Afifah Husna Binti Ahmad - AJK Protokol

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN:


Tiada

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN

Nur Syazwani Binti Mohd Rosli selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
yang hadir pada mesyuarat JK Program Bicara Seni Tari: Kepelbagaian Tarian Tradisional Kaum di
Malaysia. Bil.1/2021 pada kali ini. Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini dijalankan
untuk membincangkan tentang tema dan konsep serta membincangkan perancangan dan pelaksanaan
program yang akan dilaksanakan. Pengerusi juga menyatakan hasratnya kepada jawatankuasa agar
sentiasa saling membantu dan berharap agar jawatankuasa bekerjasama dalam memberi komitmen
sepanjang pelaksanaan progam.

2.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

2.1 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG


Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan damai walaupun penduduk tempatannya
berbeza dari segi kaum, budaya dan agama. Melalui perbezaan dan keunikan tersebut, membuatkan
kebudayaan Malaysia bervariasi dan menarik misalnya dalam seni tarian. Hal ini dikatakan demikian
kerana, setiap kaum di Malaysia mempunyai tarian tradisi kaum tersebut misalnya kaum Melayu dengan Tarian
Zapin, kaum Cina dengan Tarian Naga dan Kaum india dengan Tarian Bharata Natyam. Oleh itu, Program
Bicara Seni Tari: Kepelbagaian Tarian Tradisional Kaum di Malaysia akan dianjurkan oleh para pelajar
daripada kursus LMCZ4214 Pengurusan Seni 1 bagi menyebarkan ilmu keunikan seni setiap kaum di
Malasyia dalam kalangan generasi muda agar seni tari tidak lenyap di masa hadapan.
2.2 OBJEKTIF
Objektif program seperti berikut:

 Menyediakan wadah kepada mahasiswa untuk mempraktikkan ilmu tentang seni tari
tradisional di Malaysia
 Menimba pengalaman dalam mengendalikan program kesenian dalam bidang tarian
tradisional.
 Mempromosikan seni budaya dan warisan kepada masyarakat setempat.
 Menerapkan budaya kesenian kepada mahasiswa dan masyarakat.

2. 3 ANJURAN
Program Bicara Seni merupakan anjuran Mahasiswi pelajar LMCZ 4212 Pengurusan Seni 1
Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.4 TARIKH DAN MASA


Program Bicara Seni ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 14/7/22
Masa : 2 Petang

2.5 TEMPAT PROGRAM


Program dilaksanakan di atas talian melalui aplikasi Microsoft Teams.

2.6 PENGLIBATAN AHLI-AHLI KURSUS


Moderator 1 orang
Jumlah Panel 3 orang
Jumlah Kru Disebalik Tabir 4 orang

2.7 FORMAT PROGRAM


Program dilaksanakan secara informal.

2.8 PENUTUP
Melalui program bual bicara ini diharapkan agar generasi kini mewujudkan semangat
cinta akan budaya seni tanah air dan para pelajar dapat mempelajari teknik-teknik asas
dalam tarian serta mengaplikasikan di majils keramaian ataupun pertandingan.

3.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

3.1 Mesyuarat telah bersetuju perlantikan AJK seperti berikut :-

Penaung - Prof.Ts. Dato’DR. Mohd Ekhwan Hj Toriman


Naib Canselor UKM

Penasihat I - YBhg. Prof Dr. Mohammad Kassim


Timbalan Naib Canselor (HEPA)

Penasihat II - Prof.Madya Dr Mohd Samsudin


Pengarah Pusat Kebudayaan UKM

Penyelaras /Pengerusi - Puan Hazelina Ghazaly


Pegawai Kebudayaan UKM
Pengarah Projek - Nur Syazwani Binti Mohd Rosli

Timbalan Pengarah Projek - Wan Nurfarah Izzati Binti Hishamuddin

Setiausaha - Nurin Qistina Binti Mohd Faizal

Pengurus Multimedia - Puteri Syafiqah Syazwa Binti Khairuddin

Pengurus Promosi - Nur Syamimi Athira Binti Abdul Aziz

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi projek tersebut dianggarkan sebanyak RM 100.00. Di antara perkara-
perkara yang melibat perbelanjaan adalah seperti berikut :

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL. PERKARA RM
1. Modal 100.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 100.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA RM
1. Pembelian cenderamata kepada para panel 100.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 100.00

5.0 HAL-HAL LAIN

Mesyuarat dimaklumkan dan bersetuju dengan perkara berikut :-

5.1 Mengagihkan semula pembahagian kerja dengan lebih teliti.


5.2 Menambahbaik idea untuk aturcara dan pelaksanaan program yang akan dijalankan dengan lebih
menarik dan memberi manfaat kepada para peserta.

6. PENUTUP

Pengerusi berharap agar semua Jawatankuasa dapat melaksanakan tugas dengan berkesan dan
membantu anatara satu sama lain agar semua program akan berjalan lancar walaupun masa yang
diberikan amat singkat. Semoga jawatankuasa dapat bekerjasama dengan baik bagi memudahkan kerja
antara satu sama lain.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 9 malam, 30/6/2022.


Disediakan oleh :

NURIN QISTINA BINTI MOHD FAIZAL


Setiausaha
Bicara Seni Tari: Kepelbagaian Tarian Tradisional Kaum di Malaysia
Tarikh : 22/6/2022

Disemak oleh :

NUR SYAZWANI BINTI MOHD ROSLI


Ketua Projek
Bicara Seni Tari: Kepelbagaian Tarian Tradisional Kaum di Malaysia
Tarikh : 22/6/22

Disahkan oleh :

HAZELINA GHAZALY
Tenaga Pengajar
Kursus LMCZ 4212 Pengurusan Seni
Pusat Kebudayaan Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tarikh : 5/7/2022

You might also like